Rabu, 29 Disember 2010

Gemuruh DT @ Sunway Surf Beach..the finale


Konsert Gemuruh DT akhirnya menuju penamat siri jelajahnya dengan konsert finale Gemuruh DT @ Sunway Surf Beach pada hari keputeraan Nabi Isa yang lalu. Tapi aku sudah mula sibuk sejak hari keluarnya flyers konsert ini (sebelum Seberang Jaya) kerana nama & no. telefon aku antara yang tertera di dalam flyers konsert. Dengan kerja-kerja penutupan akaun di pejabat lagi, dengan nak jual tiket lagi. Kalah menteri aku punya sibuk ni..kah kah kah

Seperti biasa, geng-geng S2W berkumpul di seksyen 24 untuk makan pagi sebelum menuju ke tapak konsert pada hari tersebut. Jalan yang agak lengang (mungkin orang ramai belum keluar rumah lagi) memudahkan urusan “pencarian” pintu belakang Sunway Lagoon. Aku yakin korang yang dah biasa pergi Sunway Lagoon pun takkan tahu di mana pintu belakang tempat ni kan? Apatah lagi yang baru kali pertama menjejakkan kaki ke Sunway Lagoon ni…hahaha

Azab pertama yang perlu ditempuh ialah jarak yang jauh dari tempat parkir kereta ke tapak konsert. Walaupun pihak pengurusan Sunway Lagoon ada menyediakan perkhidmatan kereta buggy namun akibat masalah kekurangan pemandu, kami terpaksa berebut dengan krew konsert dan juga artis! Akhirnya aku mengambil keputusan utuk menapak saja ke tapak konsert. Pergh! Dia punya pecah peluh dah macam berjogging 3 jam tu! ha ha ha

Masalah kedua ialah keadaan booth yang disediakan. Umum sedia maklum yang Sunway Lagoon ni ialah tempat beriadah keluarga. Bukannya tapak mengadakan konsert. Maka booth kami kali ini berupa binaan gondola ala-ala khemah kaum nomad di Mesir. Nah! Satu masalah nak menggantung bingkai-bingkai poster yang dibawa dan juga bunting. Pecah otak jugak la nak menyiapkan booth. Nasib baik abang security Sunway Lagoon banyak membantu dengan menyediakan tangga dan juga tali raffia untuk kami. Selesai masalah booth.

Satu kelebihan konsert finale Gemuruh DT ni ialah kami mula masuk ketika orang ramai masih penuh di dalam Sunway Lagoon ni. Macam tak mau la kiranya masing-masing mencuci apa yang patut…hahaha. Macam-macam ada..orang biru, orang putih, orang kuning, orang hitam..semuanya 1Malaysia…kah kah kah.

Pada sebelah petangnya kelihatan petugas-petugas menyiapkan kandang di depan pentas. Aku dapat agak ni mesti untuk penaja utama, sama kes macam konsert Awan Biru Search tahun lepas. Agakan aku betul. Kawasan di hadapan pentas disediakan untuk pelanggan DiGi dan dikenali sebagai DiGi Zone. Booth kami pula terletak bersebelahan dengan pentas. Ketika sesi “sound check” memang terasa bunyi yang agak sedap pasal kami mendengar bunyi terus dari monitor dan amplifier, bukan bunyi dari “house speaker”. Ketika Sejati dimainkan bersama kombo violin juga agak jelas semua bunyi. Tapi ada benda pelik berlaku. Azlan tak muncul ketika sesi sound check. Aku dah pikir macam-macam masa ni. Ye lah, tatkala semua rockstar dah ada untuk sound check, dia tak sampai-sampai. Akhirnya kekusutan dijelaskan oleh pengurusan konsert yang memaklumkan bahawa Azlan tersangkut di pintu depan bersama penonton-penonton yang sudah membanjiri pintu hadapan Sunway Lagoon. Dan jam ketika itu baru menunjukkan pukul 4.30 petang!

Konsert dimulakan tepat jam 9.00 malam dimulai dengan celoteh Faizal Ismail (FBI Hot FM) dan Ismahalil Hamzah. Sesuatu yang ingin aku kongsi ialah penglibatan Faizal sebagai MC bersama adalah secara percuma di mana beliau menghubungi Sayap-Sayap Wings ketika konsert Twisties Bingit tempohari dan menawarkan diri untuk menjadi MC konsert ini secara percuma atas dasar minat yang teramat sangat terhadap kedua kumpulan Wings dan Search. Siapa kata rock tempatan sudah hilang sengat?

Setelah celoteh pembukaan oleh kedua deejay radio tersohor itu maka band pembukaan mengambil tempat. Azlan, Sham ex-Wings, Hillary ex-Search, Kelly dan Rozza memulakan sesi dengan medley lagu-lagu Search dan Wings. Akhirnya dapat juga aku mendengar intro Pelesit Kota secara “live!” dimainkan oleh empunya diri yang terlibat secara langsung dalam album tersebut. Suara Azlan tak payah nak pertikai la. Senang-senang beliau tarik korus Fantasia Bulan Madu dan Intan, Ku Kesepian . Penonton sudah mula merasakan bahang konsert!

Saat yang dinanti akhirnya tiba apabila kelibat Wings dan Search menaiki pentas. Di sini jelas kelihatan ada sesuatu yang tak kena apabila intro Ides Of March dimainkan agak panjang dari kebiasaan siri konsert. Joe Wings jelas tidak berpuas hati dengan bunyi yang keluar dari monitor namun tiada apa yang dapat beliau buat. Bak kata Faroukh Bulsara “The Show Must Go On”.

Kelainan pada konsert ini ialah lagu pertama yang dimainkan adalah Balada Pemuzik Jalanan dan bukannya Gemuruh. Ini menyebabkan adrenalin penonton turut melonjak bersama-sama dengan jeritan Amy yang berkumandang di udara. Awie mengambil alih pentas dengan Inspirasi Taming Sari diikuti dengan Romania. Tapi momen konsert yang paling best pada aku ialah apabila Search masuk menggantikan Wings dan Opera Hidup dimainkan. Pada aku masa inilah suara crowd paling kuat dan paling bergegar. Tak dapat bayangkan kalau Wings sendiri yang memainkan lagu ini. Confirm runtuh kepala Firaun depan Sunway Pyramid tu..hahaha.

Sesi bersama “so-called-orchestra” dimulakan dengan lagu Sejati. Jelas disini betapa tidak signifikannya fungsi orkestra dalam konsert rock sebegini. Tiada motif penonjolan 10 orang “amoi” untuk “string section” pada konsert ini. Bak kata kawan aku “kena makan terus dorang ni dengan sound brader-brader tu”..hahaha. Bukan untuk menidakkan kesungguhan penganjur menonjolkan kelainan tapi kalau sekadar kekuatan 10 orang, macam tiada apa la fungsi orkestra tu. Lainlah kalau diletakkan full set orchestra seramai 60-80 orang lengkap dengan horn section & brass section. Itu mungkin akan ada impak untuk konsert. Sekadar pandangan peribadi aku saja.

Aku sedikit kecewa apabila diberitahu yang Satelit Puaka dikeluarkan dari list kerana menurut Mas Ayie Mas omar selaku penerbit konsert; “crowd tak berapa tau lagu tersebut”. Di sini satu lagi masalah yang melanda penonton konsert tempatan. Diskriminasi terhadap lagu yang hanya selalu keluar di radio tapi lagu-lagu yang jarang atau tidak pernah dimainkan di radio memang semua orang blur. Tapi mengaku peminat kipas susah mati. Macamana ni? Sedangkan kalau kita tengok konsert artis luar seperti Iron Maiden atau Megadeth, crowd boleh menyanyi bersama hampir kesemua lagu-lagu yang dimainkan dalam konsert tersebut. Siapa yang harus dipersalahkan, pemuzik yang terpaksa memainkan lagu-lagu yang sama hingga dianggap skeptikal demi menjaga hati penonton atau penonton yang terlalu memilih?

Setelah hampir 2 jam 30 minit konsert berlangsung akhirnya konsert menutup tirai dengan Rock N Roll Lu punya suka dan Pasti secara jamming. Terbayang ekspressi yang bercampur-campur pada muka penonton yang hadir. Ada yang begitu puas, ada yang sedikit kecewa dengan kualiti bunyi dan ada juga peminat Search yang kecewa kerana Search tidak membawakan lagu “negaraku” mereka iaitu Isabella. Apa yang pasti kalau mengikut standard yang aku letakkan untuk sesebuah konsert, produksi ini masih di bawah par memandangkan walaupun jurutera bunyi yang diimport (masih mengekalkan Akira Yamauchi sebagai jurutera bunyi) tapi dengan kualiti sistem bunyi yang disediakan, letaklah jurutera bunyi yang turun dari langit sekalipun, pasti bunyi yang keluar akan tetap macam tu juga (masih berfantasi betapa sempurnanya bunyi yang keluar ketika Toto singgah di bumi Cyberjaya ketika sesi jelajah mereka tahun 2009..fuh!).

Setlist konsert (diambil dari blog MataKucingSemut..hahaha)

Setlist
Opening:

Hillary, Syam, Azlan, Kelly & Rozza : *gantikan satu nama ianya akan menjadi "Andalusia"!*

Intro Pelesit Kota
Fantasia Bulan Madu
Intan Ku Kesepian

Double Trouble:

Intro (Ides of March)

Balada Pemuzik Jalanan - Amy backup by Wings

Inspirasi Taming Sari (Wings)

Romania (Wings)

Opera Hidup - Awie backup by Search

Paranoid (Search)

Gothik Malam Edan (Search)

Jerangkung Dalam Almari (Wings)

Orang Kita (Wings)

Bujang Senang (Wings)

Sejati (with string section) (Wings)

Cakap Memang Murah (Search)

Mentari Merah Di Ufuk Timur (Search)

Pawana (with string section) (Search)

Guitar solo:

Gelap Nan Terang (Joe, Kit & Rozza)

Gemuruh (Awie + Amy with Wings)

Medley (with string section):

Rozzana (Search)
Semalam Yang Hangat (Wings)
Gadisku (Search)
Taman Rashidah Utama (Wings)
Meniti Titian Usang (Search)
Misteri Mimpi Syakilla (Wings)

Encore

Rock N Roll Lu Punya Suka (Wings + Search))

Pasti (Search + Wings)

p/s: Walaupun atas segala kekurangan yang berlaku, jutaan terima kasih dan segunung pujian harus diberikan kepada penganjur siri konsert Double Trouble dan Gemuruh DT ini, Adaptnet Sdn. Bhd dan RYE Production Sdn. Bhd serta penaja utama Gemuruh DT, DiGi Live! kerana masih percaya kepada artis rock tempatan dengan mengambil peranan sebagai penganjur dan penaja konsert. Diharapkan agar mereka tidak serik untuk menganjurkan dan menaja konsert artis tempatan selepas ini walaupun berdepan dengan seribu onak dan duri. Anggapkan saja "pahat yang berbunyi" selepas konsert selesai sebagai "dengkuran" seorang penghidap selesema yang sedang tidur. Agak menyakitkan hati tapi tiada membawa sebarang kesan kepada fizikal!

Ahad, 26 Disember 2010

Gemuruh DT @ Seberang Jaya..the report..


Hari yang ditunggu telah tiba. Kali ini kawasan utara pula menjadi sasaran. Konsert Gemuruh DT memulakan rentak di utara dengan Seberang Jaya sebagai lokasi pilihan. Ini adalah siri penjenamaan semula “Double Trouble” dengan kemasukan Digi menggunakan jenama DiGi Live! sebagai penaja utama.

Perjalanan aku dari Shah Alam kali ni penuh bergaya…hahaha. Kali ni S2W sewa sebuah mpv Naza Ria atas dasar senang untuk mengangkut barang (dan orang). Kami berlepas pada pagi hari konsert dan sampai lebih kurang jam 2pm. Keadaan booth kali ni memang strategik. Betul-betul di sudut tepi kiri pentas (sudut Wings sudah tentu!). Setelah barang-barang dipunggah, kerja-kerja menyiapkan booth bermula dan berjaya siap sebelum jam 5 petang.

Sesi soundcheck juga dijalankan pada waktu ini. Masing-masing Search n Wings tak sudah-sudah memainkan rif-rif pilihan dari kumpulan Iron Maiden. Masing-masing dok amik mood untuk bulan Februari tahun depan ni..hahaha. Dengar sound masa sesi soundcheck aku agak mesti best malam ni. Pasal semua bunyi jelas; gitar Joe, Kid mahupun Din dan sound bass Eddie n Nasir kedengaran. “Confim sedap sound malam ni.” Aku berkata-kata dalam hati…

Pintu pagar dibuka jam 7pm. Ada kawan yang berseloroh “patutnya masa ni berderu-deru ke masjid, bukan ke tapak konsert” aku hanya mampu menelan air liur..huhuhu. Suasana penonton tak sefanatik Bukit Kiara dan JB. Ada juga la yang berlari-lari dari pintu masuk semata-mata nak amik tempat depan stage. Tapi tak seramai ketika di Bukit Kiara dan Larkin tempoh hari. Pukul 8 khalayak sudah mula memenuhi ruang hadapan konsert sehingga ke khemah Yama. Oh, lupa. Ini adalah kali kedua penampilan Akira Yamauchi sebagai jurutera bunyi untuk konsert selepas Red On Black di Kuantan pada 16 Oktober yang lepas. Untuk yang tidak mengenali beliau, nama beliau ada tertera di dalam kulit album Jerangkung Dalam Almari dan Karisma sebagai jurutera audio.

Pukul 9.00pm tepat suara Ismahalil Hamzah selaku deejay rasmi konsert mula berkumandang. Dengan sedikit intro untuk menghangatkan suasana maka tirai konsert dibuka dengan intro sebelum diikuti dengan Ides Of March lagu cover dari Iron Maiden!. Gemuruh mula berkumandang dan aku mula mengesan sesuatu. Kenapa sound tak macam sesi soundcheck petang tadi? Sound terasa bingit dan tajam. Macam takde filter langsung.

Selepas Gemuruh oleh kedua-dua band, Seach mengambil tempat dan Gothik Malam Edan mula berkumandang. Aku masih terasa sakit dengan bunyi yang keluar. Atas dasar tak puas hati aku mula bergerak ke kana pentas pula. Ternyata buyi yang dikeluarkan berbeza! Di situ bunyi lebih sedap berbanding kiri pentas. Kemudian tatkala Wings mengambil alih pentas aku dapat rasakan tentu Joe Wings “kusut” dengan bunyi yang terhasil dan nah!. Aku rasa untuk kali pertama daripada sesi konsert Double Trouble yang sudah berlangsung beliau paling banyak terkucil. Jelas Joe Wings kelihatan tertekan dengan bunyi yang dihasilkan hinggakan bunyi monitor juga kurang jelas kedengaran. Ini jelas dilihat apabila pada satu peringkat, Awie terpaksa menjerit “monitor!” ketika pertengahan lagu untuk memberi isyarat kepada soundman untuk menaikkan level monitor.

Keadaan abang @ Yazit sebelum permulaan konsert memang menggusarkan banyak pihak. Di tambah lagi dengan kedegilan beliau yang mahu beraksi sendiri tanpa menggunakan seasionist. Namun akhirnya kegusaran tersebut hilang tatkala beliau memukul drum. Walaupun jelas kedengaran pukulan beliau yang “kurang padu” berbanding biasa namun Yazit jelas masih mampu memberikan aksi yang terbaik dengan hampir tiada kesilapan ketika mengiringi lagu-lagu Search. Ini semangat yang harus artis muda dan “so-called-indie” contohi dan belajar. Kalangan khalayak yang datang ke konsert membayar harga tiket untuk melihat show yang sedap dan bertenaga. Tapi kalau hanya masalah-masalah kecil buat korang nak tingalkan pentas, alangkah malunya!

Ternyata siri konsert kali ini paling banyak masalah teknikal. Sepatutnya perkara sebegini tak patut berlaku apatah lagi kali in konsert sudah menemui penaja yang besar iaitu DiGi (soal penaja itu keluarkan duit untuk promosi atau produksi, yang jelas ianya melibatkan amaun yang banyak!) Cuma apa yang menggembirakan pada sesi kali ini Wings ternyata merombak hampir keseluruhan setlist mereka. Siapa sangka Satelit Puaka, Inspirasi Taming Sari, Romania, Orang Kita dan Jumpa Hilang akan dimainkan? Ini semua berkat dari undian peminat di laman web Sayap2Wings yang mengundi untuk lagu-lagu ini. Search juga membuat sedikit pertukaran lagu dengan memainkan lagu Diari Habil & Qabil. Secara keseluruhan, konsert yang mengambil masa selama hampir 3 jam itu berjaya menghiburkan penonton yang datang walaupun diganggu dengan masalah teknikal yang tidak sepatutnya berlaku.

Konsert ini juga akhirnya menemukan aku kembali dengan otai blogger rock, pasangan Yatt & Nad dan juga Kamal selaku webmaster muzikrock.com. Juga dengan tidak disangka-sangka, promoter pertama yang pernah berurusan dentgan S2W ketika Pesta Pulau Pinang 2008 iaitu Khairul juga datang menjenguk di booth dan memperbaharui keahlian beliau. Sentimental sikit pasal atas kerjasama beliaulah S2W dapat membuat kemunculan kali pertama di Pesta Pulau Pinang 2008. Tepat jam 12.30am kami pun mula bergerak meninggalkan tapak konsert untuk pulang ke “sarang”...hahaha

Cumanya lawatan kali ini terasa tak lengkap pasal tak jumpa langsung nasi kandar. Tapi digantikan dengan hidangan ketam di Kuala Juru keesokan harinya. Boleh tahan juga masakan dan harganya. RM 650 untuk 15 orang makan..berbaloi-baloi bukan? Hahaha

Setlist & tentatif konsert...(seperti dilihat pada salinan yang asal).

Intro effect

Intro Iron Maiden (Ides Of March)

Gemuruh (Amy + Awie & Wings)

Gotik Malam Edan (Search)

Diari Habil & Qabil (Search)

Inspirasi Taming Sari (Wings)

Romania (Wings)

Talk #1> Awie Invite Amy

Balada Pemuzik Jalanan (Amy + Wings)

Talk (Amy invite Awie & Search)

Opera Hidup (Awie + Search)

Talk #2> Awie Invite Amy

Cakap Memang Murah (Search)

Pelesit Kota (Search)

Isabella (Search)

Pawana (Search)

Drum Solo

Satelit Puaka (Wings)

Orang Kita (Wings)

Jumpa Hilang (Wings)

Sejati (Wings)

Talk #3> Invite Amy & Search

Medley:-

Rozana (Search)

Semalam Yang Hangat (Wings)

Gadisku (Search)

Taman Rashidah Utama (Wings)

Meniti Titian Usang (Search)

Misteri Mimpi Syakilla (Wings)

Encore – Every One Out

Guitar Solo – Start With Keyboard – Kid & Joe (Gelap Nan Terang)

Opening Jam Session – Black

Rock N Roll Lu Punya Suka (Search n Wings)

Finale – Pasti (Wings n Search)

Concert End


Isnin, 6 Disember 2010

Tutup buku...




Closing time, open all the doors
And let you out into the world
Closing time, turn all of the lights on
Over every boy and every girl
Closing time, one last call for alcohol
So finish your whiskey or beer
Closing time, you dont have to go home
But you cant stay here

I know who I want to take me home,
I know who I want to take me home,
I know who I want to take me home,
Take me home

Closing time, time for you to go out
To the places you will be from
Closing time, this room wont be open
Till your brothers or your sisters come
So gather up your jackets, move it to the exits
I hope you have found a friend
Closing time, every new beginning
Comes from some other beginnings end

I know who I want to take me home,
I know who I want to take me home,
I know who I want to take me home,
Take me home

Closing time, time for you to go out
To the places you will be from

I know who I want to take me home,
I know who I want to take me home,
I know who I want to take me home,
Take me home

Closing time, every new beginning
Comes from some other beginning

Hujung tahun. Masa untuk bergelut dengan baucer bayaran dan juga penutupan akaun. Juga dengan 2 konsert terakhir siri jelajah Double Troble. Kali ini dikuasakan dengan DiGi, dua siri konsert Double Trouble diberi nama baru..Gemuruh DT dibawah jenama DiGi Live!

Akan menemui peminat utara di tapak ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 18 Disember dan penutup di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 25 Disember yang juga hari Natal. Maka jikalau ingin menjadi sebahagian daripada saksi kegemilangan dan kemeriahan konsert 2 gergasi ini, maka jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert Gemuruh DT ini.

p/s: Rasa macam sentimental sikit bila akhirnya ada juga gergasi Telco tanahair yang sudi menaja konsert rock Malaysia ni. Itupun ada yang macam tak bersyukur dengan menulis di facebook bahawa Digi hanya komited untuk melakukan promosi dan pengiklanan saja. Dasar tak sekolah punya orang!


Ahad, 21 November 2010

Gadis Besi di Kota Singa..


Pendayung dah ada di tangan. Cuma menunggu perahu untuk berlabuh. Harap-harap perahu tidak karam dipukul badai di tengah laut akibat melanggar pantang membunuh burung Albatross...

p/s: Ada sesiapa yang akan berdiri berdekatan aku nanti?

p/sII: Flight 666 atau Rime Of The Ancient Mariner? Atau kena beli baju lain ni?

Rabu, 3 November 2010

Tak Tahu Yang Mana Satu!


Sekarang semua orang asyik bercerita pasal Iron Maiden. Memang gila-gila punya kecoh la kali ni. Pinjam kata-kata Deaf (via sms); "Tak pernah dalam sejarah (di Singapura) sesebuah konsert jadi meriah macam ni".. Baru kau kenal penanganku..hahaha

Jadinya sekarang memang sudah SAHIH yang Iron Maiden akan turun buat pertama kalinya ke rantau Asia Tenggara dalam jelajah dunia selama 66 hari mereka. Indonesia dapat dua show dan Singapura satu. Malaysia? Aku tak tahu apa perkembangan tentang deal itu hari. Tugas aku hanya menemukan contact person Iron Maiden dengan prospect sponsor. Yang lain-lain mereka akan deal sendiri. Tapi aku rasa macam tak boleh jadi kot. Sebabnya?

Pasal Iron Maiden dah turun Singapura! huhuhu

Ok. Kita bercakap benda yang pasti saja. Sekarang aku juga dalam dilema. Niat di hati nak ke Singapura tapi ada pula puak-puak yang ajak ke Bali. Travel guna flight baru terasa Flight 666 katanya. Adus..bingit juga bila kena pilihan-pilihan macam ni. Ibarat disuruh memilih antara Nanako Matsushima dengan Lisa Surihani..hahaha

Mari kita tengok kemungkinan-kemungkinan yang ada..

Untuk konsert di Indonesia (Jakarta dan Bali), ikut maklumat dari laman web ini, tiket pre-sale untuk Indonesian Iron Maiden Forum adalah antara IDR (Indonesia Rupiah) 200,000 ke IDR 1,000,000 yang bila ditukar ke matawang Malaysia menjadi antara RM 69.28 ke RM 346.40 mengikut laman web tukaran matawang di sini. Dan ini adalah harga pra-jualan!

Manakala untuk konsert di Singapura pula mengikut tampalan di blog berteromber, harga tiket adalah dari SGD (Singapore Dollar) 101 ke SGD 178 yang bila ditukar ke matawang Malaysia menjadi antara RM 241.99 hingga RM 426.48. Ini rasanya adalah harga jualan (bukan pre-sale). Dan telah termasuk yuran tempahan tiket sebanyak SGD 3 iaitu RM 7.18

Rasa-rasanya mana satu yang lebih praktikal dan ekonomi? Dengar khabar AirAsia juga akan membuka tempahan promosi untuk ke Bali sedikit hari lagi. Sila abaikan faktor jarak kerana kita di Malaysia akan tetap menggunakan passport tak kira ke Bali mahupun Singapura.

p/s: Inilah masanya nak pakai baju band yang betul di konsert yang betul. Bukan pakai baju Iron Maiden pergi tengok konsert Search atau Wings....hahahaha






Khamis, 28 Oktober 2010

Iron Maiden di Kuala Lumpur?


Sekadar menumpang dengar dari cakap-cakap orang, Iron Maiden telah mengeluarkan kenyataan didalam blog mereka yang kali ini mereka mahukan harga tiket-tiket untuk konsert mereka dijual tidak lebih daripada USD 200.00 (kira-kira RM 621.00!).

Soalan umum. Berapakah harga maksima yang korang sanggup untuk bayar sekiranya Iron Maiden datang membuat konsert di Malaysia? Dan adakah korang sanggup untuk menonton konsert mereka walaupun dibuat pada hari bekerja dan bukannya hujung minggu? (mengambil kira pengalaman-pengalaman sebelum ini yang kebanyakkan artis luar negara lebih suka membuat persembahan ketika hari bekerja).

Aku sedang mengusahakan sesuatu. Harap-harap boleh berjaya...


Khamis, 21 Oktober 2010

Fiesta Filem Malaysia Di Estet..

Malam minggu yang lalu, bawa awek tengok cerita hantu...hahaha. Macam best pula lagu Senario ni kan? Padahal takde kena mengena langsung dengan tajuk..

Malam semalam (20/10/2010) aku dapat jemputan dari seorang kawan untuk menonton tayangan gala premier filem Estet. Filem yang sudah hampir dua tahun diperam oleh sutradaranya, Mamat Khalid dan diwar-warkan sebagai filem Malaysia. Jadi dengan niat hati yang suci tanpa memikirkan apa yang perlu dipakai, aku terus ke tempat yang dijanjikan iaitu Centre Atrium @ Curve Damansara dari pejabat dengan pakaian kerja..hahaha

Setibanya aku di The Curve, aku jadi kaget. Apsal macam ada keramaian je? Rupanya malam semalam adalah pembukaan kepada Festival Filem Malaysia ke 23 yang membawa tema "Filem Malaysia Ke Persada Dunia"...Tinggi betul cita-cita tu kan? hahaha. 1Malaysia Boleh! . Jadi buat pertama kalinya aku terasa macam dekat Hollywood. mana taknya, aku dikelilingi pelakon-pelakon tersohor tanahair seperti Sam Saheizy, Bront Palare, Norliana Samsudin (Siti Kelembai) dan juga otai Jalan Ampas..S.Kuswadinata & Aziz Satar. Biasa la kalau dah nama majlis perasmian kat 1Malaysia ni mesti ada persembahan kebudayaan dan nyanyi-nyanyi. Aku cuma tumpukan perhatian bila penyanyi favorite aku, Dayang Nurfaizah naik ke pentas sambil menyanyikan lagi "Malam Bulan Dipagar Bintang", satu "cover" yang pada aku cukup cantik dari lagu asal dendangan allahyarham P. Ramlee. Terasa rugi pula tak berkesempatan layan show Dayang ni masa kat Planet Hollywood dulu-dulu..

Tepat jam 9.30pm, seperti yang tertera di jadual aturcara tibalah masa untuk tayangan gala premier ni. Baru aku tau selain Estet, 2 Alam juga ditayangkan khas sempena perasmian FFM kali ni. Tapi 2 Alam tak mau cerita la..hahaha

Buku Untuk Filem: Estet

Secara jujurnya aku dah pun membaca Buku Untuk Filem: Estet yang dikeluarkan oleh Matahari Books milik Amir Muhammad dan ditulis oleh Ajami Hashim. Walaupun telah diberitahu bahawa skrip didalam buku tu adalah draf pertama untuk Estet, tapi serba sedikit aku dah boleh membayangkan apa yang berlaku di sepanjang filem tersebut. Untuk filem Estet ni, kepada sesiapa yang biasa dengan karya-karya arahan Mamat Khalid, aku rasa kalian takkan ada masalah untuk menerima arahan beliau kali ini. Tapi kepada yang tak biasa ataupun tak gemar dengan lawak cara Mamat Khalid, mungkin akan berasa "terganggu" di sepanjang cerita.

Mamat Khalid yang aku kenali semenjak telefilem pukul 2 petang, Md. Nor Khushairi & The Velvet Boys sehinggalah ke Rock dan Zombie Kampung Pisang seorang pengarah yang pada aku lain dari yang lain. Cara penceritaan beliau yang suka cara macam orang biasa-biasa bercerita merupakan kekuatan beliau pada aku. Cuma kadang-kadang lawak beliau lebih-lebih lagi dalam Estet ni nampak macam "terlalu mencuba" untuk buat orang gelak. Tapi boleh difahami kerana awal-awal lagi beliau menekankan yang untuk Estet, beliau cuba menerapkan cara "Kollywood" didalam arahan beliau dan seperti yang kita maklum, filem-filem tamil yang selalu kita tonton (kalau korang tonton la..) memang gunakan pendekatan sebegini la kan.

Geetha sang heroin...

Premis filem ini bergerak atas plot sukan sebenarnya. Menceritakan tentang sebuah perlawanan bolasepak yang akan berlangsung antara estet cinta manis bertemu dengan estet red cobra. Plot cerita bergerak atas platform persiapan menghadapi perlawanan bolasepak ini ditambah dengan sub-plot cinta sikit, muhibbah sikit, satira sikit dan juga sesi "tribute" (penghargaan) kepada beberapa tokoh perfileman di sepanjang filem (sila cari gambar Hassan Mutalib dan nama U-Wei Shaari kalau korang tonton filem ni). Intro lagu pembukaan yang menggunakan dwi-bahasa (melayu dan tamil) adalah tarikan utama kot untuk filem ini (kena pulak Awie yang nyanyi part tamil tu..keh keh keh).

Filem ini didedikasikan untuk 2 nama besar dunia hiburan tanah air seperti yang tertulis di kredit filem. Arwah Rosli Khamis dan Arwah Jalil Ngah. Terbukti yang Mamat Khalid mempunyai hubungan yang agak akrab dengan 2 susuk tersebut walaupun kecenderungan beliau lebih ke arah filem (Loloq pernah berlakon 2-3 telefilem dan filem arahan beliau). Cumanya pada aku, filem ni walaupun terpaksa menunggu hampir 2 tahun sebelum Mamat Khalid bersedia untuk melepaskan kepada umum, masih ada beberapa kekurangan yang aku rasa boleh diperbaiki lagi.

scene video klip "ayuh kawan"

Skrip pada aku masih ada acuan "DBP" lagi. Bukan aku ada masalah dengan DBP tapi untuk lebih dekat dengan masyarakat, sepatutnya gunakan bahasa percakapan seharian. Dialog-dialog antara Farid (hero), Sasi (co-hero) dan juga Geetha(heroin) terasa macam terlalu skema pulak. CGI pun aku rasa masih boleh diperbaiki lagi. Tapi aku paham oleh kerana Mamat Khalid menggunakan modal sendiri untuk membikin filem ni, kekangan bajet adalah masalah besar yang terpaksa beliau hadapi. Lakonan Sofi Jikan pada aku macam biasa, best. Dia ni kalau dapat la watak yang besar, confirm boleh jadi next Salleh Kamil aku rasa. Penampilan istimewa David Arumugam (Alleycats) pula aku rasa memang kena. Dengan karekter beliau yang suka mengomel, banyak sindiran dalam dialog-dialog bersahaja beliau.

Aku tak nak cerita penuh. Korang kena tengok dekat pawagam kalau nak tau jalan cerita penuh. Cuma pada aku, tak rugi la korang menonton Estet ni. Disamping untuk menzahirkan sokongan korang kepada sutradaranya, sekurang-kurangnya korang akan dapat belajar satu benda yang sekarang ni terhegeh-hegeh cuba diterapkan oleh orang politik kita padahal tanpa kita sedari benda tu dah ada dari kita kecil lagi. Benda yang aku maksudkan ialah perpaduan.



p/s: Ok. Aku ada deal dengan brader ni. Kalau korang berminat nak beli dvd Mat Som (uncut version), sila emel/sms/call aku untuk tempahan. Nanti aku akan call beliau untuk amik dvd tersebut. Sapa lambat kena tinggal! hahahaha

Selasa, 19 Oktober 2010

Merah Di Atas Hitam: Terbang Mencari Ella!


Agak kelakar maksud terjemahan konsert ni kan? Agaknya pasal ni kot orang Malaysia lebih suka guna bahasa Inggeris dalam perbuatan dan urusan seharian...kan?

Konsert Red On Black: Search & Wings Feat. Ella & Love Beggars telah selamat melabuhkan tirai pada Jumaat lepas (15 Oktober 2010). Konsert hari Jumaat? Ya. Atas strategi untuk memberi peluang dan menarik penonton-penonton dari Kelantan dan Terengganu maka konsert ini dibuat pada hari Jumaat. Adakah strategi ini menjadi? Teruskan membaca...

Aku rasa untuk konsert yang ini, boleh dikatakan dari mula sidang media sehinggalah konsert berakhir aku ada bersama-sama menjadi saksi sebuah perjalanan konsert. Manakan tidak, sampaikan ketika tiket konsert dicetak kod bar pun aku ada menunggu tiket siap..hahahaha. Konon macam orang penting kan? Padahal tak sedar yang sebenarnya "aku hanya serangga"..chewah~!

Pada mulanya aku pun hairan kenapa konsert yang sebegini gah dan besar perlu dibuat tergesa-gesa. Bayangkan dari ketika sidang media memaklumkan tarikh dan venue konsert sehingga ke tarikh konsert berlangsung, hanya berjarak l4 hari! Sedangkan sasaran penjualan tiket adalah sebanyak 12 ribu (kapasiti stadium Darul Makmur pula sekurang-kurangnya 60 ribu). Pihak penganjur seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada konsert DT di JB tempohari dimana akibat jarak waktu yang singkat, hanya kira-kira 6 ribu yang memenuhi stadium Larkin (disamping syarat permit yang agak mengarut oleh pihak berkuasa agama).

Aku dan rombongan Sayap-Sayap Wings (S2W) tiba di perkarangan stadium lebih kurang jam 2.30pm setelah menempuh perjalanan selama hampir 4 jam dari KL. Kena pula musim panas dan sebagai bonus, kereta pula tiada aircond menambahkan lagi bonanza konsert kali ini. Setelah barang-barang diturunkan dan lokasi booth dikenalpasti, akhirnya pada pukul 4pm selesai sudah kerja-kerja menyediakan booth S2W.

Suasana ketika petang di perkarangan stadium tidaklah begitu sibuk. Kelihatan beberapa orang mat rock mundar-mandir sambil melihat-lihat gerai-gerai di sekitar stadium. Kedengaran juga DJ THR Gegar, Ismahalil Hamzah yang giat membakar perasaan orang ramai yang hadir dengan seleksi lagu-lagu Search, Wings dan Ella yang dipasang di luar stadium.

Malam menjelang. Seperti dijanjikan sebagai gimik konsert, deretan kereta Ferrari, Porsche, Lamborghini dan BMW M5 mengiringi artis kedalam stadium. Ella memulakan persembahan dengan rangkaian lagu-lagu top beliau. Permata Biru, Kesal, Sembilu, Medley Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Pengemis Cinta serta Nuri berkumandang di stadium Darul Makmur. Kemudian giliran brader-brader pula mengambil-alih pentas.

Search dan Wings memulakan persembahan dengan intro Ides of March diikuti dengan Gemuruh. Setlist yang dimainkan kedua-dua kumpulan pada aku lebih kurang serupa seperti di JB tempohari kecuali tiada lagu Gema Di Inderaloka dan Mabuk Seven Seas (hahaha). Mungkin mengambil kira dengan kemunculan Ella dan langkah-langkah untuk menjimatkan masa, maka beberapa lagu terpaksa dibuang.

Sesi duet dimulakan dengan Ella dan Amy mengambilalih pentas. Diiringi oleh Love Beggars dengan kemunculan istimewa Kid, Dua Insan Bercinta bergema di Kuantan. Agak menyedihkan kerana dikhabarkan Ella yang banyak mendominasi nyanyian berbanding Amy yang sekadar selit-selit di sana-sini. Selepas itu giliran Awie dan Joe menggantikan Amy dan Kid dan lagu apa yang dinyanyikan? Sudah tentu Baldu Biru yang dibawakan dengan penuh emosi oleh Awie dan Ella (sampai melutut Awie beb..hahaha). Ella kemudian meninggalkan pentas untuk memberi ruang semual kepada Amy dan Awie berdua untuk sesi medley. Juga setlist yang serupa seperti di JB (malas pula nak tulis..hehehe. Rujuk sini).

Sesi gitar "rentap" meninggalkan hanya Kid dan Joe diatas pentas dengan diiringi oleh Roza sebagai keyboardist. Lagu solo ciptaan Joe yang bernama Gelap Nan Terang (tertulis dikotak DT Live In JB) sekali lagi menampilkan kehebatan dua orang gitar hero Malaysia yang tiada galang ganti. Cumanya sound gitar Kid sedikit tenggelam dan tajam (karekter killers memang macam tu ke?) dan tak salah kalau dikatakan yang sound Les Paul Custom Joe mendominasi bunyi.

Sesi terakhir jamming beramai-ramai diatas pentas dimana 3 drummer, 2 keyboardist, 3 bassist, 5 guitarist dan 3 vocalist beramai-ramai jamming lagu Rock N Roll Lu Punya Suka dan Pasti. Konsert berakhir tepat jam 11.30pm dan bakal memberikan ingatan manis mahupun pahit kepada penonton.


Kesimpulan...

1. Secara keseluruhan konsert pada amnya adalah berjaya walaupun gagal untuk mencapai sasaran 12 ribu penonton. Apa nak diharap dengan 2 minggu punya promosi? Ini bukan konsert Iron Maiden atau AC/DC yang mana hari ni umum jual tiket, lusa dah sold-out.

2. Sound System sedap (tapi bukan sound rock yang keluar malam tu). Tiada delay speaker tapi tak kisah pasal penonton semua tak melepasi garisan tengah padang. Speaker V-Dosc yang tergantung mencukupi untuk menampung penonton yang hadir. Untuk makluman, sound engineer pada malam itu adalah En. Akira Yamauchi...macam kenal kan?

3. Kredit yang terutama kepada Ujang (Exist) selaku drummer jemputan untuk Search menggantikan Yazit. Kalau korang tengok dia perform malam tu, korang takkan percaya yang beliau bermain malam tu tanpa prektis walau sejam pun dengan anggota Search yang lain (gara-gara last minute punya replace). Sepatutnya Lola yang menggantikan Yazit tapi atas sebab-sebab yang tertentu, rezeki berpindah kepada Ujang.

4. Berkenaan harga tiket RM 57.00 aku tak merasakan yang tiket tersebut mahal cuma timing dan waktu yang kurang tepat untuk mengadakan konsert. Cuba bayangkan , rakyat 1Malaysia baru sahaja berhabis duit menyambut raya dan tarikh konsert yang jatuh pada tengah bulan. Sebagai penonton biasa agak struggle juga untuk mengeluarkan RM 57.00 tatkala poket tinggal nyawa-nyawa ikan menunggu gaji bulan 10. Kalau promosi awal (sebelum raya) dijalankan, mungkin akan mengubah sikit keadaan dimana penonton boleh menyimpan sedikit duit untuk menonton konsert dan tidak dihabiskan semuanya untuk Raya...:)

5. Pengalaman pertama aku ke konsert yang pihak penganjur pandai menggunakan psikologi keatas orang ramai yang berada di luar stadium. Bayangkan sepanjang konsert berlangsung, Ismahalil juga tidak berhenti-henti memutarkan lagu-lagu Wings dan Search yang bermakna jangan harap nak dapat dengar free dari luar stadium. Nak dengar, beli tiket dan masuk! Best betul kepala otak Ismahalil...

6. Berkenaan showmanship dorang yang dikatakan "main-main". Aku rasa takdelah sepanjang konsert dorang "main-main" dan sebenarnya "main-main" itu juga adalah sebahagian daripada showmanship dorang (bagi sesiapa yang pernah mengikuti konsert DT sebelum ini pasti akan bersetuju). Ditambah dengan lentuk Ella. Pergh.. Diharapkan penonton yang menonton tak terasa apa-apa kerana harus diingatkan kita hanya akan dapat melihat persembahan sebegini dari mereka-mereka ini sahaja. Hanya ada satu saja Search, Wings dan Ella. Tiada orang lain yang akan mengulang gaya persembahan sebegini. Jadi, hargainya selagi ada. Jangan apabila mereka sudah tidak larat untuk menyanyi ataupun sudah tiada di dunia ini barulah kita mengenang-ngenang benda yang tiada. Kes yang sama pernah terjadi pada P. Ramlee bukan?

Senarai pemuzik..

Ella & The Love Beggars

Ella

Amir (Musical Director) - guitarist

Ujang (JomHeboh) - guitarist

Jimmy (Tempered Mental) - drummer

Fauzie (NRG, ex-Search) - bassist

Lawrence (Carbolic Smokeball) - keyboardist

Search

Amy

Kid - guitarist

Din - guitarist

Nasir - bassistist

Ujang (Exist) - drummer

Wings

Awie

Joe - guitarist

Eddie - bassist

Black - drummer


Pemuzik jemputan

Roza - keyboardist

Isnin, 18 Oktober 2010

Ratu + Masalah Berganda..satu permulaan


13 cakera..3 lagu setiap cakera..



rilisan terkini Brian May dan rakan-rakan...




biru di atas merah..



gabungan video cakera digital dan juga cakera padat...

Akan menemui anda tidak lama lagi...xoxo

Jumaat, 8 Oktober 2010

Sudah Sampai Sini (Edisi Taman Bunyi..)

Format ulasan bergambar...



Balik-balik kerja (half-day) hari ni aku jumpa kotak ni dalam post box.



Bila dibuka (bukan main garang lagi serigala tu..)




Teringat pada majalah Fantasia (majalah grafik pertama malaysia) keluaran Creative Enterprise



Lawa giler lay-out...



Bukan barangan buatan Malaysia (haruskah mencintainya? keh keh keh)


Ulasan penuh bakal menyusul selepas sahaja proses dengar-belek-dengar-tengok-belek-dengar berhenti...hahaha

Selasa, 5 Oktober 2010

Rentak Muzik Masa Kini

"Apa yang aku cuba buat sekarang ialah ibarat menghidangkan masak lemak masakan mak kita yang dah memang dari dulu sedap ke dalam pinggan yang baru, dengan hiasan yang baru. Masak lemak tetap rasa yang sama".

Kata-kata diatas dilontarkan oleh kawan aku, seorang komposer dan juga bakal penerbit album yang sedang bertungkus-lumus didalam studio untuk menyiapkan album seorang "lagenda" nyanyian tanahair. kalau aku sebut nama dah tak jadi surprise bukan? hahaha

Panjang lebar apa yang kami bualkan pada suatu pagi yang hening (cewah!) selepas proses memasukkan bv (backing vokal) untuk salah satu lagu "lagenda" tersebut. Kebanyakkannya berkisar mengenai "industri" hiburan tanahair (kalau boleh dipanggil sebagai industri. Kalau ikut kata Fauzie bassist Search era Nurnilam Sari, "scene" pun dah cukup bagus).

Sememangnya banyak yang perlu diperdebat untuk menentukan arah tuju muzik kita. Era penjualan album "ratus-ribu" dah lama berlalu. Kualiti muzik dari luar (barat dan juga indonesia) makin meningkat tapi muzik kita masih di takuk yang sama. Persembahan berbayar cukup sukar untuk mendapat tempat di hati penonton sedangkan di Rio De Janerio, Rolling Stones mengumpulkan hampir 2 juta penonton berbayar untuk menyaksikan mereka bermain pada Rock In Rio 2006.

Di mana salahnya?

Peminat zaman sekarang di era I-Pod dan I-Tunes agak sukar untuk membeli cd yang asli. Ledakan teknologi muat-turun membolehkan peminat hanya membeli lagu yang diminati dan bukannya keseluruhan album. Peminat yang lama masih menyandarkan pada kenangan sedangkan pendengar yang baru dahagakan pembaharuan. Tetapi tanpa kita sedari hakikat yang teramat pahit untuk ditelan bahawa dalam tempoh sepuluh tahun ke belakang (2000 - 2010) tiada satupun lagu atau karya tempatan yang betul-betul boleh menangkap halwa kalbu dan telinga kita (secara kebetulan serangan Dewa, Padi, Gigi dan sebagainya juga menembusi ke arena muzik kita dalam julat masa yang sama).

Ramai yang menganggap bahawa karyawan kita kekurangan idea atau kurang kreatif untuk berkarya. Sebenarnya kalau mereka faham, kreativiti karyawan hanya menyumbang sekitar 30% daripada keseluruhan proses kejayaan sesebuah album. Lagi 70% dikongsi oleh produksi dan juga promosi. Sekarang zaman teknologi dimana lebih ramai orang yang sudah terdedah dengan teknologi dan ramai diantara kita yang dapat membezakan antara produksi yang bagus ataupun tidak untuk sesebuah lagu atau album. Pernah pada satu masa, lagu-lagu yang diputarkan di radio tempatan adalah lagu-lagu yang bahagian drumnya dengan jelas kedengaran bunyi "drum machine" sedangkan pabila kita mendengar lagu dari seberang yang diputarkan, dengan jelas kita mendengar bukan saja bunyi drum, malahan bahagian "strings" juga jelas kedengaran dimainkan oleh orkestra, bukannya menggunakan keyboard.

Seawal kewujudan Napster dunia muzik seluruh dunia sudah merasakan gelombang baru dalam era penjualan muzik. Mereka percaya yang muzik bukan lagi hanya didalam bentuk cd atau kaset tetapi sudah berevolusi dalam bentuk mp3. Tetapi sejauh mana kepekaan dunia hiburan tanahair dengan evolusi ini? Hanya setelah Aizat berjaya mencapai 2 juta muat-turun untuk lagu-lagu beliau barulah promosi muzik kita juga berubah. Dan kejayaan Aizat dengan muat-turun tersebut hanya berlaku pada tahun lepas!

Cerita tentang persembahan langsung artis tempatan yang kurang mendapat tajaan dari syarikat korporat sudah lama digembar-gemburkan. Selepas era "Salem Cool Planet" dan juga "Pesta Kingsway" konsert artis tempat boleh diibaratkan seperti melukut di tepi gantang. Yang boleh dan masih dibanggakan adalah Konsert Ikhlas anjuran R.A.P yang mengumpulkan hampir 100,000 penonton berbayar di Stadium Merdeka. Siri-siri konsert selepas itu gagal untuk mengulangi sejarah Konsert Ikhlas. Memang bergeliga otak Roslan Aziz tapi mana tempatnya dalam industri kita?

Syarikat-syarikat korporat dituduh tidak patriotik apabila tidak mahu menaja konsert artis-artis tempatan. Sedangkan untuk persembahan dari kumpulan yang baru mempunyai sebuah album yang berasal dari German tetapi menggunakan nama Jepun, GLC monopoli talian internet negara dengan senang hati menaja konsert mereka. Tapi adakah boleh disalahkan mereka 100% sedangkan apabila syarikat telco "berbaloi-baloi" yang mengambil inisiatif menaja kumpulan rock lagenda tanahair sehingga sekarang merasa serik untuk menaja akibat "pengurusan kelas pertama" yang diamalkan oleh pengurusan produksi konsert kita? Sedangkan konsert Iron Maiden yang sudah memang terkenal di seantero dunia juga di jual awal tiketnya 3-4 bulan dari tarikh konsert tapi konsert "Kacau-Bilau" kita hanya 2 minggu? Syarikat mana yang nak tanggung rugi brader?

Bersambung selepas Edisi Kuantan (dengan ulasan)...

Selasa, 28 September 2010

Merah Kuning Lambang Kebanggaan!



Setelah lama aku sekadar blog-hopping dari satu blog ke satu blog yang lain, tiba-tiba aku terasa nak tulis pasal bolasepak. Semua yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman aku. Pengalaman orang lain aku tak tau.

Sejarah aku dan bolasepak kalau nak diikutkan bermula pada tahun 1988. Masa tu Road To Wembley adalah rujukan utama pada ketika itu. Dan rancangan itu jugalah yang menemukan aku dengan team yang aku sokong sampai sekarang (yang aku rasa semua orang tahu..hahaha). Disulami dengan rancangan Serie A yang juga menemukan aku dengan Napoli, pasukan yang pernah kuat satu ketika dulu.

Perkenalan aku dengan bolasepak tempatan pula bermula pada tahun 1990. Waktu tu aku darjah 4 dan bersekolah sesi petang. Guru Bahasa English sekolah aku membuat tawaran untuk mengikut beliau ke Stadium Merdeka menonton perlawanan melibatkan pasukan Selangor dengan hanya membayar RM 5 untuk duit van beliau. Dan masa tu aku antara sebilangan saja murid darjah 4 yang teruja nak ikut beliau ke stadium. Aku ingat lagi waktu tu aku kumpul duit belanja sekolah dan simpan dalam tin coca-cola (waktu tu tin coca-cola senang2 je boleh muat syiling 50 sen). Bila dah penuh je aku tukar dengan arwah ayah aku untuk modal pergi stadium. Game pertama aku tengok Selangor lawan Perak. Result dia 0-0.

Tahun 1990 ni juga aku ingat-ingat ada dalam empat kali aku ikut cikgu aku ni pergi stadium. Kena game hari sekolah memang tak dapat aku lupa. 2-3 kali jugak aku terpaksa "tipu" GPK (guru penolong kanan) sekolah aku pasal nak ikut cikgu aku ni tengok Selangor main...hahaha. Skill tipu ni pun cikgu aku ni yang ajar tau! Masa tu aku memang boleh dikategori sebagai "kipas-susah-mati" Selangor. 1st eleven senang-senang je aku tapau, gosip pasal player semua aku ikut. Dah mengalahkan artis la cara aku puja player Selangor waktu tu. Game yang paling aku ingat waktu tu ialah semi-final Piala Malaysia antara Selangor vs Pahang. Selangor menang 4-0..pergh. Tak berhenti Mexican Wave waktu tu. Aku punya bersorak mengalahkan orang besar sampaikan ada sorang brader tu suruh aku makikan reff untuk dia pasal tengok aku bersungguh-sungguh maki reff time tu..hahaha.

Tahun 1991 ada jugak 2-3 kali aku ikut cikgu aku ni ke stadium tapi aku sendiri dah lupa game apa. Scene layan bola kat stadium ni aku teruskan sampai ke kemuncaknya pada tahun 95-97. Time ni aku buat hatrik pergi stadium masa final Piala Malaysia kat Stadium Shah Alam. Pahang-Sabah-Pahang merupakan lawan Selangor masa tu. Tahun1995 tu juga la buat pertama kalinya aku dengar lagu keramat "Merah Kuning" tu. Memang bergegar beb stadium. Masa tu rasa yang teramat best pasal sokong Selangor..hahaha (masa tu la).

Tapi lepas je tahun 1997 aku dah tak rasa nak pergi stadium lagi. Aku ada ingat pernah juga ikut kawan ke stadium masa musim 2004 rasanya. Tengok game Selangor vs Perak jugak. Tapi dah rasa hambar bila tengok bola kat stadium. Masa tu pergi stadium pun pasal nak rasa seronok pergi ramai-ramai dengan kawan-kawan je. Bukan nak tengok bola sangat pun.

Aku rasa semua orang bersetuju yang bolasepak tempatan pernah mengalami zaman kegemilangannya satu ketika dulu. Zaman-zaman aku berdebar-debar dengar "Live" melalui Radio 3 Shah Alam masa aku sekolah rendah dulu bila ada game Selangor. Zaman-zaman gossip pasal player bola kadang-kadang mengalahkan artis. Zaman-zaman ketika waktu berehat pasukan-pasukan seperti Kuala Lumpur dan Selangor adalah berehat di Holland dan Eropah dan apabila mendengar nama Jepun atau Korea Selatan, masing-masing sibuk buka peta nak tengok negara tu dekat mana. Aku hampir-hampir dah jadi members SSFC (Selangor Soccer Fan Club) waktu ni kalau tak pasal aku tak cukup duit nak bayar yuran keahlian setahun RM 50.00.

Sekarang ni apa yang aku mampu buat hanyalah tengok perkembangan Selangor FC dari jauh je la. Nak kata tak ada duit, aku rasa setakat nak beli tiket bermusim dah selamba sangat rasanya. Tapi rasa "berdebar" bila tengok pasukan kegemaran bermain tu dah lama hilang. Sekarang debaran tu digantikan pulak dengan Liverpool FC..hahaha. Camne nak jawab tu?

Cumanya bila aku mula kenal sorang kawan perempuan yang tak pernah "miss" untuk ke Stadium Paroi bila pasukan Negeri Sembilan beraksi (walaupun beliau bekerja dan duduk di Kuala Lumpur) mengubah kembali tanggapan aku. Aku rasa aku kena mula ke stadium semula. Dan aku kena carik balik "feel" berdebar bila tengok Selangor beraksi di stadium Shah Alam.

Erm...lepas ni Selangor lawan ape ye?

Rabu, 22 September 2010

Kembali Kepada Fitrah

Masih dalam suasana hari raya. Hari Raya kali ini aku rasa macam agak kena dengan apa yang aku lalui. Memang patut digelar "Eidul Fitri" yang membawa maksud kembali kepada fitrah. Pada hari raya kali ini juga aku semacam dibawa kembali menelusuri zaman lampau dan merenung akan kehebatan silam. Apa benda tu?

Sebenarnya benda ni secara tidak sengaja tercungkil hasil dari sesi "sembang kencang "di kedai mamak Pelita di kawasan rumah aku. Dua bulan sudah ketika aku dan kawan-kawan se"lepakan" berbual-bual maka timbul terus topik mengenai sejarah dan asal usul Melayu. Maka banyaklah yang diperdebatkan tentang sejarah "asal" Tanah Melayu ini. Juga berkaitan pertembungan Sunnah dan Syiah serta macam-macam hal lagi. Kebetulan sesi teh tarik ketika itu dihadiri oleh kawan aku yang memang minat mengkaji bab-bab sejarah. Kebetulan pula aku pun memang suka sejarah (antara sebab aku minat Liverpool kot? hahaha).

Sedang kami rancak berbual dan kebetulan pula masuk topik Syiah Rafidah, seorang brader yang kebetulan duduk di belakang kami dengan sopan meminta izin untuk mencelah lalu terus menyambung apa yang cuba disampaikan oleh kawan aku mengenai Syiah. Secara tak langsung malam itu menyaksikan dua meja yang berasingan bercantum menjadi satu dan topik perbualan kami meleret-leret terus ke sejarah awal tanah melayu sehingga ke zaman Rasullullah S.A.W.

Apa yang aku cuba sampaikan ialah hasil daripada pertemuan dan penemuan tersebut, aku semakin terbuka dan semakin memahami tentang asal-usul keturunanku. Mungkin ada antara kita yang tidak berapa minat untuk mengetahui tentang salasilah keluarga masing-masing. Dan ada juga fanatik-fanatik di luar sana yang dengan lantang bersuara kononnya memperjuangkan Bangsa Melayu sedangkan aku cukup yakin definisi Melayu yang diperjuangkan adalah sangat sempit dan dangkal.

Melayu yang kami perbincangkan ketika sesi tersebut dan diperbaharui ketika sesi Hari Raya beru-baru ini definisinya sangatlah luas. Bukan sebuah bangsa yang hanya berkisar di sekitar Tanah Melayu sahaja. Malahan sejarah Melayu itu sendiri mencakupi sehingga Perang Salib yang dipimpin oleh Salahuddin Ayyub (fakta ini disahkan oleh seorang Profesor sejarah yang amat menggemari sukan bola sepak di negara ini). Tapi sayangnya sejarah keagungan bangsa Melayu itu sendiri seolah-olah cuba diubah atau ditutup dengan secara terancang. Bukan niat aku untuk meniupkan semangat perkauman tetapi kalau dikaji dengan mendalam, sebagai contoh kedatangan bangsa lain seperti kaum cina yang berdagang di Melaka suatu ketika dulu tidak langsung menggugat kedaulatan dan jati diri bangsa Melayu itu sendiri. Malahan bukan sedikit kaum cina yang berasimilasi dan akhirnya menjadi Melayu melalui peredaran zaman (Tanah Melayu juga digelar sebagai Tanah Jawi ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melaka dan menerangkan kenapa wujudnya istilah "masuk jawi" sebagai gelaran kepada mualaf). Tapi kenapa bila buruh-buruh cina yang dibawa oleh British tidak melalui proses asimilasi yang sama? Aku rasa semua sudah tau jawapannya.

Melalui sesi tersebut juga aku mendapat pencerahan mengenai asal sirah Kesultanan Melayu itu sendiri. Mungkin akan kedengaran pelik, kelakar dan tidak masuk akal tetapi percayalah yang kesultanan Melayu itu sudah wujud lebih awal sebelum terkaitnya perjanjian antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba. Malahan ada kajian yang mendakwa bahawa kesultanan Melayu ini berasal dari Iskandar Zulkarnain dan bercantum dengan susur galur keturunan Rasullullah atau digelar Ahlul-Bait. Cumanya jangan dihadam fakta ini bulat-bulat. Aku sendiri masih terus mengkaji akan kebenaran dan kesahihan fakta-fakta ini. Bukan bermaksud ingin membangga diri dengan Melayu itu sendiri tetapi mengambil semangat Eidul Fitri itu sendiri iaitu kembali kepada fitrah supaya lebih mengenal akan bangsa dan seterusnya cuba untuk mengambil sebanyak mungkin pengajaran dari kisah-kisah silam.

Sebagai permulaan, mungkin kita sudah boleh meninggalkan Sejarah Melayu versi Richard Olaf Winstedt dan Shellabear dan mula mengkaji Sulalatus Salatin versi Tun Sri Lanang (yang belum diubahsuai).

*Sedang mencari buku tulisan Suzana Osman (kakak Aziz M. Osman): Ahlul Bait dan kaitannya dengan Kesultanan Melayu.

**Juga sedang mencari buku terjemahan Debat Syiah & Sunni. Antara Rektor Universiti Al-Azhar dengan seorang pengamal Syiah. Mungkin akan memberikan sedikit pencerahan tentang Syiah yang sebenar (tertanya-tanya mengapa Ahlul-Bait banyak yang dibunuh ketika zaman Khalifah Umaiyah).

***Pedulikan tentang gaya bahasa aku yang agak "skema" tapi aku rasa perkara yang serius perlu ditulis dengan serius (harapnya dengan tatabahasa yang betul).


Isnin, 20 September 2010

Telephantasm...

Selamat hari raya semua. Maaf zahir & batin. Agak panjang juga aku bercuti untuk raya tahun ni. Bukan pergi mana pun, lepak rumah saja..hahaha

Raya tahun ni ada perkara yang membuatkan aku excited tak tentu hala. Tak pernah-pernah aku gunakan kad kredit (adik aku punya) untuk membeli edisi pre-sale tapi kali ni memang aku tak boleh tahan..huhuhu

Ya..Soundgarden muncul kembali dengan Telephantasm. Ini merupakan rilisan terkini mereka selepas Down On The Upside (DOTU) dan juga selepas kembalinya mereka daripada pergaduhan yang cukup lama. Akhirnya baik Thayil mahupun Cornell menolak segala ego mereka dan kembali menjilat ludah masing-masing dan sanggup bersatu kembali di dalam sebuah kumpulan. Untuk makluman, merekalah band pertama dari Seattle yang berjaya menandatangani kontrak dengan major label (dari Sub Pop ke A&M Records) sebelum diikuti dengan Nirvana, Pearl Jam, Alice In Chains dan sebagainya. Kiranya kalau mereka tak buka jalan sign dengan major label, agaknya Nirvana masih ada lagi kot (tapi tak terkenal la macam sekarang..hahaha).

Walaupun ini adalah sebuah album kompilasi, bukan album baru tapi aku rasa cukup berjaya menaikkan perasaan teruja aku untuk menunggu hasil "terkini" mereka. Ialah, sampai sanggup beli versi pre-sale kat amazon.com. Dengan gambar-gambar terkini mereka perform bersama, apa lagi yang lebih best melainkan nak dengar balik jeritan Cornell mengiringi solo penuh berserabut Thayill, bassline merapu Shepherd dan juga ketukan off beat Cameron..fuh!

(gambar diambil dari Obefiend)

Apapun, marilah kita bersama-sama menunggu detik 28 September ni untuk melihat Telephantasm memasuki pasaran dunia (Malaysia aku tak pasti). Dan pastikan yang tulen!


Sedikit pasal bola.

Clash Of The Titans (??) malam tadi antara team aku (Liverpool) bertemu Setan Merah (Manchester United). 3-2 di Old Trafford. Memang aku tak sangka Berbatov boleh hatrik malam tadi. Tapi memang aku agak kecewa dengan pertahanan Liverpool. Walaupun pada mulanya aku gembira Lucas Leiva tak main, tapi dengan meletakkan Skrtel sebagai last-man menggantikan Agger, aku agak kurang berkenan. Pasal kecenderungan Skrtel untuk bertahan berbanding Agger yang berkebolehan untuk menjaringkan gol (Agger ada iras-iras Hyypia ketika muda..hahaha). Tapi nak buat macamana, bak kata Faroukh Bulsara the show must go on. Dan aku tetap bersama Liverpool walau macamana najisnya dorang main..huhuhuu

Diambil dari sini

YNWA!

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...