Sepatutnya aku bukan orang yang layak nak review showcase ni. Pertama pasal aku takde sepenuh masa di dalam Hard Rock Cafe (HRC) pada malam 4/10 itu hari. Keduanya pasal terasa macam "bias" pulak pasal confirm aku akan cerita yang indah-indah belaka pasal show ni. Tapi pasal dah ada orang request dan aku jenis yang susah nak hampakan permintaan orang (tapi orang suka buat benda ni kat aku..huhuhu) maka aku tunaikan jugak (berapa banyak pasal daa).
Aku sampai di depan HRC ni lebih kurang jam 6.30pm. Sempat layan dua rumah terbuka kawan-kawan sebelum gerak ke KL. Lepas loading barang-barang untuk booth sayap2wings, phone aku dah mula "busy" dengan sms tanya jalan, tiket..etc..etc. Sempat usha-usha ke dalam nak tengok camne rupa HRC KL ni. (1st time sampai ni yop!). Dalam hati dah dapat agak confirm sendat macam sardin malam ni.
Pukul 8.30pm booth dah mula sibuk. Dan aku berpeluang menyaksikan satu permandangan yang selama ni tak pernah aku tengok. Orang berbaris panjang nak tengok show! Selama ni aku layan show Wings atau Search kat Planet Hollywood tak pernah dapat tengok benda2 ni pasal aku antara orang terawal yang akan masuk ke dalam untuk carik port paling best depan stage tapi kali ni atas tanggungjawab tugas, aku banyak berlegar-legar depan venue. Time ni la ko dapat jumpa orang merengek-rengek tak nak beratur tapi nak beli tiket. Dah kasi tau awal2 suruh beli sebelum show tapi ramai yang tak makan saman kan? Jadi, sendiri tanggung la..hahaha
Show terpaksa dilewatkan 15 minit dari waktu asal pukul 11.00pm. Bukan pasal Wings datang lambat tapi pasal memang ramai yang tak dapat tiket lagi. Menjelang pukul 11.00pm baru semua yang beratur dapat masuk ke dalam. 11.20pm brader2 Wings muncul di "main entrance " untuk masuk dan HRC dah bergegar dengan sorakan..hahaha. Intro drum di mainkan...
"Puisi Merdeka" menjadi lagu pertama yang dimainkan. Untuk verse pertama lagu ni, suara Awie tak kedengaran. Crowd dah mula bising. Rupa-rupanya mikrofon tak berfungsi. Tapi dengan sepantas kilat benda ni dapat setel. Cuma agak geram pasal crowd yang duduk depan stage macam "blur" ngan lagu ni. Takkan nak harap lagu "Syakila" untuk opening brader? Lain kali nak layan show kasi study habis album2 band tu..hahaha. 3 lagu bersambung untuk pembukaan. "Jerangkap Samar" menyusul diikuti dengan "Rantai". HRC bergegar malam tu!
Dalam show ni ada beberapa kejutan. Kejutan pertama apabila Wings memainkan slow ballad dari album "Jerangkung Dalam Almari". Intro drum memulakan lagu dan petikan bassist Eddie mengesahkan yang "Aku Pun Tahu" berkumandang. Time ni aku memang tak keluar lagi dari dalam HRC. Rare beb! Kejutan kedua apabila Wings memainkan ke dua-dua medley di dalam album "Naga Kramat". Medley ReUnion dan Medley Istimewa juga berkumandang. Kira dapat gak la dengar "Amok" dan "Anugerah" secara "live" walaupun hanya secara medley.
Sepanjang showcase berlangsung kira-kira 17 lagu dimainkan untuk show yang pada mulanya dijangka selama 1 jam 45 minit. Tapi lepas encore "Peronda Jaket Biru", mereka tidak terus berhenti malahan "Biarkan Berlalu" dimainkan. Akhirnya tepat pada pukul 1.20am show ditamatkan.
Secara keseluruhan Wings masih mengekalkan "title" sebagai Raja Rock n Roll tempatan. Mungkin agak keterlaluan bagi sesetengah pihak dan mungkin akan ada yang membandingkan mereka dengan Search tapi selepas apa yang berlaku di Bukit Kiara pada 1 Ogos, aku rasa akan ramai yang bersetuju dengan pendapat aku. Cuma pada aku Awie kena buat sesuatu dengan diri beliau memandangkan pada pertengahan show, kedengaran suara beliau dah "rabak" dan pancit di sana sini. Tapi attitude rock n roll tetap terserlah..hahaha
untuk show kali ini, Grousiey Printhouse juga telah mengeluarkan t-shirt edisi khas "Up, close & personal" dan ianya teramat "limited" dengan harga RM 45.00. Untuk pembelian awal akan disertakan juga dengan "wooven bag" bercetak logo Wings. Untuk makluman lanjut mengenai t-shirt dan tempahan sila layari www.sayap2wings.com.

9 ulasan:
wah tu dia review dari sorang fans.. takde sangkut chicks ker kat batu keras tu..
Ruginya aku tak pergi. Tapi berpeluang melihat The Reds kena titik 2-0 dengan The Blues. Wakakakakkakakakakakak
thanks for the review...tak sabo nak tunggu Wings turun JB..bila yer?..
MK..
Kat sini memang ramai chicks tapi tugas lebih utama..hahaha (btw banyak sangat longkang dan parit bergerak masa malam tu..hahaha)
Mus..
Takde kudis la team wa kena titik walaupun pahit untuk ditelan. Dah 20 tahun aku bersama dorang.
Berteromber..
Next event tak pasti lagi. Selalulah masuk website kami untuk sebarang perkembangan terkini.
Sumpah gua lupa Wings main itu malam... Patut laa gua macam rasa ada benda tak kena.
Pipi..
Hahaha. Apsal aok tak kasi tau awal nak gi nengok? Kalau tak boleh keh wat reminder siap2 untuk aok..hahaha
aku suka setlist ni huhu
gua pelik ada yg blom khatam Bazooka punya album sampai ada yg blur Puisi Merdeka, padahal track itu la yg selalu bermain di minda jika berbual pasal Bazooka Penaka (selain seruling buluh intro Amok).
bro.. seriously, the band need the fans like us to give them a good review (no matter what) biar orang luar tau betapa hebat dan cool nya band2 yg kita suka.
Eddie..
banyak beb orang yang claim diri kata minat giler kat band sekian2 tapi tau lagu2 top je.
Pasal tu la Search masa kat JB tempohari ada gak muka2 blur masa dorang opening main lagu Paranoid. Tapi yang hardcore memang leh sing-a-long la..
Semua2..
Ikut info yang aku dapat sebelum show, dorang dah suruh sorang penulis lirik ni siap2 untuk tulis lirik lagu2 baru dorang. Maybe tahun 2010 akan ada "kejutan" dari mereka? Sama-sama kita tunggu..
Catat Ulasan