Nak besar klik kat gambar..
Bila kali terakhir korang layan konsert rock dekat stadium Negara? Aku mengaku aku tak pernah layan konsert kat sana hatta konsert dangdut sekalipun. Jadi inilah masa dan ketikanya kalau korang nak merasa & mengimbau kembali zaman2 dimana konsert rock tengah happening suatu ketika dulu yang banyak ditaja oleh syarikat2 rokok. Inilah konsertnya.

Bukan setakat nak merasa feel konsert. Kalau korang kenal Shima masa lagu teringin, dan korang kata dia minah pop korang silap. Asal2 minah tu dulu memang rock. Dia ganti Ella dalam The Boys. So kalau nak tengok macamana gayanya Shima rockin' memang kena datang konsert ni.

Dulu ada 1 band kat Malaysia yang ada dua gitarist & dua2 main guna tangan kiri, Scandals. Opie & Abu Zamin aka Joe dalam band tu dulu. Tapi sekarang ni kalau korang nak tengok macamana gayanya dua gitarist kidal berentap di zaman LRT dan komuter ni, memang korang kena datang konsert ni.

Jadi apa lagi? Tak cukup 3 sebab aku kasi kenapa korang kena datang konsert ni? Dah, pegi amik diari, IPhone, Blackberry korang & catit dalam reminder..

Tarikh konsert : 30 May 2008
Tempat konsert: Stadium Negara
Masa konsert : 3pm - 11pm
Tiket konsert: RM 48, RM 68, RM 88

p/s: Sapa nak amik gambo poster kat atas tu untuk promote kat blog memasing dialu-alukan. Tak yah nak mintak2 kebenaran.