Maskara Showcase (Pasca Apokalips) 2012


Bersempena dengan event Pop Fest "Save Gaza" yang dilangsungkan di UiTm Shah Alam, Maskara kali ini turut diundang untuk dibuat di sini. Berlangsung pada 22 Disember 2012 dan hanya satu malam sahaja! Insyaallah aku akan perform dalam edisi Maskara kali ini. Band aku kali ini dinamakan The Sobat. Amacam? Hahaha.

Jemput datang semua sekiranya berkelapangan. Masuk percuma!

Rabu Tanpa Kata-Kata (triple duabelas kononnya)








Versi Instagram

Mengisi waktu lapang...





Bukan selalu dapat masuk dalam suratkhabar kan? Hahaha

p/s: Kredit gambar: Kosmo 24 September 2012. Untuk artikel penuh, klik sini!


Malaysia Rock Fest 2012


Konsert rock (lagi!) sempena Moto GP 2012. Kali ini dibuat di Bukit Kiara Equestrian Park. Membawa tema "Rock City", penganjur Red On Black dengan kerjasama Bombbay Worldwide akan membawakan 4 gergasi rock tanahair WINGS, MAY, XPDC-V6 dan LEFTHANDED bergandingan dengan lagenda rock Kota Singa, RUSTY BLADE!

Tiket-tiket berharga RM 88.00 dan boleh didapati melalui ejen-ejen ticket2u.biz dan juga Sayap-Sayap Wings. Konsert dijangka akan mengambil masa 6 jam penuh dengan aksi-aksi yang bakal mengujakan hati dan sanubari peminat rock tanahair.

Disamping konsert, juga akan diadakan bengkel muzik oleh pemuzik-pemuzik handalan, jualan barang-barang cenderahati dan juga makanan dan minuman.

Info lanjut: www.sayap2wings.com

p/s: kalau nak ambil poster di atas tu, ambil je..hahaha



Update 25/09/2012:


Poster terkini versi selepas press conference.

Rahsia Victoria oleh Bart Ahmad


Ada yang mengatakan ianya sebuah buku yang membidas gerakan feminisme. Ada yang mengatakan pula buku yang cuba mengangkat penulisnya sebagai seorang hero. Ada pula yang mengatakan ianya sebuah buku 'antitesis'. Masalahnya, yang mana satu yang betul?

Bijak pandai zaman dahulu kerap berpesan "Jangan menilai buku daripada kulitnya". Tapi sekarang sudah zaman milenia. Zaman manusia sudah boleh berhubung dari hujung dunia belah sini ke hujung dunia belah yang satu lagi. Maka, kulit buku di zaman sekarang adalah sepenting isinya. Tak lawa kulit maka susah nak jual buku, bai!

Untuk pembelian online, lengkapkan borang di sini (dan ikut arahan seperti yang tertulis) keh keh keh. Bukan janji kosong tapi sekurang-kurangnya, korang akan mendapat "sesuatu" setelah membaca buku ini.

p/s: Borang di bawah boleh ditatal (scroll) menggunakan tetikus (mouse) korang. Jangan panik kalau nampak borang ni keluar separuh saja..:-) 

Dirgahayu!


Apa persamaan antara Gene Simmons, Elvis Costello, Tim Burton, Rob Halford, Vivian Campbell & Billy Ray Cirrus? Ya! Mereka semua aktif dalam penggunaan otak kiri iaitu terlibat dalam bidang seni hiburan. Siapa tak kenal Kiss, Judas Priest, Def Leppard, lagu She & Achy Breaky Heart serta filem-filem Beetlejuice, Edward Scissorhands dan Sleepy Hollow.

Mereka memang hebat dan terkenal dalam lapangan masing-masing. Kiranya mereka ini sudah boleh diletakkan dalam kategori lagenda dan layak diangkat sebagai Sifu dalam bidang mereka.

Tapi, ada satu lagi persamaan mereka selain terlibat aktif dalam bidang seni hiburan. Apa dia?

Cubalah teka...
*
*
*
*
*
*
*
Dah dapat?
*
*
*
*
*
*
*
Apa dia?
*
*
*
*
*
*

Ya, mereka berkongsi tarikh lahir yang sama! Mereka semua lahir pada 25 Ogos dan secara tak langsung mereka juga berkongsi tarikh lahir dengan aku dan Mawi (world!)...ha ha ha.

Justeru, dirgahayu diucapkan kepada mereka (dan kepada aku juga!). Untuk aku? Tak nak banyak. Kalau terasa nak beli hadiah, aku cuma nak balik gitar aku yang kena curi dulu je. Sudah tentu bukan yang dah hilang tu. Nak yang lain la..ha ha ha! 



Raya Yang Selamat!


Kalau ikut kalendar, Ahad ini (19 Ogos 2012) kita akan menyambut perayaan kemenangan yang terbesar dalam kalendar Hijrah iaitu Eidulfitri. Jadi sempena perayaan yang bakal kita sambut ini, terimalah....




          &


 

p/s: Iklan Bernas Raya semacam menyambung tradisi sambut raya dengan kesedihan di Malaysia ni. Sejak bila kita kena sambut "kemenangan" dengan bersedih?

Rahsia Victoria (Akan datang)


"by all means marry; if you get a good wife, you'll be happy. if you get a bad, you'll become a philosopher"  - Socrates (469 BC - 399 BC)  

"let your heart be mine and mine be yours" - Hindu wedding hymn

"... married man live longer than single men"  - some medical journal 

"some men are in, for a slow and painful death" - some married man after accidentally reading some medical journal

"employ your time in improving yourself by other men's writings so that you shall come easily by what others have labored HARD* for" -  Socrates (469 BC - 399 BC)




Sesetengah pendapat mereka kata salah satu cara untuk gauge kejantanan seorang kotey ialah melalui berapa banyak luka yang ada pada tubuh badan mereka. Ini boleh jadi literal scars mahupun metaphor  scars. Terdapat perbezaan markah di antara luka ketika... say for example bertarung dengan seekor buaya dan luka akibat kesilapan kecil semasa memotong bawang di dapur. Andaikata luka akibat bertarung dengan seekor buaya itu nilainya 10 markah, luka akibat potong bawang itu bernilai 2 setengah markah.

Kemudian datang feminism. Selow-selow, mereka menyelinap ke dalam falsafah peng-gauge-an kejantanan ini lalu selepas beberapa dekad, mereka cuba ubah kepercayaan luka akibat potong bawang itu sebenarnya juga bernilai 10 markah, instead of traditionally 2 setengah.



Untuk mereka yang lalai, ini tiada masalah. Untuk mereka yang peka, pasti sedar ini adalah masalah. Sudahlah metaphor scars di badan kita sepatutnya berasal dari benda benda macam jatuh akibat praktis wheelie motor kali pertama, akibat feminism, off late, ia selalunya datang daripada pengalaman buruk di lontar dengan kasut tumit tinggi atau dihempuk dengan beg tangan Lois Vutton.



Antara ilustrasi paling ikonik, kalau boleh saya kata ikonik, ialah gambar evolusi bagaimana seekor siamang yang berjalan bertukar bentuk ke rupa seorang lelaki dewasa. Darwin kata men evolve from apes. Feminism pula nampaknya cuba mengembalikan lelaki yang memegang lembing di akhir pusingan itu, untuk berpatah balik, gostan ke belakang kembali ke bentuk siamang. Dunia yang tidak pernah selamat ini, kini semakin bahaya untuk kita. 



Nevertheless, kita tahu Darwin dan ilustrasinya itu salah tapi itu beside the point.



Kita tak mahu buat silap seperti Darwin. Kita harus lebih berhati-hati. Di mata kotey zaman moden yang tidak berhati-hati, baju dalam atau disebut bra, tidak lebih hanyalah sebuah instrument untuk melindungi sepasang benda itu dari apa saja yang ingin menyerangnya tapi buat mereka yang tidak lalai, ia adalah sebenarnya senjata bahaya yang dilindungi oleh set baju kurung, baju pejabat, blaus atau tidak dilindung langsung.... betul, saya tak tipu!



Oleh itu.



Untuk tidak menjadi lalai, adalah perlu kita, the koteys memahami sepak terajang politik putar belit kehidupan di dunia dan demi baju dalam Emma Watson, percayalah bila saya kata antara putar belit paling sukar di dunia ini datangnya dari errr.... maaf cakap, wanita.



Semakin banyak kita boleh lihat sekarang ini apa yang dahulunya dikuasai koteys, sudah beralih ke tangan wanita. 2 dekad lalu kita nampak Ali dalam filem Ali Setan ialah 'The Alpha' dalam environment kampus tapi andaikata any modern Ali gatal-gatal cuba melakukan antics yang dilakukan oleh Ali Setan itu dulu, pada masa sekarang, hampir pasti dia akan dilempar dengan kasut-kasut tumit tinggi dari semua arah kerana statistik telah membuktikan di mana-mana IPT sekarang ini, kasut tumit tinggi mengatasi jumlah kasut bola dengan nisbah hampir omaigodly omaigod 4:1 ...!





Kemunculannya tidak akan merubah statistik nisbah gender di IPT tapi setidak-tidaknya, ia mampu jika dihayati dengan sempurna - melindungi kita dari dibaling dengan satu set kasut tumit tinggi. Jika objektif kecil ini tercapai ...


Watahelman... 


Ini pun dah cukup orait dengan keadaan dunia yang agak kritikal sekarang ini.


Sumber entri: Sini.


Dirgahayu...QUEEN! (Akhirnya sempurna!)


Setelah sebulan lebih menunggu dengan (tak berapa) sabar, akhirnya posmen datang ke rumah aku dengan membawakan bingkisan terakhir dalam siri koleksi saga ini. Koleksi ketiga "Limited Edition" 40th anniversary Queen yang berwarna merah akhirnya tiba ke pangkuanku pada ramadan yang ke tiga.

Siri saga ini dikeluarkan khas oleh Hollywood Records dengan kerjasama Queen sendiri. Malah Brian May turut terlibat secara langsung dengan turut membantu menyelenggara proses pendigitalan mixing dan mastering koleksi ini.  


Sekarang aku masih menelaah koleksi yang ketiga ini. Lebih tepat sedang melayan album The Miracle. Terus terang bila aku mendengar lagu-lagu mereka dari album pertama dalam koleksi yang pertama hingga ke koleksi terakhir ini, rasa kagum dengan bakat dan geniusnya mereka berkarya pada waktu itu. Ternyata pada zaman itu muzik dari England benar-benar menakluk dunia bermula dari The Beattles disambung pula oleh The Yardbirds, Black Sabbath, Led Zeppelin, Pink Floyd, Queen, Sex Pistols, Iron Maiden (banyak lagi sebenarnya tapi tak perlulah nak kena tulis semua kan?) semuanya dengan genre muzik yang tersendiri dan tidak meniru antara satu sama lain.

Mendengar muzik dorang kadang-kadang buat aku terpikir kenapa di zaman sekarang yang penuh dengan teknologi ini, ramai yang buat muzik sekadar nama 'buat' saja? Semata-mata kerana duit. Bukan nak menangkan mereka-mereka yang terdahulu ini tapi sekurang-kurangnya keikhlasan mereka berkarya kita dapat rasa. Semua lagu dan lirik dicipta sendiri makanya mesej mereka terus sampai kepada pendengar. Proses rakaman semuanya di bawah tekanan dan tak peduli samada harga sewa studio melambung tinggi asalkan mereka puas hati dengan hasil akhir. Ceh, boleh teremosi pula...kah kah kah!


Harga koleksi ini memang mahal (dan kebetulan aku "raya" awal tahun ni..keh keh keh). Setiap koleksi terdiri daripada 5 album sahaja dengan sekeping poster percuma. Tapi apa yang istimewanya koleksi ini ialah setiap album selain melalui proses mixing dan mastering secara digital, ianya juga didatangkan dengan sekeping cd extra. maknanya setiap album ada 2 cd. Cd extra ini mengandungi B single untuk setiap album, demo atau live version sesebuah lagu dan juga petikan lagu-lagu epik. Bayangkan korang mendengar seksyen koir dalam Bohemian Rhapsody tanpa iringan orkestra. Meremang bulu bukan? 

Aku rasa koleksi ini memang tidak dijual di kedai-kedai melainkan melalui online saja. Jadi kalau rasa-rasa nak penuhkan koleksi Queen korang, bolehlah beli koleksi ini melalui Amazon.  

G4 di Selatan!

Aku ada dengar dari kawan aku bulan lepas tapi baru hari ni lah aku nampak posternya. Jadi selaku 'radio cabuk' pengiklan tak berbayar, aku mengajak korang yang berada di selatan tanahair untuk ke konsert ini. Kalau dari utara atau tempat lain pun dijemput datang juga. Maklumat lanjut semua ada pada poster.

Sekian, terima kasih.

P/s: Kalau nak ambil poster ni untuk promosi, ambil saja. Jangan malu jangan segan.




P/s: Update terkini. Konsert ini telah ditangguhkan ke bulan September. Lokasi juga telah ditukar ke KL Live dan bukan lagi Stadium Tertutup JB.

Dunia Kita... Dunia Eicak!


Ada satu benda yang aku rasa aku belum iklankan lagi kat blog ni. Benda ni sebenarnya dah lama aku buat. Dah siap pun bahagian aku. Tapi, ragu-ragu pula aku nak promosi. Alang-alang dah tayang ni, aku promosikan jugalah..


Sebenarnya tayangan premier benda ni dah mula minggu lepas lagi (24 Jun 2012 jam 7.30pm). Tapi aku sendiri pun tak sempat nak tengok tayangan sulungnya. Kebetulan tarikh tu aku tengah menjual buku di Annexe Central Market sempena Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB) 2012. 



Sinopsis cerita ini berlegar di sekitar karektor utama yang bernama Eicak. Eicak adalah seorang budak bandar yang terpaksa pulang ke kampung mengikut orang tuanya. Ketika sedang memancing di sebuah tasik, mata kail pancingnya tersangkut pada 'sesuatu' dan sedang Eicak cuba menarik pancing tersebut, dia tertarik masuk ke dalam tasik dan terus dibawa melalui sebuah pintu di mana pintu tersebut adalah laluan penghubung antara duni manusia dengan dunia "bunian" gitu. Jadinya, cerita-cerita dalam Dunia Eicak ini adalah berlatar belakangkan Eicak dan "kawan-kawan" barunya di dalam "dunia" baru itu.  


Karektor-karektor di dalam Dunia Eicak ini kebanyakannya adalah haiwan. Hanya Eicak seorang saja manusia. Ironinya, nama "Eicak" itu sebenarnya diambil daripada nama ikan belacak! Dan kebanyakan karektor pembantu dalam 'kampung' yang diberi nama "JayaPutra" ini adalah ikan belacak. He he he.


Mulai minggu ini (29 Jun 2012) siaran Dunia Eicak ini akan bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 7.30 malam di TV3. Jadi kalau ada kelapangan lepas solat Maghrib tu, jemputlah tengok cerita ini ya? jangan lupa ajak anak-anak korang sekali...he he he

Karektor aku? Bawah ni karektor aku lah! Nama aku Koozie!!!



Sedikit mengenai teknikal...

Terbitan: Addeen Multimedia

Pengarah: Dean Sham

Muzik latar dan lagu tema: Family Tree Production (Amir Syawal)
Lagu tema: Dunia Kita (Afiq)


Eicak: Afiq Idola Kecil
Fenggo: Pipiyapong
Elly: Fazleena Hishamudin
Didie: Ira
Bobby: Shidah

Chip: Ikhwan
Koozie: Zaini (Aku la)
Jimmy: Dean Sham

Tok Ketua: Azman Azahar
Tok Pawang: Sinaganaga

Facebook: Dunia Eicak (page)

Website: Dunia Eicak





Bila aku beraya pada bulan Rejab...(Let Us Cling Together)


Tiba-tiba mood nak menulis datang. Maka bersambunglah aku menulis...

Tajuk di atas sengaja aku kontroversikan. Ianya kerana dalam sekitar Mei/Jun ini, semua barang-barang yang aku pesan dari luar sudah sampai (walau ada yang ambil masa sampai satu bulan!). Antara yang masuk dalam direktori koleksi aku ialah Queen Limited Edition Boxset no. 2.

Queen 25th Years Anniversary Limited Edition Boxset no. 2 

Sebenarnya, seperti mana entri yang ini, koleksi ini bukanlah koleksi yang dikeluarkan oleh Universal Music selaku pemegang hak pengedaran terkini Queen, tapi oleh Hollywood Records dengan kerjasama dari anggota Queen yang masih tinggal dan aktif (Brian May dan Roger Taylor). Ianya dikeluarkan dalam tiga (3) siri dan hanya dijual secara rasmi dalam laman web Amazon. Aku berjaya dapatkan 2 daripada 3 siri ini. Doakan aku dapat lengkapkan ketiga-tiga koleksi ya?

Queen 25th Years Anniversary Limited Edition Boxset no. 1


Sekarang ini aku sedang melekat dengan album dari Boxset yang pertama, A Day At The Race. Album ini adalah album kelima daripada 15 discography Queen dan diterbitkan pada tahun 1976. Juga adalah album pertama yang menampilkan Queen sebagai penerbit album sepenuhnya tanpa bayangan Roy Thomas Baker, penerbit album-album mereka sebelum ini.



Dalam album ini, Queen telah mencipta sebuah lagu yang diselitkan lirik berbahasa Jepun di bahagian korus (satu-satunya lagu Queen yang berbahasa Jepun dan antara 3 lagu yang berbahasa asing selain Mustafa dan Las Palabras De Amor). Teo Toriatte atau dalam bahasa inggeris Let us Cling Together, lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Brian May sebagai penghormatan kepada peminat mereka di Jepun. Juga menjadi satu-satunya lagu yang bahagian pianonya tidak dimainkan oleh Freddy Mercury tapi dimainkan sendiri oleh Brian May.

Aku tak bercadang nak mengupas teknikal album atau koleksi ini (mungkin di entry yang lain). Cuma sejak kali pertama aku dengar lagu ini (ianya diletakkan sebagai penutup album), aku dapat rasakan satu perasaan sayu tapi penuh bersemangat! Tidak menghairankan sekiranya dilihat di dalam Youtube, jengah ke bahagian komen maka kita akan dapat membaca komen-komen yang positif tentang lagu ini. Lagu ini juga telah dirakamkan kembali oleh kumpulan Rock dari Carlifornia,  Mêlée dan bekas vokalis Angra, Andre Matos.Lagu ini juga dimasukkan ke dalam projek kompilasi Song For Japan sempena malapetaka tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun tempohari dan dikeluarkan pada Mac 2011. (sumber: wikipedia)



(verse)

When I'm gone
No need to wonder if I ever think of you
The same moon shines
The same wind blows
For both of us, and time is but a paper moon...
Be not gone

Though I'm gone
It's just as though I hold the flower that touches you
A new life grows
The blossom knows
There's no one else could warm my heart as much as you...
Be not gone

(chorus)

Let us cling together as the years go by
Oh my love, my love
In the quiet of the night
Let our candle always burn
Let us never lose the lessons we have learned

手を取り合って このまま行こう (Te o toriatte Kono mama ikō)
愛する人よ (Aisuru hito yo)
静かな宵に (Shizuka na yoi ni)
光を灯し (Hikari o tomoshi)
愛しき 教えを抱き (Itoshiki Oshie o idaki)

(verse)

Hear my song
Still think of me the way you've come to think of me
The nights grow long
But dreams live on
Just close your pretty eyes and you can be with me...
Dream on

(chorus)

手を取り合って このまま行こう (Te o toriatte Kono mama ikō)
愛する人よ (Aisuru hito yo)
静かな宵に (Shizuka na yoi ni)
光を灯し (Hikari o tomoshi)
愛しき 教えを抱き (Itoshiki Oshie o idaki)

(bridge)

When I'm gone
They'll say we're all fools and we don't understand
Oh be strong
Don't turn your heart
We're all
You're all
For all
For always

(chorus)

Let us cling together as the years go by
Oh my love, my love
In the quiet of the night
Let our candle always burn
Let us never lose the lessons we have learned

p/s: Gambar-gambar diambil tanpa kebenaran dari internet. Belum ada masa nak amik gambar koleksi aku yang ini.

Kadang-Kadang Bila Debar Itu Datang...


Sekarang ni ramai yang kata blogging sudah ketinggalan zaman. Ramai juga yang mengeluh bosan bila buka Facebook. Ramai yang sudah mula berkicau "sendiri-sendiri" dalam Twitter. Aku termasuk dalam golongan ketiga. Bilamana Facebook sudah jadi macam laman "aku-lagi-best-mulia-masuk syurga awal-dari-kau" dan laman untuk perang saraf politik.

Masalah bagi aku walau di Twitter "debar" itu tetap ada. Dan bilamana debar itu datang, memang rasa macam celaka! Tapi, siapalah aku yang nak menolak bukan?

Dan bilamana punca "debar" itu sudah bersuara (aku rasa dia perasan!), takde apa-apa yang aku nak cakap lagi. Benda ni aku sudah buat banyak kali dan apa salahnya untuk kali ini pun, aku sekadar ulang semula perkara yang sama....

Angkat kaki bilamana aku rasa "debar" itu bukan untuk aku...senang bukan?



Baru aku tahu ada tasik nama Debar...

Tribute to Yazit Search. 2 malam sahaja!

Ya. Aku tau rasa janggal pula gunakan perkataan "tribute" tu tapi rasanya tak salah dalam konteks penggunaan bahasa, bukan?

2 malam sahaja. Paling ramai artis (rockers) yang terlibat. Jadi, apa tunggu lagi. Jom!

Dirgahayu, Queen!






Queen 40th anniversary Limited Edition box set (5 album pertama). Dari kiri (atas) ikut pusingan jam: Queen, kotak "box set", Queen II, Sheer Heart Attack, A Night At The Opera, A Day At A Race. Bonus: Poster Queen.

Nampaknya kena jual la pula Queen & Queen II aku. RM 80.00 siap pos. Ada siapa-siapa berhajat? he he he.

Untuk rujukan sila klik sini..:-)

Dirgahayu...Queen! (Bahagian satu)


Dirgahayu - sl dilanjutkan usia, dipanjangkan umur (sumber sini)


Dalam banyak-banyak band rock klasik, Queen adalah antara yang memberikan pengaruh besar dalam menentukan citarasa muzik aku (bukan gaya hidup ok?). Sebenarnya kalau diperhatikan, era klasik rock (1960 - 1980) adalah era yang paling kreatif pada pendapat aku di mana walaupun banyak band-band yang muncul tapi mereka boleh membentuk satu konsep atau perbezaan dari segi muzik hingga memungkinkan sukar untuk mencari persamaan antara satu sama lain.

Queen antara kumpulan yang jatuh dalam kategori "lain" ini. Tatkala kumpulan rock dari kepulauan Britain seperti Led Zeppelin dan Pink Floyd sudah menerapkan elemen-elemen "psychedelic" dalam lagu-lagu mereka, Queen muncul pada 1973 dengan konsep muzik "theatrical" iaitu suatu konsep di mana muzik mereka bukan sekadar didengar, malahan diolah seakan-akan muzik latar belakang drama atau teater.

Sekurang-kurangnya itulah yang aku alami tatkala mendengar dua album pertama Queen ini. Queen & Queen II, dua album yang dikeluarkan selang setahun (1973 & 1974) menampakkan betapa produktifnya gabungan Freddie Mercury, Brian May, John Deacon dan Roger Taylor ini. Dirakamkan di studio Trident, London untuk kedua-dua album, album ini menampakkan sisi atau prinsip awal mereka yang jelas tidak mahukan bunyian synthesizer (malangnya mereka terpaksa akur dengan penggunaan synthesizer dan menggunakannya untuk lagu-lagu mereka selepas itu seperti Radio GaGa dan

Versi yang ada pada aku adalah versi CD remastered Printed in Holland (sudah tentu remastered, tahun 1973 masih dengan LP lagi...he he he). Menggunakan studio Jalan Abbey sebagai studio remastered, walaupun menggunakan digital remastered tetapi seboleh mungkin mereka cuba untuk mengekalkan jiwa analog dalam rilisan semula ini. 


(perhatikan disclaimer ..."and nobody played synthesizer")

Album pertama, Queen mengandungi 10 lagu di mana 4 lagu ditulis oleh Brian May, 5 lagu oleh Freddie Mercury sendiri manakala satu oleh Roger Taylor. Brian May berkongsi kredit dalam satu lagu "Doing All Right" dengan bekas bassist kumpulan Smile, Tim Staffell (May dan Taylor adalah anggota asal Smile manakala Mercury adalah peminat mereka asalnya). Dalam album ini juga buat pertama kalinya logo Queen diperkenalkan. Direka oleh Freddie Mercury sendiri (beliau mengambil jurusan seni ketika di kolej), ianya menggabungkan lambang zodiak bagi setiap anggota Queen, dua singa Leo (Deacon & Taylor), ketam Cancer (May) dan dua pari pari Virgo (Mercury) dan terkenal dengan jolokan "Queen crest".

Track pembukaan, Keep Yourself Alive adalah sebuah lagu rancak yang akhirnya menjadi 'trademark' bagi mereka. Doing All Right sebuah track yang agak melancholic pada awalnya (mungkin pengaruh asal Smile adalah lagu-lagu sebegini). Kemudian 'drive' lagu meningkat sebelum solo gitar sebelum turun kembali seperti asal (memang tipikal Queen sebegini bukan?)

Great King Rat menampilkan rentak lagu yang 'catchy', overdub suara dan harmoni melampau (yang akhirnya menjadi trademark mereka juga) dengan lirik yang berulang-ulang pada sesetengah tempat. Juga kedengaran ada sedikit unsur-unsur "punk" pada sebahagian lagu.


Agak panjang kalau nak kupas kesemua lagu-lagu dalam album ini tapi selepas mendengar keseluruhan track, memang tak dapat dinafikan yang mereka sebenarnya sudah menetapkan konsep muzik mereka seawal album pertama lagi. Dan tak pernah sekalipun mereka menukar konsep malahan diperkembangkan lagi konsep itu sehinggalah menjadi seperti apa yang kita dengar sekarang.

Queen

Freddie Mercury (vocals, piano)

Brian May (guitars, piano, vocals)

Deacon John (seperti dalam rilisan asal LP) (bass guitar)

Roger Meddows-Taylor (percussion, vocals)

Senarai lagu:

1. Keep Yourself Alive (May)

2. Doing All Right (May - Staffell)

3. Great King Rat (Mercury)

4. My Fairy King (Mercury)

5. Liar (Mercury)

6. The Night Comes Down (May)

7. Modern Times Rock 'N' Roll (Taylor)

8. Son And Daughter (May)

9. Jesus (Mercury)

10. Seven Seas Of Rhye (Mercury)

Trivia:

Track 10 (Seven Seas Of Rhye) di dalam album ini hanyalah sebuah instrumental yang masih belum lengkap dan hanya sempurna di dalam album kedua mereka, Queen II (akan diulas selepas ini).

Mereka terpaksa meletakkan disclaimer "nobody played synthesizer" juga untuk menerangkan kepada pendengar bahawa apa yang mereka dengar bukan bunyian synthesizer tetapi hasil dari permainan gitar "overdub" berlapis-lapis yang kemudiannya membuatkan Brian May terkenal dengan cara permainan sebegini.  

Roger Taylor menyanyikan sendiri lagu ciptaannya, Modern Times Rock 'N' Roll.     

Marky Ramones Blitzkrieg Asian Tour 2012 28 April 2012



Pada aku, sesebuah band itu sudah mencapai tahap 'cult' dan 'legend' bilamana salah seorang daripada anggota band itu mampu untuk membuat 'World Tour' tanpa perlu berharap kepada band asal. Sekurang-kurangnya itu yang ditunjukkan pada konsert kali ini dimana Marky atau nama sebenarnya Marc Steven Bell, anggota kedua termuda dalam The Ramones (paling muda adalah CJ yang menggantikan Dee Dee selaku bassist) mengadakan konsert keliling dunia bersama-sama Michale Graves, bekas penyanyi Misfits di dalam sebuah kumpulan yang dinamakan Blitzkrieg.

Sedikit pengenalan tentang Marky. Beliau bukanlah anggota asal The Ramones. Hanya apabila Tommy mula menarik diri dari posisi drum pada 1978, Marky diminta mengambil alih peranan Tommy dan mula memakai nama Ramone di hujung namanya.

Konsert ini, atau lebih sesuai dipanggil gig, telah diadakan di tempat parking kereta Bukit Jalil, bertentangan dengan Stadium Hoki Bukit Jalil. Untuk yang pernah merasa zaman-zaman Terminal Bas Selatan Bandar Tasik Selatan masih dalam pembinaan (terutama Deaf), tempat ini adalah perhentian sementara bas pada ketika itu.

 (nama band pembukaan sebelum berlaku perubahan saat akhir)

Gig dimulakan tepat pada pukul 7.45 malam dengan band pembukaan, Pusher. Muzik Pusher pada pendengaran aku sangat baik cuma dikecewakan dengan kegagalan amplifier gitar kedua berfungsi. Kental dengan genre Punk Rock pengaruh The Clash, Bad Religion dan diketuai oleh Alak selaku penyanyi dan pemain gitar kedua (Alak juga adalah vocalist Carburetor Dung yang pernah kontroversi dulu). Sempat memainkan lagu anthem yang pernah dipopularkan oleh The Clash "I Fought The Law" selain lagu-lagu mereka sendiri.

Band kedua, Berantakan ternyata datang dengan pengikut-pengikut mereka. Penonton sudah mula berpogo dan memaksa penonton-penonton lain ketepi. Tapi aku rasa penonton yang datang semuanya 'sporting' bilamana tiada yang marah-marah dengan aksi 'pogo' dan 'stage diving' yang dilakukan oleh segelintir penonton. Ialah, nama pun konsert punk rock. Memang rupa tu la menari punk rock pun...kah kah kah. Berantakan membawakan 3 lagu cover dari Bad Religion "Do What You Want", The Bollocks (KP Chaos) "Malapetaka" dan lagu dari filem Nujum Pak Belalang "Penyamun" selain lagu-lagu dari demo mereka.

Band ketiga untuk pembukaan konsert ini adalah antara pioneer dalam arena punk rock tempatan, Subculture. Azreen muncul dengan drummer dan bassist baru (aku tertanya-tanya apa jadi dengan Sani?) disamping Fao selaku gitaris utama. Diperkenalkan oleh MC sebagai "First Malaysian Punk Rock Band Recognize By Gibson" ternyata kemunculan mereka dengan gitar Gibson memang tak mengecewakan. Dimulakan dengan Fun Friends, diikuti dengan Blue Skirt Baby, Turning Around, My Baby Dont Wanna Play With You, mereka juga sempat memainkan dua singles terbaru yang akan dimuatkan dalam rilisan keempat mereka. Diakhiri dengan lagu cover dari "Sharifah Aini", bak kata Azreen, Roots Radical oleh Rancid menjadi penutup yang manis untuk persembahan mereka.


Kelibat Marky mula kelihatan di atas pentas tepat jam 9.20 malam. Dengan hanya "Hello" sebagai salam perkenalan, persembahan mereka dimulakan dengan "Rockaway Beach" diikuti dengan setlist lagu-lagu dengan 'trademark' 1234 Ramones. Pada pengamatan aku mereka membawa hampir kesemua lagu-lagu Ramones yang menjadi siulan satu ketika dulu seperti Sheena is A Punk Rocker, Rock n Roll High School, I Wanna Be Sedated, Beat On A Brat, I Wanna Sniff Some Glue, Pet Cemetery, The KKK Took My Baby Away, Rock n Roll Radio, I Wanna be Your Boyfriend (masa ni ada satu couple boleh bantai cemolot depan aku...hampeh!) I Don't Wanna Grow Up, Psycho Therapy, R.A.M.O.N.E.S, 53rd and 3rd, have You Ever Seen The Rain dan banyak lagi sebelum diakhiri dengan Blitzkrieg Bop. Michale Graves juga sempat membuat persembahan secara solo untuk dua buah lagu (aku tak tau lagu apa) selain menyanyikan lagu yang pernah di"cover" oleh Joey Ramone dalam album solonya, What A Wonderful World.

Sepanjang hampir 90 minit mereka beraksi, rasa kagum aku terhadap Marky bertambah melihatkan bagaimana beliau dengan tenang di usia 56 tahun masih mampu mengemudi bahagian drum tanpa kelihatan terkucil atau lari tempo. paling aku kagum ialah permainan hi-hat beliau yang pada aku antara yang paling laju tetapi constant! Untuk kalian yang sudah biasa mendengar album 'live' Ramones seperti It's Alive, Loco Live atau We're Outta Here (The Last Concert) pasti tau walaupun lagu-lagu mereka pendek-pendek (purata 2-3 minit sebuah lagu) namun akan dimainkan secara terus-menerus tanpa henti 15-20 lagu dengan hanya diselangkan dengan "1234!" Michale Graves aku lihat cuba untuk bergerak lincah di atas pentas tanpa memikirkan bahawa mereka sedang bermain di sebuah negara beriklim khatulistiwa! Hasilnya beliau kelihatan pancit di pertengahan konsert selain suara yang kadangkala kedengaran out of tuned dan lirik yang berterabur! Jadi dapat difahami kenapa Joey hanya berdiri tegak ketika menyanyikan lagu-lagu Ramones dengan sebelah tangan memegang batang mikrofon. You're still legend Joey!

Seperti biasa masalah sound system dengan konsert di Malaysia ibarat peserta demo dengan FRU. Tak boleh berpisah! kah kah kah. Di permulaan persembahan Marky jelas kelihatan muka bassist dan gitarist yang berkerut kerana tak dapat mendengar bunyi gitar mereka sendiri. Memang nampak struggle brader soundman masa time ni. Walaupun konsert ini tidaklah berskala besar (perkiraan aku kalau penuh boleh muat  kurang lebih 1500 orang tapi kedatangan cuma separuh) tapi sepatutnya pihak penganjur tidak boleh berkompromi dengan masalah-masalah sebegini. Apapun segunung pujian aku lambakkan kepada penganjur, Rolling Rocks kerana berjaya menganjurkan konsert ini memandangkan ini adalah konsert pertama mereka (first konsert terus panggil otai! Terer, terer). Diharapkan mereka tidak serik untuk menganjurkan konsert-konsert bergenre sebegini lagi.

Konsert ini dijalankan pada hari yang sama Bersih 3.0 berlaku di Kuala Lumpur. Rasanya mamat-mamat punk rock hari tu semua rebel kat dalam konsert saja, tak join perhimpunan tu...keh keh keh   

   


Kredit gambar: Google

Man Keedal...



"Ala. Sekarang ni main pun untuk enjoy-enjoy je. Dah tak payah nak pening-pening kepala. Abang pun kira ni last round je ni..."

Dialog di atas dilontarkan oleh Man Keedal, salah seorang guitar hero dalam hati mat rock - mat rock di 1Malaysia ini. Walau ada yang tak suka cara permainan beliau yang laju "konon-bajet-Malmsteen" tapi tanpa kita sedari, kita juga tergila-gilakan solo gitar dalam lagu-lagu Jamal Abdillah, Hattan (dan juga Spring) serta ramai lagi tanpa kita sedari bahawa beliaulah manusia yang memainkan not-not yang menjadi kegilaan kita itu.

Aku berkesempatan berbual (beramai-ramai) dengan beliau usai sesi latihan untuk konsert "Stomping Sabah" di KK pada 6-7 November 2010. Melihatkan kepada gaya bahasa dan corak permainan beliau, ternyata beliau lembut orangnya.

Aku tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada barisan guitar hero yang ada di 1Malaysia ni. Joe Wings, Man Keedal, Hamdan Bloodshed, Kid Search, Hillary Ang, Opie Fotograf (sekadar menyebut beberapa nama) tanpa kita sedar semakin lama semakin perlahan rentak mereka dalam arena muzik. Kecuali Joe Wings yang aku tahu punyai beberapa projek dan juga konsert, yang lain-lain boleh dikatakan kemunculan mereka umpama "penampilan istimewa" pada satu-satu majlis atau persembahan.




Kembalikan...

kembalikan manis pada gula,
masin pada garam,
pahit pada hempedu;

kembalikan sejuk pada salju,
panas pada bara;

kembalikan keras pada waja,
lembut pada kapas;

kembalikan bahagia pada cinta,
mimpi pada tidur,
suara pada seru;

kembalikan perintah pada raja,
taat pada rakyat;

kembalikan adil pada hakim,

kembalikan pada berhak
pada semuanya,
semuanya....

Dr. Muhamad Saleeh Rahamad
(diambil dari fb beliau)

Akhirnya...Atok Ramone ke Bukit Jalil!

Aku rasa aku skip Dolores O'Riordan dan kawan-kawannya (walaupun kita semua tahu, siapa yang mampu untuk tidak suka pada beliau, kan?) demi untuk memberikan penghormatan kepada antara adik beradik Ramones yang masih hidup (selain Tommy dan adik bongsu mereka, CJ).



Bunohan

Jarang benar aku rasa teruja menunggu filem Malaysia (??) main di panggung wayang. Tapi filem yang satu ni memang buat aku tertunggu-tunggu sejak Maskara Shorties tahun lepas. Masa acara ini, selain ditayangkan temubual dengan pengarah filem ini, juga ditayangkan "trailer" khas sebagai "sneak peak" untuk filem ini.

Bunohan. Sebuah filem yang mendapat liputan meluas di laman-laman sosial. Filem ni juga telah banyak mengembara ke luar negara memenuhi jemputan ke festival-festival filem antarabangsa. Sudah jadi seperti fenomena baru pula. Namun apa isi kandung cerita ini sendiri?

Aku menonton cerita ini sebanyak 3 kali. Pertama ketika tayangan premier di KLCC (terima kasih kepada Jenderal Sol-jah). Kedua bersama member-member yang terlibat dalam bidang advertising (salah seorang ex-Imaginex) dan ketiga bersama member-member yang berasal dari Kelantan. Jadi aku rasa segala bidang dalam cerita ini aku dah paham (kot?) kah kah kah!

Bunohan bergerak atas cerita 3 beradik. Ini boleh difahami terus melalui "trailer" yang dikongsi di youtube. Ilham sebagai abang sulung, Adil sebagai adik bungsu dan Bakar (suara Bakar juga digunakan di dalam "trailer" dan digambarkan sangat "baik). Seorang sebagai pembunuh upahan, seorang sebagai peninju Muay Thai dan seorang lagi sebagai guru. Awal-awal cerita sudah dipahatkan di minda penonton yang Bakar, seorang guru adalah orang baik. Sentiasa berpakaian kemas (standard guru-guru bandar) dan dipotretkan sebagai "mat hensem". Berbeza dengan Ilham dan Adil yang jarang berpakaian lengkap dan kelihatan comot dan berpeluh.

3 beradik yang alami konflik (atau lebih tepat dilema?) masing-masing. Ilham diberikan tugasan mencari seorang peninju Muay Thai yang lari dari gelanggang, Bakar yang mendapat peluang untuk memajukan tanah dan Adil yang berhutang dengan samseng Siam dan terpaksa bertarung di gelanggang Muay Thai untuk menyelesaikan hutangnya. Namun ketika di ambang kekalahan, dia diselamatkan oleh kawan baiknya, Muski dengan bantuan beberapa orang samseng Siam.

Bunohan adalah cerita dalam cerita. Cerita di mana mesejnya secara terang sudah dinyatakan dari awal tayangan lagi. Intro cerita di kedai kopi sambil tv plasma skrin leper menayangkan sedutan daripada filem ini sendiri. Kelihatan beberapa orang kampung berbual-bual sesama sendiri sambil menyebut nama-nama pelakon yang tertera di kaca tv. Di sini juga dipaparkan aksi Bakar yang sedang berbincang dengan Jolok dan aksi Bakar menghulurkan beberapa not RM 50 kepada seorang watak pembantu yang lain.

Bunohan adalah cerita kapitalis. Cerita bahawa demi duit, manusia boleh jadi gila. Anak boleh bunuh bapa. Kawan boleh "tikam" kawan. Namun cerita ini juga membawa sisi baiknya. Sepatah dialog Namron (sebagai Pok Wah) dalam cerita ini "buang hok buruk, amik hok chomey". Tak semua yang bermula buruk akan berakhir buruk. Dan tak semua yang zahirnya bersih akan tetap bersih dalamannya.

Bunohan adalah cerita tradisi. Cerita ini mengangkat perubatan tradisional, unsur-unsur perubatan mistik dalam penceritaannya. Main puteri, makyong dan wayang kulit antara yang di angkat semangatnya dalam cerita ini. Jelmaan buaya putih juga ditonjolkan dan perlukan sedikit pemahaman dari awal cerita untuk memahami sebab buaya putih ini keluar. Tapi aku berfikiran bahawa ianya tak la sesukar mana untuk difahamkan melainkan kalian menonton tanpa membawa otak!

Bunohan bergerak dalam nafas dan bahasa Kelantan. Sementelah kampung Bunohan ini pun terletak di sempadan antara Tumpat dan Narathiwat, Thailand. Pelakon-pelakon cerita ini pada aku berjaya membawakan dialog mereka dengan baik. Mungkin ada "flaw" sikit-sikit tapi ianya tak menggangu langsung jalan ceritanya. Mungkin ada sikit kepelikan telo yang dilontarkan oleh Namron, Faizal Hussein dan Sofi Jikan tapi sebagai orang luar, usaha mereka untuk cuba menguasai bahasa Kelantan pada aku dah berjaya (3 bulan pre-production untuk kelas bahasa Kelantan dan kelas Muay Thai). Kecualilah kalian ni "Nazi Bahasa"...kah kah kah!

Bunohan adalah cerita jantan. Permulaan cerita sudah ditunjukkan adegan Ilham sedang diurut "kelakiannya" oleh seorang tukang urut yang sudah berusia. Juga babak-babak pertarungan Muay Thai "haram" di awal dan akhir cerita. Namun ianya bukanlah semata-mata filem pertarungan. Malahan babak pertarungan bukanlah babak yang mendominasi kerana ada banyak benda lain yang cuba ditayangkan pada waktu yang sama.

Bunohan menampilkan suasana kampung, paya bakau dan pantai yang menarik. Perlambangan keadaan sekitar banyak dipengaruhi oleh cuaca dan keadaan langit. DOP yang pandai buat kerja dan sangat-sangat faham makna "art" dalam filem. Aku bukanlah orang teknikal namun berkat menonton bersama-sama member yang terlibat secara langsung dalam bidang pengiklanan banyak membantu. Sepatah komen mereka "Banyak shot lepas geram. Biar kamera shot lama-lama untuk satu-satu scene pasal dalam advertising, semua shot nak kena pantas!". Untuk makluman, Dain Said, pengarah cerita ini adalah satu nama yang agak besar dalam bidang advertising.

Muzik dalam Bunohan pada aku padat namun masih boleh diperbaiki. Penataan muzik oleh Tan Yan Wei (mendiang) dari Imaginex banyak menggunakan elemen tradisi muzik Kelantan seperti rebab. Ada adegan yang seperti disengajakan 'kesumbangan" bunyian rebab ini untuk menunjukkan "feel" atau emosi adegan-adegan tersebut. Cuma entah kenapa, pabila tiba pada adegan-adegan yang sunyi seperti ketika Adil berjalan-jalan di dalam rumah, runut bunyi The Last Mohicans terus bermain-main dalam kepala otak aku. Mungkin sekiranya ditambah elemen orkestra, akan bertambah "tajam" lagi emosi adegan tersebut.

Sepatah kata aku, benda-benda "rare" dan bagus ni bukan datang selalu dan sekarang sementara tengah ada ni baiklah pergi tengok kat wayang. Nak harap "berlengkau" depan tv tunggu Astro First apa barang beb!

Secara keseluruhan aku kasi 4.5/5 bintang. 0.5 bintang pasal score muzik tadi..:-)


Ilham - Faizal Hussein
Bakar - Pekin Ibrahim
Adil - Zahiril Adam
Muski - Amerul Affendi
Pok Eng - Wan Hanafi Su
Pok Wah - Namron
Pok Awang Sonar - Sofi Jikan
Deng - Bront Palare
Mek Yah - Tengku Azura
Jolok - Husyairy Husin
Gasi - Md. Ezyendy
Ketot - Sufian Muhammad
Jing - Jimmy Lor
Cina Burung - Ho Yuhang

Pengarah - Dain Said
DOP - Charin "Tong" Pengpanich
Score Music - Tan Yan Wei
Producer - Nandita Solomon
Penerbit - Apparat Production


Gambar diambil dari Google Image dan kredit kepada website rasmi Bunohan untuk senarai pelakon.




Kampung Bunohan



Aku jarang dapat peluang ke tayangan premier sesebuah filem tempatan. Termasuk semalam (29/02/2012), baru tiga filem yang memberi peluang kepada aku untuk ke tayangan premier. Filem pertama, Estet, arahan Mamat Khalid dan yang kedua Hantu Kak Limah Balik Rumah juga arahan Mamat Khalid. Maka memang sangat-sangat berbesar hatilah tatkala aku dipelawa oleh Jenderal Sindiket Sol-jah, Naga untuk ke tayangan premier Bunohan semalam.

Aku tak bercadang untuk mengulas filem ini memandangkan ianya hanya akan mula ditayangkan di pawagam tempatan pada 8 Mac nanti. Cuma berdasarkan apa yang telah aku tengok ditambah dengan review dari mereka-mereka yang juga berpeluang menonton premier ini, aku sangat-sangat mencadangkan supaya kalian menonton juga filem ini pabila ditayangkan kelak. Kalau ikut kanta mata aku yang menontonnya, hampir tiada cela dan cacatnya filem ini (kecuali kalau kalian mengharapkan ada watak heroin lawa dan berkemban...ha ha ha).

Filem ini filem jantan. Filem yang dialognya seakan 'menyanyi'. Hampir 90% dialog menggunakan dialek Kelantan dan Pattani. Tapi jangan risau. Sarikata yang disediakan sangat-sangat membantu. Filem ini juga menampilkan hanya satu watak perempuan. Itupun watak pembantu. Latar belakang filem ini juga 'kasar'. Gelanggang tomoi, paya, kubur, tengkorak. Namun ianya bukan filem ganas atau seram. Kesimpulannya, memang jauh dari tanggapan awal kalau hanya dinilai melalui teaser di youtube.

Tanpa ragu-ragu aku akan mengulang semula menonton filem ini bila ianya dibuka untuk tayangan umum nanti. Untuk filem sebagus ini, aku tak ragu-ragu untuk mengeluarkan duit untuk tiket wayang dengan harapan agar pengarah akan dapat menggunakan duit tiket aku untuk membikin filem lain yang sebaik filem ini pada masa hadapan.

Jemputlah ke kampung saya, Bunohan!

Faizal Hussein - Ilham
Pekin Ibrahim - Bakar
Zahiril Adam - Adil "Bunga Lalang"
Wan Hanafi Su - Pok Yeh
Sofi Jikan - Pok Awang Sonar
Namron - Pok Lah
Tengku Azura - Mek Yah

Pengarah - Dain Said

p/s: Ulasan penuh hanya akan ditulis selepas 8 Mac 2012.

Di Atas Runtuhan Kota Melaka

Salam sejahtera ke atas kamu semua. Makan bulan juga nak kemaskini blog ni. Makin kurang motivasi pula nak menulis...ha ha ha

Jadi sempena nak ambil balik "mood" nak menulis tu, aku tampal dulu sajak yang aku ambil dari blog kawan aku, Farul Azri. Harapnya akan ada manfaatnya untuk kita semua dan harapnya dapat menerbitkan kembali berahi aku untuk menulis...mudah-mudahan.

Di atas runtuhan Melaka lama
Penyair termenung seorang diri
Ingat Melayu kala jayanya
Pusat kebesaran nenek bahari

Di atas munggu yang ketinggian
Penyair duduk termenung seorang
Jauh pandangku ke pantai sana
Ombak memecah di atas karang

Awan berarak mentilau bernyanyi
Murai berkicau bayu merayu
Kenang melayang ke alam sunyi
Teringat zaman yang lama lalu

Sunyi dan sepi, hening dan lingau
Melambai sukma melenyai tulang
Arwah Hang Tuah rasa menghimbau
Menyeru umat tunduk ke Tuhan

Di sini dahulu alat kebesaran
Adat resam teguh berdiri
Duduk semayam Yang Dipertuan
Melimpahkan hukum segenap negeri

Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah
Satria moyang Melayu jati
Jaya perkasa, gagah dan mewah
‘Tidak Melayu hilang di bumi’

Di sini dahulu payung terkembang
Megah Bendahara Seri Maharaja
Bendahara yang cerdik tumpuan dagang
Lubuk budi laut bicara

Penyair menghadap ke laut lepas
Selat Melaka tenang terbentang
Awan berarak riak menghempas
Mentari turun rembanglah petang

Wahai tuan Selat Melaka
Mengapa tuan berdiam diri?
Tidakkah tahu untung hamba
Hamba musafir datang ke mari

Di mana Daulat Yang Dipertuan
Mana Hang Tuah, mana Hang Jebat
Mana Bendahara johan pahlawan
Bukankah jelas di dalam babad

Namanya tetap jadi sebutan
Bekasnya hilang payah mencari
Sedikit penyair bertemu kesan
Musnah dalam gulungan hari

Mengapa ini bekas yang tinggal
Umat yang lemah terkatung-katung
Hidup menumpang tanah terjual
Larat wahai larat dipukul untung

Adakah ini bekas peninggalan
Belahan diriku umat Melayu
Lemah dan lungai tiada karuan
Laksana bunga terkulai layu

Jauh di darat penyair melihat
Gunung Ledang duduk termangu
Tinggi menjulang hijau dan dahsyat
Hiasan hikayat nenekku dahulu

Di dalam kuasyik merenung gunung
Di dalam kemilau panas kan petang
Tengah khayal dirundung menung
Rasanya ada orang yang datang

Penyair hanya duduk sendiri
Tapi keliling rasanya ramai
Bulu romaku rasa berdiri
Berubah warna alam yang permai

Ada rasanya bisikan sayu
Hembusan angin di Gunung Ledang
Entah puteri datang merayu
Padahal beta bukan meminang

Bukanlah hamba Sultan Melaka
Jambatan emas tak ada padaku
Kekayaanku hanya syair seloka
Hanya nyanyian untuk bangsaku

Justeru terdengar puteri berkata
Suaranya halus masuk ke sukma
Maksudmu tuan sudahlah nyata
Hendak mengenang riwayat yang lama

Bukan kuminta jambatan emas
Tapi nasihat hendak kuberi
Kenang-kenangan zaman yang lepas
Iktibar cucu kemudian hari

Sebelum engkau mengambil simpulan
Sebelum Portugis engkau kutuki
Inggeris Belanda engkau cemarkan
Ketahui dahulu salah sendiri

Sultan Mahmud Shah mula pertama
Meminang diriku ke Gunung Ledang
Segala pintaku baginda terima
Darah semangkuk takut menuang

Adakan cita akan tercapai
Adakan hasil yang diingini
Jika berbalik sebelum sampai
Mengorbankan darah tiada berani

Apalah daya Datuk Bendahara
Jikalau Sultan hanya tualang
Memikir diri seorang sahaja
Tidak mengingat rakyat yang malang

Sultan Ahmad Shah apalah akalnya
Walaupun baginda inginkan syahid
Mualim Makhdum lemah imannya
‘Di sini bukan tempat Tauhid’

Bendahara Tua Paduka Raja
Walaupun ingin mati berjuang
Bersama hilang dengan Melaka
Anak cucunya hendak lari pulang

Berapa pula penjual negeri
Mengharap emas perak bertimba
Untuk keuntungan diri sendiri
Biarlah bangsa menjadi hamba

Ini sebabnya umat akan jatuh
Baik dahulu atau sekarang
Inilah sebab kakinya lumpuh
Menjadi budak belian orang

Sakitnya bangsa bukan di luar
Tetapi terhunjam di dalam nyawa
Walau diubat walau ditawar
Semangat hancur apalah daya

Janjian Tuhan sudah tajalli
Mulialah umat yang teguh iman
Allah tak pernah mungkirkan janji
Tarikh riwayat jadi pedoman

Tidaklah Allah mengubah untung
Suatu kaum dalam dunia
Jika hanya duduk terkatung
Berpeluk lutut berputus asa

Malang dan mujur nasibnya bangsa
Turun dan naik silih berganti
Terhenyak lemah naik perkasa
Bergantung atas usaha sendiri

Riwayat yang lama tutuplah sudah
Apalah guna lama terharu
Baik berhenti bermenung gundah
Sekarang dibuka lembaran baru

Habis sudah madahnya puteri
Ia pun ghaib capal pun hilang
Tinggal penyair seorang diri
Di hadapan cahaya jelas membentang

Pantai Melaka kulihat riang
Nampaklah ombak kejar-mengejar
Bangunlah Tuan belahanku sayang
Seluruh Timur sudahlah besar

Bercermin pada sejarah moyang
Kita sekarang mengubah nasib
Di zaman susah atau pun riang
Tolong tetap dari Yang Ghaib

Bangunlah kasih, umat Melayu
Belahan asal satu turunan
Bercampur darah dari dahulu
Persamaan nasib jadi kenangan

Semangat yang lemah dibuang jauh
Jiwa yang kecil kita besarkan
Yakin percaya, iman pun teguh
Zaman hadapan, penuh harapan

Bukanlah kecil golongan tuan
Tujuh puluh juta Indonesia
Bukan sedikit kita berteman
Sudahlah bangun bumi Asia

Kutarik nafas, kukumpul ingatan
Aku pun tegak dari renungku
Jalan yang jauh aku teruskan
Melukis riwayat sifat hidupku

Kota Melaka tinggallah sayang
Beta nak balik ke Pulau Percha
Walau terpisah engkau sekarang
Lambat launnya kembali pula
Walaupun luas watan terbentang
Danau Maninjau terkenang jua


Haji Abdul Malik Karim Amrullah
(17 Februari 1908 – 24 Julai 1981)



p/s: Untuk makna-makna perkataan yang agak susah untuk difahami, boleh rujuk di sini.