Ahad, 29 November 2009

Anda ada pesanan..



"Anda ada surat", "anda ada pesanan"..agak kelakar pulak kalau nak diterjemah tajuk filem ni ke bahasa melayu. Tapi tu la bunyiknya.."You've Got Mail" yang dilakonkan oleh "big crush" aku, Meg Ryan (aku rasa aku ada citarasa MILF di sini) bersama Tom Hanks. Juga dibantu oleh Steve Zahn, Parker Posey, Greg Kinner dan ramai lagi. Cerita ni memang buat aku ingat sangat pasal nilah cerita "pertama" yang aku tengok dekat wayang selepas "Tenage Mutant Ninja Turtle" tahun 1991 (giler lama kan?). Cerita ni ditayangkan serentak dengan "Meet Joe Black pada 1998 (aku sempat intai panggung sebelah lepas habis cerita ni. Member yang jaga masa tu..hahaha)

Cerita ini sebetulnya bukan cerita baru tetapi diolah dari cerita lama "Shop Around The Corner", sebuah cerita hitam putih tahun 1940. You've Got Mail menceritakan mengenai seorang pengusaha sebuah buku kanak-kanak (Meg Ryan) yang cuba untuk bertahan apabila sebuah toko buku gergasi dibuka berdekatan dengan kedainya (kedengaran macam sedang berlaku di tempat sendiri kan?). Habis tu, mana datang "you've got mail" tu? Haa..ianya diambil sempena kegilaan Meg Ryan dalam cerita ni yang suka berbalas email (menggunakan AOL) dengan seorang yang dia sendiri tak kenal (ala2 "blind date" gitu).

Menonton cerita ni membuat aku terasa macam menonton cerita-cerita Khabir Bhatia sekarang. Kenapa? Pengarahnya iaitu Norah Ephron berjaya menonjolkan sisi-sisi cantik kota New York terutama tentang budaya masyarakatnya, taman-tamannya dan juga kesibukan kotanya. Khabir Bhatia juga seperti yang sedia maklum memang terkenal dengan shot-shot yang lawa dan mengagumkan (siapa boleh lupa shot komuter, LRT dan Monorel berjalan serentak didalam filem Cinta) dan Norah Ephron terlebih dahulu dah buat shot-shot macam ni.

Kalau nak ulas mengenai gaya lak0nan Meg Ryan & Tom Hanks aku rasa macam tak patut. Pada aku dorang berdua ni memang macam dah ada pertalian kimia antara satu sama lain. Memang cukup sempurna lakonan dorang walaupun jalan cerita untuk filem ni macam "biasa-biasa" je. Selain cerita mengenai usaha Kathereen Kelly (KK) cuba menyelamatkan kedainya, juga dipaparkan dalam filem ni teknologi chatting pada waktu itu (tahun 1998 aku memang tak tahu apa2 pasal chatting..hahaha) dan dialog-dialog antara KK dengan pasangan chattingnya, NY152 (Joe @ Tom Hanks). Juga diselitkan dialog mengenai hebatnya pengaruh "The Godfather" dalam kehidupan lelaki (Eddie mungkin bersetuju).."The Godfather is the I-ching. The Godfather is the sum of all wisdom. The Godfather is the answer to any question. What should I pack for my summer vacation? "Leave the gun, take the cannoli." What day of the week is it? "Monday, Tuesday, Thursday, Wednesday."

Antara filem yang berbaloi kalau nak dibuat koleksi (untuk mereka yang tak suka cerita seram & ganas macam aku ni..hahaha). Sountrack dia pun boleh tahan. Banyak lagu-lagu lama dan ada satu lagu yang dirakam semula oleh Sinead O' Connor (penyanyi perempuan yang botak tu). Oleh kerana lagu versi Sinead O' Connor ni takde dalam youtube, aku uploadkan yang versi asal...







(Lagu oppening cerita)

6 ulasan:

berteromber berkata...

aku memang suka citer ni..Meg Ryan tu dah memang satu hal la..sapa la yang tak jatuh cinta dgn makcik ni...tambah ketika tu baru2 belajo internet...so cerita ni memang kena pada zamannya..pernah ada vcdnya...kemudian dvdnya..tapi semua pirate la...hehe

eddie dewanaga berkata...

seriously, cerita ini cantik, percaya la cakap gua, manusia yg cuma layan war oriented movie dan 'filem gangster sahaja' kind of policy...

juga cukup memuja muzik arwah Harry Nilsson ini terutamanya lagu 'somewhere over the rainbow' masa ending.

mana pegi 'mafia' gua..?
mana pegi 'melodic death metal' gua...??

deep down, gua seorang yg romantik dan bukannyakaki romen...





*lu jangan gelak, berteromber...!!

deaf-angel berkata...

Ni cintan cintun ni, lagu satu sleepless in Seatle tu kan?

TMNT.. lama tu kan?

aku ingat lagi, aku nengok kat wayang ngan kawan2 zaman tu.

kita tak puas hati, budak2 kecik pekik2 tepuk2 tangan time Ninja Turtles mula2 muncul kat screen

so bila geng jahat keluar, aku lak sokong tepuk2 tangan haha

zan berkata...

Berteromber..
Aku memang cukup minat ngan Meg Ryan ni tapi bila dia divorce ngan husband dia n start couple ngan Russel Crow, aku terus pangkah Russel Crow..hahaha

Eddie..
Satu2 nye citer perang yang aku minat ialah Saving private Ryan (pasal aku ada beli vhs tape kat Petaling Street). Tapi The Godfather n Young n Dangerous walaupun ganas aku suka dengan elemen "setiakawan" dalam cerita tu..
Cerita yang cantik? Satu lagi cerita dalam konteks ni (pada aku) ialah Chasing Liberty. Cerita pasal anak President USA (Mandy Moore tu)..er..nak kena review gak ke? hahaha

Deaf...
TMNT seingat aku tahun 1990-91. Masa tu rumah aku tengah renovate. Arwah ayah aku bawak aku ngan adik aku tengok wayang pasal nak beli jiwa kitorang..hahaha. Tengok pun kat Kapitol Klang, bangku kayu beb (sekarang dah jadi tapak bazaar 24 jam).
Sebelum umur aku cecah 18, 2 cerita je yang aku gi tengok wayang. TMNT ngan Ranjau Sepanjang Jalan (aku ingat cerita ni pasal ada scene orang tua kena lintah kat sawah). Lain2 pasal aku budak baik..

"I was a school magazine editor" - Lemmy Motorhead dalam "Airhead"

Portdy berkata...

minggu lepas aku beli "in the cut" hehhehe terasa pervert lak ...


apapun selamat tahun baru hijri zan!

ketamrock berkata...

hang memang milf lover!

aku pun bingung dengan citarasa aku terhadap filem kini iaitu lebih ke arah dadah.. blow, city of god, pinnaple express, maria full of grace, harold and kumar, rockers, evolusi kl drift dan lain2.

filem pertama aku tonton kat wayang adalah Puteri lakonan ogy dan eman manan..tahun berapa pun tak tau la.

bercerita tentang lintah..dulu pernah tonton drama melayu kalu tak silap razak ahmad pagar padi berlakon..cite pasal awek dia mati kat umah kampung pasal lintah dah beranak pinak dalam perut.

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...