Aku warganegara merdeka
Kemerdekaan negara, kemerdekaanku
Kebebasan padaku,
Hanya satu beban...
Apa pemimpin kata,
Aku ikut sahaja...
Akal yang diberi tuhan,
Tak payah digunakan
Kecuali untuk cari makan...
Keraguan dan kerinduan (jika ada)
Ku bawa berlari,
Berlari dari rumah ke pejabat,
Dari pejabat ke rumah
Hingga hilang segala sangsi,
Dalam bunyi lantang peti TV
Tiap-tiap malam hari...
Sambil ternganga tengok TV,
Aku menjilat jari...
Begitu sedapnya ayam Kentucky
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mahu hidup begini
Seribu tahun lagi
Sajak ini pertama kali aku baca dalam novel grafik "Mat Som" karya Dato' Lat. Sila "google" untuk mengenali Saleh Ben Joned dan sajak-sajaknya...
3 ulasan:
selamat hari merdeka to all Malaysians everywhere
novel grafik Mat Som...
gua suka yg last tu diorang layan Ramli Sarip sambil Mat Som berbaju melayu sebab baru balik dari majlis kawen...
gua suka masa dia gadai jam tangannya untuk terus hidup (dan sepinggan nasi campur makan tengahari..)
gua suka ada satu sajak (lupa karya siapa..) berbunyi begini...
'maafkan aku kerana sering berlaku songsang...
...ketika orang melepaskan merpati, aku menabur padi'
*petang ni cari KFC laa...
.
Sajak tu tajuk sonsang karya A. Latiff Mohidin pada tahun 1977.
Susan Lancaster pernah cover sajak tu buat lagu dulu..Tapi x amik keseluruhan sajak la..
Catat Ulasan