Khamis, 5 November 2009

Tiada alasan...

Tiap-tiap hari aku blog hopping dari satu blog ke satu blog. Terutama blog-blog kawan-kawan dalam blog list. Satu yang aku dapat simpulkan, sekarang ni macam ada satu wabak yang melanda. Virus malas update blog. Dengan aku punya blog pun tak update..hahaha. Kecuali kawan-kawan yang menyahut cabaran brader ben dengan 1hari : 1entry : 1malaysia. Yang lain semua sepesen je ngan aku..hahaha

Minggu ni agak "sucks" untuk pasukan kegemaran aku, Liverpool. Kalah dengan Fulham sabtu lepas, game semalam pun boleh seri je dengan Lyon. Alahai..memang dapat rasakan team musim ni team yang paling lemah. Macam-macam rumusan yang boleh dibaca dalam internet. Yang mengutuk memang bersepah. Tapi apa pun, kalah menang Liverpool tetap dihatiku..hahaha. Dari zaman Road To Wembley lagi sampai sekarang, memang tu satu-satunya pasukan pujaan aku untuk bola sepak Inggeris.

Nak ulas album rasa malas. Kebetulan malam kekalahan dengan Fulham tu aku lepak dengan seorang penyokong Arsenal dari Singapura, Deaf. Dengan pesanan yang "panas" macam baru keluar dari oven tu, S.A.P & Jar Of Flies selamat tiba ke tangan aku. Tunggu aku khatam dengar album tu baru aku ulas ek? Untuk makluman awal, kedua-dua itu adalah tajuk album Alice In Chains yang boleh dikategorikan sebagai extended player (E.P) dan memang dah sampai tahap "dinasour" kalau nak carik balik. Terima kasih kepada ebay dan juga Deaf yang sudi menjadi perantara aku dengan penjual..hahaha

Jadi sementara menunggu aku khatam kedua-dua cd tersebut, layankan dulu satu lagu dari Jar of Flies..(bersama penyanyi baru untuk promosi "Black Gives Way To Blues")


13 ulasan:

sinaganaga berkata...

John,
One fine day, lu main bes solo kat Maskara buleh?

zan berkata...

Belum tahap tu lagi jend. Kalau secara akustik berkumpulan mungkin boleh dipertimbangkan lagi..huhuhu

sinaganaga berkata...

Hah, cantik tu - akustik berkumpulan. Bila boleh ready?

zan berkata...

Huh..serius bebenor nampak gayanya ni jend..uhuhuh.
Kasi wa tanya yang lelain dulu camner..huhuhuh

sinaganaga berkata...

gua serius ni. gua rock wo. tu sebab gua serius.

zan berkata...

Ok jend. Nanti wa tanya line-up yang lain. Kena adjust ngan konsep Maskara gak ni.

Tapi kalau unplugged lagu2 rock pun boleh kan? hahaha

ayobkelubi berkata...

lu layan AIC jugak? rock on brader!!rock on!.

tapi

LAYNE STANLEY tu mmg samdol gie bunuh diri lak. aiyakkk..

zan berkata...

Yob..
AIC antara influence kuat aku bro. Pasal Layne tu..tak boleh nak kata apa. Bangga kot dia mati overdose ni..huhuhu. Macam legend2 yang lain.

eddie dewanaga berkata...

AiC ni gua kurang dengar laa...

hari tu penah tengok u-tube lagu Got Me Wrong dari 'Sap' oleh Jerry C, Tom Morello dan Slash... cool!

ini masa celebrating birthday Slash kat Vegas.

speedrider berkata...

semua barang hang rare-rare zan oi... tahniah, tak sabar tunggu review

zan berkata...

Mus..
Teknologi banyak menolong beb. E-bay & Mudah antara tempat2 yang boleh dipercayai.

Tapi "touching humanity" juga penting. Kalau tak, tak dapat la aku cd ni kalau bukan deaf yang tolong dealkan..hehehe

berteromber berkata...

ko dah dengar "Black Gives Way To Blues"? (utk Eddie ni bukan pasal Chelsea..hehe)

walaupun aku bukan follow sangat AIC ni..tp boleh tahan jugak suara William DuVall tu..tapi kalau Jerry take over nyanyi semua lagu pun lagi best apa..suara dia sedap.

zan berkata...

Berteromber..
CD tu belum dapat lagi. Setakat minggu lepas belum ada kat kedai cd. Dah dengar sample dalam website dorang. Not bad tapi biasalah sifat manusia, suka nak membanding dengan yang lama..

Cantrell punya suara memang sedap. Dia pun pernah buat solo album dulu, bogey depot. Tapi mungkin pasal dia nak kekalkan trademark AIC yang penuh dengan harmonic vocal, jadi dorang recruit Duvall untuk replace Staley..

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...