Dua gambar yang cukup menceritakan segalanya. Pagi 28 Mac 2009 antara 1.15 am - 3.00 am, kereta aku kena pecah dan gitar bass kesayangan aku dicurik. Tempat kejadian, depan NZ Curry House, Wangsa Maju. Lemah lutut aku bila tengok cermin yang berderai dan hampir pitam bila tengok gitar yang aku tinggalkan dalam kereta dah tiada.
Pagi tu jugak bertemankan member2 dari DuniaSearch (thanks Lie & Auze), aku ke balai polis Wangsa Maju (berdepan Alpha Angle) untuk membuat report. Pedih, memang pedih. Buat masa ni, dia lah "bini" yang aku ulit tiap-tiap hari (pasal aku belum kawin kan). Ntah kenapa aku tak rasa ralat sangat tengok cermin kereta yang pecah tapi ralat dan sebak yang teramat bila gitar aku dah tiada di tempat yang sepatutnya ketika ditinggalkan.
Memula dah terasa macam nak berenti je main muzik. Ye la, kalau dah "senjata" kesayangan dirembat orang. Tapi berkat sokongan kawan-kawan yang memberikan harapan, aku cuma akan berkabung buat sementara waktu. Dengan harapan penuh positif "kekasih" yang satu ini akan ditemui kembali.
Cuma yang mengundang sebal di dada. masih selamatkah negara kita sedangkan tempat tumpuan ramai pun boleh berlakunya kes pecah kereta (kereta aku diletakkan di bahu jalan berhadapan NZ dan dibawah lampu jalan lagi). Mungkinkah akibat terlalu banyak sangat laporan polis yang dibuat oleh politikus semenjak- dua menjak ni yang membuatkan beban tugas anggota polis kita makin bertambah sehingga keselamatan tempat awam tak terjaga? hmmm..
.
.
p/s: Masih berkira-kira perlukah aku menyarong kembali Underground " Che Guevera Steel Toe" aku sekiranya dapat maklumat mengenai hamba allah yang mencuri gitar aku ni...
Info guitar & aksesori:
Fender Jazz Bass 4 strings
Made In USA
Sunburst Colour
1980's model
Locking nut
Dunlop Bullet Strap
Serial number: N3099865 (update 15/04/2009)
I look at you all see the love there that's sleeping
While my guitar gently weeps
I look at the floor and I see it need sweeping
Still my guitar gently weeps
I don't know why nobody told you
how to unfold you love
I don't know how someone controlled you
they bought and sold you
I look at the world and I notice it's turning
While my guitar gently weeps
With every mistake we must surely be learning
Still my guitar gently weeps
I don't know how you were diverted
you were perverted too
I don't know how you were inverted
no one alerted you
I look at you all see the love there that's sleeping
While my guitar gently weeps
I look at you all...
Still my guitar gently weeps
p/s: Sesiapa yang terbaca entry ni dan ada info mengenai guitar bass aku, tolong inform aku ye? Terima kasih.
16 ulasan:
sorry to hear the bad news dude.
mungkin ada hikmahnya..
No problem dude..
Try to search for the "hikmah"..hmm
sabar le beb. aku pon ralat gak bila baca sms ko pagi tu. aku dah inform "kengkawan" kat wangsa maju tu tapi tak reply lagi.
Takpe. "Kawan" tu aku dah call. Dengan "kawan" yang satu lagi... Pelan2 katanyer...
berat mata memandang berat lagik bahu memikul..
ada rezeki dapat ler balik or ganti baru.
hehehe...sarong je che guevera steel toe ko...hehehehe...
bro kasi upload la gambo bass ko...bukan sume org tau rupe bass ko...aku pun xtau camne rupe bass ko...walaupun penah ikot ko g jam...hehehehe
eleh 10tonmind ko bukan ke dulu main bass ke...??
uit...ekau ni sapo...takat gune ananymous baik xyah comment
dulu main la...skg dah x main...dah lame tinggal...chord pun dah x tau hehehehe...ape la ko....tapi aku rase mcm tau je sape ko
Puki emak ko Zan kau ingatkan penyokong PAS rupanya penyokong rock metal muzik muahahaha..celaka hidup rock mampus PAS!
Salam perkenalan brader,
Tersinggah kat blog ni selepas meng'google' lagu m nasir. Brader ni mesti bassist otai ni. Itu pencuri mmg sial ! 1980's Fender Jazz Bass susah mau cari worr...
apalagi grab la Peaver Cirrus 5-String Bass cam ko letak kat blog tu..yang kat armcorp fender p-bass 78 ko tak minat?
Syam..
Pergh..mana datang otai beb. Kebetulan rezeki wa dapat beli bass tu dulu. Dan mungkin dah tersurat jodoh wa ngan dia tak lama..huhu
MK..
Peavey tu dah congak2 ada dalam RM 5k gak. Pastu kena pegi S'pore lak..huhu. Tunggu la ada modal baru amik..
sad to hear it bro. sabar... BELI BARU PUNYA!!!!
One sweet day Mus..one sweet day.
Catat Ulasan