Perhatikan point ini.. Venue yang luas tetapi terperosok jauh dari kemudahan pengangkutan awam, venue yang terletak di dalam negara yang agama rasminya adalah Islam, bahu jalan sebagai parking dan kualiti bunyi dan pencahayaan. Untuk ulasan seterusnya 4 point ini adalah saling berkaitan.
Sepanjang pengalaman aku menghadiri konsert artis tempatan mahupun antarabangsa di negara ini, aku dapat membuat kesimpulan bahawa pengunjung konsert boleh dibahagikan kepada 3 golongan. Golongan pertama ialah golongan yang memang taksub dengan artis tersebut dan sanggup berbuat apa sahaja untuk menonton konsert, golongan yang menyukai muzik dan juga meminati artis tersebut tetapi tidak begitu fanatik dan golongan terakhir ialah golongan yang sekadar inginkan hiburan dengan menonton konsert tanpa mempedulikan siapa artis tersebut (mungkin golongan ini paling sedikit).
Aku sampai di venue lebih kurang jam 12.00 tengahari. Kerana aku salah seorang yang menjaga booth DuniaSearch maka kelebihan aku ialah dapat parking di dalam venue. Setelah 2-3 jam maka siaplah sudah acara menyediakan booth dan masing-masing menunggu dalam debaran untuk detik bermulanya konsert.
Masalah pertama yang aku dapat lihat ialah ketika ingin mengerjakan solat zohor. Setelah bertanyakan sekuriti, maka aku ditunjukkan 2 kanopi berukuran 10' x 10' sebagai tempat bersolat. Dalam hati dah terdetik "ini kang time maghrib mesti masak ni" dan tanggapan aku betul. Aku diberitahu memang ada surau di Rumah Kelab di dalam venue ini tetapi menjelang asar aku diberitahu yang surau tersebut telah dikunci..menarik bukan?
Tepat jam 4.30pm band undangan pertama mengambil tempat sebagai pemanas acara. Pesawat dengan genre muzik ala2 Brit Pop (aku geli nak panggil indie) membuka tirai dengan 4-5 lagu dari repetoire mereka. Kemudian band yang menjadi juara ROTTW Soundstage 2007, Zip Zieller mengambil alih dengan vokal ala2 Bon Scot "ACDC". Agak menarik band ini dengan genre blues rock mereka.
Band undangan ketiga ialah band tribute rock kangkang..Revenge. Pada mereka yang pernah melihat persembahan mereka, macam tu jugaklah mereka pada petang tu. Setelah 6 lagu dibawakan, persembahan diberhentikan untuk memberi peluang kepada technician Search untuk membuat sound check yang terakhir. Time ni dapat dilihat barisan panjang pada kanopi surau tadi manakala pengunjung mulai ramai membanjiri venue..
Selepas maghrib, Republic Of Brickfield mula mengambil tempat. Time ni aku tengah beratur kat kanopi untuk menunggu giliran nak amik wuduk. Orang ramai dah tak larat nak tunggu turn nak masuk kanopi maka jalan dan rumput digunakan untuk bersolat. Rungutan mulai kedengaran. Masing-masing mula mempertikaikan kata-kata Amy tempohari yang mengatakan bahawa surau ada disediakan..takkan kanopi je?
Jam mula menunjukkan pukul 9.00pm. Dalam hati aku dah sinis "kalau Search memang macam ni la. Tak pernah tepat waktu". Isma Halil yang bertindak selaku MC pada konsert ini kemudian mengumumkan yang Seacrh telah sampai..tetapi sampai di mana? Di selekoh "main entrance venue tak dapat masuk kerana kereta yang double parking menghalang laluan masuk bas. Apa cerita? Takkan nak salahkan penonton parking salah sedangkan tiada tempat parking disediakan? Akhirnya Search mengambil keputusan untuk berjalan kaki masuk ke venue. Ya, berjalan kaki sambil Amy membonceng motor seorang krew (gambar dari salah seorang krew memang menunjukkan Amy membonceng motor)..
Tepat jam 9.45pm, intro keyboard dimainkan dan lagu Panggung Khayalan dimainkan. Aku dah mula terdetik.."kenapa sound sebu?" Speaker V-Dosc yang tersusun di belah kanan stage macam kurang power. Dan tanggapan aku betul ketika Balada Pemuzik Jalanan dimainkan. Ketika lagu menuju penghujung, tiba-tiba stage bergelap dan semua sound padam. Damn!, macam mana boleh jadi macam ni? Setelah mengambil kira-kira 10 minit, keyboard berbunyi semula dan Laila Namamu Teratas berkumandang..
Time ni aku dah berundur ke belakang. Malas nak bersesak-sesak dengan bunyi yang menyakitkan telinga tapi aku lihat penonton tidak berganjak sambil ikut menyanyi bersama-sama Amy. Dan ketika Bencana berkumandang, Kid masuk tapi sayang bunyi gitar beliau tidak kedengaran..
Hampir 12.30am ketika Fantasia Bulan Madu berkumandang menandakan lagu terakhir pada malam tersebut. Rata-rata penonton yang aku jumpa rasa macam bengang dengan sound system pada malam tersebut kerana Amy memberitahu yang sound system dari luar negara. Ingin aku membuat pembetulan bahawa bukan sound system dari luar negara tetapi sound engineer dari luar iaitu dari Indonesia. Mereka mempunyai pengalaman mengendalikan konsert Godbless, Dewa, Gigi di sana dan apa yang aku boleh beritahu, bukan salah mereka sound malam tu macam sial. Korang boleh membuat perbandingan dengan sound konsert ketika di Seberang Jaya, JB malahan di Jengka. memang terbaik tetapi....
Kesimpulan aku untuk mereka yang membayar tiket untuk menyaksikan konsert ini, tagline "berbaloi-baloi" pada aku dorang tak dapat rasakan. Tapi aku percaya sekiranya segala "masalah domestik" yang melanda produksi konsert ni dapat diselesaikan dari awal, memang konsert ni boleh menjadi sebuah konsert yang terbaik di abad ini.
p/s: Setlist diambil dari FB Amshyar
p/s: VC Hello Kawan dari youtube hanabakhara

10 ulasan:
aku suka Hello Kawan...
thanks for the insight zan.
Pasal start lambat tu aku bleh terima lagi la, lagipun ramai yg tsangkut kat entrance time tu.
Masa diorang pasang CD sblm start aku perasan bunyi speakr tak cukup umphh.. tp masih sangka baik maybe CD yg kokak or saja tak setting btul2. Tgk2 bila start, hmmphhh..
Ini la kali ptama aku tgk konsrt rock, org melepak mcm picnic kat blkg sbb bosan..
Ehh.. Mcm pusat komplen plak aku buat blog ko ni ehh ha ha..
ermmm bandana aku jgn lupa..
ramai betul yg tak puas hati ngan konsert ni ek..tp tu la..dah bayar mahal2 kan..mesti la nak yg terbaik..nampaknya yg kat JB tu hari jugak la yg terbest..
Kesimpulannya.... Nasib baik aku layan RAMLAH RAM kat Seberang Jaya. Rusty Blade menyengat habisssssssss......
Bob Pilgrims yg fanatik dgn legend ini pun turut mengomel tentang 'bencana' yg terjadi...
Aku pun tak tau nak cakap apa. Dorang masuk gelanggang konsert dengan konfiden level yang teramat tinggi. Jadi tak salah peminat kasi high expectation untuk konsert ni..
Memang rata-rata yang aku jumpa semua kasi komen pasal bunyi macam gampang. Back line tu sebenarnya dari syarikat lain, bukan Mubari. Boleh beza sound untuk 3 venue terawal (penang, JB n Jengka) yang menggunakan barang2 Mubari dengan 2venue terakhir (K.Terengganu n Bukit Kiara) yang menggunakan barang2 dari Penang..
berbaloi balio ke Air Baloi? ha ha
Gua dah syak bukan itu Mubari. Sekarang ni nak kira macam mana ni? Ada ulang balik ke tak? Kalau takde, gua kerat rambut masuk kerja kerajaan je.
Catat Ulasan