Rabu, 21 Mei 2008

Wings Live @ PH 18/05/2008 - The Journey


Aku rasa tak lama lagi nama Wings ni boleh diabadikan dekat papan-papan iklan dalam Planet Hollywood (PH) ni la. Pasal tak silap aku, masuk kali ni, dah lebih 5 kali rasa nyer Wings perform dekat PH dan menjadi antara penjana pendapatan terbesar untuk PH..hehehe

Untuk kesekian kalinya, Wings kembali lagi ke PH. Cuma bezanya konsert kali ni sempena 21 tahun penglibatan dorang dalam arena muzik rock tempatan. Ya..dah 21 tahun tu. Kalau kat USA, dorang ni dah boleh jet peribadi sendiri kot..hm.

Macam biasa, aku pergi ke PH dengan jiran aku merangkap "Unofficial President" Wings FC @ Sayap2Wings, Ijan dan sorang lagi member kitorang. Sepanjang-panjang perjalanan, Ijan tak habis-habis menerima panggilan dan pesanan teks dari ahli-ahli sayap2wings untuk berjumpa di depan PH. Siap boleh bukak bil telefon la kalau mamat tu nak..haha. Claim kat sape ek?

Kami sampai PH dalam pukul 8.00pm. Manusia yang nak tengok konsert masih tak ramai lagi. Jalan pun belum sesak. Sempat jumpa beberapa ahli sayap2wings antaranya Leftback, Swat, Mastercomp, A.D Analogi, Lie Erock, Bob Dozo dan ramai lagi di tepi 7-11 depan PH sambil merancang strategi untuk menyusup air botol ke dalam PH. Malangnya aku punya Sprite kantoi dengan bonzer la pulak..huhuhu

Pukul 8.45pm kami dah ada kat dalam PH. Depan stage masih kosong. Berebut-rebut orang nak amik gambar dengan equipment Wings termasukla aku sekali..hehe. Sambil-sambil tu sempat berjumpa dan berborak dengan rowdie @ crew Wings antaranya Ayeep dan Usop sambil mencari spot terbaik untuk berdiri di depan konsert. DJ PH memainkan lagu yang aku rasa, dari cd yang sama tiap kali konsert rock dibuat di PH. Asyik-asyik Children Of The Damned, Master Of Puppet, Heavy Chain.hehehe

9.30pm, satu demi satu line-up Wings masuk ikut pintu belakang. Yang aku perasan masing-masing bawak bini malam tu kecuali Awie. Apa yang aku boleh kata, bagus dorang ni. Maintain dengan yang satu (kecuali Awie..heh). Linda Rasul macam anak dara malam tu. Agaknya model memang tak makan usia kot..haha. Antara yang aku perasan masuk sekali dengan Wings malam tu Kit, Hattan, Ito & wife, Bandi Amuk, Bob Lokman & anak-anak (3 'bob'), dan Sham.

Tepat 10.35pm, sorang-sorang line-up Wings naik ke stage. Lagu pembukaan "Inspirasi Taming Sari". Untuk versi ni, JOe tak guna efek "flanger" macam dalam album. Mungkin nak maintain feel "Live" kot. Ending yang telah di"improvise" kemudian disambung dengan "Hukum Karma". Intro Joe main plucking tapi pasal Black dah kasi hint pedal drum, tak susah nak agak lagu ni. Awie mengarut skit pasal sejarah Wings dan kawan-kawan yang rapat denagn dorang sebelum memanggil Kit untuk "join the party". Black betul-betul menggila masa ni dengan double pad drum untuk intro lagu "Opera Hidup" dan Joe & Kit berbalas-balas gorengan.

Awie membebel lagi me"ngena"kan Kit dan bukak sejarah masa dia tinggalkan Wings sebelum panggil Mus May naik ke pentas. Bila Mus dah naik, ape lagu yang orang nak dengar? Dah tentu "Blues Ular Sawa". Suara mamat ni memang maintain. Ntah mana dia beli tekak spare..hehe. Kemudian sesi Mus disambung dengan lagu "BiruMata Hitamku". Masa ni Awie dah bergelek macam dalam filem "Cinta U-Turn". Crowd terkekeh-kekeh gelak.. Siot la Awie.

Malam tu Awie jadi tukang karut, menceritakan balik sejarah-sejarah Wings dan ahli-ahli yang keluar masuk. Lepas dia ceritakan pasal Black yang pernah keluar dari Wings, Jojet dijemput naik ke atas stage. Tapi serius, something not right with Jojet. Boleh dia bantai dok mencangkung tepi drum kan? Tapi bila dia dah pegang stick, "Jerangkung Dalam Almari" dah macam main dari kaset je..sejibik! Sesi bersama Jojet diteruskan dengan "Bazooka Penaka", "Kau Bukan Brader" "Rock n Roll Lu Punya Suka" (siap ada drum solo lagi) dan diakhiri dengan "Lipas Kudung".

Brader Ito Blues Gang dipanggil naik untuk sesi berduet dengan Awie. Tak sah Brader Ito nyanyi kalau tak pegang harmonika kan? "Bernafas Dalam Lumpur" duet bersama Awie dan solo harmonika ketika lagu "Midnight Blues". Masa ni Hattan dah dipanggil naik dan mengarut skit dengan Awie.."si manis dibelakang Kowloon rupanya sang khunsa.."haha. Kemudian Hattan sambung nyanyi lagu yang dimuatkan dalam album "Opera Dalam Kenangan"..lagu apa lagi kalau bukan "Dia". Part tengah-tengah lagu ni dikucilkan skit oleh Black yang feel sangat agaknya dengan lagu ni.

Dengan berbaju melayu ala-ala Raihan siap berkopiah, mel naik ke pentas untuk berduet dengan Awie. Insaf kejap PH malam tu masa Mel naik..haha. "Lena Diulit Intan" yang intro diubah ala "Get The Funky Music" dan "Semalam Yang Hangat" betul-betul membuatkan satu PH berpeluh.. Intro ghazal dimainkan oleh Joe menandakan satu lagu yang penuh keinsafan akan dimainkan.."Alam Barzakh" dinyanyikan Awie dengan pertolongan crowd. Memang meremang roma masa lntro lagu ni dimainkan. Dah la venue konsert ni bawah tanah bak kata Nad..huhu.

Wings memang ingat kawan-kawan lama dorang. Buktinya kemudian di panggil naik Sham, gitarist dorang ketika album "Belenggu Irama". Zaman Joe masih didalam kumpulan Scandals dan buat skandal kata Awie..haha. Tima ni Awie sempat mengucapkan terima kasih kepada bekas-bekas Manager dorang antaranya Ali Bakar & Bob Lokman. Sham menjadi lead guitar untuk "Belenggu Irama" dan "Biarkan Berlalu" sebelum Mus dan Mel dipanggil sekali lagi oleh Awie untuk sesi jamming lagu "Peronda Jaket Biru".

Lagu "Iron Man - Black Sabath" dimainkan DJ menandakan tamatnya sesi pertama konsert ulang tahun ke 21 Wings. Akan ada sesi kedua pada 25/05/2008 (ahad ni). Konsert tamat tepat jam 1.30am. Selepas amik air coke free, sesi beramah mesra antara ahli-ahli "sayap2wings" pula diadakan di depan 7-11 membawa ke sesi "makan pagi" di Pelita Nasi Kandar KLCC. Walaupun rentung malam tu, tapi keseronokan tu lebih bermakna bukan saja pasal dapat tengok Wings tapi dapat berjumpa dan bermanja dengan "sayap2wings"..haha. Teringat pulak zaman-zaman layan gig UG dulu. Lepas gig boleh lepak ramai-ramai...Those were the days..huh

Terima kasih kepada "sayap2wings" yang turun beramai-ramai memeriahkan konsert malam tu. Ni baru "Unofficial Fan Club". Macam mana kalau FC ni di"legal"kan? Boleh lantik Ijan jadi 1st President..hahaha




Untuk gambar, klik sini. Untuk video "Rock n Roll Lu Punya Suka", klik sini.

5 ulasan:

deaf-angel berkata...

TIDAKKKKKK!!!!!!!!!!! Kenapa best sangat dan aku takde!!!!

zan berkata...

Masih ada satu hari deaf...satu hari lagi..25hb punya tiket rasanya ada lagi kot..hehehee

carvedijan berkata...

Next Wings punya show....

Petronas Family Day dan final Rentak Juara

zan berkata...

Rentak Juara tu takde masalah. Ada emmber kat RTM yang boleh reserve kan tiket. Tapi Petronas ek? Takde pulak dalam famili aku yang kerja dekat Petronas mahupun attendant petrol pam Petronas. Kena kawin dengan orang Petronas la ni..hahaha

speedrider berkata...

rnr lu punya suka... ending misteri semasa konsert live stadium negara 1991

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...