Selasa, 5 Oktober 2010

Rentak Muzik Masa Kini

"Apa yang aku cuba buat sekarang ialah ibarat menghidangkan masak lemak masakan mak kita yang dah memang dari dulu sedap ke dalam pinggan yang baru, dengan hiasan yang baru. Masak lemak tetap rasa yang sama".

Kata-kata diatas dilontarkan oleh kawan aku, seorang komposer dan juga bakal penerbit album yang sedang bertungkus-lumus didalam studio untuk menyiapkan album seorang "lagenda" nyanyian tanahair. kalau aku sebut nama dah tak jadi surprise bukan? hahaha

Panjang lebar apa yang kami bualkan pada suatu pagi yang hening (cewah!) selepas proses memasukkan bv (backing vokal) untuk salah satu lagu "lagenda" tersebut. Kebanyakkannya berkisar mengenai "industri" hiburan tanahair (kalau boleh dipanggil sebagai industri. Kalau ikut kata Fauzie bassist Search era Nurnilam Sari, "scene" pun dah cukup bagus).

Sememangnya banyak yang perlu diperdebat untuk menentukan arah tuju muzik kita. Era penjualan album "ratus-ribu" dah lama berlalu. Kualiti muzik dari luar (barat dan juga indonesia) makin meningkat tapi muzik kita masih di takuk yang sama. Persembahan berbayar cukup sukar untuk mendapat tempat di hati penonton sedangkan di Rio De Janerio, Rolling Stones mengumpulkan hampir 2 juta penonton berbayar untuk menyaksikan mereka bermain pada Rock In Rio 2006.

Di mana salahnya?

Peminat zaman sekarang di era I-Pod dan I-Tunes agak sukar untuk membeli cd yang asli. Ledakan teknologi muat-turun membolehkan peminat hanya membeli lagu yang diminati dan bukannya keseluruhan album. Peminat yang lama masih menyandarkan pada kenangan sedangkan pendengar yang baru dahagakan pembaharuan. Tetapi tanpa kita sedari hakikat yang teramat pahit untuk ditelan bahawa dalam tempoh sepuluh tahun ke belakang (2000 - 2010) tiada satupun lagu atau karya tempatan yang betul-betul boleh menangkap halwa kalbu dan telinga kita (secara kebetulan serangan Dewa, Padi, Gigi dan sebagainya juga menembusi ke arena muzik kita dalam julat masa yang sama).

Ramai yang menganggap bahawa karyawan kita kekurangan idea atau kurang kreatif untuk berkarya. Sebenarnya kalau mereka faham, kreativiti karyawan hanya menyumbang sekitar 30% daripada keseluruhan proses kejayaan sesebuah album. Lagi 70% dikongsi oleh produksi dan juga promosi. Sekarang zaman teknologi dimana lebih ramai orang yang sudah terdedah dengan teknologi dan ramai diantara kita yang dapat membezakan antara produksi yang bagus ataupun tidak untuk sesebuah lagu atau album. Pernah pada satu masa, lagu-lagu yang diputarkan di radio tempatan adalah lagu-lagu yang bahagian drumnya dengan jelas kedengaran bunyi "drum machine" sedangkan pabila kita mendengar lagu dari seberang yang diputarkan, dengan jelas kita mendengar bukan saja bunyi drum, malahan bahagian "strings" juga jelas kedengaran dimainkan oleh orkestra, bukannya menggunakan keyboard.

Seawal kewujudan Napster dunia muzik seluruh dunia sudah merasakan gelombang baru dalam era penjualan muzik. Mereka percaya yang muzik bukan lagi hanya didalam bentuk cd atau kaset tetapi sudah berevolusi dalam bentuk mp3. Tetapi sejauh mana kepekaan dunia hiburan tanahair dengan evolusi ini? Hanya setelah Aizat berjaya mencapai 2 juta muat-turun untuk lagu-lagu beliau barulah promosi muzik kita juga berubah. Dan kejayaan Aizat dengan muat-turun tersebut hanya berlaku pada tahun lepas!

Cerita tentang persembahan langsung artis tempatan yang kurang mendapat tajaan dari syarikat korporat sudah lama digembar-gemburkan. Selepas era "Salem Cool Planet" dan juga "Pesta Kingsway" konsert artis tempat boleh diibaratkan seperti melukut di tepi gantang. Yang boleh dan masih dibanggakan adalah Konsert Ikhlas anjuran R.A.P yang mengumpulkan hampir 100,000 penonton berbayar di Stadium Merdeka. Siri-siri konsert selepas itu gagal untuk mengulangi sejarah Konsert Ikhlas. Memang bergeliga otak Roslan Aziz tapi mana tempatnya dalam industri kita?

Syarikat-syarikat korporat dituduh tidak patriotik apabila tidak mahu menaja konsert artis-artis tempatan. Sedangkan untuk persembahan dari kumpulan yang baru mempunyai sebuah album yang berasal dari German tetapi menggunakan nama Jepun, GLC monopoli talian internet negara dengan senang hati menaja konsert mereka. Tapi adakah boleh disalahkan mereka 100% sedangkan apabila syarikat telco "berbaloi-baloi" yang mengambil inisiatif menaja kumpulan rock lagenda tanahair sehingga sekarang merasa serik untuk menaja akibat "pengurusan kelas pertama" yang diamalkan oleh pengurusan produksi konsert kita? Sedangkan konsert Iron Maiden yang sudah memang terkenal di seantero dunia juga di jual awal tiketnya 3-4 bulan dari tarikh konsert tapi konsert "Kacau-Bilau" kita hanya 2 minggu? Syarikat mana yang nak tanggung rugi brader?

Bersambung selepas Edisi Kuantan (dengan ulasan)...

8 ulasan:

Pet Shop Boys berkata...

Hakikatnya memang takde muzik tempataan yang berjaya menarik perhatian pendengar kita...

Bukan sebab promosi.
Bukan sebab publisiti.
Bukan sebab apa.....

Sampai bila kita nak deny yang kita tak ada talent yang bagus?

Jorji berkata...

gua bagi markah penuh ulasan emo lu.

bring back the 80s!

muzik zaman tu cukup power dan terbaik. sales juga bagus.

aku percaya muzik yg dicipta untuk dijual tidak akan bertahan lama. manakal muzik atau lagu yg dibuat mengikut selera seni sendiri lebih berkualiti dan disanjung.

m.nasir contoh mudahnya.

zan berkata...

Pet Shop Boys..(Go West!)

Aku tetap yakin yang kita ada beribu bakat yang ada di luar sana. Tetapi bakat itu dicungkil bukan dicipta dalam masa 3 bulan di dalam rumah banglo!

Jorji..

Ada semacam satu gelombang di seluruh dunia dimana muzik2 yang pernah naik satu ketika dahulu kini kembali melonjak seakan mendapat peluang kedua. Tapi mereka datang dengan pakej yang baru..ibarat perumpamaan aku di awal entri ini.."gulai lemak resipi bonda kita yang dihidang di atas pinggan atau bekas yang baru dan diberi hiasan baru"..gulai lemak tetap sedap pasal resepi tradisi tapi cara persembahan yang mengikut zaman, bukan dihidang dalam bekas lama...

berteromber berkata...

alasan zaman dah berubah...orang dah tak membeli kaset/cd cuma download ajer bukanlah suatu alasan yg boleh diterima bulat2...

mendownload secara percuma tu samalah macam org beli kaset apache dulunya...Dua2 pun orang tak beli kaset/cd ori jugak...

tapi kenapa dulu2 still boleh jual ratus ribu unit???...

salah artis?...salah syarikat rakaman?...salah lagu tak sedap?...
benda ni la yang industri? scene? kena pikirkan...

tapi untung jadi budak sekarang...sebagai contoh...ketika aku di usia anak aku sekarang (13 thn)...aku sanggup tak makan pasal nak kumpul duit beli kaset...tp anak aku cuma..."Bah..nanti download kan album Jason Bieber eh...save kat Ipod dan PSP sekali..."

grrrrrr....jason bieber lak tu...grrrrrrr!!!!

Kaboi Tanduk berkata...

talent yang bagus atau pulangan wang yang bagus, yang mana satu diUTAMAkan oleh syarikat keparat?

akhirnya Jason Bieber jugak yang menjadi rentak muzik masa kini..hoooray!!!

zan berkata...

berteromber..

download boleh jadi suatu perniagaan yang menyihatkan kalau kena dengan gaya. sebagai contoh aku sendiri beli mp3 lagu raya wings...hehehe

benda ni tak boleh nak tuding jari kat mana-mana or sapa-sapa bro..semua tempat ada menyumbang kepada apa yang berlaku sekarang..kalau aku rajin aku akan kembangkan entry ni lagi...

kaboi tanduk..

aku ingatkan justin bieber tu ala2 justin timberlake rupanya budak lagi..huhuuuhu..

Portdy berkata...

nice artikel bro...

anyway check out dvd mnasir baru, hang ada pergi kan konsert tu?

deaf-angel berkata...

sad but true huhu

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...