Jumaat, 2 Oktober 2009

Tempoh bertenang..

Syawal dah nak masuk 14 hari kan? Hujung minggu ni confirm semua busy dengan jemputan rumah terbuka. Memang dah jadi trend sekarang semua orang buat rumah terbuka. Kawan2 aku yang dah berkahwin pun tak terkecuali "join the club".

Apa sebab sekarang ni ramai orang berlumba-lumba buat rumah terbuka ek? Satu yang aku perasan sekarang ni budaya kunjung-mengunjung atau "beraya" dah makin susah nak nampak. Mungkin masih ada yang buat. Tapi kebanyakan memang dah tak buat. Masing-masing lebih suka duduk rumah tunggu orang datang beraya padahal orang yang ditunggu-tunggu tu pun berpikiran sama macam mereka. Jadinya, memang dah susah nak nampak orang beraya sekarang ni.

Jadi, satu kaedah yang paling senang, buat rumah terbuka kan? Set satu hari, keluar bajet lebih, panggil semua kawan2, jiran2, saudara-mara dan ..tada! Rumah tu akan penuh dikunjungi serentak oleh jemputan yang datang..hahaha. Senang. Tak payah nak bersusah-susah tunggu orang datang selama 30 hari dalam bulan Syawal ni. Nak buat program sendiri pun senang.

Tapi..meriah ke beraya macam ni?

p/s: Lagu selingan untuk entry ni. Tiada kaitan dengan entry di atas. Tapi sound gitar Brian May sedap kan?

2 ulasan:

eddie dewanaga berkata...

gua mencari OST Mission Impossible 2 masa tu kerana Metallica punya 'I Dissappear' dan terperanjat dgn versi 'Have A Cigar' Dave Grohl ni...

heavy, raw, rough and some might say, ini baru pure hard rock!!!

terus masuk playlist wajib gua lagu ni...

zan berkata...

Wa suka banget dengan sound "speacial One" Brian May dalam lagu ni. Dahsyat!

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...