Selasa, 19 Oktober 2010

Merah Di Atas Hitam: Terbang Mencari Ella!


Agak kelakar maksud terjemahan konsert ni kan? Agaknya pasal ni kot orang Malaysia lebih suka guna bahasa Inggeris dalam perbuatan dan urusan seharian...kan?

Konsert Red On Black: Search & Wings Feat. Ella & Love Beggars telah selamat melabuhkan tirai pada Jumaat lepas (15 Oktober 2010). Konsert hari Jumaat? Ya. Atas strategi untuk memberi peluang dan menarik penonton-penonton dari Kelantan dan Terengganu maka konsert ini dibuat pada hari Jumaat. Adakah strategi ini menjadi? Teruskan membaca...

Aku rasa untuk konsert yang ini, boleh dikatakan dari mula sidang media sehinggalah konsert berakhir aku ada bersama-sama menjadi saksi sebuah perjalanan konsert. Manakan tidak, sampaikan ketika tiket konsert dicetak kod bar pun aku ada menunggu tiket siap..hahahaha. Konon macam orang penting kan? Padahal tak sedar yang sebenarnya "aku hanya serangga"..chewah~!

Pada mulanya aku pun hairan kenapa konsert yang sebegini gah dan besar perlu dibuat tergesa-gesa. Bayangkan dari ketika sidang media memaklumkan tarikh dan venue konsert sehingga ke tarikh konsert berlangsung, hanya berjarak l4 hari! Sedangkan sasaran penjualan tiket adalah sebanyak 12 ribu (kapasiti stadium Darul Makmur pula sekurang-kurangnya 60 ribu). Pihak penganjur seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada konsert DT di JB tempohari dimana akibat jarak waktu yang singkat, hanya kira-kira 6 ribu yang memenuhi stadium Larkin (disamping syarat permit yang agak mengarut oleh pihak berkuasa agama).

Aku dan rombongan Sayap-Sayap Wings (S2W) tiba di perkarangan stadium lebih kurang jam 2.30pm setelah menempuh perjalanan selama hampir 4 jam dari KL. Kena pula musim panas dan sebagai bonus, kereta pula tiada aircond menambahkan lagi bonanza konsert kali ini. Setelah barang-barang diturunkan dan lokasi booth dikenalpasti, akhirnya pada pukul 4pm selesai sudah kerja-kerja menyediakan booth S2W.

Suasana ketika petang di perkarangan stadium tidaklah begitu sibuk. Kelihatan beberapa orang mat rock mundar-mandir sambil melihat-lihat gerai-gerai di sekitar stadium. Kedengaran juga DJ THR Gegar, Ismahalil Hamzah yang giat membakar perasaan orang ramai yang hadir dengan seleksi lagu-lagu Search, Wings dan Ella yang dipasang di luar stadium.

Malam menjelang. Seperti dijanjikan sebagai gimik konsert, deretan kereta Ferrari, Porsche, Lamborghini dan BMW M5 mengiringi artis kedalam stadium. Ella memulakan persembahan dengan rangkaian lagu-lagu top beliau. Permata Biru, Kesal, Sembilu, Medley Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Pengemis Cinta serta Nuri berkumandang di stadium Darul Makmur. Kemudian giliran brader-brader pula mengambil-alih pentas.

Search dan Wings memulakan persembahan dengan intro Ides of March diikuti dengan Gemuruh. Setlist yang dimainkan kedua-dua kumpulan pada aku lebih kurang serupa seperti di JB tempohari kecuali tiada lagu Gema Di Inderaloka dan Mabuk Seven Seas (hahaha). Mungkin mengambil kira dengan kemunculan Ella dan langkah-langkah untuk menjimatkan masa, maka beberapa lagu terpaksa dibuang.

Sesi duet dimulakan dengan Ella dan Amy mengambilalih pentas. Diiringi oleh Love Beggars dengan kemunculan istimewa Kid, Dua Insan Bercinta bergema di Kuantan. Agak menyedihkan kerana dikhabarkan Ella yang banyak mendominasi nyanyian berbanding Amy yang sekadar selit-selit di sana-sini. Selepas itu giliran Awie dan Joe menggantikan Amy dan Kid dan lagu apa yang dinyanyikan? Sudah tentu Baldu Biru yang dibawakan dengan penuh emosi oleh Awie dan Ella (sampai melutut Awie beb..hahaha). Ella kemudian meninggalkan pentas untuk memberi ruang semual kepada Amy dan Awie berdua untuk sesi medley. Juga setlist yang serupa seperti di JB (malas pula nak tulis..hehehe. Rujuk sini).

Sesi gitar "rentap" meninggalkan hanya Kid dan Joe diatas pentas dengan diiringi oleh Roza sebagai keyboardist. Lagu solo ciptaan Joe yang bernama Gelap Nan Terang (tertulis dikotak DT Live In JB) sekali lagi menampilkan kehebatan dua orang gitar hero Malaysia yang tiada galang ganti. Cumanya sound gitar Kid sedikit tenggelam dan tajam (karekter killers memang macam tu ke?) dan tak salah kalau dikatakan yang sound Les Paul Custom Joe mendominasi bunyi.

Sesi terakhir jamming beramai-ramai diatas pentas dimana 3 drummer, 2 keyboardist, 3 bassist, 5 guitarist dan 3 vocalist beramai-ramai jamming lagu Rock N Roll Lu Punya Suka dan Pasti. Konsert berakhir tepat jam 11.30pm dan bakal memberikan ingatan manis mahupun pahit kepada penonton.


Kesimpulan...

1. Secara keseluruhan konsert pada amnya adalah berjaya walaupun gagal untuk mencapai sasaran 12 ribu penonton. Apa nak diharap dengan 2 minggu punya promosi? Ini bukan konsert Iron Maiden atau AC/DC yang mana hari ni umum jual tiket, lusa dah sold-out.

2. Sound System sedap (tapi bukan sound rock yang keluar malam tu). Tiada delay speaker tapi tak kisah pasal penonton semua tak melepasi garisan tengah padang. Speaker V-Dosc yang tergantung mencukupi untuk menampung penonton yang hadir. Untuk makluman, sound engineer pada malam itu adalah En. Akira Yamauchi...macam kenal kan?

3. Kredit yang terutama kepada Ujang (Exist) selaku drummer jemputan untuk Search menggantikan Yazit. Kalau korang tengok dia perform malam tu, korang takkan percaya yang beliau bermain malam tu tanpa prektis walau sejam pun dengan anggota Search yang lain (gara-gara last minute punya replace). Sepatutnya Lola yang menggantikan Yazit tapi atas sebab-sebab yang tertentu, rezeki berpindah kepada Ujang.

4. Berkenaan harga tiket RM 57.00 aku tak merasakan yang tiket tersebut mahal cuma timing dan waktu yang kurang tepat untuk mengadakan konsert. Cuba bayangkan , rakyat 1Malaysia baru sahaja berhabis duit menyambut raya dan tarikh konsert yang jatuh pada tengah bulan. Sebagai penonton biasa agak struggle juga untuk mengeluarkan RM 57.00 tatkala poket tinggal nyawa-nyawa ikan menunggu gaji bulan 10. Kalau promosi awal (sebelum raya) dijalankan, mungkin akan mengubah sikit keadaan dimana penonton boleh menyimpan sedikit duit untuk menonton konsert dan tidak dihabiskan semuanya untuk Raya...:)

5. Pengalaman pertama aku ke konsert yang pihak penganjur pandai menggunakan psikologi keatas orang ramai yang berada di luar stadium. Bayangkan sepanjang konsert berlangsung, Ismahalil juga tidak berhenti-henti memutarkan lagu-lagu Wings dan Search yang bermakna jangan harap nak dapat dengar free dari luar stadium. Nak dengar, beli tiket dan masuk! Best betul kepala otak Ismahalil...

6. Berkenaan showmanship dorang yang dikatakan "main-main". Aku rasa takdelah sepanjang konsert dorang "main-main" dan sebenarnya "main-main" itu juga adalah sebahagian daripada showmanship dorang (bagi sesiapa yang pernah mengikuti konsert DT sebelum ini pasti akan bersetuju). Ditambah dengan lentuk Ella. Pergh.. Diharapkan penonton yang menonton tak terasa apa-apa kerana harus diingatkan kita hanya akan dapat melihat persembahan sebegini dari mereka-mereka ini sahaja. Hanya ada satu saja Search, Wings dan Ella. Tiada orang lain yang akan mengulang gaya persembahan sebegini. Jadi, hargainya selagi ada. Jangan apabila mereka sudah tidak larat untuk menyanyi ataupun sudah tiada di dunia ini barulah kita mengenang-ngenang benda yang tiada. Kes yang sama pernah terjadi pada P. Ramlee bukan?

Senarai pemuzik..

Ella & The Love Beggars

Ella

Amir (Musical Director) - guitarist

Ujang (JomHeboh) - guitarist

Jimmy (Tempered Mental) - drummer

Fauzie (NRG, ex-Search) - bassist

Lawrence (Carbolic Smokeball) - keyboardist

Search

Amy

Kid - guitarist

Din - guitarist

Nasir - bassistist

Ujang (Exist) - drummer

Wings

Awie

Joe - guitarist

Eddie - bassist

Black - drummer


Pemuzik jemputan

Roza - keyboardist

7 ulasan:

spyz berkata...

ada tak ella jerit "are you enjoy?" hehehe..

'red on black' tu apa benda?

speedrider berkata...

Terima Kasih untuk review Zan. Tak dapat join. Struggle macam2 benda sekarang ni.

Berkaitan dengan "syarat permit yang agak mengarut oleh pihak berkuasa agama", aku rasa, they are trying to do their job. Itu sahaja. At least ada penguatkuasaan dari segi syariah.

zan berkata...

Spyz..

Ada..hehehe

Mus..

Tapi kalau hanya kerana perkataan "Double Trouble" sampai nak tarik balik permit, syariah celah mana pulak? Kalau syariah buat macam Kelantan, letak barricade tengah2 yang pisahkan lelaki & perempuan..baru betul..

deaf-angel berkata...

Ada sapa2 bootleg tak?
aku rasa konsert ni special pasal Search ngan drummer Exist.
Kalo ko tak bilang, aku pun tak tahu, sapa tak pergi pun tak tahu, dan satu fakta atau nota sejarah penting dalam rock melayu akan habis gitu2 aje...

kalo ni konsert band omputeh, konpem peminat merata2 nak carik gambo persembahan Search, audio, video, cara Search members senyum satu sama lain atas stage , ye la pasal guna drummer lain.

I think this is historic, tapi well...rok melayu, aku tak rasa ramai ambik peduli line up search malam tu.

next Singapore la beb

zan berkata...

Spyz lagi..

Red On Black tu adalah nama syarikat RM 2 yang ditubuhkan untuk organise konsert ni.

Deaf..

Maaf cakap yang scene musik tempatan bukanlah indah seperti yang ko bayang. Ujang hanya sebagai seasionist je malam tu. Boleh je Search nak pakai orang lain untuk konsert2 lepas ni. Dan seasionist jarang diiktiraf sebagai "part of band". Payment dorang pun rendah dari main artis..:)

Gambar ada banyak di Facebook. Boleh je check kalau ko ada akaun (kasi bikin la weh). Aku dah lama x bawak kamera bila ke konsert yang ada Wings ni pasal aku ke sana untuk bekerja, bukan enjoy show amik gambar..hahaha

Singapore? Selepas kes promoter kaki "kench" dulu, aku rasa rock group Malaysia sangat berhati-hati untuk pilih promoter nak masuk Singapore...

Portdy berkata...

aku suka sangat Ujang yang session malam tu hehehe, masa mula dengar rumours Lola .....oh not again hahahahha

aku minat Exists (zaman Ezad) dan aku minat Ujang kalau dia session M Nasir.

anyway...TQVM zan roger aku pasal dvd DT@JB
aku baru dapat dan aku enjoy sangat-sangat, beban kerja aku hilang kejap dengan kegembiraan macam ni....

ajie berkata...

merah dalam hitam..agak abstrak kalo difikirkan maknanya..hehe

anyway, nice reviu bro...

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...