Ahad ni selain dari "Garuda" yang bakal melanggar Kafe Batu Keras, nun jauh di Kota London juga akan ada satu pertandingan hebat. Singa "Biru" London bertemu Burung Kop "Merah" Liverpool. Siapa yang tumbang? Tunggu!! Team "Merah" aku ni baru kena hempok dengan batu besar kat Itali itu hari. Elok gak bebudak Fiorentina tu ajar dorang camne skill nak lepas perangkap offside. Boleh dorang try buat kat dalam liga pulak..huhuhuh.
Tapi berita gembira sket ialah Agger dah boleh main malam ni. Aku dah naik lemas dengan Skrtel. Harap body je macam seladang tapi selalu bocor..huhuhu. Susah Skrtel nak amik tempat Hyypia tu. Harap-harap Agger menjadi ahad ni.
Team lawan aku dengar penjaga goal masih bercuti raya "paksa" kan? Tapi team macam tu apa ada hal. Duit berjuta. Kalau Dino Zoff main bola lagi mau dibelinya Dino Zoff tu buat ganti sementara kan? hehehe
Tapi aku yang memang benci ialah orang yang provoke team lawan sampai nak tukar-tukar ejaan. Chelshit la, Liverfool la, Arsengal la, Manure la..huh. Macam budak tak sekolah pulak kan? Dah jadi macam zaman ejek-ejek nama bapak masa sekolah dulu. Stupid! Sokong rilek-rilek sudah la. Bukan ko ada taruk betting dalam Barclays tu. Paling-paling idak pun takat main dalam Fantasy Football. Nak dengar ada taruk betting kat bookie-bookie Europa? Jangan harap la..huhuhu
Apa-apa hal, ahad ni aku kat Kafe Batu Keras. Jadi kalau ada antara korang yang datang ahad ni, jangan segan carik aku kat booth sayap2wings. Boleh kita lepak-lepak sementara menunggu "Garuda" terbang masuk pukul 11.00 malam. Dengar kata non-stop action malam tu. Siap ada 2 medley lagi. Satu keras & satu slow. Juga lagu-lagu "rare" yang tak pernah perform Live. Ada betui ka? Kasi tengok sendiri la...hahaha
p/s: Klip dari filem Mat Som. Best giler balik kenduri terus layan konsert Wings. Amacam ahad ni, balik open house terus gi Hard Rock bawak awek / bini sekali? hehehe

6 ulasan:
good luck ler..tp kalau seri lagi aku suka...huhu
jgn lupa kasi review Wings tu untuk org yg jauh macam aku ni..
kirim salam kat semua S2W
Mus..
Tak nak kirim baju ka?
kalau boleh request sama Joe, gua nak sangat dia membelasah 'Watari' secukupnya...
Eddie..
Watari dia dah belasah. Cuba lu check DVD Live @ Planet Hollywood 2007. Live selepas "Wings Alive @ Orange 2006".
Sebelum masuk "difficult to cure" dia dah balun "watari" cukup2..
review please...huhu..
banyak bazooka penaka nye lagu aku baca kat mana ntah?
I like.
Catat Ulasan