Berita terkini dari Dataran Shah Alam (12 Ogos 2008 - 9.00 am).
Satu mogok besar-besaran oleh pelajar-pelajar UiTM sedang diadakan di Dataran Shah Alam bermula kira-kira pukul 8.00 am. Mogok ini dipercayai sebagai membantah cadangan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkenaan cadangan membuka kuota UiTM sebanyak 10% kepada bukan bumiputra. Menurut sumber-sumber dalaman, mogok tersebut mendapat restu daripada VC UiTM sendiri..
* Satu kejayaan kepada Alumni UiTM kerana berjaya mengadakan mogok tersebut.
* Betapa kuatnya pengaruh MB baru Selangor, baru berikan cadangan, sudah ada gerakan menunjuk perasaan untuk membantah cadangan beliau.
* Pelik jugak kenapa VC UiTM dengan senang hati meluluskan pelajar-pelajar beliau untuk menunjuk perasaan di jalanan. Kata tiada politik ketika dalam Universiti...
* Satu ketika dahulu, bekas Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustaffa Mohamad juga pernah mencadangkan untuk membuka MARA dan yang berkenaan dengannya (UiTM, MRSM, IKM) untuk bukan melayu. Takde pulak mogok besar-besaran...
* Salah satu sticker kereta UiTM.."To be the best among the best"..rasanya macam tak sesuai dengan situasi terbaru ni...
(Terkini: Rombongan penunjuk perasaan sedang berarak ke SUK Selangor...)
6 ulasan:
kalau ko tak syg bangsa ko sendri baik ko diam je.. ni bukan masalah politik tapi masalah hak melayu. kalau ko bukan melayu baik ko diam.
Hm..anon melayu..
Sungguh kuat ke"melayu"an ko ek..
Dahsyat2..
zan: hahaha.... kuat betul le.... tp perangai macam penyamun...
suka pakai topeng, guna anonymous.
tu la pasal. takut aku..hahaha
BTW..selamat datang aran
isk...takut aku nak post pasal hak2 melayu macam ni. Nanti byk plak anonymous visitor yang dtg bagi komen yang berani. Tapi "sapa anonymous tu?" apsal tak berani nak tunjuk muka?
Anon kan sinonim dengan "takde telur". Apa nak heran?
Catat Ulasan