Pada sabtu 1 November yang lepas, aku berjaya menghadirkan diri bersama kawan aku untuk melayan tayangan filem pendek di Rumah Pena yang dianjurkan oleh sebuah "sindiket" yang dinamakan "sindiket soljah". Aku sampai time orang tak berapa ramai, so sempat la solat dulu dalam Rumah Pena tu. Kira berjaya gak la aku jejakkan kaki ke Rumah Pena..hehehe



Ikut jadual tayangan mula pukul 8 malam tapi seperti biasa yang berlaku di Malaysia ni, tayangan dimulakan kira-kira jam 8.30 malam. Naik letih aku melayan lagu "Bikin Filem" nyanyian M.Nasir yang diputarkan berulang-ulang demi untuk memberikan mood filem pendek..





Awal-awal lagi dah ditekankan didalam blog mereka ketika promosi filem ini bahawa tiada unsur-unsur komen atau kritik sepanjang tayangan dijalankan. Hanya tayangan semata-mata. Jadi, aku pun layan je la kesemua filem yang ditayangkan. Purata filem durasinya 10 minit je (nama pun filem pendek). Ada yang menyeronokkan dan ada jugak yang "kureng" (biasa la tu).



Yang membuat aku agak kagum ialah mengenai bilangan penonton yang hadir. Pernah gak la aku layari blog penganjur ketika MASKARA yang lepas2 tapi tak de la sebanyak malam minggu tu. Memang kagum aku walaupun promosi hanya melalui internet. Dahsyat giler (bak kata Awie dalam Zombie Kampung Pisang). Ketika di pertengahan majlis, acara diberhentikan untuk memberi ruang kepada pelancaran buku terbaru terbitan mereka iaitu "Romlah: The Untold Story" yang disempurnakan oleh sutradara terkenal seantero Kampung Pisang, Mamat Khalid. Pyan Habib juga ada untuk mengiringi Mamat Khalid. Acara kemudiannya disambung sehingga kira-kira 15 minit sebelum jam 12.00.



Secara keseluruhan, majlis tersebut kira berjaya pada aku yang baru pertama kali menjinakkan diri dalam MASKARA ni. Kalau betul bajet dorang, aku mungkin dapat merasa mee goreng malam tu..hehehe. Tapi, kira penganjur boleh berbangga atas kejayaan mereka malam tersebut. Syabas mere bette..