Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Dunia Kita... Dunia Eicak!

Ada satu benda yang aku rasa aku belum iklankan lagi kat blog ni. Benda ni sebenarnya dah lama aku buat. Dah siap pun bahagian aku. Tapi, ragu-ragu pula aku nak promosi. Alang-alang dah tayang ni, aku promosikan jugalah.. Sebenarnya tayangan premier benda ni dah mula minggu lepas lagi (24 Jun 2012 jam 7.30pm). Tapi aku sendiri pun tak sempat nak tengok tayangan sulungnya. Kebetulan tarikh tu aku tengah menjual buku di Annexe Central Market sempena Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB) 2012.  Sinopsis cerita ini berlegar di sekitar karektor utama yang bernama Eicak. Eicak adalah seorang budak bandar yang terpaksa pulang ke kampung mengikut orang tuanya. Ketika sedang memancing di sebuah tasik, mata kail pancingnya tersangkut pada 'sesuatu' dan sedang Eicak cuba menarik pancing tersebut, dia tertarik masuk ke dalam tasik dan terus dibawa melalui sebuah pintu di mana pintu tersebut adalah laluan penghubung antara duni manusia dengan dunia "bunian" gitu.

Bila aku beraya pada bulan Rejab...(Let Us Cling Together)

Tiba-tiba mood nak menulis datang. Maka bersambunglah aku menulis... Tajuk di atas sengaja aku kontroversikan. Ianya kerana dalam sekitar Mei/Jun ini, semua barang-barang yang aku pesan dari luar sudah sampai (walau ada yang ambil masa sampai satu bulan!). Antara yang masuk dalam direktori koleksi aku ialah Queen Limited Edition Boxset no. 2. Queen 25th Years Anniversary Limited Edition Boxset no. 2  Sebenarnya, seperti mana entri yang ini , koleksi ini bukanlah koleksi yang dikeluarkan oleh Universal Music selaku pemegang hak pengedaran terkini Queen, tapi oleh Hollywood Records dengan kerjasama dari anggota Queen yang masih tinggal dan aktif (Brian May dan Roger Taylor). Ianya dikeluarkan dalam tiga (3) siri dan hanya dijual secara rasmi dalam laman web Amazon. Aku berjaya dapatkan 2 daripada 3 siri ini. Doakan aku dapat lengkapkan ketiga-tiga koleksi ya? Queen 25th Years Anniversary Limited Edition Boxset no. 1 Sekarang ini aku sedang melekat dengan album dari B

Kadang-Kadang Bila Debar Itu Datang...

Sekarang ni ramai yang kata blogging sudah ketinggalan zaman. Ramai juga yang mengeluh bosan bila buka Facebook. Ramai yang sudah mula berkicau "sendiri-sendiri" dalam Twitter. Aku termasuk dalam golongan ketiga. Bilamana Facebook sudah jadi macam laman " aku-lagi-best-mulia-masuk syurga awal-dari-kau " dan laman untuk perang saraf politik. Masalah bagi aku walau di Twitter "debar" itu tetap ada. Dan bilamana debar itu datang, memang rasa macam celaka! Tapi, siapalah aku yang nak menolak bukan? Dan bilamana punca "debar" itu sudah bersuara (aku rasa dia perasan!), takde apa-apa yang aku nak cakap lagi. Benda ni aku sudah buat banyak kali dan apa salahnya untuk kali ini pun, aku sekadar ulang semula perkara yang sama.... Angkat kaki bilamana aku rasa "debar" itu bukan untuk aku...senang bukan?   Baru aku tahu ada tasik nama Debar...

Tribute to Yazit Search. 2 malam sahaja!

Ya. Aku tau rasa janggal pula gunakan perkataan "tribute" tu tapi rasanya tak salah dalam konteks penggunaan bahasa, bukan? 2 malam sahaja. Paling ramai artis (rockers) yang terlibat. Jadi, apa tunggu lagi. Jom!