Cuti Hujung Minggu Saya (edisi warna-warni rock!)

Minggu lepas (28/05 - 30/05) adalah hujung minggu yang agak panjang bagi saya. Seawal hari jumaat jadual saya sudah dipenuhi dengan jadual-jadual dan temujanji bersama kawan-kawan.

Pada hari Jumaat, aktiviti saya bermula selepas maghrib. Saya dan kawan menuju ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan penganjur gig "Tribute To Rock kangkang", abang Ayeed Revenge. Kami bertemu di restoran Pelita KLCC. Niat saya pada mulanya untuk memulangkan baki tiket yang gagal dijual kepada abag Ayeed tetapi akhirnya beliau menyuruh saya menyimpan baki tiket berkenaan sehingga hari ahad. Teruja saya apabila abang Ayeed mengatakan yang pakcik Hatta Junction begitu teruja untuk naik pentas selepas hampir 20 tahun berehat. Selepas acara makan-makan dengan abang Ayeed, saya dan kawan kemudian menuju ke Wangsa Maju untuk acara jamming-menjamming "terkejut" dengan anak murid uncle Yazit Search. Sungguh seronok rasanya dapat jamming dengan beliau. Umpama jamming dengan Search saja. Uncle tu siap pakai tutup telinga main drum..huhuhu

Pada hari Sabtu, saya dan kawan saya ke Pusat Persidangan Mines untuk menonton k0nsert Malam Bersama Search dengan Hujan dan "Jumpa Pakcik Hussein" sebagai artis undangan. Saya agak terkilan tidak dapat melihat persembahan Hujan dan "Jumpa Pakcik Hussein" kerana tiket dipegang oleh kawan saya dan beliau pula datang lewat ke dewan persembahan kerana baru balik dari bercuti di Tanah Tinggi Cameron. Saya bercadang untuk menunjukkan sepanduk saya kepada kumpulan Hujan sekiranya saya berkesempatan menonton persembahan mereka. Penat saya mengecat "Awak Busuk" di kain cadar putih saya sebagai tanda sokongan kepada abang Noh & kumpulan Hujan. Oh ya, sebelum saya terlupa, konsert ini dibawakan oleh Define, iaitu salah satu jenama rokok dibawah jenama Dunhill. Sungguh ramai kakak-kakak bermata sepet dan memakai seragam skirt merah hitam. Nasib baik saya budak lagi..hehehe.

Uncle-uncle Search naik ke pentas tepat jam 10 malam. Pakcik Amy malam tu agak kelam-kabut la. Lagu pertama dah tersilap masuk. Pakcik Amy boleh termasuk awal pulak untuk lagu Langit dan Bumi ni. Nasib baik Uncle Kid, Din, Nasir & uncle Yazit tak menggelabah macam uncle Amy. Malam tu kumpulan Search banyak main lagu-lagu pelan. Uncle Yazit kata lagu-lagu tu dah dipilih oleh orang Dunhill. Jadi malam tu dorang main lagu Kejora, Gadisku, Fantasia Bulan Madu, Isabella, Rozanna dan lain-lain. Nasib baik konsert ni ditaja oleh syarikat rokok. Sistem bunyi memuaskan tapi belum boleh dikategorikan sebagai terbaik lagi. Sistem lampu pulak macam lebih kurang je tapi takpe la. Janji rock kan? Malam tu uncle Kid pakai gitar baru cabang-cabang warna merah. Kawan saya kata tu gitar Jepun, Killers. Gitar tu pemain gitar Loudness yang buat, Akira Takasaki. Nasib baik saya ada tulis lagu-lagu yang Search main malam tu atas kertas yang saya mintak dekat kakak cina tu..hik hik..

Langit Dan Bumi -Killers
Gotik Malam Edan - Killers
Setelah Hujan
Balada Pemuzik Jalanan
Melastik ke Bintang
Fenomena
Gadisku
Tiada Lagi
Pelesit Kota
Cakap Memang Murah
Rozanna
Kejora
Isabella

Tribute To Dio:
Dont Talk To Strangers - Killers
Bark At The Moon (Ozzy Osbourne cover) - Killers

Isi Dan Kulit - Killers
Pawana - Killers

Encore
Fantasia Bulan Madu

Kid - Musicman, Killers
Din - Jackson
Nasir - Gibson Explorer Bass
Yazit - Yamaha Drum

Lupa nak kasi tau konsert malam tu memang santai habis. Kawan saya kata konsert ni takde promosi pasal syarikat rokok yang taja. Tiket pun tak jual banyak. Nak beli tiket pun kena kasi no. surat beranak..ops, no. ic. Nasib baik ada kawan saya yang tolong belikan. Masa konsert ni juga disediakan air coke dan sandwich dan yang bestnya semua benda ni free je. Sampai kembung saya makan sandwich malam tuuuu...hik hik hik.

Hari ahad pula saya ke One Cafe di Jalan TAR, Kuala Lumpur untuk gig "Tribute To Rock Kangkang" pula. Saya tolong jual baju kat gig ni. Tapi saya sampai lambat, pukul 2 petang pasal saya tunggu Melodi punya pasal. Saya nak tengok apa yang Uncle Awie nak cakap masa kat Melodi tu tapi sampai Melodi habis takde pun keluar muka Uncle Awie. Kecewa saya!

Banyak band yang main petang tu sampai ke malam. Tapi pasal saya jual baju, saya tak masuk pun tengok abang-abang ni perform. Cuma bila kakak-kakak Candy perform je saya masuk. Teringin nak tengok akak Pat, Nancy, Mary rockin atas pentas. Dorang memang best la, banging sampai goyang-goyang...hehehe

Lepas maghrib band Meditasi, Junction Revenge dan Rockers punya giliran pulak. Uncle Burn Meditasi tak main lagu feveret saya pun..Demi Cinta. Band dia boleh bantai main lagu instrumental pulak. Apa la uncle Burn ni, tak sporting langsung. Bila pakcik Hatta Junction punya giliran, saya dengar je orang menjerit dari dalam dewan tu. Paling best suara pakcik Hatta sama je macam dalam kaset. Bila dia nyanyi lagu Akan Ku Kenang, suara dia dah tak dengar dah. Dengar suara penonton jer.. Dahsyat kan pakcik Hatta? Muka dia pun tak berubah. Sama je macam video klip kat tepi pantai pakcik Hatta dengan untie Lyana tu..

Masa Revenge saya masih kat luar lagi. Revenge macam biasa la. Abang Ayeed suka main lagu-lagu sendiri. Tapi malam tu dia bawak 2 lagu atuk Ramli Sarip, Teratai dengan Bukan Kerana Nama. Ok la kan walaupun tak nampak rock kangkang sangat...Masa Rockers main saya masuk kejap je. Bukan taknak duduk lama-lama tapi tak boleh tahan. Bunyi gitar tajam sangat sampai tak dengar suara uncle Joe. Kawan saya kata pasal amplifier meletup masa kumpulan uncle Hatta perform tadi yang buat sound dah jadi macam tak best. Banyak jugaklah lagu-lagu uncle Joe nyanyi. Memori ada, Zaleikha ada, Kekejaman ada. Yang lain-lain saya tak tau..hehehe. Ramai jugak artis-artis yang datang malam tu. Saya nampak abang Radhi OAG, abang Ali Terrarossa, atuk Zainal Rampa, atuk Freddie Fernandez, uncle Black Wings, uncle-uncle Sil Khannaz, uncle Joe Silent Death..banyak lagi la..beribu-ribu lemon..

Saya sampai rumah pukul 3.30 pagi tadi. Pukul 6.30 pagi dah kena bangun nak siap-siap pergi sekolah..eh..opis. Ni pun mata saya masih mengantuk lagi ni. Ok la..saya nak jalan-jalan dulu nak kasi hilang mengantuk. Inilah kisah cuti hujung minggu saya..

p/s: Nanti saya upload video pakcik Hatta nyanyi "Akan Ku Kenang". Kawan saya sempat amik malam tadi. Dia dapat duduk betul-betul depan pakcik Hatta. Sampai basah dia kena air liur pakcik Hatta..hik hik hik.



RonnieJamesDio RestInPeace...

Rest In Peace Ronnie James Padavona (19420-2010) walaupun secara amnya memang tak "peace"...

Guru..Oh..Guru..


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang, 1979

Kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia (terutama yang terbaca blog ni) Selamat Hari Guru kepada anda semua. Satu jawatan yang orang akan panggil walaupun dah berpuluh tahun korang bersara...cikgu! Terima kasih cikgu!




Tafsiran Budiman Ramli Sarip..Satu Ulasan


Tafsiran Budiman..Tafsiran Alam..Aku pun tak pasti apa sebenarnya tajuk konsert ini. Kalau ikut promo dalam suratkhabar dan atas tiket konsert tulis Tafsiran Budiman. Tapi dekat buku program pula tulis Tafsiran Alam. Pandai-pandai la korang tafsirkan sendiri ye yang mana Tafsiran yang lebih sesuai..hehehe


Konsert ini telah berlangsung untuk dua malam berturut-turut. Aku ambil keputusan untuk pergi pada malam kedua (11 Mei 2010). Rasa hati aku lebih "happening" berbanding malam pertama (10 Mei 2010) mengambil kira pengalaman ketika k0nsert M.Nasir di Istana Budaya tahun lepas. Tiket mula dijual ketika aku tengah busy dengan "Double Trouble". Mula-mula ingat memang tak nak pergi, tapi memikirkan bila lagi nak masuk Dewan Filharmonik ni maka aku dengan selamba menghubungi pengurus Ramli Sarip (RS), kak Juriah untuk menempah tiket. Setelah panggilan rawak dibuat, akhirnya MK setuju untuk menjadi partner aku malam tu..ahaks!


Kami sampai malam tu jam 7.30. Itu pun setelah puas pusing-pusing sekitar KLCC nak carik parking murah. Akhirnya belasah je la parking bawah KLCC sambil menyediakan "leher" untuk disembelih. Naik-naik atas terus pergi ke kaunter maklumat Suria KLCC untuk bertanyakan lokasi konsert. Dalam perjalanan ke venue, terserempak dengan Ramli M.S yang baru keluar dari Butik Bally. Tinggi jugak mamat ni kan? hahaha.

Lepas puas pusing-pusing untuk "kill the time" sambil bersembang dengan member-member aku yang datang, akhirnya pintu masuk ke dewan dibuka. Tepat jam 8.00pm aku masuk ke dalam dewan. Disini satu lagi kejutan untuk aku. Aku yang memegang tiket paling murah disuruh duduk dihadapan pentas! Jarak antara aku dengan pentas hanya lebih kurang 10 meter. Giler ah. Aku ingat format tempat duduk macam Istana Budaya. tiket murah darjatnya di atas, bukan di depan stage. Tapi apabila konsert bermula baru aku paham kenapa...

Tepat jam 8.25pm kelihatan ahli-ahli band pengiring RS mula mengambil tempat. kemudian diikuti dengan pemain strings. Akhir sekali RS masuk ke pentas diiringi dengan muzik prelude / Tersendiri. Suasana dalam dewan aku lihat sudah penuh tapi tak sesak (pasal semua orang duduk di tempat masing-masing..hehehe). Selepas 3 lagu baru RS berkomunikasi dengan penonton sambil membuat lawak..

Intro berat kedengaran menandakan lagu Keliru dimainkan. Penonton sudah mula bersorak kegirangan. Aku pun dah mula teruja seawal lagu pertama lagi. Lontaran suara RS kedengaran hampir sempurna. Tapi sound gitar agak bingit sikit dari Rafi (disini tiada gitar pertama atau kedua. Kedua-dua gitarist mengambil part yang sama). Takkan bunyi Gibson sebingit ini? Akhirnya baru aku sedar yang sound bingit tu datang dari bunyi monitor. Ya, kerana kedudukan aku yang hampir dengan pentas maka aku dapat dengar sound monitor, bukan sound house untuk konsert tersebut. Patutla tiket murah duduk depan!


Misha Omar menjadi artis jemputan pada malam itu. Lawa sungguh beliau dengan baju warna merah..pergh! hahaha. Suara beliau pun sedap! Misha berduet dengan RS lagu Zapin Berperi sebelum muncul solo mendendangkan lagu Istilah Bercinta dengan arrangement muzik yang jauh berlainan dari muzik asal hasil gubahan Haji Ismail Marzuki @ Eddie Marzuki. Disini benak ku terbuka lagi bahawa sesungguhnya bukan Ramli M.S sorang je yang boleh mengggubah lagu atau menjadi konduktor muzik. Pak haji ni pun boleh! Dan Istilah Bercinta versi Misha Omar benar-benar menghanyutkan aku ibarat melihat Celine Dion menyanyikan "I Love You" secara live! Dengan permainan saxophone dari Jimmy dan juga iringan strings, lagu ini benar-benar berbeza! (banyak sungguh tanda seruan kan?)

Syair Laila Majnun mengambil tempat dengan iringan tiupan seruling Mohar. Part tengah lagu ni betul-betul "berat" pada aku. Dengan bunyi distorion dari Man Keedal dan Rafi serta alunan keyboard dari Kudin (ex-Headwind). Kemudian disambung dengan Adam dan Hawa. Feel yang sama, berat! itu yang aku boleh cakap.

Intro lagu ni RS bercerita pengalaman lebih 25 tahun dulu. Katanya lagu ni dicipta pada jam 3 pagi kerana desakan dari syarikat rakaman untuk mengeluarkan album. Kata beliau ketika itu kalau 1st album artis solo atau berkumpulan meletup, maka syarikat rakaman akan "memerah" betul-betul artis tersebut untuk mengeluarkan album seterusnya. Dan "perahan" tersebut datang dalam berbagai cara antaranya wang! Ku Di Halaman Rindu akhirnya berkumandang. Memang meremang dengar RS menyanyikan lagu ni. Dengan suara serak-serak beliau..huhuhu.

Latar belakang pentas bertukar menjadi merah! Lampu mula berkerlip-kerlip tanda lagu "berat" akan menyusul. Dengan intro berhantu dari Man Keedal, Seruan mula kedengaran. Versi album menjadi pilihan RS untuk dinyanyikan walaupun aku lebih suka versi live dari album Nafas. Habis lagu ni RS menyambung cerita beliau tentang asal lagu ni ketika beliau bersama band Lefthanded sedang giat memerah otak disebuah rumah di puncak bukit. Ketika itu kedengaran laungan azan dan seperti kata beliau" time tu kita tak rasa takut, tapi rasa syahdu yang amat sangat.."

Memperkenalkan lagu ini dengan"lagu dari kumpulan yang sangat terkenal dalam mengambil lagu orang" cukup untuk membuatkan penonton dapat mengagak bahawa Kamelia akan di mainkan. Gamat dewan dengan suara penonton menyanyikan bersama-sama beliau sebelum disambung dengan Teratai. Habis lagu Teratai semua pemuzik iringan telah ke depan untuk tunduk hormat namun jeritan "we want more" mula kedengaran diikuti dengan jeritan "jalan malam!" hehehe. Akhirnya bagai akur dengan kehendak penonton maka persembahan encore dimulakan.


Doa Buat Kekasih dinyanyikan secara duet dengan Misha Omar. Berangan lagi aku tengok Misha ni..hehehe. Dengan sesi "sing-a-long" bersama penonton, tiada apa lagi nak dikata untuk lagu ini. kemudian lagu terakhir untuk malam itu, Jalan Malam yang dimainkan secara "jamming". memang dorang tak prektis pun untuk lagu ni tapi nasib baik tak kedengaran kantoi di sana-sini..hahaha.


Selepas konsert ada sesi sign autograf. Tak berminat aku nak sign autograf kat sini pasal orang ramai sangat dan aku boleh je mintak terus kalau nak kat manager abang Ramli sendiri..hahaha. Kemudian bersama geng-geng Ramli Sarip FC aku terus ke Kunang-Kunang untuk sesi makan-makan yang ditaja oleh Ramli Sarip sendiri..makan free weh! Belasah cukup...



(line-up band pengiring)

Man Keedal - Fender Stratocaster

Mohd. Rafi - Gibson Les Paul, Acoustic guitar

Din Safari (Bobo) - Ibanez 1979 bass

Kudin Headwind - Korg Keyboard

Tom - DW Drum

Eddie Marzuki - Musical Director / Strings Conductor / Acoustic Guitar

Mohar - Bamboo flute

Kamrul - Malay percussion

Mohd. Noor - Latin percussion

Izzad, Baby, Eja (Anugerah) - Backing Vocals

Strings:

Aksana Yusupova
Alla Yanisheva
Azlan Che Othman
Lau Chai Hong
Aidil Khaizir Kamaruddin
Tengku Mohd Shahid Tengku Sachel

Setlist konsert (malam kedua)

Prelude / Tersendiri
Layarkan
Fantasi Tapi Kenyataan
Keliru
Bukan Kerana Nama
Sejuta Wajah
Zapin Berperi (duet dengan Misha Omar)
Istilah Bercinta (Misha Omar)
Qasidah Kekampungan
Syair Laila Majnun
Adam Hawa
Ku Di Halaman Rindu
Kekasihku
Seruan
Jikalau Berkasih
Ziarah
Kamelia
Teratai
Doa Buat Kekasih (duet dengan Misha Omar) - encore
Jalan Malam - encore

*Semua gambar diambil dari buku program Ramli Sarip: Tafsiran Alam yang berharga RM 10.00

**Semua hasil jualan buku program, baju dan beg pada malam itu sebahagiannya akan disumbangkan kepada Yayasan Muslim Aid, yang telah melantik Ramli Sarip sebagai duta bermula Januari 2010

***Masa sesi makan-makan di Kunang-Kunang ada sesi cabutan bertuah dan pagi tersebut adalah pagi bertuah aku..hahaha.

Tafsiran Budiman Ramli Sarip..

"..dia macam kita makan nasi lemak la. Kalau makan kat tepi jalan harga dia RM 2.50, kalau makan dekat Hotel Concorde harga dia RM 30.00.." - Ramli Sarip mengulas rasional buat konsert di Dewan Philharmonik Petronas ketika acara makan-makan selepas konsert.

"..lagu ni dicipta ketika kami tengah press otak nak buat lagu, akibat due date yang diberikan oleh recording company waktu tu. Biasalah recording company, kalau dia tengok 1st album dah boleh jual dia akan perah kita cukup-cukup untuk album seterusnya. Perah dengan cara duit dan sebagainya.." - Ramli Sarip ketika menceritakan sejarah lagu "Ku Di Halaman Rindu"

"..hidung Misha dah macam burung belatuk aku tengok.." - komen MK ketika melihat Misha Omar keluar ke pentas persembahan.

"..dah macam lagu Broadway siot. Dengan horn, strings..feel dah macam lagu Celine Dion pun ada.." - komen aku setelah selesai Misha mengalunkan lagu Istilah Bercinta dengan cara dan arrangement muzik yang baru.

Review penuh akan menyusul. Nak scan buku program & tiket konsert dulu..keh keh keh.

Double Trouble / Masalah Berganda..satu ulasan..

Perhatikan point dibawah. Ianya berkait rapat dengan entry ini.

1. Badan Awie susut tapi lengan "maintain" besar.

2. Din sampai ke venue konsert untuk 2nd sound check ketika semua artis dah balik ke hotel / rumah.

Intro:

Akhirnya "bala" semenjak 22/4 yang lepas dah selesai. Kalau nak tau, mulai 22 April tu lah tiket konsert Double Trouble ni siap dicetak dan dari saat itulah aku dan komiti S2W memulakan langkah seterusnya untuk menjual tiket (langkah awal dah dibuat seawal Press Conference pertama di laman web S2W). Boleh kata tiap-tiap hari aku dan geng-geng aku balik rumah pukul 2-3 pagi. Sampai ada hari yang terpaksa aku EL pasal dah tak larat nak buka mata..hahaha. Tapi apa ada hal, demi nak menjayakan konsert ni dan juga nak mengelakkan dari alasan orang "eh, payahnya nak dapatkan tiket.." maka kami pun menyediakan khidmat kami..ceh!

Pra-Konsert:

Dari hari pertama tiket siap di cetak & dijual dengan rupa bentuk sebenar (sebelum tu tiket dijual oleh ajen melalui resit ala-ala resit topup kat 7-11), boleh kata tiap malam aku ke Cheng Ho Wangsa Maju. Lebih tepat Mamak NZ belakang Cheng Ho tu untuk menghantar tiket dan collect duit tiket. Tipulah kalau aku kata aku tak tau setlist apa lagu-lagu yang nak main kan.. Cuma tak la secara full-version. Tapi pasal dah diamanahkan untuk tidak menghebahkan senarai lagu, maka macam biasa, "silent mode activate"..hahaha.

Apa yang aku nampak, boleh kata tiap2 malam production team untuk konsert ni akan duduk bermesyuarat di situ. Kebetulan juga studio latihan bersama Search & Wings juga berada berdekatan (Wings dah mula berlatih sendiri untuk konsert ni selepas saja tamat show ABP tempoh hari). Agak mengecewakan studio latihan yang disediakan oleh pengajur konsert untuk sesi latihan bersama ini boleh dikatakan di bawah par. Dengan soundproof yang totally out, tak payah masuk studio. Lepak bawah pun dah boleh dengar & tau apa senarai lagu yang bakal dorang bawak untuk konsert nanti. Aku dapat tau yang sebenarnya dorang dah arrange satu studio yang baik dan jauh lebih bagus dari studio yang ada tapi ada yang tak nak atas alasan jauh.. Tak nak sebut siapa la tapi bukan dari Wings...ops!

Disamping sibuk menjual tiket, kami juga pening untuk menyiapkan design & baju baru untuk keahlian S2W. Dengan masalah designer, masalah duit, masalah printer..memang betul-betul mencabar kesabaran. Ialah..mana nak pikir tiket, nak pikir baju..aduss...

Sesi soundcheck:

Jumaat 30/4 aku dah siap-siap amik cuti. Untuk buat last preparation untuk konsert ni (ayat macam konsert aku kan? hahaha). Lepas solat Jumaat, kami bergerak ke venue konsert untuk menghantar barang-barang, amik pass dan buat kerja-kerja akhir untuk booth. Time ni aku dah dapat kesan sikit problem yang berkaitan dengan sound.

Indoor arena ni walaupun namanya tertutup tapi ianya bukan tertutup sepenuhnya. Misalan yang aku boleh bagi ialah kanopi kawin yang dililit dengan kain selebar 1 meter sebagai dinding. Lebih kurang macam tu la rupanya. Jadi di sini masalah yang timbul ialah berlaku "sound leakage" dimana sound yang terhasil tak terpantul sepenuhnya. Ada yang "keluar" kerana ruang yang terdapat di antara bumbung venue dan dinding. Masa soundcheck lagi aku sempat kasitau brader Eddie yang sound bass beliau agak tenggelam dan sound gitar brader Joe "bouncing". Suasana ketika sesi soundcheck pun dah panas walaupun venue tu semi-open (macam gitar semi acoustic pulak..). Satu lagi problem. Sistem pengudaraan yang boleh dianggap fail.

Hari konsert:

Aku sampai ke venue dalam jam 11.00 pagi. Sampai-sampai je terus siap keluarkan barang-barang untuk booth S2W. Lebih kurang jam 4.00pm, siap kerja-kerja dan terus standby menunggu gate utama yang dikhabarkan akan dibuka mulai jam 5.00.

Jam 5.15 petang, penonton dah berduyun masuk. Tiba-tiba cuaca yang dari pagi panas bertukar dengan tiupan angin yang macam ribut diikuti dengan hujan lebat. Pinjam kata-kata kawan aku "sejarah 1993 berulang.." dimana menurut beliau ketika konsert Double Trouble yang pertama dulu, juga ketika hujan (Stadium Negara). Masa ni dah nampak mat-mat rock tak kira hujan selamba je berjalan didalam hujan (macam lirik Taman Rashidah Utama daa..). Dengan makwe-makwe rock, ibu-ibu rock dan anak-anak rock, boleh dikatakan dah macam hari keluarga pun ada.

Tepat jam 8.30 malam, brader Ismahalil Hamzah mengambil mikrofon dan menghangatkan suasana di dalam venue. Aku pulak dengan team S2W sibuk melayan members S2W dan juga pengunjung yang berminat untuk menjadi ahli. Sempat usha jam kat tangan ketika jam 8.45 malam. Ismahalil hamzah masih membebel lagi. Macam biasa, konsert rock kat Malaysia mana pernah mula on time kan?

8.55 malam, intro keyboard kedengaran dikuti dengan bunyi gitar menandakan konsert sudah bermula. Ketika ini, jumlah penonton yang baru lepas dari gate utama masih berduyun-duyun walaupun suasana di dalam venue dah "totally cramp". Intro "Gemuruh" kedengaran dan aku hanya mampu mendengar dari luar venue kerana menjaga booth sambil bulu roma yang ada tegak berdiri...

Antara benda yang aku risaukan kalau-kalau suara brader Awie tak keluar malam tu. Memang kalau ikut pengalaman lepas, lagu pertama boleh diambil untuk mengukur sejauh mana "rabak"nya suara Awie. Tapi ketika Gemuruh berkumandang, aku gagal untuk mengesan sebarang cela pada suara Awie..Damn! mamat ni fit habis nak tarik ni. Memang superb suara Awie malam tu. Lagu-lagu yang menjadi "benchmark" aku untuk mengukur tahap vokal Awie seperti Gema Di Inderaloka, Puisi Merdeka, Mabuk "Seven Seas", Alam Barzakh semuanya kedengaran jelas tanpa cela (aku mendengar dari luar venue).

Akhirnya peluang aku nak masuk dalam tiba tanpa disangka-sangka. Aku diminta untuk "menyembur" air ke penonton. Ini kerana suhu didalam venue yang terlalu panas sehinggakan ramai yang pitam (dikatakan ramai yang pitam ketika konsert ini berlangsung adalah wanita bertudung. Bukan aku nak katakan yang bertudung tak boleh layan konsert tapi aku syak yang pitam ni akibat jarang layan konsert rock. Senang cerita takde daya ketahanan untuk berhimpit..hahaha). Nasib baik hos getah yang aku pegang untuk sembur air tu terkoyak. Dapat la sembur sekejap je. Itupun ketika Search mengambil alih stage dari Wings dengan lagu-lagu Isi dan Kulit, Isabela, Emmanuel sebelum Wings naik kepentas untuk sesi medley bergilir-gilir.

Tepat jam 11.45 malam lagu terakhir berkumandang iaitu Pasti. Tanpa jeritan "last song" atau "encore" konsert terus ditamatkan. Masa ni aku dah keluar dari venue untuk siap-siap menghadapi serbuan di booth pula. Lupa nak cerita sepanjang konsert berlansung, jumlah penonton yang lepak di luar venue aku rasa kalau nak sumbat Planet Hollywood KL, senang-senang boleh full house (kapasiti full house Planet Hollywood KL = 1000 pax). Ramai yang tak tahan nak berhimpit lagi-lagi bagi mereka yang dah lama tak layan konsert. Yang dah lencun pasal berpeluh pun ada..hahaha. Akhirnya jam 1.00 pagi aku tinggalkan Bukit Kiara dan beramai-ramai bersama team S2W & members untuk supper..

Kesimpulan aku..

1. Tempat ni memang tak sesuai langsung untuk diadakan konsert tapi apa boleh buat. Pihak penganjur dah cuba usahakan Stadium Merdeka tapi gagal atas alasan kerja-kerja renovation masih dijalankan manakala Stadium Bukit Jalil pula telah ditempah lebih awal untuk konsert Ungu.

2. Sekalung tahniah kepada penganjur kerana berjaya merealisasikan konsert ni walaupun tanpa mendapat tajaan dari syarikat korporat. Untuk makluman, konsert Kelly Clarkson minggu lepas ditaja oleh Hotlink, konsert Tokio Hotel di One Utama pada malam yang sama ditaja oleh TM manakala konsert Ungu pula mendapat kerjasama TV3 & radio Era sebagai rakan strategik.

3. Kedengaran ada komen dari penonton mengenai mutu sound. Pada aku, tak boleh salahkan sistem bunyi 100%. Kedudukan kita dengan pentas juga perlu diambil kira. Jarak yang paling sedap untuk konsert ni pada aku ialah kira-kira 20 meter dari pentas. Ini berkait rapat dengan hukum fizik mengenai bunyi & frekuensi (akan cerita dalam tajuk lain kalau rajin). Info tambahan: Joe & Din menggunakan amp Marshall Mob Four manakala Kid menggunakan amp Mesa Boogie (aku agak Dual Rectifier).

4. Search nampak macam kurang persediaan untuk konsert ini. Solo Paranoid betul-betul hancur walaupun Din cuba nak "free-run" sampai Amy pun tak dapat nak masuk balik ke part vokal dan muzik hampir-hampir berhenti! (Untuk makluman lagu Paranoid ketika rakaman pun memang dimainkan oleh Din untuk part solo). Solo Kid time lagu Isabela juga tak dengar walaupun time ni aku berada didalam venue sambil memegang hos getah..hahaha

5. Walaupun Awie ada tersilap lirik masa lagu Gema Di Inderaloka (padahal depan mata baik punya flat screen 42 inci sebagai "prompter") tapi secara overall malam tu Awie punya performance memang terbaik. Tak sia-sia beliau masuk gym balik untuk dapatkan fitness disamping kerja-keras Wings yang mula berlatih untuk konsert ni seawal habisnya ABP 2009 yang lalu.

Setlist lagu (ambil dari blog Deaf)

Intro / Ides Of March (Instrumental Iron Maiden album Killers)
Gemuruh
Paranoid
Analogi 0.1
Puisi Merdeka
Gema Di Inderaloka

Balada Pemuzik Jalanan (Amy + Wings)
Opera Hidup (Awie + Search)
Alam Barzakh
Mabuk Tujuh Lautan
Sejati
Kau Masih Berdegil

Drum solo
Isi dan Kulit
Isabella
Emmanuelle
Cakap Memang Murah

Medley:
Rozana
Semalam Yang Hangat
Gadisku
Taman Rashidah Utama
Meniti Titian Usang
Mimpi Misteri Syakila (intro solo Intan Ku Kesepian)

Nur Nilam Sari
Guitar solo
Rock n Roll Lu Punya Suka
Pasti

Wings:

Awie
Joe - Gibson Les Paul Custom
Eddie - Musicman StingRay
Black - DW Drum

Search:

Amy
Kid - Musicman, Peavey Wolfgang
Din - Jackson
Nasir - Gibson Explorer (dari zaman Isabela gitar ni)
Yazit - DW Drum

Additional musician:

Roza on keyboardist

p/s: Sori. Entry ni takde gambar pasal aku malas nak cilok dari blog / fb orang lain...hahaha