Sekadar menumpang dengar dari cakap-cakap orang, Iron Maiden telah mengeluarkan kenyataan didalam blog mereka yang kali ini mereka mahukan harga tiket-tiket untuk konsert mereka dijual tidak lebih daripada USD 200.00 (kira-kira RM 621.00!).
Soalan umum. Berapakah harga maksima yang korang sanggup untuk bayar sekiranya Iron Maiden datang membuat konsert di Malaysia? Dan adakah korang sanggup untuk menonton konsert mereka walaupun dibuat pada hari bekerja dan bukannya hujung minggu? (mengambil kira pengalaman-pengalaman sebelum ini yang kebanyakkan artis luar negara lebih suka membuat persembahan ketika hari bekerja).
Aku sedang mengusahakan sesuatu. Harap-harap boleh berjaya...
10 ulasan:
MAlam ghayo Haji pun gua ok!
bersemangat jang soghang ni..hahaha
untuk rakyat marhaen datang... kenalah murah sikit. Standard Australian show $150 = RM450.
Mungkin boleh refer harga tiket masa diorang buat show di India beberapa tahun lepas. Aku rasa mesti murah dari tempat lain.
Standing front aku rasa dorang letak 500rm pun orang akan beli.
belakang2 staggered pricing la.
Show cuma dorang je untuk 2011 kat Australia pun Melbourne Rabu, Sydney Khamis. Festivals banyak band je hujung minggu, tu pun Perth hari Isnin jugak.
USAHA ZAN USAHA!!
senang sikit dorang main KL untuk aku haha
boleh sambar T-shirt sebijik, kat belakang tulis Kuala Lumpur,
bab rega tiket tu no 2...bab main time weekday tu yang pening...
last2 bak kata portdy...dapat sambar tshirt live at KL pun jadi la...heheh..
serius ke?dengar kabor demeh nak turun Indonesia je next year.Kalau serius ni keh kasi setting duit poket awal-awal dulu.
Ada penganjur yang berminat untuk bawak dorang masuk. Aku cuma kenalkan penganjur ni dengan seorang promoter yang ada access kepada Iron Maiden.
Yang lain bergantung kepada perbincangan sesama mereka. 2 isu pertama yang perlu diambil kira ialah fees atau "mas kahwin" Iron Maiden dan keperluan pentas untuk persembahan mereka. Lagi complicated setup pentas mereka, lagi tinggi kos yang terpaksa dikeluarkan bermakna kos tersebut bakal diserap oleh pembeli tiket...
kalau org m'sia tak sanggup beli tiket mahal, rasanya beribu lagi fans IM dari negara sekitar akan sapu semua tiket? silap2 org m'sia yg jenis beli tiket lambat ni yg akan melepas bila tiket sold out.
hari kerja? kalau peluang sekali seumur hidup, rasanya ramai yg sanggup buat apa saja.
kalo nk senang, pegi je tgk singapore.
Catat Ulasan