Sabtu, 19 Disember 2009

Fenomena


Siapa yang tak pernah langsung tengok cerita ni? Aku rasa yang mana baya-baya umur aku dan ke atas confirm pernah tengok cerita ni. Silap-silap layan kat panggung lagi kan? Seperti kata kawan aku yang bukak kedai makan kat Jalan Taiping, depan Cathay Klang dulu.."masa cerita ni main, tiap-tiap ari la kedai aku penuh orang datang makan..giler punya penangan.."

Fenomena..adalah arahan pertama Aziz M. Osman, tahun 1990 yang dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Ramona Rahman, M. Nasir, Abu Bakar Omar, Afida Es dan penampilan istimewa kumpulan Search. Filem ni mengisahkan tentang Isabella, seorang anak bekas pengurus tokey lombong yang mengidap penyakit misteri yang cuba untuk menjejak kembali zaman kanak-kanak beliau dan seterusnya membawa beliau pulang ke Malaysia...

Nak ulas lanjut-lanjut rasanya jalan cerita semua dalam kepala korang. Cuma aku tertarik dengan falsafah dan dialog dalam filem ni. Seperti mana dialog antara Ramona & M. Nasir di luar kapal korek tinggal.."mungkin tuhan telah menjanjikan kebahgiaan atas segala kesusahan kita" dan juga dialog ketika menunggu keluarga Isabella datang.."pelik bukan, kamu sibuk mempelajari mengenai Shakespear, sedangkan saya belajar mengenal Keris Mas, Usman Awang, Pak Sako.."

Walaupun filem ini menampilkan kumpulan Search bersama 3 lagu iaitu "Purnama", "Isabella" & "Gadis Misteri", lagu tema untuk filem ni bukanlah dendangan kumpulan Search tetapi daripada Rahim Maarof, Istana Menanti. Akan tetapi scene yang memang sentiasa melekat dalam kepala otak aku dah tentu scene ketika "Gadis Misteri" dimainkan ketika Ramona berdiri di tepi air sambil rambut ditiup angin..perghhhh. Dua ibu jari naik la wa kasi!

Dalam filem ni juga menampilkan gitar kuning trademark Kid "Ibanez Jam Series" disamping "Kramer" Din. Dengan lokasi yang gelap di awal cerita (belakang lorong Haji Taib dan rumah tumpangan Lampu Merah) aku rasa cerita sekarang memang takkan lepas kalau buat macam ni lagi..siap bunyik mengerang tu dari bilik sebelah masa Isabella menggelupur nak cucuk ubat dalam bilik..kelassss!

Aku rasa cerita ni antara cerita yang wajib disimpan kalau betul korang memang peminat rock (peminat Search lagi la..hukum WAJIB tu..hahaha). Aku perasan dekat Speedy video agak melambak dvd dia. Harga pun tak la hilang akal. Berbaloi-baloi nak simpan ke anak cucu..hehehe



Lagu berhantu..



Lagu tema..

Ahad, 29 November 2009

Anda ada pesanan..



"Anda ada surat", "anda ada pesanan"..agak kelakar pulak kalau nak diterjemah tajuk filem ni ke bahasa melayu. Tapi tu la bunyiknya.."You've Got Mail" yang dilakonkan oleh "big crush" aku, Meg Ryan (aku rasa aku ada citarasa MILF di sini) bersama Tom Hanks. Juga dibantu oleh Steve Zahn, Parker Posey, Greg Kinner dan ramai lagi. Cerita ni memang buat aku ingat sangat pasal nilah cerita "pertama" yang aku tengok dekat wayang selepas "Tenage Mutant Ninja Turtle" tahun 1991 (giler lama kan?). Cerita ni ditayangkan serentak dengan "Meet Joe Black pada 1998 (aku sempat intai panggung sebelah lepas habis cerita ni. Member yang jaga masa tu..hahaha)

Cerita ini sebetulnya bukan cerita baru tetapi diolah dari cerita lama "Shop Around The Corner", sebuah cerita hitam putih tahun 1940. You've Got Mail menceritakan mengenai seorang pengusaha sebuah buku kanak-kanak (Meg Ryan) yang cuba untuk bertahan apabila sebuah toko buku gergasi dibuka berdekatan dengan kedainya (kedengaran macam sedang berlaku di tempat sendiri kan?). Habis tu, mana datang "you've got mail" tu? Haa..ianya diambil sempena kegilaan Meg Ryan dalam cerita ni yang suka berbalas email (menggunakan AOL) dengan seorang yang dia sendiri tak kenal (ala2 "blind date" gitu).

Menonton cerita ni membuat aku terasa macam menonton cerita-cerita Khabir Bhatia sekarang. Kenapa? Pengarahnya iaitu Norah Ephron berjaya menonjolkan sisi-sisi cantik kota New York terutama tentang budaya masyarakatnya, taman-tamannya dan juga kesibukan kotanya. Khabir Bhatia juga seperti yang sedia maklum memang terkenal dengan shot-shot yang lawa dan mengagumkan (siapa boleh lupa shot komuter, LRT dan Monorel berjalan serentak didalam filem Cinta) dan Norah Ephron terlebih dahulu dah buat shot-shot macam ni.

Kalau nak ulas mengenai gaya lak0nan Meg Ryan & Tom Hanks aku rasa macam tak patut. Pada aku dorang berdua ni memang macam dah ada pertalian kimia antara satu sama lain. Memang cukup sempurna lakonan dorang walaupun jalan cerita untuk filem ni macam "biasa-biasa" je. Selain cerita mengenai usaha Kathereen Kelly (KK) cuba menyelamatkan kedainya, juga dipaparkan dalam filem ni teknologi chatting pada waktu itu (tahun 1998 aku memang tak tahu apa2 pasal chatting..hahaha) dan dialog-dialog antara KK dengan pasangan chattingnya, NY152 (Joe @ Tom Hanks). Juga diselitkan dialog mengenai hebatnya pengaruh "The Godfather" dalam kehidupan lelaki (Eddie mungkin bersetuju).."The Godfather is the I-ching. The Godfather is the sum of all wisdom. The Godfather is the answer to any question. What should I pack for my summer vacation? "Leave the gun, take the cannoli." What day of the week is it? "Monday, Tuesday, Thursday, Wednesday."

Antara filem yang berbaloi kalau nak dibuat koleksi (untuk mereka yang tak suka cerita seram & ganas macam aku ni..hahaha). Sountrack dia pun boleh tahan. Banyak lagu-lagu lama dan ada satu lagu yang dirakam semula oleh Sinead O' Connor (penyanyi perempuan yang botak tu). Oleh kerana lagu versi Sinead O' Connor ni takde dalam youtube, aku uploadkan yang versi asal...







(Lagu oppening cerita)

Khamis, 19 November 2009

Sayap kecil...



Giler la. Musim hujan sekarang ni memang membawa satu pe'el susah nak update blog. Nasib baik bukan aku sorang je yang terkena kesannya tetapi turut dikongsi dengan kawan-kawan dekat bloglist aku yang duduk tangga corot-corot tu..hahaha.

Berkuatkuasa 10 November yang lepas aku secara rasminya sudah berhijrah kembali ke Shah Alam. Akhirnya setelah puas merayu, aku berjaya untuk keluar dari "Ladang Prang Besar" tu. Secara rasminya juga aku kembali kepada tugas-tugas hakiki aku yang hampir setahun aku tinggal. Baru terasa nikmat buat kerja beb..hahaha. Giler poyo kan ayat tapi memang tu la hakikatnya..hahaha

Sebelum nak masuk kepada bab-bab ulasan muzik dan filem ni, aku kasi pra-pembukaan dulu kot (padahal belum ada masa..hahaha). Kita kasi layan pada genre muzik yang satu ketika dahulu pernah dikategorikan sebagai muzik "syaitan" (lama sebelum wujudnya genre metal dan cabang-cabangnya, genre ini terlebih dahulu telah dicop sebagai setan). Genre muzik yang asalnya dimainkan oleh hamba-hamba kulit hitam "kunta-kinte" sebagai hiburan di waktu malam setelah penat berkerja di ladang-ladang tuan orang putih mereka. Dan signifikannya video ni ialah kali ni orang putih pulak yang main balik lagu yang pencipta asalnya adalah seorang kulit hitam...


Khamis, 5 November 2009

Tiada alasan...

Tiap-tiap hari aku blog hopping dari satu blog ke satu blog. Terutama blog-blog kawan-kawan dalam blog list. Satu yang aku dapat simpulkan, sekarang ni macam ada satu wabak yang melanda. Virus malas update blog. Dengan aku punya blog pun tak update..hahaha. Kecuali kawan-kawan yang menyahut cabaran brader ben dengan 1hari : 1entry : 1malaysia. Yang lain semua sepesen je ngan aku..hahaha

Minggu ni agak "sucks" untuk pasukan kegemaran aku, Liverpool. Kalah dengan Fulham sabtu lepas, game semalam pun boleh seri je dengan Lyon. Alahai..memang dapat rasakan team musim ni team yang paling lemah. Macam-macam rumusan yang boleh dibaca dalam internet. Yang mengutuk memang bersepah. Tapi apa pun, kalah menang Liverpool tetap dihatiku..hahaha. Dari zaman Road To Wembley lagi sampai sekarang, memang tu satu-satunya pasukan pujaan aku untuk bola sepak Inggeris.

Nak ulas album rasa malas. Kebetulan malam kekalahan dengan Fulham tu aku lepak dengan seorang penyokong Arsenal dari Singapura, Deaf. Dengan pesanan yang "panas" macam baru keluar dari oven tu, S.A.P & Jar Of Flies selamat tiba ke tangan aku. Tunggu aku khatam dengar album tu baru aku ulas ek? Untuk makluman awal, kedua-dua itu adalah tajuk album Alice In Chains yang boleh dikategorikan sebagai extended player (E.P) dan memang dah sampai tahap "dinasour" kalau nak carik balik. Terima kasih kepada ebay dan juga Deaf yang sudi menjadi perantara aku dengan penjual..hahaha

Jadi sementara menunggu aku khatam kedua-dua cd tersebut, layankan dulu satu lagu dari Jar of Flies..(bersama penyanyi baru untuk promosi "Black Gives Way To Blues")


Sabtu, 31 Oktober 2009

Happy birthday..

Pejam celik, pejam celik, tak sangka akhirnya "benda" yang dulunya macam tak ada sambutan sudah setahun bertapak...

"Benda" yang dulunya tidak diberi perhatian tetapi hanya dengan sekali tayangan "Melodi" akhirnya sehingga kini menjadi sebutan..(Thanks bro Nas Ahmad!)

"Benda" yang dulunya hanya duduk diam di tengah Malaysia sekarang ni sudah semakin melebarkan sayapnya hingga ke Kota Singa..

"Benda" yang pada mulanya dianggap mengarut kerana mengenakan bayaran untuk menyokong sesebuah kumpulan akhirnya sekarang makin bertambah keahlian hari demi hari..

Semoga "benda" ni akan sentiasa berkembang dan dapat memberi manfaat kepada mereka yang menyokongnya..Tanpa pendokong-pendokong di luar sana, "benda" ini takkan dapat melebarkan sayapnya dari Perlis sampailah ke Sabah dan Singapura..

Selamat menyambut Ulang Tahun Pertama Sayap-Sayap Wings! (31/10/2009). Satu-satunya kelab peminat rasmi di Malaysia yang diasaskan dan diterajui oleh peminat untuk peminat.

Isnin, 26 Oktober 2009

Dua kosong..

*Takde Gerrard pun boleh menang?

*Guna striker yang belum "fit" pun boleh score?

*Dah tolong buangkan bola-bola pantai kat atas padang pun boleh menang?

*Salahkan Man U pulak kena beli?

Heh..apa punya turrr la wei. Kasi ada pendirian sikit. Man U kalah pun melawan..hahaha

Chill brader..chill!

You're Never Walk Alone!

p/s: Prediction ESPN pasal Torres agak tersasar. Member tu tetap main walaupun injured. Siap score lagi..hahaha

Selasa, 20 Oktober 2009

Muda & Berbahaya..

Tengah layan-layan FB minggu lepas sambil melihat-lihat "news feed" kawan-kawan, aku terpandang sebuah video klip yang menarik perhatian. Video klip "Beyond". Nama lagu aku tak tau (pasal tulisan cina) tapi cukup untuk membuat aku masuk "youtube" dan menyelongkar lagi lagu-lagu diorang. Dan hasilnya? Aku dapat cari juga lagu tema filem Young & Dangerous (Y & D) yang dinyanyikan oleh pelakon2 utama mereka..

Sejarah aku dengan filem ni bermula pada tahun 1998. Masa tu member-member kat rumah dok bising-bising cerita pasal Chicken la, Ho Nam la, Crow la. Mula-mula ingat tak nak amik port je, tapi sifat "curiosity" tu membuak-buak dan akhirnya, aku yang dapat kumpul semua siri Y & D I - IV siap dengan prequel & Those Were The Days.

Pada yang tak pernah tahu pasal filem ni, Y & D berkisar mengenai dunia gangster Hong Kong yang menumpukan kepada sekumpulan pemuda dari kongsi gelap Hung Hing. Diketuai Chan Ho Nam, antara orang kanan beliau ialah Chicken, Pou-Pan, Chou-Pan dan Ah Yee. Yang menarik pasal filem ni ialah ianya menyorot cerita gangster2 ini dari mereka di bangku sekolah sehingga berjaya sebagai ketua cawangan & ahli korporat. Kalau dah ada kongsi gelap, mesti ada musuh tradisi kan? Dan musuh mereka dalam filem ini ialah kongsi gelap Tung Sing yang sentiasa bersaing dengan mereka untuk menguasai "Causeway Bay" iaitu salah satu tempat yang menempatkan pelabuhan di HongKong.

Dibintangi nama-nama besar dalam duni perfileman HongKong seperti Cheng E-Kin, Jordan Chan, Karen Mok (Sister 13), Gigi Leung (Those Were The Days) dan ramai lagi, tidaklah menghairankan apabila sequel filem ini menjadi sebuah fenomena di Hong Kong, Taiwan malahan di Malaysia juga. Berinspirasi daripada "The Godfather" arahan Francis Ford Coppola, Y & D bukan sahaj menceritakan mengenai sisi gelap HongKong ( Causeway Bay) tetapi turut mengangkat tema persahabatan, percintaan, setia kawan, patuh kepada arahan ketua dan banyak lagi ciri-ciri positif yang hanya boleh dilihat sekiranya korang menonton kesemua filemnya.

Cuma pada aku dalam Y & D ini nampak ketara kelemahan Chan Ho Nam sebagai ketua kerana dari episod satu hingga enam, diperlihatkan yang asyik dia je yang kena tipu/perangkap dan kawan-kawan nya yang banyak menolong beliau. Cuma dalam Those Were The Days, siri ini lebih menumpukan kepada cerita mengenai Chicken, iaitu orang kanan kepada Chan Ho Nam dan serius, episod khas ni memang menyebakkan aku..huhuhu

Akhir kata, kepada korang yang baru cuba-cuba nak belajar layan filem gangster ni, bolehlah tanya apek DVD pirate di tempat korang atau kalau nak jimat, download je guna torrent. Di sini aku letakkan lagu tema filem ni yang dinyanyikan secara "Live" oleh pelakon-pelakon utama filem ini.



Yang ni pulak lagu yang dorang nyanyikan masa dalam karaoke ketika Young & Dangerous I. Ada sesiapa ingat?


Khamis, 15 Oktober 2009

Papadom..1Ulasan


Pertama sekali, kalau ada yang berhajat nak tengok filem ni esok lusa, disarankan supaya jangan membaca ulasan ini. Takut-takut membantutkan hasrat kalian untuk menontonnya kerana akan ada "spoiler" dalam ulasan ini.


Untuk kali kedua, aku pergi menonton filem "chip" Afdlin Shauki dengan memakai t-shirt "Fellowship Of The Kodok". Kali pertama ketika tayangan filem "Sumolah". Memang terasa feel lain macam bila pakai t-shirt ni sambil menonton filem beliau. Sama feel macam sarung t-shirt "Stairway To Heaven" sambil menonton Led Zeppelin beraksi "live" didepan mata..hahaha.

Bila kali terakhir korang rasa korang sayang ayah korang? Filem ni cuba mengupas tentang seorang ayah yang "terlalu" sayangkan anaknya sampai sanggup mengabaikan kehidupannya sendiri dan berbuat apa saja demi memastikan bahawa anak kesayangan beliau selamat sentiasa. Ini semua berpunca akibat daripada kesilapan masa lampau beliau yang ketika itu terlalu mementingkan kerjaya sebagai seorang penjual "nasi kandar" yang berjaya hingga mengabaikan anak isteri hinggalah berlaku tragedi yang meragut nyawa bininya. Cara beliau menjaga anaknya juga sangat lucu dimana "roh" bininya telah membantu dalam setiap tindakan yang di ambil.


Filem ni pada aku sangat cantik pergerakannya. Antara satu babak ke satu babak macam ada kesinambungan yang tersendiri. Tapi sebagai penonton harus "alert" akan apa yang berlaku pada sesuatu babak kerana tidak semestinya babak itu kesinambungannya pada babak seterusnya. Para pelakon juga aku rasa sangat bagus. Dari lakonan anak Afdlin sendiri, Miasara hinggalah kepada lakonan Farid Kamil sebagai "romeo" penakut memang "sampai" kepada aku. Lakonan Liyana Jasmay juga bagus dan sangat comel. Tidak hairanlah anugerah pelakon wanita terbaik FFM ke 22 jatuh ke tangan beliau.


Satu yang aku pelik dengan chip ni ialah keupayaan beliau untuk menarik pelakon-pelakon yang "rare" untuk berlakon drama / filem melayu untuk berkerjasama dengannya. Untuk "Baik Punya Cilok" dia panggil Carmen Soo, untuk "Papadom" pula dia boleh panggil Chelsia Ng berlakon bersama. Lakonan Chelsia Ng pun agak bagus. Tak la kayu sangat. Mungkin 2-3 filem lagi dah boleh sama macam Janet Khoo kan?


Pada yang pernah menonton filem-filem arahan chip, korang mesti perasan akan "kroni-kroni" beliau yang selalu dipanggil bersama untuk berlakon. Kali ni Harun Salim Bachik pula yang membuat penampilan dan memang watak beliau boleh dianggap sebagai "screen stealer" dalam filem ni lebih-lebih lagi dengan dialog "Jangan emosi sangat dengan tanah". Memang pecah perut. Dan "hot mama" filem melayu, Vanidah Imran juga dah mula masuk sebagai antara "geng-geng" Afdlin. Ingat cerita "Sepi"? Babak "makan nasik dalam taman" memang buat aku teringat pada filem "Sepi" part dorang duduk di tepi jalan tu..huhuhu

Kalau dalam "Baik Punya Cilok" chip membawa dikir barat ke dalam filem, untuk filem ini pula chip telah membawa "Boria" pula yang digunakan sebagai lagu pembukaan & penutup filem. Ini baru betul dengan tema "Filem Kita, Wajah Kita". Juga dengan adunan elemen 1Malaysia dalam filem ni (yang memang telah lama dibuat sebelum slogan 1Malaysia dilancarkan) juga berjaya menjentik sedikit rasa prejudis antara kaum yang kelihatan menebal dalam filem-filem melayu yang lain.

Dalam "Papadom" chip juga menggunakan lesen kreativitinya untuk "menjentik" dan memerli dengan lembut dan sopan. Tapi kalau korang "alert", korang memang akan perasan kepada siapa sindiran itu ditujukan. Tapi rasanya ada betul jugak apa yang chip cuba nak sampaikan pada pendapat aku la..

Tak semua yang indah-indah dalam filem ni. Masih ada sikit-sikit "kecacatan" tapi tidak sampai mencacatkan filem ni. Seperti contoh dialog antara Yvone dan Miasara ketika keputusan SPM diumumkan. Yvone (Chelsia Ng) kata bapanya dah daftarkan beliau ke Kolej di Kuala Lumpur sedangkan akhirnya dia dan Mia Sara (Liyana Jasmay) belajar di Uitm Shah Alam. Juga penamat cerita ni yang pada aku ok je tapi pada pendapat member aku yang sama-sama tengok dengan aku, katanya penamat cerita ni terlalu "gembira" dan menyebut filem "The Girl Next Door"sebagai rujukan penamat.

Kesimpulannya aku rasa nak pergi tengok cerita ni lagi sekali dan kepada yang belum tengok cerita ni lagi, baik korang pergi sebelum "wajib tayang" cerita ni tamat tempoh. Filem arahan chip yang paling baik setakat ni (aku memang ikut semua filem-filem arahan chip di panggung wayang kecuali Buli). Pada aku, ini la antara contoh-contoh filem yang boleh digunakan untuk mendidik atau menyampaikan mesej (walaupun pengarah filem bukannya posmen) daripada cerita tentang "Orang Asli" yang sesat di bandar ataupun cerita hantu yang merapu-rapu. Chip juga berjaya membuktikan bahawa filem yang bagus tidak memerlukan seorang sarjana dalam perfileman untuk mengarahkannya.



(gambar dari facebook Papadom, google & koleksi sendiri)

Rabu, 7 Oktober 2009

Tidak semua perkara memerlukan kata-kata..

Link asal aku dapat dari facebook. Tapi takde "coding" nak tampal kat sini. Bila carik kat youtube, ada pulak walaupun di bahagikan kepada 2 episode. Tapi tetap tak menjejaskan jalan cerita dan maksud yang ingin disampaikan.

So, korang layan la filem pendek ni. Arahan dari pengarah Australia dan dibuat juga di Australia (aku agak la).



Up, close & personal..


(Gambar diambil dari Google)

Sepatutnya aku bukan orang yang layak nak review showcase ni. Pertama pasal aku takde sepenuh masa di dalam Hard Rock Cafe (HRC) pada malam 4/10 itu hari. Keduanya pasal terasa macam "bias" pulak pasal confirm aku akan cerita yang indah-indah belaka pasal show ni. Tapi pasal dah ada orang request dan aku jenis yang susah nak hampakan permintaan orang (tapi orang suka buat benda ni kat aku..huhuhu) maka aku tunaikan jugak (berapa banyak pasal daa).

Aku sampai di depan HRC ni lebih kurang jam 6.30pm. Sempat layan dua rumah terbuka kawan-kawan sebelum gerak ke KL. Lepas loading barang-barang untuk booth sayap2wings, phone aku dah mula "busy" dengan sms tanya jalan, tiket..etc..etc. Sempat usha-usha ke dalam nak tengok camne rupa HRC KL ni. (1st time sampai ni yop!). Dalam hati dah dapat agak confirm sendat macam sardin malam ni.

Pukul 8.30pm booth dah mula sibuk. Dan aku berpeluang menyaksikan satu permandangan yang selama ni tak pernah aku tengok. Orang berbaris panjang nak tengok show! Selama ni aku layan show Wings atau Search kat Planet Hollywood tak pernah dapat tengok benda2 ni pasal aku antara orang terawal yang akan masuk ke dalam untuk carik port paling best depan stage tapi kali ni atas tanggungjawab tugas, aku banyak berlegar-legar depan venue. Time ni la ko dapat jumpa orang merengek-rengek tak nak beratur tapi nak beli tiket. Dah kasi tau awal2 suruh beli sebelum show tapi ramai yang tak makan saman kan? Jadi, sendiri tanggung la..hahaha

Show terpaksa dilewatkan 15 minit dari waktu asal pukul 11.00pm. Bukan pasal Wings datang lambat tapi pasal memang ramai yang tak dapat tiket lagi. Menjelang pukul 11.00pm baru semua yang beratur dapat masuk ke dalam. 11.20pm brader2 Wings muncul di "main entrance " untuk masuk dan HRC dah bergegar dengan sorakan..hahaha. Intro drum di mainkan...

"Puisi Merdeka" menjadi lagu pertama yang dimainkan. Untuk verse pertama lagu ni, suara Awie tak kedengaran. Crowd dah mula bising. Rupa-rupanya mikrofon tak berfungsi. Tapi dengan sepantas kilat benda ni dapat setel. Cuma agak geram pasal crowd yang duduk depan stage macam "blur" ngan lagu ni. Takkan nak harap lagu "Syakila" untuk opening brader? Lain kali nak layan show kasi study habis album2 band tu..hahaha. 3 lagu bersambung untuk pembukaan. "Jerangkap Samar" menyusul diikuti dengan "Rantai". HRC bergegar malam tu!

Dalam show ni ada beberapa kejutan. Kejutan pertama apabila Wings memainkan slow ballad dari album "Jerangkung Dalam Almari". Intro drum memulakan lagu dan petikan bassist Eddie mengesahkan yang "Aku Pun Tahu" berkumandang. Time ni aku memang tak keluar lagi dari dalam HRC. Rare beb! Kejutan kedua apabila Wings memainkan ke dua-dua medley di dalam album "Naga Kramat". Medley ReUnion dan Medley Istimewa juga berkumandang. Kira dapat gak la dengar "Amok" dan "Anugerah" secara "live" walaupun hanya secara medley.

Sepanjang showcase berlangsung kira-kira 17 lagu dimainkan untuk show yang pada mulanya dijangka selama 1 jam 45 minit. Tapi lepas encore "Peronda Jaket Biru", mereka tidak terus berhenti malahan "Biarkan Berlalu" dimainkan. Akhirnya tepat pada pukul 1.20am show ditamatkan.

Secara keseluruhan Wings masih mengekalkan "title" sebagai Raja Rock n Roll tempatan. Mungkin agak keterlaluan bagi sesetengah pihak dan mungkin akan ada yang membandingkan mereka dengan Search tapi selepas apa yang berlaku di Bukit Kiara pada 1 Ogos, aku rasa akan ramai yang bersetuju dengan pendapat aku. Cuma pada aku Awie kena buat sesuatu dengan diri beliau memandangkan pada pertengahan show, kedengaran suara beliau dah "rabak" dan pancit di sana sini. Tapi attitude rock n roll tetap terserlah..hahaha

untuk show kali ini, Grousiey Printhouse juga telah mengeluarkan t-shirt edisi khas "Up, close & personal" dan ianya teramat "limited" dengan harga RM 45.00. Untuk pembelian awal akan disertakan juga dengan "wooven bag" bercetak logo Wings. Untuk makluman lanjut mengenai t-shirt dan tempahan sila layari www.sayap2wings.com.


(Kredit gambar: Mohd. Firdaus Sanudin)


Jumaat, 2 Oktober 2009

Biru + Merah = Purple Haze!



Ahad ni selain dari "Garuda" yang bakal melanggar Kafe Batu Keras, nun jauh di Kota London juga akan ada satu pertandingan hebat. Singa "Biru" London bertemu Burung Kop "Merah" Liverpool. Siapa yang tumbang? Tunggu!! Team "Merah" aku ni baru kena hempok dengan batu besar kat Itali itu hari. Elok gak bebudak Fiorentina tu ajar dorang camne skill nak lepas perangkap offside. Boleh dorang try buat kat dalam liga pulak..huhuhuh.

Tapi berita gembira sket ialah Agger dah boleh main malam ni. Aku dah naik lemas dengan Skrtel. Harap body je macam seladang tapi selalu bocor..huhuhu. Susah Skrtel nak amik tempat Hyypia tu. Harap-harap Agger menjadi ahad ni.

Team lawan aku dengar penjaga goal masih bercuti raya "paksa" kan? Tapi team macam tu apa ada hal. Duit berjuta. Kalau Dino Zoff main bola lagi mau dibelinya Dino Zoff tu buat ganti sementara kan? hehehe

Tapi aku yang memang benci ialah orang yang provoke team lawan sampai nak tukar-tukar ejaan. Chelshit la, Liverfool la, Arsengal la, Manure la..huh. Macam budak tak sekolah pulak kan? Dah jadi macam zaman ejek-ejek nama bapak masa sekolah dulu. Stupid! Sokong rilek-rilek sudah la. Bukan ko ada taruk betting dalam Barclays tu. Paling-paling idak pun takat main dalam Fantasy Football. Nak dengar ada taruk betting kat bookie-bookie Europa? Jangan harap la..huhuhu

Apa-apa hal, ahad ni aku kat Kafe Batu Keras. Jadi kalau ada antara korang yang datang ahad ni, jangan segan carik aku kat booth sayap2wings. Boleh kita lepak-lepak sementara menunggu "Garuda" terbang masuk pukul 11.00 malam. Dengar kata non-stop action malam tu. Siap ada 2 medley lagi. Satu keras & satu slow. Juga lagu-lagu "rare" yang tak pernah perform Live. Ada betui ka? Kasi tengok sendiri la...hahaha

p/s: Klip dari filem Mat Som. Best giler balik kenduri terus layan konsert Wings. Amacam ahad ni, balik open house terus gi Hard Rock bawak awek / bini sekali? hehehe



Tempoh bertenang..

Syawal dah nak masuk 14 hari kan? Hujung minggu ni confirm semua busy dengan jemputan rumah terbuka. Memang dah jadi trend sekarang semua orang buat rumah terbuka. Kawan2 aku yang dah berkahwin pun tak terkecuali "join the club".

Apa sebab sekarang ni ramai orang berlumba-lumba buat rumah terbuka ek? Satu yang aku perasan sekarang ni budaya kunjung-mengunjung atau "beraya" dah makin susah nak nampak. Mungkin masih ada yang buat. Tapi kebanyakan memang dah tak buat. Masing-masing lebih suka duduk rumah tunggu orang datang beraya padahal orang yang ditunggu-tunggu tu pun berpikiran sama macam mereka. Jadinya, memang dah susah nak nampak orang beraya sekarang ni.

Jadi, satu kaedah yang paling senang, buat rumah terbuka kan? Set satu hari, keluar bajet lebih, panggil semua kawan2, jiran2, saudara-mara dan ..tada! Rumah tu akan penuh dikunjungi serentak oleh jemputan yang datang..hahaha. Senang. Tak payah nak bersusah-susah tunggu orang datang selama 30 hari dalam bulan Syawal ni. Nak buat program sendiri pun senang.

Tapi..meriah ke beraya macam ni?

p/s: Lagu selingan untuk entry ni. Tiada kaitan dengan entry di atas. Tapi sound gitar Brian May sedap kan?

Isnin, 28 September 2009

Pendarahan yang tak nampak..

Dari asal-asal hanya suka lagu Always, pagi ni dapat perkhabaran dan terus aku terbayangkan jalan cerita aku yang macam VC Always ni..pedih..pedih.


Ahad, 27 September 2009

Mood feeling lepas raya..



Selamat hari raya. Setelah bergelumang dengan ketupat, rendang, lemang dan bermacam-macam makanan eksotik maka esok pastilah menjadi satu hari "pesta" kenderaan. Kompom berduyun-duyun kereta akan memenuhi lebuh raya untuk kembali ke "sarang" penghuni-penghuninya.

Tahun ni aku balik beraya di Perak. Rumah mak sedara. Kebetulan cuti raya tahun ni 3 hari jadi dapatlah aku ikut balik kampung. Tahun-tahun lepas memang aku tak ikut balik pasal cuti raya ngam-ngam 2 hari je. Hari raya ke 3 aku dah kerja balik (usha shopping compleks sebenarnya. Sangat enak berjalan-jalan di Sunway Pyramid & One Utama ketika hari raya..hahaha). Gerak balik ke Selangor hari selasa. Terjebak jugak dengan pesta "traffic jam" di hiway walaupun tak seteruk esok (aku rasa la).

Satu yang seronok balik kampung tahun ni, tiada soalan "wajib" yang ditanya. Tertunggu-tunggu jugak siapa yang akan tanya soalan "bila nak kawin?" tapi memang takde makcik-makcik atau sedara-sedara yang tanya. Memang belah Perak ni sedara-sedara belah arwah ayah aku tak rigid sangat bab kawin-kawin ni. Tapi belah mak aku..huhuhu.

Tapi raya kali ni aku rasa aku ada lagu tema plak. Ni semua gara-gara melayan "live band" yang tetiba jer bawak lagu ni pasal ada request. Feeling giler dude lagu. Kena lak lirik dengan aku kan? hehehe. Kasi layan la lagu kat bawah ni...



This romeo is bleeding, but you can't see his blood
It's nothing but some feelings
That this old dog kicked up
It's been raining since you left me
Now I'm drowning in the flood
You see I've always been a fighter
But without you I give up

Now I can't sing a love song
Like the way it's meant to be
Well,I guess I'm not that good anymore
But baby, that's just me

1-Yeah I, will love you, baby
Always and i'll be there
Forever and a day, always

2-I'll be there, till the stars don't shine
Till the heavens burst and the words don't rhyme
I know when i die you'll be on my mind
and I'll love you, always

Now your pictures that you left behind
Are just memories of a different life
Some that made us laugh
Some that made us cry
One that made you have to say goodbye

What I'd give to run my fingers thru your hair
Touch your lips, to hold you near,
When you say your prayers, try to understand
I've made mistakes, I'm just a man

When he holds you close, when he pulls you near
When he says the words
You've been needing to hear, I'll wish I was him
'Cause these words are mine, to say to you
'Til the end of time (rpt 1)

If you told me to cry for you, I could
If you told me to die for you, I would
Take a look at my face
There's no price i won't pay
To say these words to you

Well, there ain't no luck in these loaded dice
But baby, if you give me just one more try
We can pack up our old dreams, and our old lives,
We'll find a place, where the sun still shines

(Gambar dicilok dari Google)

Rabu, 16 September 2009

Salam Aidilfitri...




Irama rindu bersama sendu
Di dalam rasa pengabdianmu
Pada Tuhanku Yang Maha Satu
Dan Maha Tahu dirimu itu

Datanglah cinta bersama ria
Di dalam jiwa sempurna akal
Dari Tuhanku Yang Maha Satu
Yang Maha Tahu diriku ini

Lalu kita semua pun bangkit segera
Untuk menyusun semula
Kasih sayang (diisi?)…
Sebenar-benarnya kasih sayang kita
Satu untuk semua…

Selamat Hari Raya
Moga doa dan solat
Kita mendapat kemenangan
Selamat Hari Raya
Moga kemenangan
Kita dapat restu dan berkat

Lalu kita semua pun bangkit segera
Untuk menyusun semula
Kasih sayang (diisi?)…
Sebenar-benarnya kasih sayang kita
Satu untuk semua…

Selamat Hari Raya
Moga doa dan solat
Kita mendapat kemenangan
Selamat Hari Raya
Moga kemenangan
Kita dapat restu dan berkat

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi menjenguk ke blog ini. Semoga semuanya mendapat keredhaan dan rahmat dari Ilahi ketika menyambut Syawal nanti.

Jumaat, 11 September 2009

Kembali lagi untuk hidup!





Antara lagu motivasi bagi aku. Lirik yang tersangat bagus, suara Gilmour yang mendayu, keyboard Wright & Carin yang memenuhkan suasana dan solo yang menyentuh kalbu.

Tak sia-sia aku giler kat dorang...

Where were you when I was burned and broken
While the days slipped by from my window watching
Where were you when I was hurt and helpless
Because the things you say and the things you do surround me
While you were hanging yourself on someone else's words
Dying to believe in what you heard
I was staring straight into the shining sun

Lost in thought and lost in time
While the seeds of lifeand the seeds of change were planted
Outside the rain fell dark and slow
While I pondered on this dangerous but irresistible pastime
I took a heavenly ride through our silence
I knew the moment had arrived
For killing the past and coming back to life

I took a heavenly ride through our silence
I knew the waiting had begun
And headed straight..into the shining sun


Jumaat, 4 September 2009

Up Close & Personal with Wings! One night only..


Wings kembali lagi. Kali ni di venue yang berlainan (Planet dah musnah di bom, jadi berpindah pula ke Kedai Kopi). Setelah puas melantak lemang, ketupat, rendang, nasi beriani, nasi dagang, kek lapis, ketupat daun palas dan apa jua makanan eksotik yang biasanya hanya ditemui di bulan Syawal, maka acara ini adalah acara yang amat sesuai untuk membakar kembali lemak-lemak yang dikumpulkan hasil daripada aktiviti mencekik di pagi Syawal.

Tiket-tiket telah mula dijual mulai sekarang. Ada can untuk "sold out" seminggu sebelum persembahan bermula. Apa lagi, kepada rocker-rocker di luar sana khususnya kepada semua "sayap-sayap wings", mari kita gegarkan Hard Rock Cafe pula untuk satu persembahan yang mungkin akan menjadi persembahan yang akan diingati sepanjang tahun.

p/s: Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, kapasiti Hard Rock Cafe hanya dapat memuatkan kira-kira 700 orang sahaja berbanding Planet Hollywood iaitu kira-kira 1000 orang.

p/s: Persembahan Wings sebelum ini di Planet Hollywood tak pernah menyaksikan kedatangan penonton yang kurang dari 1000 orang. Dalam erti kata lain, sold out! So, you can do the math right?

"Pastikan Orang kita ada dimana-mana sahaja.."


Apabila rasa nak update blog ni tapi idea tak datang...

...jadi aku tepekkan dulu vc ni sementara nak tunggu idea tu datang. Layan-layan la ye?



I know this chick she lives down on Melrose
She ain't satisfied without some pain
Friday night is goin' up inside her...again
Well crack the whip
'Cause that bitch is just insane
I'm serious

She's pretty tied up
Hangin' upside down
She's pretty tied up
An you can ride her
She's pretty tied up
Hangin' upside down
I can't tell you she's the right one
Oh no,oh no,oh no
Once there was this rock n' roll band rollin' on the streets
Time went by and it became a joke
We just needed more and more fulfilling- Uh-huh
Time went by and it all went up in smoke
But check it out

She's pretty tied up
Hangin' upside down
She's pretty tied up
An you can ride her
She's pretty tied up
Hangin' upside down
Ohh I can't tell you she's the
right one
Oh no,oh no,oh no
Once you made that money it costs more now
It might cost a lot more than you'd think
I just found a million dollars
That someone forgot
It's days like this that push me o'er the brinks
Cool and stressing
(pronounced:Kool ranch dres'ing)

She's pretty tied up
Hangin' upside down
She's pretty tied up
An you can ride her
She's pretty tied up
Hangin' upside down
And I can't tell you she's the
right one
Oh she's the right one...[etc]

(But I can tell you a thing or two
'Bout somethin' else
If you really wanna know-Know what
I'm sayin')

(Taken from Use Your Illusion II. Songs by Izzy Stradlin)

Isnin, 31 Ogos 2009

Merdeka?


Aku warganegara merdeka

Kemerdekaan negara, kemerdekaanku

Kebebasan padaku,

Hanya satu beban...

Apa pemimpin kata,

Aku ikut sahaja...

Akal yang diberi tuhan,

Tak payah digunakan

Kecuali untuk cari makan...

Keraguan dan kerinduan (jika ada)

Ku bawa berlari,

Berlari dari rumah ke pejabat,

Dari pejabat ke rumah

Hingga hilang segala sangsi,

Dalam bunyi lantang peti TV

Tiap-tiap malam hari...

Sambil ternganga tengok TV,

Aku menjilat jari...

Begitu sedapnya ayam Kentucky

Dan aku akan lebih tidak peduli

Aku mahu hidup begini

Seribu tahun lagi

Saleh Ben Joned, 1987

Sajak ini pertama kali aku baca dalam novel grafik "Mat Som" karya Dato' Lat. Sila "google" untuk mengenali Saleh Ben Joned dan sajak-sajaknya...

Ahad, 30 Ogos 2009

Sempena kemerdekaan ke 52..



Old pirates, yes, they rob I;
Sold I to the merchant ships,
Minutes after they took I
From the bottomless pit.
But my hand was made strong
By the 'and of the Almighty.
We forward in this generation
Triumphantly.
Won't you help to sing
These songs of freedom? -
'Cause all I ever have:
Redemption songs;
Redemption songs.

Emancipate yourselves from mental slavery;
None but ourselves can free our minds.
Have no fear for atomic energy,
'Cause none of them can stop the time.
How long shall they kill our prophets,
While we stand aside and look? Ooh!
Some say it's just a part of it:
We've got to fulfil de book.

Won't you help to sing
These songs of freedom? -
'Cause all I ever have:
Redemption songs;
Redemption songs;
Redemption songs.
---
[Guitar break]
---
Emancipate yourselves from mental slavery;
None but ourselves can free our mind.
Wo! Have no fear for atomic energy,
'Cause none of them-a can-a stop-a the time.
How long shall they kill our prophets,
While we stand aside and look?
Yes, some say it's just a part of it:
We've got to fulfil de book.
Won't you help to sing
Dese songs of freedom? -
'Cause all I ever had:
Redemption songs -
All I ever had:
Redemption songs:
These songs of freedom,
Songs of freedom.

Selamat menyambut kemerdekaan ke 52 Semenanjung Malaysia dan 16 September untuk Sabah & Sarawak.

p/s: Ogos adalah bulan kemerdekaan untuk 3 buah negara dalam gugusan kepulauan melayu. Selamat menyambut kemerdekaan juga untuk Indonesia dan Singapura.


Jumaat, 28 Ogos 2009

Kami takkan jalan berseorangan..

Sempena perlawanan hujung minggu ini antara Liverpool vs Bolton Wanderers...





p/s: masih terngiang-ngiang lagu keramat ni dinyanyikan di Istanbul pada 2005. Minit ke 46 dah bergegar Istanbul. Hasilnya? Shevchenko kena jual kat Chelsea..hahaha

Selasa, 25 Ogos 2009

Malam yang panjang..


Dah la bengkak kat muka belum hilang, kepala pulak sakit..



Dua gambar yang cukup menceritakan segalanya. Antara sebab aku tak suka berjaga malam nak tunggu "Live". Pedih ni beb..huhuu.

Tapi takpe. Aku sebagai penyokong setia tetap berdiri teguh di belakang Liverpool. Cuma kalau sapa-sapa ada kenal pembunuh upahan, kasi contact number kat aku. Lucas ni memang menyusahkan betul la. Ada hati nak amik tempat Alonso..huhuhu

Liverpool 1 - 3 Aston Villa


Walk on through the wind
Walk on through the rain
Tho' your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone


Tambah satu lagi...




Ahad, 23 Ogos 2009

Mencari dalam keadaan mata baikku tertutup



Kalau korang perasan dekat blog aku ni, untuk header aku ada letak satu ayat.. "Mencari dalam keadaan mata baikku tertutup". Bunyi agak jiwang kan? hahaha. Boleh aje jiwang. Dah nama manusia..hahaha. Tapi bukan tu sebenarnya maksud ayat tu..

Ayat tu adalah terjemahan kepada "Searching with my good eyes closed". Tajuk lagu dari antara band idola aku, Soundgarden. Dari album "Badmotorfinger", album studio ketiga rilisan mereka yang dikeluarkan pada tahun 1991. Untuk yang tak tau, Soundgarden adalah band asal Chris Cornell sebelum dia join Audioslave (dah pecah pun band ni) dan Matt Cameron (drummer Pearl Jam sekarang) Selain mereka ialah Kim Thayil di posisi gitar dan Ben Shepherd sebagai bassist.

Aku nak review lebih-lebih tak boleh gak pasal aku belum ada koleksi album Soundgarden ni. Yang aku ada cuma "A Side", satu-satunya album kompilasi dorang bersama Major Label A&M dan lagu tu takde dalam album ni. Tapi aku memang suka lagu ni pasal lirik Cornell yang memang menyentuh kalbu (Cornell & Vedder kalau buat lirik memang "menangkap" beb.) Jadi aku tepekkan la VC live dorang kat sini.



Painted blue across my eyes
And tied the linen on
And I'm on my way
Looking for the paradigm
So I can pass it off
Is it on my side


Is to the sky
Looking to the sky and down
Searching for a ground
With my good eye closed


If I took you for a ride
Would you take it wrong
Or would you make it right
Looking for a pedestal
That I can put you on
And be on my way


Is it to the sky
Looking to the sky and down
Searching for a ground
With my good eye closed


Stop you're trying to bruise my mind
I can do it on my own
Stop you're trying to kill my time
It's been my death since I was born
I don't remember have the time
If I'm hiding or I'm lost
But I'm on my way

Sumber rujukan dari sini.

Unofficial website dorang.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Hari pertama ramadhan..

Alhamdulillah..selamat sudah hari pertama dalam bulan ramadhan ini ditempuhi. Hari ni memang agak boring. Takde aktiviti nak dibuat. Hasilnya, nah..aku bikin balik blog ni..hahaha

Agak pening gak nak adjust benda2 ni. Jadi kalau ada yang terkurang tu, harap maaf la ye.. Masih dalam proses nak mengadjust lagi ni..hehehe

Oh, kredit template dari sini..

p/s: Apa yang korang makan time berbuka tadi?

Jumaat, 21 Ogos 2009

Apabila si dia keluar tv..



Sudah terang lagi bersuluh yang kita akan mula berpuasa pada hari sabtu ni kan? Jadi kepada semua kawan-kawan samada yang dah jumpa atau sekadar berkenalan dalam blog ni, persiapkanlah diri untuk menghadapi bulan ramadan ini. Jangan lupa niat untuk berpuasa, kang nanti ada je alasan klasik "aku lupa baca niat la sahur tadi" untuk membolehkan ke mana-mana restoren makanan segera..huhu

Terawih jangan lupa beb, tak rock la kalau puasa tapi tak buat terawih. Lagi tak rock kalau puasa tapi tinggal sembahyang..huhuhu

Khamis, 20 Ogos 2009

Pabila Setan dibakar..

Ahad lepas adalah hari yang agak bengang bagi aku. Cukup tak berkenan bila bangun pagi2, time ko tengok skrin handphone ada 1 sms masuk yang menganjing kekalahan team ko. Dan pagi isnin aku dapat sms tu..huhuhu

Tapi..melalui game tu, rasa-rasa memang Spurs main baik. Team aku pulak macam serba tak boleh blah. Nampak sangat Alonso takder, semua kucar-kacir. Ok lah kalah dengan Spurs. Musim lepas pun kena dengan dorang gak.

Tapi bila team yang kononnya terkenal dengan tradisi paling banyak menang EPL boleh kena "bakar" dengan team yang Orang Asli Gua Musang pun tak pernah dengar, tu memang satu malapetaka buat pasukan tu. Cuma macam suatu kebetulan jer.. Musim lepas masa nak masuk bulan puasa n game time bulan puasa, team ni mesti jadi suwey.. Maskot kena ikat kot?

Manchester United 0 - 1 Burnley

Rabu, 19 Ogos 2009

Tengah angau..

Sori..tak boleh buat apa. Aku sekarang tengah kemaruk lagu ni. So, tolak ketepi rock kejap (walaupun uncle Jimmy n Robert usha kuat!), tukar baju band, pakai kemeja hawaii dan...



Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

Selasa, 18 Ogos 2009

Langsung dari BBC..

Sekarang tengah dalam mood BBC session. Pembelian pertama menggunakan ebay berjaya (padahal beli dalam Malaysia gak). RM 30 untuk Led Zeppelin BBC Sessions Double Disc Made In Germany pada aku cukup berbaloi kan? haha

Disc pertama ada 14 lagu. Disc kedua ada 10 lagu. Kesemua lagu dirakamkan pada tahun 1969 dalam beberapa sesi, John Peel's "Top Gear", Christ Grant's "Tasty Pop Sundae" dan Radio One's "In Concert" series.. ni semua nama-nama disc jockey BBC dan nama siaran mereka.

Satu yang aku suka pasal band2 otai ni, mendengar "live" dorang akan sentiasa lagi best dari studio album. Berlawanan lak ngan band-band tempatan ni kan? Takkan korang nak nafikan "Comfortably Numb" versi Pulse yang lebih gurih dan asyik berbanding The Wall? Atau Dazed and Confused versi The Song That Remains The Same (Live at Madison Square Garden) yang lebih seram dan emo berbanding studio version?

Memang betul kata orang yang Robert Plant ni memang boleh nyanyi blues je. "White Blues" dan Jimmy Page la yang banyak melenggokkan "blues" Plant ni sampai akhirnya jadi la rock macam apa yang kita dengar sekarang.

Dikumpul dan diadun kembali oleh Jimmy Page, album tahun 1997 ni memang berbaloi untuk dimiliki dan dijadikan koleksi. Terbitan Atlantic Recording Corporation, album ni menjadikan pencarian untuk melengkapkan Led Zeppelin aku kini hanya tertumpu pada II, III, CODA, Phyisical Graffiti dan In Through The Out Door...

To be a rock and not to roll!

CD 1

1. You Shook Me
2. I Can't Quit You Baby
3. Communication Breakdown
4. Dazed And Confused
5. The Girl I Love She Got Long Black Wavy Hair
6. What Is And What Should Never Be
7. Communication Breakdown
8. Travelling Riverside Blues
9. Whole Lotta Love
10. Somethin' Else
11. Communication Breakdown
12. I Can't Quit You Baby
13. You Shook Me
14. How Many More Times

CD 2

1. Immigrant Song
2. Heartbreaker
3. Since I've Been Loving You
4. Black Dog
5. Dazed And Confused
6. Stairway To Heaven
7. Going To California
8. That's The Way
9. Whole Lotta Love (medley)
Boogie Chillun' / Fixin' To Die / That's Alright Mama / A Mess Of Blues
10. Thank You

Rujukan dari sini

Sabtu, 15 Ogos 2009

Selamat datang ramadhan..



Tak sampai seminggu lagi kita nak menyambut bulan ramadhan. Bulan pembawa berkat. Bulan yang dalamnya terkandung malam seribu bulan. Dan korang semua mesti dah tau kan kelebihan bulan ramadhan ini..

Sekadar ingin mengucapkan kepada semua pembaca blog ini dan juga yang tersesat masuk ke sini, selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga dapat dilipat-gandakan amalan dan mendapat keredhaan Allah..

Marhaban ya ramadhan!

Selasa, 11 Ogos 2009

Ucapan tertangguh..



Buat mereka yang menyambut hari lahir ke dunia pada 9 Ogos yang lalu (ahad) maka disini adalah ucapan tertangguh untuk anda..

Selamat meyambut hari kelahiran yang ke ...... . Semoga tercapai segala hajat dan cita-cita. Dan juga semoga hati itu menjadi lembut untuk menerima kemaafan yang telah dihulur sejak sekian lama..

Segalanya mungkin...

p/s: Agak-agak penerima sepatutnya ucapan ni ada buka blog ni tak? hahahaha

Jumaat, 7 Ogos 2009

Flu yang kebah..

Lama dah aku tak update blog ni. Apa nak buat, teruk aku kena demam kali ni. Maklum lah, dah lama tak demam teruk. Last aku kena demam camni sampai kena cucuk kan *toooot* masa tahun 2006. Demam yang membuatkan aku berhenti seketika dari ketagihan nikotina (tapi sekarang dah isap balik, apa cerita?)

DVD Unledded dari Portdy dah sampai minggu lepas lagi. Tapi sampai sekarang tak berkesempatan nak tengok. DVD Dio lu pun wa belum amik lagi bro. Asyik terbongkang je kat umah dek penangan flu & batuk ni. Minggu depan wa try usha untuk lu ye bro?

Ingat nak letak lirik "Demam - Stacy" tapi nanti dituduh aku AFundi dia lak kan? hahaha. So aku letak la lirik lagu dari satu band otai UG dulu. Kalau korang follow scene UG korang mesti tau lagu ni. Tajuk je demam tapi lirik takde kena mengena langsung...hahaha



make your mind and come to me
i'll give you what you want
don't you know i love you so
day by day i'll be around
dream the same thing every night
and hope you'll be right by my side

with my eyes i could see
that you just fooling around with me
i don't know what should i do
to make you coming back to me
with my heart i could feel
that you are the one that i adore
don't you ever go away from me

as the day and years passed by
i know that i'm surely die
with your shadows in my eyes
it's telling me that you're still mine
my mama said don't you ever cry
my daddy said just fuck off and die

(fever by subculture. taken from album "love n' hate")

Nak dengar lagu ni klik sini...

(kredit gambar untuk kamal)

Isnin, 3 Ogos 2009

Search Di Awan Biru @ Bukit Kiara : Satu Ulasan



Perhatikan point ini.. Venue yang luas tetapi terperosok jauh dari kemudahan pengangkutan awam, venue yang terletak di dalam negara yang agama rasminya adalah Islam, bahu jalan sebagai parking dan kualiti bunyi dan pencahayaan. Untuk ulasan seterusnya 4 point ini adalah saling berkaitan.

Sepanjang pengalaman aku menghadiri konsert artis tempatan mahupun antarabangsa di negara ini, aku dapat membuat kesimpulan bahawa pengunjung konsert boleh dibahagikan kepada 3 golongan. Golongan pertama ialah golongan yang memang taksub dengan artis tersebut dan sanggup berbuat apa sahaja untuk menonton konsert, golongan yang menyukai muzik dan juga meminati artis tersebut tetapi tidak begitu fanatik dan golongan terakhir ialah golongan yang sekadar inginkan hiburan dengan menonton konsert tanpa mempedulikan siapa artis tersebut (mungkin golongan ini paling sedikit).

Aku sampai di venue lebih kurang jam 12.00 tengahari. Kerana aku salah seorang yang menjaga booth DuniaSearch maka kelebihan aku ialah dapat parking di dalam venue. Setelah 2-3 jam maka siaplah sudah acara menyediakan booth dan masing-masing menunggu dalam debaran untuk detik bermulanya konsert.

Masalah pertama yang aku dapat lihat ialah ketika ingin mengerjakan solat zohor. Setelah bertanyakan sekuriti, maka aku ditunjukkan 2 kanopi berukuran 10' x 10' sebagai tempat bersolat. Dalam hati dah terdetik "ini kang time maghrib mesti masak ni" dan tanggapan aku betul. Aku diberitahu memang ada surau di Rumah Kelab di dalam venue ini tetapi menjelang asar aku diberitahu yang surau tersebut telah dikunci..menarik bukan?

Tepat jam 4.30pm band undangan pertama mengambil tempat sebagai pemanas acara. Pesawat dengan genre muzik ala2 Brit Pop (aku geli nak panggil indie) membuka tirai dengan 4-5 lagu dari repetoire mereka. Kemudian band yang menjadi juara ROTTW Soundstage 2007, Zip Zieller mengambil alih dengan vokal ala2 Bon Scot "ACDC". Agak menarik band ini dengan genre blues rock mereka.

Band undangan ketiga ialah band tribute rock kangkang..Revenge. Pada mereka yang pernah melihat persembahan mereka, macam tu jugaklah mereka pada petang tu. Setelah 6 lagu dibawakan, persembahan diberhentikan untuk memberi peluang kepada technician Search untuk membuat sound check yang terakhir. Time ni dapat dilihat barisan panjang pada kanopi surau tadi manakala pengunjung mulai ramai membanjiri venue..

Selepas maghrib, Republic Of Brickfield mula mengambil tempat. Time ni aku tengah beratur kat kanopi untuk menunggu giliran nak amik wuduk. Orang ramai dah tak larat nak tunggu turn nak masuk kanopi maka jalan dan rumput digunakan untuk bersolat. Rungutan mulai kedengaran. Masing-masing mula mempertikaikan kata-kata Amy tempohari yang mengatakan bahawa surau ada disediakan..takkan kanopi je?

Jam mula menunjukkan pukul 9.00pm. Dalam hati aku dah sinis "kalau Search memang macam ni la. Tak pernah tepat waktu". Isma Halil yang bertindak selaku MC pada konsert ini kemudian mengumumkan yang Seacrh telah sampai..tetapi sampai di mana? Di selekoh "main entrance venue tak dapat masuk kerana kereta yang double parking menghalang laluan masuk bas. Apa cerita? Takkan nak salahkan penonton parking salah sedangkan tiada tempat parking disediakan? Akhirnya Search mengambil keputusan untuk berjalan kaki masuk ke venue. Ya, berjalan kaki sambil Amy membonceng motor seorang krew (gambar dari salah seorang krew memang menunjukkan Amy membonceng motor)..

Tepat jam 9.45pm, intro keyboard dimainkan dan lagu Panggung Khayalan dimainkan. Aku dah mula terdetik.."kenapa sound sebu?" Speaker V-Dosc yang tersusun di belah kanan stage macam kurang power. Dan tanggapan aku betul ketika Balada Pemuzik Jalanan dimainkan. Ketika lagu menuju penghujung, tiba-tiba stage bergelap dan semua sound padam. Damn!, macam mana boleh jadi macam ni? Setelah mengambil kira-kira 10 minit, keyboard berbunyi semula dan Laila Namamu Teratas berkumandang..

Time ni aku dah berundur ke belakang. Malas nak bersesak-sesak dengan bunyi yang menyakitkan telinga tapi aku lihat penonton tidak berganjak sambil ikut menyanyi bersama-sama Amy. Dan ketika Bencana berkumandang, Kid masuk tapi sayang bunyi gitar beliau tidak kedengaran..

Hampir 12.30am ketika Fantasia Bulan Madu berkumandang menandakan lagu terakhir pada malam tersebut. Rata-rata penonton yang aku jumpa rasa macam bengang dengan sound system pada malam tersebut kerana Amy memberitahu yang sound system dari luar negara. Ingin aku membuat pembetulan bahawa bukan sound system dari luar negara tetapi sound engineer dari luar iaitu dari Indonesia. Mereka mempunyai pengalaman mengendalikan konsert Godbless, Dewa, Gigi di sana dan apa yang aku boleh beritahu, bukan salah mereka sound malam tu macam sial. Korang boleh membuat perbandingan dengan sound konsert ketika di Seberang Jaya, JB malahan di Jengka. memang terbaik tetapi....

Kesimpulan aku untuk mereka yang membayar tiket untuk menyaksikan konsert ini, tagline "berbaloi-baloi" pada aku dorang tak dapat rasakan. Tapi aku percaya sekiranya segala "masalah domestik" yang melanda produksi konsert ni dapat diselesaikan dari awal, memang konsert ni boleh menjadi sebuah konsert yang terbaik di abad ini.




p/s: Setlist diambil dari FB Amshyar

p/s: VC Hello Kawan dari youtube hanabakhara

Jumaat, 24 Julai 2009

Musuh awam nombor 1..


Malam semalam (23 Julai) aku bersama MK telah berjaya membuang masa kami dengan menonton filem terbaru Johnny Depp, Public Enemies. Ini untuk pertama kalinya aku tengok wayang cerita yang berunsur gangster/mafia pasal dalam filem ni ada Johnny Depp & Christian Bale, dua figura yang amat bertentangan watak yang membuatkan aku memang nak tengok lakonan mereka. Filem ini diangkat dari novel non-fiksyen Bryan Burrough tentang kisah sebenar ejen FBI Melvin Purvis bertajuk "Public Enemies: America's Greatest Crime Wave and the Birth of the FBI, 1933–34"



Diarahkan oleh Michael Mann dan turut dibintangi oleh Marion Cotillard, Channing Tatum, Billy Crudup dan lain-lain, cerita dimulakan dengan adegan perkenalan dengan watak-watak yang akan mendominasi hampir 80% daripada cerita ini. Adegan John Delinger (Johnny Depp) masuk ke penjara untuk menyelamatkan kawan-kawan dengan penyamaran yang cukup sempurna membuatkan hati aku berkata"memang ini gaya Johnny Depp". Sentiasa cool walaupun watak yang diberikan adalah huru-hara (Pirates Of The Caribean).



Aku tak nak mengulas panjang pasal filem takut mendatangkan spoiler kepada yang berminat nak menonton. Tapi satu yang aku puji berkenaan filem ini, secara tidak langsung telah menceritakan tentang sejarah penubuhan FBI kerana ketika zaman John Delinger ni (1930-an), undang-undang jenayah di USA terhad kepada negeri-negeri. Ini bermakna sekiranya sesuatu jenayah dilakukan di negeri yang menjatuhkan hukuman mati, penjenayah boleh melarikan diri ke negeri yang tidak menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah dan boleh hidup dengan aman hingga anak cucu. Akan tetapi kerana John Delinger lah maka akhirnya undang-undang jenayah di USa diseragamkan antara negeri dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) akhirnya diluluskan penubuhan.


Di tangan Johnny Depp, watak penjenayah akan secara automatik menjadi "hero" untuk filem tersebut. Ini seakan mengulangi filem "Blow" lakonan beliau bersama Penelope Cruz juga tentang kisah sebenar raja dadah Amerika, George Jung. Memang karisma Johny Depp terserlah untuk melakonkan watak-watak "sebenar" walaupun watak tersebut dilabel "musuh awam no. 1".


Hampir 2 1/2 jam di pawagam, apa yang dapat aku rumuskan (MK punya rumusan biar dia tulis sendiri..hahah) filem ini berbaloi untuk ditonton. Memang tak rugi bayar RM 9 untuk menonton filem ni dan siap aku cakap kat MK lagi "macam ni mau kena carik dvd ni..hahaha". Jadi kalau korang ada masa dan duit lebih, pergilah menonton filem ni. Memang tak rugi beb..


p/s: Aku suka "gun-fight scene" dalam filem ni. Dengan senapang ala-ala mafia tu kan, memang real.

p/s: Tekaan aku betul. Masa scene John cuba nak ngorat awek (Billie) dalam cerita ni, ada watak penyanyi kabaret dan aku telah meneka Diana Krall kat MK. Check kat sini.

p/s: MK suka lagu yang John nyanyikan dalam kereta yang dijadikan lagu end kredit.
*sumber rujukan: wikipedia, rottentomatoes

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...