
Bunohan. Sebuah filem yang mendapat liputan meluas di laman-laman sosial. Filem ni juga telah banyak mengembara ke luar negara memenuhi jemputan ke festival-festival filem antarabangsa. Sudah jadi seperti fenomena baru pula. Namun apa isi kandung cerita ini sendiri?
Aku menonton cerita ini sebanyak 3 kali. Pertama ketika tayangan premier di KLCC (terima kasih kepada Jenderal Sol-jah). Kedua bersama member-member yang terlibat dalam bidang advertising (salah seorang ex-Imaginex) dan ketiga bersama member-member yang berasal dari Kelantan. Jadi aku rasa segala bidang dalam cerita ini aku dah paham (kot?) kah kah kah!


Bunohan adalah cerita dalam cerita. Cerita di mana mesejnya secara terang sudah dinyatakan dari awal tayangan lagi. Intro cerita di kedai kopi sambil tv plasma skrin leper menayangkan sedutan daripada filem ini sendiri. Kelihatan beberapa orang kampung berbual-bual sesama sendiri sambil menyebut nama-nama pelakon yang tertera di kaca tv. Di sini juga dipaparkan aksi Bakar yang sedang berbincang dengan Jolok dan aksi Bakar menghulurkan beberapa not RM 50 kepada seorang watak pembantu yang lain.
Bunohan adalah cerita kapitalis. Cerita bahawa demi duit, manusia boleh jadi gila. Anak boleh bunuh bapa. Kawan boleh "tikam" kawan. Namun cerita ini juga membawa sisi baiknya. Sepatah dialog Namron (sebagai Pok Wah) dalam cerita ini "buang hok buruk, amik hok chomey". Tak semua yang bermula buruk akan berakhir buruk. Dan tak semua yang zahirnya bersih akan tetap bersih dalamannya.

Bunohan bergerak dalam nafas dan bahasa Kelantan. Sementelah kampung Bunohan ini pun terletak di sempadan antara Tumpat dan Narathiwat, Thailand. Pelakon-pelakon cerita ini pada aku berjaya membawakan dialog mereka dengan baik. Mungkin ada "flaw" sikit-sikit tapi ianya tak menggangu langsung jalan ceritanya. Mungkin ada sikit kepelikan telo yang dilontarkan oleh Namron, Faizal Hussein dan Sofi Jikan tapi sebagai orang luar, usaha mereka untuk cuba menguasai bahasa Kelantan pada aku dah berjaya (3 bulan pre-production untuk kelas bahasa Kelantan dan kelas Muay Thai). Kecualilah kalian ni "Nazi Bahasa"...kah kah kah!
Bunohan adalah cerita jantan. Permulaan cerita sudah ditunjukkan adegan Ilham sedang diurut "kelakiannya" oleh seorang tukang urut yang sudah berusia. Juga babak-babak pertarungan Muay Thai "haram" di awal dan akhir cerita. Namun ianya bukanlah semata-mata filem pertarungan. Malahan babak pertarungan bukanlah babak yang mendominasi kerana ada banyak benda lain yang cuba ditayangkan pada waktu yang sama.

Muzik dalam Bunohan pada aku padat namun masih boleh diperbaiki. Penataan muzik oleh Tan Yan Wei (mendiang) dari Imaginex banyak menggunakan elemen tradisi muzik Kelantan seperti rebab. Ada adegan yang seperti disengajakan 'kesumbangan" bunyian rebab ini untuk menunjukkan "feel" atau emosi adegan-adegan tersebut. Cuma entah kenapa, pabila tiba pada adegan-adegan yang sunyi seperti ketika Adil berjalan-jalan di dalam rumah, runut bunyi The Last Mohicans terus bermain-main dalam kepala otak aku. Mungkin sekiranya ditambah elemen orkestra, akan bertambah "tajam" lagi emosi adegan tersebut.

Secara keseluruhan aku kasi 4.5/5 bintang. 0.5 bintang pasal score muzik tadi..:-)

Ilham - Faizal Hussein
Bakar - Pekin Ibrahim
Adil - Zahiril Adam
Muski - Amerul Affendi
Pok Eng - Wan Hanafi Su
Pok Wah - Namron
Pok Awang Sonar - Sofi Jikan
Deng - Bront Palare
Mek Yah - Tengku Azura
Jolok - Husyairy Husin
Gasi - Md. Ezyendy
Ketot - Sufian Muhammad
Jing - Jimmy Lor
Cina Burung - Ho Yuhang
Pengarah - Dain Said
DOP - Charin "Tong" Pengpanich
Score Music - Tan Yan Wei
Producer - Nandita Solomon
Penerbit - Apparat Production
Gambar diambil dari Google Image dan kredit kepada website rasmi Bunohan untuk senarai pelakon.

8 ulasan:
review yang buat aku teruja nak nengok ni...
tapi rasanya memang kena "Berlengkau" depan tv tunggu Astro First la jawapnya...heheh....
dialog dalam movie ni pon terbaik, berisi..
arghhh.. kena tengok sekali lagi nih!
Akhirnya ada juga filem tempatan yang dialog-dialognya banyak dipetik penonton kerana sangat sempoi selepas The Godfather..:-)
dialog2 yang banyak dipetik penonton kena compare dengan Adnan Sempit dan KL Gangster. setuju tak Zan untuk realiti ini?
Setuju! Mari tengok sapa yang paling banyak dipetik dengan quot2 yang berkualiti..:-)
Yes, Bunohan filem yang saya tunggu sejak Maskara juga! Thanks for the review..and paling saya suka part konklusi tu, "benda-benda "rare" dan bagus ni bukan datang selalu." Indeed. :)
Yeah sama dgn PF jugak. 4.5! :)
masa aku tgk tak ramai..dalam 20 org jer gitu..cuma yg rarenye ada bangsa cina & india turut menonton sekali filem melayu ini.
Catat Ulasan