Sekarang tengah dalam mood BBC session. Pembelian pertama menggunakan ebay berjaya (padahal beli dalam Malaysia gak). RM 30 untuk Led Zeppelin BBC Sessions Double Disc Made In Germany pada aku cukup berbaloi kan? haha
Disc pertama ada 14 lagu. Disc kedua ada 10 lagu. Kesemua lagu dirakamkan pada tahun 1969 dalam beberapa sesi, John Peel's "Top Gear", Christ Grant's "Tasty Pop Sundae" dan Radio One's "In Concert" series.. ni semua nama-nama disc jockey BBC dan nama siaran mereka.
Satu yang aku suka pasal band2 otai ni, mendengar "live" dorang akan sentiasa lagi best dari studio album. Berlawanan lak ngan band-band tempatan ni kan? Takkan korang nak nafikan "Comfortably Numb" versi Pulse yang lebih gurih dan asyik berbanding The Wall? Atau Dazed and Confused versi The Song That Remains The Same (Live at Madison Square Garden) yang lebih seram dan emo berbanding studio version?
Memang betul kata orang yang Robert Plant ni memang boleh nyanyi blues je. "White Blues" dan Jimmy Page la yang banyak melenggokkan "blues" Plant ni sampai akhirnya jadi la rock macam apa yang kita dengar sekarang.
Dikumpul dan diadun kembali oleh Jimmy Page, album tahun 1997 ni memang berbaloi untuk dimiliki dan dijadikan koleksi. Terbitan Atlantic Recording Corporation, album ni menjadikan pencarian untuk melengkapkan Led Zeppelin aku kini hanya tertumpu pada II, III, CODA, Phyisical Graffiti dan In Through The Out Door...
To be a rock and not to roll!

CD 1
1. You Shook Me
2. I Can't Quit You Baby
3. Communication Breakdown
4. Dazed And Confused
5. The Girl I Love She Got Long Black Wavy Hair
6. What Is And What Should Never Be
7. Communication Breakdown
8. Travelling Riverside Blues
9. Whole Lotta Love
10. Somethin' Else
11. Communication Breakdown
12. I Can't Quit You Baby
13. You Shook Me
14. How Many More Times
CD 2
1. Immigrant Song
2. Heartbreaker
3. Since I've Been Loving You
4. Black Dog
5. Dazed And Confused
6. Stairway To Heaven
7. Going To California
8. That's The Way
9. Whole Lotta Love (medley)
Boogie Chillun' / Fixin' To Die / That's Alright Mama / A Mess Of Blues
10. Thank You
Rujukan dari sini
6 ulasan:
jimmy page mmg gemar mengumpul semua khazanah2 led zepp. pada aku album ni harus dimiliki oleh penggemar led zepp kerana ianya merupakan himpunan rakaman live bootleg led zepp. Versi live led zepp lebih membunuh n wild.
cammana gaknye nengok dorang live zaman tu..
kenapa yer aku tau banyak lagu led zep..tapi aku susah nak ingat tajuk2 lagunya..
Berteromber..
Tajuk lagu dorang memang banyak yang panjang2 dan agak puitis. Tak macam band2 kemudian yang lebih pendek dan terus ke sasaran..hehehe
Deaf..
Aku tak nak bayangkan tengok dorang live zaman dulu..
Aku tengah bayangkan kalaulah aku antara 20000 yang ada kat O2 Arena masa reunion tempoh hari..huhuh
bila la live kat arena O2 nak kuar?
band2 sekarang ni, dengar studio album lagi best dari live...
Catat Ulasan