Setelah lama aku sekadar blog-hopping dari satu blog ke satu blog yang lain, tiba-tiba aku terasa nak tulis pasal bolasepak. Semua yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman aku. Pengalaman orang lain aku tak tau.
Sejarah aku dan bolasepak kalau nak diikutkan bermula pada tahun 1988. Masa tu Road To Wembley adalah rujukan utama pada ketika itu. Dan rancangan itu jugalah yang menemukan aku dengan team yang aku sokong sampai sekarang (yang aku rasa semua orang tahu..hahaha). Disulami dengan rancangan Serie A yang juga menemukan aku dengan Napoli, pasukan yang pernah kuat satu ketika dulu.
Perkenalan aku dengan bolasepak tempatan pula bermula pada tahun 1990. Waktu tu aku darjah 4 dan bersekolah sesi petang. Guru Bahasa English sekolah aku membuat tawaran untuk mengikut beliau ke Stadium Merdeka menonton perlawanan melibatkan pasukan Selangor dengan hanya membayar RM 5 untuk duit van beliau. Dan masa tu aku antara sebilangan saja murid darjah 4 yang teruja nak ikut beliau ke stadium. Aku ingat lagi waktu tu aku kumpul duit belanja sekolah dan simpan dalam tin coca-cola (waktu tu tin coca-cola senang2 je boleh muat syiling 50 sen). Bila dah penuh je aku tukar dengan arwah ayah aku untuk modal pergi stadium. Game pertama aku tengok Selangor lawan Perak. Result dia 0-0.
Tahun 1990 ni juga aku ingat-ingat ada dalam empat kali aku ikut cikgu aku ni pergi stadium. Kena game hari sekolah memang tak dapat aku lupa. 2-3 kali jugak aku terpaksa "tipu" GPK (guru penolong kanan) sekolah aku pasal nak ikut cikgu aku ni tengok Selangor main...hahaha. Skill tipu ni pun cikgu aku ni yang ajar tau! Masa tu aku memang boleh dikategori sebagai "kipas-susah-mati" Selangor. 1st eleven senang-senang je aku tapau, gosip pasal player semua aku ikut. Dah mengalahkan artis la cara aku puja player Selangor waktu tu. Game yang paling aku ingat waktu tu ialah semi-final Piala Malaysia antara Selangor vs Pahang. Selangor menang 4-0..pergh. Tak berhenti Mexican Wave waktu tu. Aku punya bersorak mengalahkan orang besar sampaikan ada sorang brader tu suruh aku makikan reff untuk dia pasal tengok aku bersungguh-sungguh maki reff time tu..hahaha.
Tahun 1991 ada jugak 2-3 kali aku ikut cikgu aku ni ke stadium tapi aku sendiri dah lupa game apa. Scene layan bola kat stadium ni aku teruskan sampai ke kemuncaknya pada tahun 95-97. Time ni aku buat hatrik pergi stadium masa final Piala Malaysia kat Stadium Shah Alam. Pahang-Sabah-Pahang merupakan lawan Selangor masa tu. Tahun1995 tu juga la buat pertama kalinya aku dengar lagu keramat "Merah Kuning" tu. Memang bergegar beb stadium. Masa tu rasa yang teramat best pasal sokong Selangor..hahaha (masa tu la).
Tapi lepas je tahun 1997 aku dah tak rasa nak pergi stadium lagi. Aku ada ingat pernah juga ikut kawan ke stadium masa musim 2004 rasanya. Tengok game Selangor vs Perak jugak. Tapi dah rasa hambar bila tengok bola kat stadium. Masa tu pergi stadium pun pasal nak rasa seronok pergi ramai-ramai dengan kawan-kawan je. Bukan nak tengok bola sangat pun.
Aku rasa semua orang bersetuju yang bolasepak tempatan pernah mengalami zaman kegemilangannya satu ketika dulu. Zaman-zaman aku berdebar-debar dengar "Live" melalui Radio 3 Shah Alam masa aku sekolah rendah dulu bila ada game Selangor. Zaman-zaman gossip pasal player bola kadang-kadang mengalahkan artis. Zaman-zaman ketika waktu berehat pasukan-pasukan seperti Kuala Lumpur dan Selangor adalah berehat di Holland dan Eropah dan apabila mendengar nama Jepun atau Korea Selatan, masing-masing sibuk buka peta nak tengok negara tu dekat mana. Aku hampir-hampir dah jadi members SSFC (Selangor Soccer Fan Club) waktu ni kalau tak pasal aku tak cukup duit nak bayar yuran keahlian setahun RM 50.00.
Sekarang ni apa yang aku mampu buat hanyalah tengok perkembangan Selangor FC dari jauh je la. Nak kata tak ada duit, aku rasa setakat nak beli tiket bermusim dah selamba sangat rasanya. Tapi rasa "berdebar" bila tengok pasukan kegemaran bermain tu dah lama hilang. Sekarang debaran tu digantikan pulak dengan Liverpool FC..hahaha. Camne nak jawab tu?
Cumanya bila aku mula kenal sorang kawan perempuan yang tak pernah "miss" untuk ke Stadium Paroi bila pasukan Negeri Sembilan beraksi (walaupun beliau bekerja dan duduk di Kuala Lumpur) mengubah kembali tanggapan aku. Aku rasa aku kena mula ke stadium semula. Dan aku kena carik balik "feel" berdebar bila tengok Selangor beraksi di stadium Shah Alam.
Erm...lepas ni Selangor lawan ape ye?
11 ulasan:
takkan nak masuk stadium semata2 kerana pompuan braderrrrrrrrrrrrrr...... keh keh keh...
Cepat no hang buat kesimpulan mus..kah kah kah
pergi stadium memang syok
topik menarik zan...
rasa macam aku nak buat versi aku pulak..
biasalah Zan, umpama ko tulis SMS panjang2, kemudian ko mendapat balasan macam "K". Keh keh keh...
jemput2 la ke the-red-giants.blogspot.com
zan
lu ngan gua mmg satu kapal!.
liverpool pun yer, selangor pun yer.
gua pun dah lama benar tak pergi stadium tgk selangor main.
tapi
kalau menten prestasi.selangor boleh angkat piala malaysia sekali lagik ni.
bulan ni pun mmg tak nak pikir liverpool.asyik pikir selangor jek ni!. keh keh keh
msia cup, those were the days...
1994 dan sebelumnye..
lepas tu dah tak fun
ahhh...Red Giant...team terhebat di Malaya!! Final paling best ialah Final Piala FA 1990 di Stadium Merdeka...atmosphere memang hebat!! Final paling ngeri ialah lawan Sabah, Piala Malaysia...salah lalu kawasan...Jurulatih terhebat, Ken Worden. manager terhebat, Datuk Aini Taib. Player lagenda? bagi aku ada dua je, Mehmet Durakovic (memang kental dan semangat!) dan Azman Adnan aka Abg Man no.19.....Merah Kuning lambang kejayaan!!
hobin jang hobin!!!
hobin jang...jangan tak hobin! keh keh keh
Catat Ulasan