"Ala. Sekarang ni main pun untuk enjoy-enjoy je. Dah tak payah nak pening-pening kepala. Abang pun kira ni last round je ni..."

Dialog di atas dilontarkan oleh Man Keedal, salah seorang guitar hero dalam hati mat rock - mat rock di 1Malaysia ini. Walau ada yang tak suka cara permainan beliau yang laju "konon-bajet-Malmsteen" tapi tanpa kita sedari, kita juga tergila-gilakan solo gitar dalam lagu-lagu Jamal Abdillah, Hattan (dan juga Spring) serta ramai lagi tanpa kita sedari bahawa beliaulah manusia yang memainkan not-not yang menjadi kegilaan kita itu.

Aku berkesempatan berbual (beramai-ramai) dengan beliau usai sesi latihan untuk konsert "Stomping Sabah" di KK pada 6-7 November 2010. Melihatkan kepada gaya bahasa dan corak permainan beliau, ternyata beliau lembut orangnya.

Aku tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada barisan guitar hero yang ada di 1Malaysia ni. Joe Wings, Man Keedal, Hamdan Bloodshed, Kid Search, Hillary Ang, Opie Fotograf (sekadar menyebut beberapa nama) tanpa kita sedar semakin lama semakin perlahan rentak mereka dalam arena muzik. Kecuali Joe Wings yang aku tahu punyai beberapa projek dan juga konsert, yang lain-lain boleh dikatakan kemunculan mereka umpama "penampilan istimewa" pada satu-satu majlis atau persembahan.