Selasa, 23 Disember 2008

"Terbang" ke Pulau Mutiara...




Di hjung-hujung tahun ni, memang seronok kalau dapat berjalan-jalan. Kena pulak cuti tahun banyak lagi. Jadi, mulai esok aku akan ke Pulau Pinang. Sambil bercuti, sambil berjumpa kawan sambil meng"usya" lanun dvd kat Feringgi (kalau sempat) sambil mencari keahlian baru untuk "sayap-sayap wings".

Jadi apa lagi, jom Penang!

Learning To Fly - Pink Floyd

Into the distance, a ribbon of black
Stretched to the point of no turning back
A flight of fancy on a windswept field
Standing alone my senses reeled
A fatal attraction holding me fast, how
Can I escape this irresistible grasp?

Cant keep my eyes from the circling skies
Tongue-tied and twisted just an earth-bound misfit, i

Ice is forming on the tips of my wings
Unheeded warnings, I thought I thought of everything
No navigator to guide my way home
Unladened, empty and turned to stone

A soul in tension thats learning to fly
Condition grounded but determined to try
Cant keep my eyes from the circling skies
Tongue-tied and twisted just an earth-bound misfit, i

Friction lock - set.
Mixture - rich
Propellers - fully forward
Flaps - set - 10 degrees
Engine gauges and suction - check

Mixture set to maximum percent - recheck
Flight instruments...
Altimeters - check both
(garbled word) - on
Navigation lights - on
Strobes - on
(to tower): confirm 3-8-echo ready for departure
(tower): hello again, this is now 129.4
(to tower): 129.4. its to go.
(tower): you may commence your takeoff, winds over 10 knots.
(to tower): 3-8-echo
Easy on the brakes. take it easy. its gonna roll this time.
Just hand the power gradually, and it...

Above the planet on a wing and a prayer,
My grubby halo, a vapour trail in the empty air,
Across the clouds I see my shadow fly
Out of the corner of my watering eye
A dream unthreatened by the morning light
Could blow this soul right through the roof of the night

Theres no sensation to compare with this
Suspended animation, a state of bliss
Cant keep my eyes from the circling skies
Tongue-tied and twisted just an earth-bound misfit, i

Selasa, 16 Disember 2008

Ketika menunggu waktu pulang..

Dalam keadaan bosan-bosan di pejabat sementara menunggu waktu untuk pulang. terbaca puisi ini di blog SaniBoey. Memang lama aku mendengar mengenai Jalaluddin Al-Rumi ni dan tarian sufinya tapi aku juga baru tahu bahawa dia adalah seorang pemuisi yang unggul. Tak salah untuk aku tampalkan puisi beliau di sini...

Be happy, oh our well desired love,
The healer of all our ills.
Oh, the medicine for our pride and arrogance,
Oh (love), you are our Plato and Galen.
Through love, the earthly body soared to the skies,
Mountains began to dance and became agile.
From love, bitter becomes sweet,
From love, thorns become flowers,
From love, vinegar becomes wine,
From love, fire becomes light,
From love, devil becomes angel,
From love, sorrow becomes joy,
From love, sickness becomes health,
From love, fury becomes mercy,
From love, dead becomes alive,
From love, king becomes servant.
My religion is to be alive from Love,
Being only physically alive, is a disgrace.

Khamis, 4 Disember 2008

Rekod?



balik kerja semalam, lepas naik lenguh tunggu member yang tak kunjung tiba kat kedai mamak, aku balik rumah & terus tidur. memang mengantuk pun. Konon nak bangun dalam pukul 7 petang gitu..Hasilnya?

Pagi tadi pukul 6 pagi baru aku tersedar..Giler aku strike sampai ke Isyak! Huhuhu

Selasa, 2 Disember 2008

Siaran 9...

Bersiaran dari Putrajaya..tempat kerja baru aku. Semua baru. Environment baru, komputer baru, office mate baru, serba-serbi baru. Masih cuba nak menyesuaikan diri dengan opis ni. Nak hisap rokok pun kena lepak tandas. Dah macam budak sekolah la plak..hahaha.

Sting kata "Kalau kita sayang dekat seseorang, lepaskan dia".. boleh ke macam tu? Takkan dia pun terpengaruh dengan peribahasa melayu "sayangkan anak tangan-tangankan, sayang kan isteri tinggal-tinggalkan"...hm

p/s: Aku tengah dalam mood layan Sting. Jadi terhasil lak topik ni..huhuhu

Isnin, 24 November 2008

Welcome to the machine...



Hari pertama aku di tempat kerja baru. Jumlah staf berkali ganda dari tempat lama. Tapi..suasana kerja yang terlalu berbeza. Hampir 180 darjah berpusing. Langsung tak related dengan apa yang aku buat selama ini. Seperti kata Dr. Sakuma dalam cerita Jepun lakonan "awek" aku Nanako Matsushima "Yamato Nadeshiko"..."Manusia akan terasa sesuatu benda itu penting hanya apabila dia sedar dia akan kehilangan benda tersebut.." (terjemahan rawak).

Aku rasa aku dah buat silap lagi kali ni....

Isnin, 10 November 2008

Change...We need




*Terasa nak taruk klip ni memandangkan keadaan diri aku yang akan "berubah" tempat kerja tak lama lagi..huhuhu

Bak kata Pakcik Ozzy.."I'm going through changes..."

Isnin, 3 November 2008

Maskara Shorties bersama kawan-kawan yang kita suka





Pada sabtu 1 November yang lepas, aku berjaya menghadirkan diri bersama kawan aku untuk melayan tayangan filem pendek di Rumah Pena yang dianjurkan oleh sebuah "sindiket" yang dinamakan "sindiket soljah". Aku sampai time orang tak berapa ramai, so sempat la solat dulu dalam Rumah Pena tu. Kira berjaya gak la aku jejakkan kaki ke Rumah Pena..hehehe



Ikut jadual tayangan mula pukul 8 malam tapi seperti biasa yang berlaku di Malaysia ni, tayangan dimulakan kira-kira jam 8.30 malam. Naik letih aku melayan lagu "Bikin Filem" nyanyian M.Nasir yang diputarkan berulang-ulang demi untuk memberikan mood filem pendek..





Awal-awal lagi dah ditekankan didalam blog mereka ketika promosi filem ini bahawa tiada unsur-unsur komen atau kritik sepanjang tayangan dijalankan. Hanya tayangan semata-mata. Jadi, aku pun layan je la kesemua filem yang ditayangkan. Purata filem durasinya 10 minit je (nama pun filem pendek). Ada yang menyeronokkan dan ada jugak yang "kureng" (biasa la tu).



Yang membuat aku agak kagum ialah mengenai bilangan penonton yang hadir. Pernah gak la aku layari blog penganjur ketika MASKARA yang lepas2 tapi tak de la sebanyak malam minggu tu. Memang kagum aku walaupun promosi hanya melalui internet. Dahsyat giler (bak kata Awie dalam Zombie Kampung Pisang). Ketika di pertengahan majlis, acara diberhentikan untuk memberi ruang kepada pelancaran buku terbaru terbitan mereka iaitu "Romlah: The Untold Story" yang disempurnakan oleh sutradara terkenal seantero Kampung Pisang, Mamat Khalid. Pyan Habib juga ada untuk mengiringi Mamat Khalid. Acara kemudiannya disambung sehingga kira-kira 15 minit sebelum jam 12.00.



Secara keseluruhan, majlis tersebut kira berjaya pada aku yang baru pertama kali menjinakkan diri dalam MASKARA ni. Kalau betul bajet dorang, aku mungkin dapat merasa mee goreng malam tu..hehehe. Tapi, kira penganjur boleh berbangga atas kejayaan mereka malam tersebut. Syabas mere bette..

Sabtu, 1 November 2008

From Penang With Love..





Huh..diam tak diam raya pun dah habis. Kejap pulak rasanya raya aku tahun ni walaupun rasanya tak la banyak rumah orang aku ziarah.

Dalam musim raya ni sempat jugak aku ke Penang bersama band mates untuk mencuba nasib dalam GBOB (Global Battle Of Band). Result? Tak yah tau la. Tak lepas pun..hahaha.

Lepas tu sempat jugak hadiri majlis Rumah terbuka Kumpulan Bloodshed (tak kenal kumpulan ni? Kalau tahu "srikandi cintaku, tahu la kumpulan ni). Ya..kumpulan ni pun nak buat comeback. Mungkin sesetengah orang akan berkata " ada benda yang best tu hanya boleh jadi sekali je" tapi mungkin kita boleh tengok apa yang mereka ni boleh sumbangkan untuk industri muzik kita yang makin lama makin caca merba ni. Walaupun pun di cop "dinasour" tapi..mana nak carik dinasour zaman sekarang ni kan? haha

Hari terakhir bulan "raya" ni di akhiri pulak dengan Majlis Sambutan Hari Raya kumpulan Wings di Bandar Sunway. Secara jujurnya, aku terasa seronok dengan band2 rock zaman lama ni yang masih nampak semangat perjuangan mereka untuk kekal "bernyawa" dalam arena muzik tanahair ni. Kalau dorang dekat USA, aku rasa masing2 dah ada jet peribadi kot..hahaha. Walaupun diburukkan dengan "attitude" rockstar tapi..hey! sapa yang tak nak hidup macam rockstar? hahaha. Lagi2 bila kita layan filem Mark Wahlberg tu... "Rockstar"

p/s: teringat bila gitarist Lefthanded, Samad meninggal dunia baru2 ni. Penuh dengan ucapan takziah kepada keluarga beliau, belangsungkawa di akhbar dan majalah serta internet dan macam2 lagi penghargaan dan kata2 pujian. Tapi masa hidupnya arwah, rasanya struggle gak dia nak cari rezeki kan? Rasanya tak perlu la ulang skrip yang sama untuk rock band yang lain ..



(Khusus untuk Nad, serius masa Rosdan masuk ni, aku terus teringat sms ko..huhu)



(Show Wings "unplugged" ketika majlis sambutan raya, perasmian kedai EDSCUBA & pelancaran Sayap-Sayap Wings)

Isnin, 13 Oktober 2008

Apabila tengah bosan...

Your results:
You are Green Lantern
























Green Lantern
60%
Superman
55%
Spider-Man
55%
Hulk
55%
Robin
50%
Iron Man
45%
Supergirl
43%
Batman
40%
The Flash
35%
Wonder Woman
33%
Catwoman
30%
Hot-headed. You have strong
will power and a good imagination.


Click here to take the Superhero Personality Test



p/s: Bau laut Batu Feringgi masih kuat kat hidung aku. Sisa-sisa terakhir nasi kandar "Line Clear" sudah aku keluarkan pagi tadi. Sistem komputer pulak buat hal..tak nak kasi aku buat payment.. Jadi, waktu-waktu senggang macam ni apa lagi nak buat? Update blog la kan?

p/s1: P/s di atas adalah intro untuk entry aku yang seterusnya..tunggu..

Jumaat, 3 Oktober 2008

"Hidup ini memang ....., tapi esok masih ada"

Kata/PeribahasaTakrifSumber
palat Ikayu ~ kayu pengapit tempat mengikat kaki budak-budak nakal (utk merotan tapak kakinya).Kamus Dewan Edisi Tiga
palat IIkemaluan laki-laki; tahi ~ najis yg melekat pd kemaluan.Kamus Dewan Edisi Tiga
palat IIIKd orang yg tidak berguna.Kamus Dewan Edisi Tiga
(laman rujukan: kamus dewan online)


Pertama sekali, aku jadi pelik bila aku tengok "teaser" cerita ni dekat tv masa nak dekat-dekat raya itu hari. Part masa Liyana Jasmay (Lynn) cakap "palat" tu dipadamkan..huhuhu.. Lucah sangat ke?

Aku berjaya membuat satu aktiviti yang sangat menarik pada hari raya..haha. Maklumlah, orang yang takde kampung macam aku ni kan, apa lagi nak buat selain layan wayang. Kebetulan tahun ni ada 2 filem melayu yang ditayang.. Takkan aku nak tengok Senario kan? Cukup lah sekali aku terlayan salah satu sequel Senario yang pasal berniaga roti canai tu (dan aku rasa bengang pasal cerita tu dicedok dari salah sebuah cerekarama lakonan Aziz. M Osman dulu, tak silap aku tajuknya "Canai")


Memula aku ingat nak layan cerita "Kami" ni kat TGV Sunway Pyramid. Boring nyer pasal boleh la jalan-jalan sana sambil usha apa yang patut. Memula sampai je aku dah angin. Ntah apsal Management Sunway Pyramid boleh "divert" semua kereta yang nak parking masuk ikut "loading bay". Macam sial.. Kat situ dah buang 30 minit masa aku. Lepas park kereta, terus usha TGV. Alamak, "Kami The Movie" pukul 4.45pm. Apa aku nak buat melangut 1 jam 45 minit? Akhirnya lepas sambar 1 cd kat Tower Records, aku pun balik kandang sendiri la. Tengok kat AEON Bukit Tinggi lagi layan..hahaha

Satu yang buat aku teruja nak tengok cerita ni, pengarah dia kalau aku tak silap "ex-bassist" Carburator Dung dulu..Fendy. Ni bassist zaman-zaman "Boo Hoo Clapping Song" ni..haha. Tak sangka sekarang dia & bini dia dah jadi pengarah filem..bagus. Disamping jalan cerita yang aku rasa lari dari cerita-cerita tipikal filem melayu. Cerita pasal muzik, pasal gig, pasal budak-budak yang problem, pasal dadah..woa..macam-macam ada. Jadi nak tengok la macamana gaya pengarahan seorang "ex-bassist"..

Satu yang aku perasan (dan aku suka), skrip cerita ni dah lari dari skrip cerita melayu. Maksud aku dorang dah tak buat skrip sambil Kamus Dewan ataupun buku teks Bahsa Melayu SPM ada kat sebelah. Bahasa yang digunakan adalah bahasa percakapan seharian. Barulah "asli". Walaupun mungkin ada yang akan menyampah dengan bahasa pasar yang mencampur-adukkan bahasa melayu & bahasa inggeris tapi sekurang-kurangnya dorang cakap bahasa inggeris yang betul. Pasal campur aduk, pak menteri pun cakap macam tu kan?

Jalan cerita "Kami The Movie" ni agak lari dari yang dekat tv walaupun ada sangkut paut sikit terutama mengenai cerita "Abu". Cerita keseluruhan adalah mengenai "rahsia" dimana setiap orang ada rahsia sendiri. Dan aku rasa memang betul kan? Setiap orang ada rahsia mereka yang tersendiri yang disimpan sampaikan laki atau bini sendiri pun tak tau pasal rahsia tu..

Pasal teknikal aku tak nak komen pasal aku memang tak tahu apa-apa untuk bidang tu. Tapi apa yang aku perasan, banyak sangat "blank screen" macam seolah-olah kesan potong. Ke TGV Bukit Tinggi jer yang ada masalah tu? Pelakon-pelakon dikekalkan seperti dalam tv jadi kira dah mesra dengan penonton filem ni (bagi yang tengok Kami The Series). Cuma ada 2-3 muka-muka tambahan dimasukkan macam Shajiry, warden Abu (Pak Din)...

Keseluruhan cerita ni agak berjaya dari segi penyampaian. Ternyata persoalan yang dikemukakan agak relevan dan agak "daring" terutama mengenai kegiatan "pusher" dadah yang melibatkan budak-budak sekolah dan "perempuan". Sampaikan polis pun tak syak apa-apa kat dorang ni (scene "barang" Lynn jatuh dan dipulangkan oleh abang Polis). Untuk mesej-mesej moral, aku tak pasti pulak kalau cerita ni cuba nak jadi posmen tapi aku rasa korang akan dapat sesuatu kalau korang tengok cerita ni.

Cuma apa yang boleh aku kata, walaupun cerita ni lain dari cerita melayu, ianya masih tak boleh dipanggil "filem Malaysia" kerana pertama: Pelakon-pelakon yang tak pelbagai kaum. Kedua: Aku rasa scene Underground / Indie / bawah tanah kat Malaysia ni di monopoli oleh orang melayu je kot. Dari zaman aku layan gig dulu sampai zaman "generasi bundle" sekarang ni, memang susah nak tengok band-band dari kaum lain. Mungkin ada 2-3 macam Deja Voodoo Spells, Love Me Butch tapi tu pun band majmuk. So, cerita ni masih dimonopoli oleh kaum melayu cuma jalan cerita yang agak advance..

Kesimpulannya, cerita ni agak berbaloi kalau korang nak layan & mungkin kalau ada nasib, cerita ni boleh disambung lagi ke..ape ke.. Apa-apa pun tahniah kepada pengarah Fendy & isteri kerana berani buat cerita macam ni..


Lynn, Ali, Abu, Sophie & Adii

(Gambar dari website "Kami The Movie")

Selasa, 30 September 2008

Esok hari raya!


Perisytiharan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia Berkenaan Dengan Tarikh Hari Raya Puasa 1429 Hijriah/2008 Masehi

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 1hb Oktober 2008"

Hari raya pun dah di isytiharkan bila..Jadi dikesempatan ini aku nak mengucapkan kepada sesiapa yang terbaca atau terserempak ke dalam blog ni..

*Selamat Hari Raya Aidilfitri
*Maaf Zahir sahaja..(Batin takder rasanya..haha)
*Berhati-hati di jalan raya
*Kalau yang dah tua tu, tak elok nak kumpul duit raya
*Jangan main mercun dekat balai raya
*Pastikan tiada anggota badan yang hilang lepas korang semua balik dari bercuti raya
(perubahan saiz badan tu dimaafkan..haha)
*0-0 la kita..

p/s: Kalau korang nak main mercun gak, pastikan mercun korang macam gambar ni..hehehe

*Gambar-gambar di atas diambil tanpa kebenaran dari fotopages kawanku...Saiful Nazim


Rabu, 24 September 2008

Terkenang..

Masa bulan-bulan puasa ni, kebanyakan kita akan terkenang benda-benda yang pernah berlaku masa kita kecik dulu. Time tu la teringat taktik mandi sambil minum air paip, teringat pengalaman kena tangkap dengan polis pasal main meriam (macam nak kenai je?) dan macam-macam lagi la.

Tapi masa bulan-bulan puasa ni pulak aku teringat masa aku darjah IV 18 tahun dulu. Masa tu bukan bulan puasa pun. Masa aku sekolah petang (sekolah agama). Aku boleh teringat akan satu rancangan tv yang pada masa tu, merupakan satu benda yang kuat "influence" dia sampaikan ramai kawan-kawan kelas aku masa tu sanggup ponteng kelas agama semata-mata nak tengok tv.

Tak nafikan pasal cerita ni jugakla yang membuatkan aku suka kat sukan ni. Walaupun dalam siaran tu, heronya adalah pasukan perempuan tapi..apa ada hal kan? Dan aku pernah hampir-hampir nak percaya yang "sommersault berpusing" tu memang benar-benar boleh dilakukan..haha

Sungguh tak kena langsung dengan suasana ramadan yang nak habis ni kan? hehe


Selasa, 16 September 2008

Disinari cahaya atas mu..berlian yang "gila"


(Dari kiri Roger Waters, Nick Mason, Syd Barret & Richard Wright)

Antara band-band rock klasik yang memang aku teringin nak tengok dorang perform depan mata dan yang aku berharap supaya dorang boleh reunion balik (pasal ahli-ahli lama semua masih ada) sebelum ni adalah Pink Floyd. Aku masih tak boleh lupa pengalaman aku pertama kali layan Live "Pulse" mereka masa tu dalam bentuk VHS. Kemudian repeat carik vcd dan akhirnya DVD, band mereka adalah antara band yang banyak orang labelkan sebagai "gila" kerana lagu-lagu mereka yang susah nak diterangkan (rujuk album "ummagumma" ataupun 4 album terawal mereka). Ada juga yang melabelkan mereka ni sebagai "genius yang bermain musik".

Tapi aku rasa aku dah boleh melupakan pasal impian aku nak tengok "reunion" dorang ataupun "Live" dorang lagi kerana salah sorang band member, Richard Wright selaku keyboardist Pink Floyd telah meninggal dunia semalam akibat kanser. Beliau mati pada umur 65 tahun. Di ceritakan juga bahawa beliau telah lama bertarung dengan penyakitnya itu dan akhirnya keputusan perlawanan telah ditentukan..

Kematian beliau pasti akan meninggalkan kesan yang bukan sedikit kepada peminat-peminat Pink Floyd. Siapa yang boleh lupa bunyi keyboard yang memenuhi lagu "Shine On You Crazy Diamond" atau "Coming Back To Live"? Juga efek keyboard untuk "The Great Gig On The Sky" ataupun "Another Brick In The Wall Part 1-3". Antara keyboardist & pemain hammond organ yang pada aku terbaik di arena classic rock (sorang lagi John Lord, keyboadist Deep Purple). Dan makin mahal la discography album dorang lepas ni...huhuhu.

Untuk berita asal, klik sini.

(Ketika Live Pink Floyd, 2006)


Remember when you were young, you shone like the sun.
Shine on you crazy diamond.
Now there's a look in your eyes, like black holes in the sky.
Shine on you crazy diamond.
You were caught on the crossfire of childhood and stardom,
blown on the steel breeze.
Come on you target for faraway laughter,
come on you stranger, you legend, you martyr, and shine!
You reached for the secret too soon, you cried for the moon.
Shine on you crazy diamond.
Threatened by shadows at night, and exposed in the light.
Shine on you crazy diamond.
Well you wore out your welcome with random precision,
rode on the steel breeze.
Come on you raver, you seer of visions,
come on you painter, you piper, you prisoner, and shine!

(Shine On You Crazy Diamond I-V)

Selasa, 26 Ogos 2008

Corat-coret..hehehe

1. Hari ni (26 Ogos 2008) adalah hari pesta untuk Permatang pauh. Semua orang tau benda tu. Keputusannya? Tunggu je la malam karang. Harap-harap untuk jumlah pengundi seramai 58,000++, keputusan pengundian tak perlu la sampai nak diumumkan ketika TV3 Nightlines..

2. En. Anon dah mula menyukai blog aku. Puncanya? Mungkin posting aku yang agak berbaur "tidak patriotisme". Sampaikan KL Blues Festival pun turut menjadi mangsa.. Dahsyat..hehee. Untuk makluman melayu uitm, aku bukan ahli PAS tapi AHLI UMNO yang bernombor 0348++++. Ko ahli apa? Ooo..lupa. Ko terikat dengan AUKU 174. Tak boleh menyertai parti politik. Takpe. habiskan dulu pembelajaran ko eh?

3. Makin lama aku baca blog yang menyiarkan pendapat berkenaan kuota bukan melayu di UiTM, makin ramai yang aku tengok komen tak guna akal. Siap petik perlembagaan lagi tu (Perkara 153)..huhuhu. Tapi takde lak yang nak petik ayat-ayat al-quran lak kan?

4. Kalau kita lalu depan UiTM Shah Alam, ikut pintu depan, kita akan nampak satu billboard depan air terjun "juta-juta" yang jadi kontroversi tahun lepas tu tertulis "UiTM hak Orang Melayu". Fuh.. Dah ada puak2 lak yang declare UiTM hak melayu. Apa jadi dengan kaum bumiputra yang lain? Kadazan, Murut, Bidayuh, Siam, Orang Asli, Kelabit dan lain2. Kenapa diketepikan hak dorang?

5. Band aku tersingkir daripada satu pertandingan BOTB hasil kelemahan pihak urusetia yang hanya menghubungi aku pada hari yang sama pertandingan bakal berlangsung (lagi 2 jam sebelum pertandingan dimulakan untuk lebih spesifik. Ketika rancangan Top Gear di NTV7). Dan pihak urusetia tu pulak adalah daripada Agensi Kerajaan. Sangat profesional tindakan dorang ni kan? Aku suka.. Kau pun suka? Untuk makluman aku sendiri adalah kakitangan kerajaan. (Tak heran banyak orang kerajaan ni takde akal kan? Kaki dengan tangan je yang ada..hahaha)

6. Rupa-rupanya baru aku tau, aku berkongsi tarikh lahir (tarikh je..bukan tahun) dengan ramai selebriti. Antaranya Tim Burton, Claudia Schiffer dan juga MAWI..WORLD! hahaha.

7. Ramadhan makin hampir, mari kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Mana tahu ini ramadhan kita yang terakhir?

Khamis, 14 Ogos 2008

Promo : Butterfingers Showcase "Kembali" @ Planet Hollywood


Dapat flyers ni dari member aku aka jiran aku yang dapat "direct" dari orang kuat Planet Hollywood. So, kepada penggemar muzik bawaan Butterfingers dan kepada mereka yang masih mempercayai dan menyokong persembahan berbayar, boleh lah datang memberikan sokongan kepada band ini.

Dan kepada penggemar muzik kugiran rock berirama melayu, korang kena dengar dan dapatkan album ni. Ada sesuatu yang lain dalam album terbaru dorang ni. Cubalah..korang takkan menyesal...

p/s: Kalau ada sapa2 yang nak amik flyers di atas untuk tujuan promosi, silakan. Tiada cas tersembunyi dikenakan..hehehe

Rabu, 13 Ogos 2008

Melayu...



Melihat kepada situasi dalam negara sekarang ni, aku suka untuk tampalkan sajak ni dekat blog aku..hm. Semoga boleh menjadi renungan bersama..

-Melayu-

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran.''

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Nukilan: Usman Awang. 26 November 1999

Selasa, 12 Ogos 2008

UiTM di Hatiku...




Berita terkini dari Dataran Shah Alam (12 Ogos 2008 - 9.00 am).

Satu mogok besar-besaran oleh pelajar-pelajar UiTM sedang diadakan di Dataran Shah Alam bermula kira-kira pukul 8.00 am. Mogok ini dipercayai sebagai membantah cadangan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkenaan cadangan membuka kuota UiTM sebanyak 10% kepada bukan bumiputra. Menurut sumber-sumber dalaman, mogok tersebut mendapat restu daripada VC UiTM sendiri..

* Satu kejayaan kepada Alumni UiTM kerana berjaya mengadakan mogok tersebut.

* Betapa kuatnya pengaruh MB baru Selangor, baru berikan cadangan, sudah ada gerakan menunjuk perasaan untuk membantah cadangan beliau.

* Pelik jugak kenapa VC UiTM dengan senang hati meluluskan pelajar-pelajar beliau untuk menunjuk perasaan di jalanan. Kata tiada politik ketika dalam Universiti...

* Satu ketika dahulu, bekas Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustaffa Mohamad juga pernah mencadangkan untuk membuka MARA dan yang berkenaan dengannya (UiTM, MRSM, IKM) untuk bukan melayu. Takde pulak mogok besar-besaran...

* Salah satu sticker kereta UiTM.."To be the best among the best"..rasanya macam tak sesuai dengan situasi terbaru ni...

(Terkini: Rombongan penunjuk perasaan sedang berarak ke SUK Selangor...)

Sabtu, 9 Ogos 2008

Terkini..sensasi..

Hahaha.. tak de ape pun yang sensasi sebenarnya. Perjuangan band aku untuk ROTTW Soundstage kandas di peringkat saringan. Setelah banyak post mortem yang dibuat, dapat disimpulkan bahawa band aku ni tak cukup "hype" untuk crowd nak layan. Maklumlah..
guitarist aku tak main lompat-lompat pasal memang musik yang kami bawakkan tak memerlukan lompat-lompat..hahaha.

Ditambah dengan technical problem masa atas stage (cable jack boleh rosak). Nak komplen lebih-lebih pun tak guna pasal benda dah jadi kan? Tapi untuk pengetahuan semua, barang-barang di atas stage semua adalah kepunyaan penganjur dan band tak digalakkan pakai jack cable sendiri. Cam ner tu?

08.08.2008 bersamaan hari jumaat. Dengar cerita ramai manusia yang berebut-rebut nak bernikah tarikh tu. Hari tu jugaklah untuk sesi sarapan pagi, aku diasak dan di"bancuh" dari 3 penjuru oleh member opis aku. Topik "penyeksaan" tak lain tak bukan, kahwin. Tapi kali ni lain macam sampai aku boleh "tersentap"..hehe. Ye la, member aku boleh pulak bukak rahsia yang dah 4 tahun berlalu. Apa lagi, 1st time aku rasa kena basuh sampai merah la telinga..huhuu.

Aku baru beli album "Wings - Naga Keramat". Dan sekarang ni tengah giler-giler layan lagu "sayap illusi"..haha. Memang lagu jiwang. Tapi lirik dia puitis (pada aku). Pelik gak kenapa lagu ni tak dapat "airplay" masa launch album ni dulu?

Hm..sori la kalau entry kali ni macam banyak benda nak cerita sekaligus. Kepala otak aku tak boleh nak fokus sebenarnya..haha. tengok la nanti kalau kepala otak aku dah "centre", aku akan tulis balik ikut bab kot..hahhaa

semakin jauh aku renungi diri
semakin dekat kekasih di hati
dia mentari akulah sinarnya
dia lautan akulah airnya

kalaulah ada selain dari mu
biar ku hancur dan menjadi debu
bila hadir cinta yang satu
tidak ku peduli sejuta pun
menghukum aku dengan dusta
teracap dunia akhirnya
kerana cinta
biar aku di anggap gila wooo...
terbang dengan sayap illusi
bertutur dalam bahasa hati

kalaulah ada selain dari mu
biar ku hancur dan menjadi debu
bila hadir cinta yang satu
tidak ku peduli sejuta pun
menghukum aku dengan dusta
teracap dunia akhirnya
bila hadir cinta yang satu
jangan ditanya siapa dia
tanya dia siapa kita
dan pulang ke mana akhirnya
kerana cinta
biar aku di anggap gila wooo...
terbang dengan sayap illusi
bertutur dalam bahasa hati

oooooooooooo.......

(wings)

Rabu, 16 Julai 2008

Pasti!

(Klik gambar untuk view yang lebih besar)

Tengok pada 7/26/2008 jam 8.15pm. Tu time band aku perform...hehe. So, kalau ada kelapangan, boleh la datang ke Central Market pada hari Sabtu (26/7/2008) tu ye..hehe. Tapi awal-awal diingatkan, jenisan muzik yang yang bakal korang dengar mungkin ada yang tidak sesuai dengan pendengaran masing-masing. Terpulanglah kepada penerimaan telinga korang semua terhadap muzik tersebut..

Datang jangan tak datang (1000x)..

Mimpi lagi..

Selalu orang cakap mimpi ni mainan tidur. Ada pula pandangan yang kata kengkadang mimpi ni boleh jadi DejaVu. Ada banyak kategori mimpi. Mimpi sedih, mimpi basah, mimpi marah. Tapi pada aku, mimpi yang paling tak best ialah mimpi yang boleh buat kita terbangun lepas dapat mimpi tu dan membuatkan kita berfikir pasal mimpi tu...

Apsal aku selalu kena mimpi yang macam ni?


(sekadar gambar hiasan)



Everytime that I look in the mirror
All these lines on my face gettin clearer
The past is gone
It went by like dust to dawn
Isn't that the way
Everybodys got their dues in life to pay

I know what nobody knows
Where it comes and where it goes
I know its everybodys sin
You got to lose to know how to win

Half my life is in books written pages
Live and learn from fools and from sages
You know its true
All the things come back to you

Sing with me, sing for the years
Sing for the laughter, sing for the tears
Sing with me, if its just for today
Maybe tomorrow the good lord will take you away
(x2)

Dream on, dream on
Dream yourself a dream come true
Dream on, dream on
Dream until your dream come true
Dream on, dream on, dream on...

Sing with me, sing for the years
Sing for the laughter and sing for the tears
Sing with me, if its just for today
Maybe tomorrow the good lord will take you away

(dream on - aerosmith)

Rabu, 9 Julai 2008

Ghairah Malam...


(Gambar tiada kaitan. Sekadar hiasan)

Memula entri ni aku nak kasi tajuk nyala rasa. Tapi bila aku google dan jumpa satu entri di blogosfera ni yang menggunakan tajuk yang sama, maka aku ubah kepada kata sinonim untuk nyala rasa. Perkataan "malam" tu pulak sekadar penyedap. Macam tajuk lagu Search - Ghairah Malam 15..hehehe

Mula-mula aku dengar perkataan ni secara sedar bila diucapkan oleh jiran aku. Dia cakap perkataan tu maksud untuk "Passion" pasal iklan "Toyota" guna perkataan ni..huhu. Banyak maksud perkataan ni. Antara yang aku jumpa masa "google" ialah ghairah, rasa yang sentiasa ada gelora, rasayang jauh sekali dari dingin atau bisu, rasa yang sentiasa menggelegak. Korang boleh pikirkan la apa lagi perkataan yang sama makna dengan yang ada kat atas ni.

Semua orang tahu kalau kita nak buat sesuatu kena bersungguh. Kalau dalam Islam tambah satu lagi iaitu Istiqamah. Passion ni pulak bila kita bersungguh-sungguh nak menyempurnakan sesuatu. Sampai bermacam ikhtiar digunakan semata-mata untuk melihat benda yang diusahakan tu "success".

Dalam hidup aku sekarang ni, untuk jangka masa pendek ada dua projek yang aku tengah usahakan. Dua-duanya melibatkan penglibatan kawan-kawan aku. Dan baru aku paham benda besar mana pun, kalau kita bersunguh, rasa dalam jiwa sentiasa bergolak dan sabar, insyaallah semua boleh jadi. Dua benda ni memang tak pernah termimpi nak aku buat selama ni tapi sekarang ni boleh kata dah separuh jalan dah ni..huhuu. Untuk keterangan lebih pasal projek aku, bila dah jadi nanti aku akan update balik..hehehe

Isnin, 7 Julai 2008

Masuk rekod dunia..


Hehehe. Dapat idea dari blod Edd. Terlupa nak kasi tau aku pun antara yang menyumbang dalam pembuatan rekod dunia ni..hahahah

Selasa, 1 Julai 2008

Hola El Nino!


Nampak 2 kelibat pemain EPL. Satu tengah sungkit bola. Satu lagi tengah baring2..hahaha. Keputusan?

Striker sapa ni? Heheheh.

p/s: Tak dapat pegang EPL, dapat pegang ni sebagai permulaan pun ok..

Ahad, 22 Jun 2008

Sweet Charity 14 Juni 2008, PWTC - Satu ulasan


Maaf kalau ulasan ni terlewat. Sememangnya disengajakan lantaran banyak tugas hakiki yang perlu disudahkan terlebih dahulu..huhu. Sungguh DBP gaya bahasa yang aku guna ni..hahaha.

Kalau diikutkan aku tak bercadang nak ke konsert ni. Dengan 2 malam layan konsert Wings @ Planet Hollywood (PH), mana nak cari ringgit lagi..huhu. Tapi bila aku dengar sahabat dari seberang tambak, deaf nak turun, aku jadi satu macam punya bersemangat nak pergi konsert ni.

Aku jumpa dia pada pukul 7 lebih kurang kat PWTC. Sebelum tu sempat aku kejar Abang Rosli Mohalim mintak autograf kat LP yang aku bawak (Swat yang punya). Sambil-sambil layan dorang punya gerai cenderahati (dan merabakkan poket sendiri). Nampak jugak kelibat-kelibat artis-artis seperti Bob Lokman (Man of Ceremonies malam tu), Arab (Bila Bulan Berwarna Biru) mundar-mandir di depan pintu masuk dewan.

Aku masuk dewan dalam pukul 8.15 pm setelah menyudahkan urusan yang penting dulu (tiada urusan yang penting selain urusan Tuhan..hehe). Dalam pukul 9.00, Bob Lokman dah mula pegang mic untuk membebel dan seterusnya menjemput kitorang makan. Apa lagi, acara makan-makan pun bermula la. Kesian gak kat orang yang beli tiket RM 73.00. Kalau dorang tau hanya tambah RM 30.00 dorang dapat makan, mesti tak laku tiket RM 73.00 tu..huhu

Acara makan-makan berlarutan hampir sejam lebih. Audien dah mula rasa gelisah pasal lama sangat makan-makan ni. Bak kata deaf, kalau kat Singapore yang mana konsert yang ada "time barrier", organiser mesti akan menggelabah biawak kalau konsert mula lambat dari jadual. Pukul 10.00 pm, Bob Lokman naik atas stage lagi dan mula bersembang pasal sejarah dia & Sweet Charity. Antara ayat dia yang aku tak boleh lupa ialaha "dorang ni berhutang satu dengan saya pasal tu la dorang jemput saya jadi MC malam ni. Pasal dorang la saya langsung terpengaruh dengan mazhab Rock dan sampai sekarang tak boleh nak tinggalkan Rock"..fuh...

Pukul 10.15 pm bunyi keyboard berkumandang menandakan bermulanya lagu "Hilang Gelap Terbit Terang". Masa ni di layar belakang dorang, dipancarkan gambar-gambar dorang masa muda-muda dan masa ni memang terasa nostalgik sungguh walaupun aku memang tak sempat nak kenal dorang masa dorang muda & belum kawin lagi..hehe. "Apa khabar sayang" kemudian menjadi lagu kedua dan masa ni jelas terdengar suara serak-serak Ramli Sarip yang mendayu-dayu (kemudian dapat tahu Ramli sakit tekak malam tu) dan dituruti dengan "Dekatlah padaku". Untuk 3 lagu ni ada terdengar sikit-sikit "humming", mungkin sound engineer belum dapat lagi sound yang betul tapi kemudian semuanya beres.

Layar gergasi kemudian menayangkan VC pelarian Palestine & Myanmar yang menandakan lagu "Pelarian". Kemudian Ramli ada bercakap sebelum menyebut "lagu ini ditujukan kepada Mohd. Nasir Mohamad" dan "Dunia Perlumbaan" kemudiannya berkumandang..

Intro keyboard diikuti dengan bass menandakan lagu "Sejuta Wajah" dimainkan. Masa ni tak dapat dinafikan yang Hamid selaku pemain bass jemputan memang layak menggantikan Arwah Syed Hassan bermain bass untuk Sweet Charity. Masa ni aku agak mengelamun sehingga terdengar suara Rosli Mohalim menyanyikan "lalalalalaaaa, lalalalalalalaaaa, lalalaaaaaaaa". Argh, dorang main "Batu" original version. Terus aku on kamera dan amik VC lagu ni. Ingat lagi konsert reunion 1996, masa lagu ni Ramli Sarip cakap dorang tak pernah main lagu ni Live & masa tu pun lagu ni dorang bawak secara "unplugged". "Ribut 10.59 pagi" menyusul & masa ni Rosli Mohalim dah tukar gitar pakai "Killer" (Akira Takasaki punya brand ni). Punya berapi Rosli Mohalim solo sampai amp gitar dia boleh "blow"..hahaha. Macam cerita "Rock" la pulak..

Lagu "Perjalanan" kemudian dimainkan. AJ kemudian turun ke depan meninggalkan keyboardnya menandakan beliau akan bernyanyi. Solo ala-ala "Santana" berkumandang menandakan lagu "Bagaikan Bermimpi" dimainkan diikuti dengan lagu "Terharu". Intro percussion oleh Kamrul (mamat Nasi Lemak Kopi O TV9) menandakan lagu gelek akan dimainkan. Dengan video awek arab bergelek, intro yang memang best untuk "Zakiah". Masa ni aku tengok bukan budak muda yang kedepan, tapi bapak & atuk budak yang banyak menari di depan stage..hahaha. Ali Mamak siap ikat kepala dengan tuala makan lagi menari kat depan dengan Imuda..huhuu

"Jangan Tunggu Lama-Lama" menyusul dengan intro "double guitar" nya. Wan Ahmad & Rosli Mohalim boleh aku katakan antara 2 pair guitar yang memang sempurna selain Kid-Din. Lepas lagu ni Ramli Sarip mencabar semua lelaki supaya ke depan stage. Apa lagi, menderu la semua ke depan sebelum "Teratai" dimainkan. memang sing-a-long lagu ni. Meremang beb..hehe. "Tahun 2000" dan "Musibah" menjadi pilihan untuk sesi "berat" sebelum ditutup dengan "Kamelia". Habis lagu "Kamelia" semua line-up Sweet Charity hilang ke belakang stage. Bob Lokman ambil alih dan kata"kalau kita panggil dorang ni, dorang akan datang". Apa lagi, aku jerit la "Jalan Malam"...hahaha.

Masrom masuk dan memainkan intro keyboard yang ala-ala "John Lord" diikuti Rosli Mohalim, Wan Ahmad, AJ, Hamid & Rahman Sarbani. Ramli Sarip masuk dan "Lazy" sebuah cover dari Deep Purple dimainkan. Seperti yang dihajati, lagu "Jalan Malam" menjadi lagu encore pada malam tu tapi sayang memori kamera aku kecik. Tak sempat aku nak amik VC lagu tu..huhu

Konsert habis lebih kurang jam 11.45 pm. Sempat aku naik atas stage kutip setlist dorang. Dapat la aku setlist Hamid yang saiz A3 siap "chording" lagi..memang lepas ni aku jamming lagu Sweet Charity la..haha. Ada sesi autograf lepas konsert. Apa lagi, aku keluarkan la apa yang boleh di sign nak kasi dorang. Memang tanggapan aku betul. Lepas aku keluarkan LP aku, semua line-up Sweet Charity tergamam sampaikan Rahman Sarbani nak beli LP "Pelarian" yang aku bawak. Sori bang, ni bukan saya punya. Saya tukang bawak je..huhu. Ramli Sarip hanya mampu geleng kepala tengok LP-LP yang aku bawak. LP solo dia pun ada tu. Lagi la syahdu.

Aku balik konsert malam tu dengan hati yang puas giler. Tahun 2008 ni la aku rasa tahun yang paling kerap aku layan konsert. Dari konsert "Farewell" Toto (habis tour tu dorang terus disband..huhu), konsert ulang tahun Wings @ PH dan terbaru, konsert hari bapa bersama Sweet Charity ni. Tapi aku puas walaupun ringgit pun habis..huhu. Bak kata Ramli "anda semua best pasal masih percaya kepada persembahan berbayar dan datang menyokong persembahan berbayar". Memang malam tu tersengih je aku mengingatkan konsert yang baru habis. Walaupun agak ralat pasal tak dapat tengok semua line-up original Sweet Charity (Syed Hassan dah meninggal) sekurang-kurangnya ada 6 lagi yang masih hidup. Harap-harap dapat lagi tengok konsert dorang dalam keadaan "Mega" pulak. Dengar khabar akan ada konsert ulang tahun ke 40 dorang tahun depan. Harap-harap jadi..huhuhuhu


Untuk gambar, klik sini. Untuk VC Hilang Gelap Terbit Terang, Batu & Kamelia, klik kat tajuk lagu..

Isnin, 16 Jun 2008

Sweet Charity 14 Juni 2008, PWTC


Macam biasa, layan setlist dulu. Nanti ada masa baru review...hehehe

p/s: Kalau aku letak kat e-bay setlist yang siap ber"autograph" ni, agak-agak laku tak? hehehe

Khamis, 12 Jun 2008

Hari Bapa bersama Sweet Charity


Tiket dah beli..lagu tengah hafal..kamera dah di cas penuh bateri..huhu. Konsert ke empat tahun ni yang aku pergi / bakal pergi. Cukuplah kuota konsert aku tahun ni. Lagi-lagi di zaman kenaikan semua benda mahal ni..huhuu.. Apa-apa pun, Deaf, jangan lupa contact aku bila dah sampai KL nanti..haha.

Isnin, 9 Jun 2008

Selamat Tinggal TOTO..


Kenangan aku dengan band ni tak lama. Bermula bila aku selalu ikut member aku pergi praktis dengan band dia untuk masuk kontrak main dekat Pub. Drummer band tu selalu minta nak main lagu band ni. Aku ingat antara kata-kata dia "band ni mantap dari segala sudut. Semua genre dia main. macam band Pub yang buat album".

Antara album yang direkemen ialah "Tambu". Jadi bila aku ada duit, aku cuba untuk cari cd band ni. Jumpa la pulak dan terus aku sambar. 1st impression aku "wow,!". memang band yang mantap. Sound yang sedap. Ada pulak ciri-ciri gitar hero tapi tak keterlaluan. Groove bass & drum yang "melekat"..huhu

Aku kemudian cuba mencari dvd "live" band ni pasal aku memang yakin kalau band-band otai luar negara ni kalau "live" dia lagi menarik dari album (contoh: Pink Floyd Pulse, Led Zeppelin The Song Remain The Same). Kebetulan jumpa dekat Subang SS15 dan kesimpulannya, memang "world". TOTO 25th Anniversary "Live in Amsterdam" memang betul-betul membuatkan aku mula mencari versi audio pula..

Tapi pagi ni bila aku buka blog Deaf, takde perkataan yang mampu aku luahkan. Apa yang aku baca macam seolah-olah mimpi. Kebetulan aku baru khatam untuk kali ke 3 filem "Almost Famous - Untitled (director's cut). Seolah-olah apa yang aku baru tengok tentang pergolakan dan perpecahan dalam band "stillwater" tu dah jadi kat TOTO.

Apa nak buat. Keputusan sudahpun di buat. Lukather telah pun umumkan secara rasmi dalam site beliau. Berkuburlah lagi band yang telah menyerikan arena rock dunia dan syukur aku tergolong antara yang bertuah dapat tengok dorang perform secara "live" masa tour dorang kat Cyberjaya dulu (walaupun tanpa 2 original line-up). So...Farewell TOTO..

p/s:artikel dibawah diambil dari blog deaf yang dipercayai diambil dari website lukather.net.

Steve Lukather - The end of Toto

In several interviews and blogs Lukather made some (little) allusions to the end of Toto. The die heart fans got the message, BUT a lot of people didn’t got the clue and wouldn’t believe that Toto is over before they read it loud and clear from Steve Lukather himself. Here's Luke's announcement about the end of the Toto era.

Steve Lukather: "I would like to make a formal annoucement as I have been barraged by e-mails and speculations on various websites.

The fact is yes I have left Toto. There is no more Toto. I told the guys before the last leg of our tour.
We had some differences in how business was being done. The other fact is that I have been the only guy who was at the first rehearsal till the last gig a month or so ago. When Jeff died part of us all died with him. We pursued it and had some great times. Simon was a champ replacing Jeff at a most difficult time. Bobby was out of the band for 16 years and then came back and you know the other singer stories. Other than Bobby, Joe was the only guy that really fit with us cause he was a high school buddy as well. No offence to Bobby at all.

When Dave retired that was REAL hard for me cause we started the band together. Hell its 35 years if you count High School where the core all met. When Mike fell ill and had to leave that was it for me. If there isnt a Paich or at least one Porcaro how can we even call it Toto? It was bittersweet cause I finally got to tour with my dear friend and musical legend Leland Sklar whom I have known since I was 19 years old. We had some laughs and great times.
Honestly I have just had enough. This is NOT a break. It is over. I really cant go out and play Hold the Line with a straight face anymore. I was 19 when we cut the record. I am 50 now.

I have only the deepest respect for the guys that have been in and out of this band over the years. We had a great run and I owe an awful lot to the experience and the success we had. We hung in there hard despite being the most hated band in the world by most so called "rock critics". We took the punches and kept going. Our old label President Donnie Ienner ruined us in the USA by not releasing our records and not letting us out of our contract for over 10 YEARS! And that really set us back. Why? You have to ask the man himself cause we never knew why. He just didnt like our music or us personally I guess. We will never know.

The USA turned there backs on us and it was very hard for me to keep smiling thru it all. It just sort of festered inside me and I was hurting myself in the process and eventually I had to be honest with myself and I was not happy at all. The guys in the current line-up could not be more different individuals and the only real thing we had in common was music. This was NOT the high school band of brothers that we started in the 70's. We had a magic thing and the same sense of humour and the same views on life. Somehow that was lost. Its not the new guys fault. It is what it is.

I just cant do it anymore and at 50 years old I wanted to start over and give it one last try on my own. As the only original member that had NEVER ever left or missed even ONE gig or recording I figured I might as well do it myself now while I can still get out and do it and have a new record that just came out and a new band that is unreal and a tour booked that will take me thru the end of summer 2009 and beyond. The title of my record says it all. Ever Changing Times.

Today I confered with my soul brother and founding member David Paich on this matter. He wrote me back and he said "We are FREE"! I laughed out loud. I dont think he thought this was Toto anymore either. There are no bad feeling from me to the other guys at all. I wish them only the very very best and all the good things in life and I am sure we will run into each other here or there and it will be hugs and all, hope so anyway. So, there you have it. I hope you will come out to one of my shows and thank you for 31 years of friendship."

stevelukather.net, June 5th 2008

Khamis, 29 Mei 2008

Kuat tak Merah?

p/s: Entri bakar darah..haha

Masa aku sekolah rendah dulu, rumah sukan dibahagikan mengikut kelas. Kuning untuk kelas Anggerik, Hijau untuk kelas Mawar, Biru untuk kelas Cempaka dan Merah untuk kelas Dahlia. Oleh kerana aku didalam kelas Dahlia, secara automatik aku dimasukkan dalam rumah sukan "Merah". Rumah sukan aku pada masa tu tak la kuat sangat. Masa aku darjah 4, budak-budak darjah 6 yang banyak menonjolkan rumah Merah ni dalam BolaSepak. Cuma masa aku darjah 6, kami menjadi johan dalam acara tarik tali. Kuat tak Merah?

Masa aku sekolah menengah, aku ada 3 sesi sekolah. Mula2 form 1-form 2, aku di Kajang. Masa ni aku dimasukkan ke rumah Hijau. Tukar rumah sukan la pulak. Tak cool..haha. Rumah Merah masa ni dekat sekolah aku tersangat kuat sehinggakan rumah-rumah sukan yang lain terpaksa membuat satu "pakatan" untuk menjatuhkan rumah Merah ketika hari sukan tetapi gagal. Kuat tak Merah?

Kenangan aku masa kecik bila tengok tv ialah bila tengok siaran sukan pasal bola. Masa tu aku cukup suka dengan 2 team. Satu team pakai baju belang biru putih dekat Itali (Napoli FC) dan satu lagi pakai jersi merah, striker mamat negro tinggi dengan sorang lagi misai tebal. Memang aku cukup taksub dengan dua team tu lebih-lebih lagi yang pakai jersi merah. Kuat tak Merah?

Masa aku form 4 ('96), aku dapat sekolah asrama penuh (SBP). Masa tu final F.A Cup dan masa tu blok kami dipecah 2. Yang sokong team "Merah" pergi blok A dan yang sokong team "setan" blok B. Tak payah kasi tau la aku blok mana dan untuk pertama kali aku dapat tengom aksi2 "poyo" penyokong pasukan "setan" bila dorang menang waktu tu.

Sampai sekarang aku masih lagi menyokong pasukan "Merah" yang aku cukup suka masa aku kecik dulu dan sehingga sekarang aku sentiasa dikelilingi penyokong poyo "setan" dan "meriam". Tapi seingat aku dulu tak pernah aku dengar ada antara orang yang aku kenal yang sokong "Biru Betul", cuma bila tokey itik plastik datang kasi duit untung berniaga itik kat dorang, baru la aku nampak ramai yang sokong pasukan ni. Tak boleh ke dorang ni pun di cop "poyo"?..haha

Apa-apa pun, aku sentiasa menyokong pasukan "Merah" aku walaupun dorang tak pernah menang EPL lagi. One sweet day baby..one sweet day...

When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
Is a golden sky
And the sweet silver song of a lark

Walk on through the wind
Walk on through the rain
Tho' your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone


Selasa, 27 Mei 2008

Wings Live @ PH 25/05/2008 - The Journey Continued

1. Setlist Wings hampir sama macam minggu lepas (18/05/2008) kecuali tambahan lagu "gemala saktiku" dan "ranggi metropolis"

2. Mus dikhabarkan demam setelah pulang dari Kuching. jadi sesi Mus malam tu terpaksa ditiadakan.

3. Jojet kelihatan lebih "segar" malam tu tapi terlalu banyak ad libs masa beliau memainkan lagu-lagu Wings hinggakan Awie boleh "terkedu" ketika lagu "Bazooka Penaka".

4. Sesi malam ni dikhabarkan akan diabadikan dalam bentuk vcd / dvd (seperti mana yang diemelkan oleh Joe Wings kepada Ijan)

5. Keseluruhan Wings mengambil masa hampir 3 jam tanpa henti ketika mengadakan konsert. Lama tu.

6. Untuk gambar sekitar konsert dan video klip "unofficial", sila klik sini.


Khamis, 22 Mei 2008

Di sini dalam rumahku..

Dah lama aku tak dengar lagu dalam radio (dan youtube) yang boleh buatkan aku tertarik untuk mendengarnya lebih dari sekali dan memberi "rasa" dalam lagu tu. Satu lagu yang pada aku "kena" pada masanya disaat senario dalaman Bolehland ni yang agak "kucar" sekarang ni bak kata orang Kelantan. Lagi yang buatkan aku tak sangka, rupanya Awie boleh nyanyi dalam Inggeris dengan baik (walaupun part dia tak banyak). Not bad untuk permulaan album Inggeris Wings..I guess?

Rabu, 21 Mei 2008

Wings Live @ PH 18/05/2008 - The Journey


Aku rasa tak lama lagi nama Wings ni boleh diabadikan dekat papan-papan iklan dalam Planet Hollywood (PH) ni la. Pasal tak silap aku, masuk kali ni, dah lebih 5 kali rasa nyer Wings perform dekat PH dan menjadi antara penjana pendapatan terbesar untuk PH..hehehe

Untuk kesekian kalinya, Wings kembali lagi ke PH. Cuma bezanya konsert kali ni sempena 21 tahun penglibatan dorang dalam arena muzik rock tempatan. Ya..dah 21 tahun tu. Kalau kat USA, dorang ni dah boleh jet peribadi sendiri kot..hm.

Macam biasa, aku pergi ke PH dengan jiran aku merangkap "Unofficial President" Wings FC @ Sayap2Wings, Ijan dan sorang lagi member kitorang. Sepanjang-panjang perjalanan, Ijan tak habis-habis menerima panggilan dan pesanan teks dari ahli-ahli sayap2wings untuk berjumpa di depan PH. Siap boleh bukak bil telefon la kalau mamat tu nak..haha. Claim kat sape ek?

Kami sampai PH dalam pukul 8.00pm. Manusia yang nak tengok konsert masih tak ramai lagi. Jalan pun belum sesak. Sempat jumpa beberapa ahli sayap2wings antaranya Leftback, Swat, Mastercomp, A.D Analogi, Lie Erock, Bob Dozo dan ramai lagi di tepi 7-11 depan PH sambil merancang strategi untuk menyusup air botol ke dalam PH. Malangnya aku punya Sprite kantoi dengan bonzer la pulak..huhuhu

Pukul 8.45pm kami dah ada kat dalam PH. Depan stage masih kosong. Berebut-rebut orang nak amik gambar dengan equipment Wings termasukla aku sekali..hehe. Sambil-sambil tu sempat berjumpa dan berborak dengan rowdie @ crew Wings antaranya Ayeep dan Usop sambil mencari spot terbaik untuk berdiri di depan konsert. DJ PH memainkan lagu yang aku rasa, dari cd yang sama tiap kali konsert rock dibuat di PH. Asyik-asyik Children Of The Damned, Master Of Puppet, Heavy Chain.hehehe

9.30pm, satu demi satu line-up Wings masuk ikut pintu belakang. Yang aku perasan masing-masing bawak bini malam tu kecuali Awie. Apa yang aku boleh kata, bagus dorang ni. Maintain dengan yang satu (kecuali Awie..heh). Linda Rasul macam anak dara malam tu. Agaknya model memang tak makan usia kot..haha. Antara yang aku perasan masuk sekali dengan Wings malam tu Kit, Hattan, Ito & wife, Bandi Amuk, Bob Lokman & anak-anak (3 'bob'), dan Sham.

Tepat 10.35pm, sorang-sorang line-up Wings naik ke stage. Lagu pembukaan "Inspirasi Taming Sari". Untuk versi ni, JOe tak guna efek "flanger" macam dalam album. Mungkin nak maintain feel "Live" kot. Ending yang telah di"improvise" kemudian disambung dengan "Hukum Karma". Intro Joe main plucking tapi pasal Black dah kasi hint pedal drum, tak susah nak agak lagu ni. Awie mengarut skit pasal sejarah Wings dan kawan-kawan yang rapat denagn dorang sebelum memanggil Kit untuk "join the party". Black betul-betul menggila masa ni dengan double pad drum untuk intro lagu "Opera Hidup" dan Joe & Kit berbalas-balas gorengan.

Awie membebel lagi me"ngena"kan Kit dan bukak sejarah masa dia tinggalkan Wings sebelum panggil Mus May naik ke pentas. Bila Mus dah naik, ape lagu yang orang nak dengar? Dah tentu "Blues Ular Sawa". Suara mamat ni memang maintain. Ntah mana dia beli tekak spare..hehe. Kemudian sesi Mus disambung dengan lagu "BiruMata Hitamku". Masa ni Awie dah bergelek macam dalam filem "Cinta U-Turn". Crowd terkekeh-kekeh gelak.. Siot la Awie.

Malam tu Awie jadi tukang karut, menceritakan balik sejarah-sejarah Wings dan ahli-ahli yang keluar masuk. Lepas dia ceritakan pasal Black yang pernah keluar dari Wings, Jojet dijemput naik ke atas stage. Tapi serius, something not right with Jojet. Boleh dia bantai dok mencangkung tepi drum kan? Tapi bila dia dah pegang stick, "Jerangkung Dalam Almari" dah macam main dari kaset je..sejibik! Sesi bersama Jojet diteruskan dengan "Bazooka Penaka", "Kau Bukan Brader" "Rock n Roll Lu Punya Suka" (siap ada drum solo lagi) dan diakhiri dengan "Lipas Kudung".

Brader Ito Blues Gang dipanggil naik untuk sesi berduet dengan Awie. Tak sah Brader Ito nyanyi kalau tak pegang harmonika kan? "Bernafas Dalam Lumpur" duet bersama Awie dan solo harmonika ketika lagu "Midnight Blues". Masa ni Hattan dah dipanggil naik dan mengarut skit dengan Awie.."si manis dibelakang Kowloon rupanya sang khunsa.."haha. Kemudian Hattan sambung nyanyi lagu yang dimuatkan dalam album "Opera Dalam Kenangan"..lagu apa lagi kalau bukan "Dia". Part tengah-tengah lagu ni dikucilkan skit oleh Black yang feel sangat agaknya dengan lagu ni.

Dengan berbaju melayu ala-ala Raihan siap berkopiah, mel naik ke pentas untuk berduet dengan Awie. Insaf kejap PH malam tu masa Mel naik..haha. "Lena Diulit Intan" yang intro diubah ala "Get The Funky Music" dan "Semalam Yang Hangat" betul-betul membuatkan satu PH berpeluh.. Intro ghazal dimainkan oleh Joe menandakan satu lagu yang penuh keinsafan akan dimainkan.."Alam Barzakh" dinyanyikan Awie dengan pertolongan crowd. Memang meremang roma masa lntro lagu ni dimainkan. Dah la venue konsert ni bawah tanah bak kata Nad..huhu.

Wings memang ingat kawan-kawan lama dorang. Buktinya kemudian di panggil naik Sham, gitarist dorang ketika album "Belenggu Irama". Zaman Joe masih didalam kumpulan Scandals dan buat skandal kata Awie..haha. Tima ni Awie sempat mengucapkan terima kasih kepada bekas-bekas Manager dorang antaranya Ali Bakar & Bob Lokman. Sham menjadi lead guitar untuk "Belenggu Irama" dan "Biarkan Berlalu" sebelum Mus dan Mel dipanggil sekali lagi oleh Awie untuk sesi jamming lagu "Peronda Jaket Biru".

Lagu "Iron Man - Black Sabath" dimainkan DJ menandakan tamatnya sesi pertama konsert ulang tahun ke 21 Wings. Akan ada sesi kedua pada 25/05/2008 (ahad ni). Konsert tamat tepat jam 1.30am. Selepas amik air coke free, sesi beramah mesra antara ahli-ahli "sayap2wings" pula diadakan di depan 7-11 membawa ke sesi "makan pagi" di Pelita Nasi Kandar KLCC. Walaupun rentung malam tu, tapi keseronokan tu lebih bermakna bukan saja pasal dapat tengok Wings tapi dapat berjumpa dan bermanja dengan "sayap2wings"..haha. Teringat pulak zaman-zaman layan gig UG dulu. Lepas gig boleh lepak ramai-ramai...Those were the days..huh

Terima kasih kepada "sayap2wings" yang turun beramai-ramai memeriahkan konsert malam tu. Ni baru "Unofficial Fan Club". Macam mana kalau FC ni di"legal"kan? Boleh lantik Ijan jadi 1st President..hahaha




Untuk gambar, klik sini. Untuk video "Rock n Roll Lu Punya Suka", klik sini.

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...