Ada satu benda yang aku rasa aku belum iklankan lagi kat blog ni. Benda ni sebenarnya dah lama aku buat. Dah siap pun bahagian aku. Tapi, ragu-ragu pula aku nak promosi. Alang-alang dah tayang ni, aku promosikan jugalah..


Sebenarnya tayangan premier benda ni dah mula minggu lepas lagi (24 Jun 2012 jam 7.30pm). Tapi aku sendiri pun tak sempat nak tengok tayangan sulungnya. Kebetulan tarikh tu aku tengah menjual buku di Annexe Central Market sempena Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB) 2012. 



Sinopsis cerita ini berlegar di sekitar karektor utama yang bernama Eicak. Eicak adalah seorang budak bandar yang terpaksa pulang ke kampung mengikut orang tuanya. Ketika sedang memancing di sebuah tasik, mata kail pancingnya tersangkut pada 'sesuatu' dan sedang Eicak cuba menarik pancing tersebut, dia tertarik masuk ke dalam tasik dan terus dibawa melalui sebuah pintu di mana pintu tersebut adalah laluan penghubung antara duni manusia dengan dunia "bunian" gitu. Jadinya, cerita-cerita dalam Dunia Eicak ini adalah berlatar belakangkan Eicak dan "kawan-kawan" barunya di dalam "dunia" baru itu.  


Karektor-karektor di dalam Dunia Eicak ini kebanyakannya adalah haiwan. Hanya Eicak seorang saja manusia. Ironinya, nama "Eicak" itu sebenarnya diambil daripada nama ikan belacak! Dan kebanyakan karektor pembantu dalam 'kampung' yang diberi nama "JayaPutra" ini adalah ikan belacak. He he he.


Mulai minggu ini (29 Jun 2012) siaran Dunia Eicak ini akan bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 7.30 malam di TV3. Jadi kalau ada kelapangan lepas solat Maghrib tu, jemputlah tengok cerita ini ya? jangan lupa ajak anak-anak korang sekali...he he he

Karektor aku? Bawah ni karektor aku lah! Nama aku Koozie!!!



Sedikit mengenai teknikal...

Terbitan: Addeen Multimedia

Pengarah: Dean Sham

Muzik latar dan lagu tema: Family Tree Production (Amir Syawal)
Lagu tema: Dunia Kita (Afiq)


Eicak: Afiq Idola Kecil
Fenggo: Pipiyapong
Elly: Fazleena Hishamudin
Didie: Ira
Bobby: Shidah

Chip: Ikhwan
Koozie: Zaini (Aku la)
Jimmy: Dean Sham

Tok Ketua: Azman Azahar
Tok Pawang: Sinaganaga

Facebook: Dunia Eicak (page)

Website: Dunia Eicak