Maaf kalau ulasan ni terlewat. Sememangnya disengajakan lantaran banyak tugas hakiki yang perlu disudahkan terlebih dahulu..huhu. Sungguh DBP gaya bahasa yang aku guna ni..hahaha.

Kalau diikutkan aku tak bercadang nak ke konsert ni. Dengan 2 malam layan konsert Wings @ Planet Hollywood (PH), mana nak cari ringgit lagi..huhu. Tapi bila aku dengar sahabat dari seberang tambak, deaf nak turun, aku jadi satu macam punya bersemangat nak pergi konsert ni.

Aku jumpa dia pada pukul 7 lebih kurang kat PWTC. Sebelum tu sempat aku kejar Abang Rosli Mohalim mintak autograf kat LP yang aku bawak (Swat yang punya). Sambil-sambil layan dorang punya gerai cenderahati (dan merabakkan poket sendiri). Nampak jugak kelibat-kelibat artis-artis seperti Bob Lokman (Man of Ceremonies malam tu), Arab (Bila Bulan Berwarna Biru) mundar-mandir di depan pintu masuk dewan.

Aku masuk dewan dalam pukul 8.15 pm setelah menyudahkan urusan yang penting dulu (tiada urusan yang penting selain urusan Tuhan..hehe). Dalam pukul 9.00, Bob Lokman dah mula pegang mic untuk membebel dan seterusnya menjemput kitorang makan. Apa lagi, acara makan-makan pun bermula la. Kesian gak kat orang yang beli tiket RM 73.00. Kalau dorang tau hanya tambah RM 30.00 dorang dapat makan, mesti tak laku tiket RM 73.00 tu..huhu

Acara makan-makan berlarutan hampir sejam lebih. Audien dah mula rasa gelisah pasal lama sangat makan-makan ni. Bak kata deaf, kalau kat Singapore yang mana konsert yang ada "time barrier", organiser mesti akan menggelabah biawak kalau konsert mula lambat dari jadual. Pukul 10.00 pm, Bob Lokman naik atas stage lagi dan mula bersembang pasal sejarah dia & Sweet Charity. Antara ayat dia yang aku tak boleh lupa ialaha "dorang ni berhutang satu dengan saya pasal tu la dorang jemput saya jadi MC malam ni. Pasal dorang la saya langsung terpengaruh dengan mazhab Rock dan sampai sekarang tak boleh nak tinggalkan Rock"..fuh...

Pukul 10.15 pm bunyi keyboard berkumandang menandakan bermulanya lagu "Hilang Gelap Terbit Terang". Masa ni di layar belakang dorang, dipancarkan gambar-gambar dorang masa muda-muda dan masa ni memang terasa nostalgik sungguh walaupun aku memang tak sempat nak kenal dorang masa dorang muda & belum kawin lagi..hehe. "Apa khabar sayang" kemudian menjadi lagu kedua dan masa ni jelas terdengar suara serak-serak Ramli Sarip yang mendayu-dayu (kemudian dapat tahu Ramli sakit tekak malam tu) dan dituruti dengan "Dekatlah padaku". Untuk 3 lagu ni ada terdengar sikit-sikit "humming", mungkin sound engineer belum dapat lagi sound yang betul tapi kemudian semuanya beres.

Layar gergasi kemudian menayangkan VC pelarian Palestine & Myanmar yang menandakan lagu "Pelarian". Kemudian Ramli ada bercakap sebelum menyebut "lagu ini ditujukan kepada Mohd. Nasir Mohamad" dan "Dunia Perlumbaan" kemudiannya berkumandang..

Intro keyboard diikuti dengan bass menandakan lagu "Sejuta Wajah" dimainkan. Masa ni tak dapat dinafikan yang Hamid selaku pemain bass jemputan memang layak menggantikan Arwah Syed Hassan bermain bass untuk Sweet Charity. Masa ni aku agak mengelamun sehingga terdengar suara Rosli Mohalim menyanyikan "lalalalalaaaa, lalalalalalalaaaa, lalalaaaaaaaa". Argh, dorang main "Batu" original version. Terus aku on kamera dan amik VC lagu ni. Ingat lagi konsert reunion 1996, masa lagu ni Ramli Sarip cakap dorang tak pernah main lagu ni Live & masa tu pun lagu ni dorang bawak secara "unplugged". "Ribut 10.59 pagi" menyusul & masa ni Rosli Mohalim dah tukar gitar pakai "Killer" (Akira Takasaki punya brand ni). Punya berapi Rosli Mohalim solo sampai amp gitar dia boleh "blow"..hahaha. Macam cerita "Rock" la pulak..

Lagu "Perjalanan" kemudian dimainkan. AJ kemudian turun ke depan meninggalkan keyboardnya menandakan beliau akan bernyanyi. Solo ala-ala "Santana" berkumandang menandakan lagu "Bagaikan Bermimpi" dimainkan diikuti dengan lagu "Terharu". Intro percussion oleh Kamrul (mamat Nasi Lemak Kopi O TV9) menandakan lagu gelek akan dimainkan. Dengan video awek arab bergelek, intro yang memang best untuk "Zakiah". Masa ni aku tengok bukan budak muda yang kedepan, tapi bapak & atuk budak yang banyak menari di depan stage..hahaha. Ali Mamak siap ikat kepala dengan tuala makan lagi menari kat depan dengan Imuda..huhuu

"Jangan Tunggu Lama-Lama" menyusul dengan intro "double guitar" nya. Wan Ahmad & Rosli Mohalim boleh aku katakan antara 2 pair guitar yang memang sempurna selain Kid-Din. Lepas lagu ni Ramli Sarip mencabar semua lelaki supaya ke depan stage. Apa lagi, menderu la semua ke depan sebelum "Teratai" dimainkan. memang sing-a-long lagu ni. Meremang beb..hehe. "Tahun 2000" dan "Musibah" menjadi pilihan untuk sesi "berat" sebelum ditutup dengan "Kamelia". Habis lagu "Kamelia" semua line-up Sweet Charity hilang ke belakang stage. Bob Lokman ambil alih dan kata"kalau kita panggil dorang ni, dorang akan datang". Apa lagi, aku jerit la "Jalan Malam"...hahaha.

Masrom masuk dan memainkan intro keyboard yang ala-ala "John Lord" diikuti Rosli Mohalim, Wan Ahmad, AJ, Hamid & Rahman Sarbani. Ramli Sarip masuk dan "Lazy" sebuah cover dari Deep Purple dimainkan. Seperti yang dihajati, lagu "Jalan Malam" menjadi lagu encore pada malam tu tapi sayang memori kamera aku kecik. Tak sempat aku nak amik VC lagu tu..huhu

Konsert habis lebih kurang jam 11.45 pm. Sempat aku naik atas stage kutip setlist dorang. Dapat la aku setlist Hamid yang saiz A3 siap "chording" lagi..memang lepas ni aku jamming lagu Sweet Charity la..haha. Ada sesi autograf lepas konsert. Apa lagi, aku keluarkan la apa yang boleh di sign nak kasi dorang. Memang tanggapan aku betul. Lepas aku keluarkan LP aku, semua line-up Sweet Charity tergamam sampaikan Rahman Sarbani nak beli LP "Pelarian" yang aku bawak. Sori bang, ni bukan saya punya. Saya tukang bawak je..huhu. Ramli Sarip hanya mampu geleng kepala tengok LP-LP yang aku bawak. LP solo dia pun ada tu. Lagi la syahdu.

Aku balik konsert malam tu dengan hati yang puas giler. Tahun 2008 ni la aku rasa tahun yang paling kerap aku layan konsert. Dari konsert "Farewell" Toto (habis tour tu dorang terus disband..huhu), konsert ulang tahun Wings @ PH dan terbaru, konsert hari bapa bersama Sweet Charity ni. Tapi aku puas walaupun ringgit pun habis..huhu. Bak kata Ramli "anda semua best pasal masih percaya kepada persembahan berbayar dan datang menyokong persembahan berbayar". Memang malam tu tersengih je aku mengingatkan konsert yang baru habis. Walaupun agak ralat pasal tak dapat tengok semua line-up original Sweet Charity (Syed Hassan dah meninggal) sekurang-kurangnya ada 6 lagi yang masih hidup. Harap-harap dapat lagi tengok konsert dorang dalam keadaan "Mega" pulak. Dengar khabar akan ada konsert ulang tahun ke 40 dorang tahun depan. Harap-harap jadi..huhuhuhu


Untuk gambar, klik sini. Untuk VC Hilang Gelap Terbit Terang, Batu & Kamelia, klik kat tajuk lagu..