Isnin, 11 Mei 2009

Lefthanded & kawan-kawan..

Nak besar klik kat gambar..
Bila kali terakhir korang layan konsert rock dekat stadium Negara? Aku mengaku aku tak pernah layan konsert kat sana hatta konsert dangdut sekalipun. Jadi inilah masa dan ketikanya kalau korang nak merasa & mengimbau kembali zaman2 dimana konsert rock tengah happening suatu ketika dulu yang banyak ditaja oleh syarikat2 rokok. Inilah konsertnya.

Bukan setakat nak merasa feel konsert. Kalau korang kenal Shima masa lagu teringin, dan korang kata dia minah pop korang silap. Asal2 minah tu dulu memang rock. Dia ganti Ella dalam The Boys. So kalau nak tengok macamana gayanya Shima rockin' memang kena datang konsert ni.

Dulu ada 1 band kat Malaysia yang ada dua gitarist & dua2 main guna tangan kiri, Scandals. Opie & Abu Zamin aka Joe dalam band tu dulu. Tapi sekarang ni kalau korang nak tengok macamana gayanya dua gitarist kidal berentap di zaman LRT dan komuter ni, memang korang kena datang konsert ni.

Jadi apa lagi? Tak cukup 3 sebab aku kasi kenapa korang kena datang konsert ni? Dah, pegi amik diari, IPhone, Blackberry korang & catit dalam reminder..

Tarikh konsert : 30 May 2008
Tempat konsert: Stadium Negara
Masa konsert : 3pm - 11pm
Tiket konsert: RM 48, RM 68, RM 88

p/s: Sapa nak amik gambo poster kat atas tu untuk promote kat blog memasing dialu-alukan. Tak yah nak mintak2 kebenaran.

17 ulasan:

matakucing berkata...

fuyew...lajunya promo hehehe...agak2 shima bwk lagu ape yer?

Syamsulfaiz berkata...

Konsert best ni bro! Tolong ambik gambar/video dan tampal dlm blog ni. Aku tak dapat nak balik tgk ni.

Cheers..

zan berkata...

MK..
Ntah la. Aku pun tak tahu. Tapi rasa2 lagu ballad kot. Ku kehilangan cinta 3 dimensi mungkin?
Tapi kalau pencinta..leleh.

Syam..
Kalau lepas kamera bawak masuk, insyaallah aku amik video barang selagu dua..hehe. Kalau ko nak flyers version h/copy pun aku ada lagi ni.

deaf-angel berkata...

Zan

Scandals Juara Juara Rock 2 nye line up reunion ke untuk ni show?

zan berkata...

Deaf
Aku tak tau line-up Scandals. Yang aku tau Joe pernah ada dalam line-up tu sebelum masuk Wings.

deaf-angel berkata...

yang ko cakap dua kidal tu
Man Kidal ngan Joe Wings eh?
or Opie and Joe together?

kalo Opie n Joe together, mesti best ler

zan berkata...

Joe n Man Keedal la Deaf.
Opie tak masuk dalam ini filem..hahaha

tentonmind berkata...

nanti aku amik poster tu yob hehehehehe...

berteromber berkata...

hmmm kat KL ek...ko tolong review baik2...aku baca kat sini je la..tapi Nash takder...macam kureng skit la..

- berkata...

mesti gempaq giler arr konsert neh! rasa macam nak pegi lak!

thanks 4 u'r comments :)

zan berkata...

berteromber
insyaallah kalau aku dapat follow full konsert. Pasal hari konsert tu kitorang bukak booth la pulak..hm

Lara
Meh la datang. Ada Bunkface tau siang tu..hehehe

Hazrey berkata...

Ini battle of 2g bro. Satriani dgn malmsteen. Boleh sasau kalau x pegi tengok. Gilaaaaalah

zan berkata...

Betul tu bro. Kasi turun la. Support rock scene balik..hehehe

deaf-angel berkata...

wah... lawa ler design blog baru

speedrider berkata...

konsert best yang aku tak dapat pergi. erm.. BUNKFACE opening ker??? Aiyark~ (taknak komen) hahahahahaha

zan berkata...

Takpe Mus. Paham hang jauh di atas sana..hehehe. Tolong support pun dah cukup bagus.

Apa yang lawo deaf? Pening aku nak godek2 lagi blog ni..hahaha

ajie berkata...

cambest jer konsert ni....tp takleh nak gi...huh

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...