Isnin, 27 April 2009

"Tuju-Tuju" untuk yang tersayang..

Aku mempunyai tabiat susah untuk membeli album ataupun vcd / dvd cerita & artis baru. Memang aku lebih minat mencari cd ataupun cerita yang lama-lama. Lebih kepada untuk membuat koleksi. Tetapi untuk pertama kalinya aku telah membeli cd satu kumpulan baru yang baru saja mengeluarkan album mereka (walaupun album ni dah siap dirakam hampir dua tahun lamanya)..hahahaa

Sonar - Sihir Untuk Yang Tersayang adalah album yang aku maksudkan. Dirakamkan di studio Luncai Emas dan diedarkan oleh Universal, album ni mempunyai 10 buah track yang mana kesemua lagu dan lirik ditulis oleh penyanyi kumpulan ini sendiri, Islah 5. Sekali imbas, lagu-lagu kumpulan ni mempunyai pengaruh dari Deep Blue Something, Smashing Pumpkins dan sedikit Pearl Jam. Memang agak kuat pengaruh muzik 90-an kan? hehehe





Gambar inlay dan cd berlatar belakangkan poster Jibam

Secara keseluruhan, kualiti bunyi pada aku memuaskan (tak boleh nak kasi perfect lagi). Kualiti lagu juga baik. Mereka bermain sendiri untuk lagu-lagu dalam album ni. Cuma dari segi lirik yang aku rasa ada banyak ruang untuk diperbaiki. Mungkin pengaruh lagu-lagu zaman 80 - 90an yang masih kuat menebal dalam kepala otak aku yang membuatkan aku kurang untuk menerima lirik-lirik yang "terus ke sasaran" ni. Tapi album ni memang berbaloi untuk dimiliki sekiranya ingin mendengar genre rock modern dan "straight forward"dan juga sedikit sentuhan klasik rock. Mungkin juga kumpulan ni mampu bertahan lebih lama sekiranya mengekalkan konsep seperti dalam album ni dengan sedikit penambah-baikkan pada album yang akan datang (kalau ada la..).

Agak-agak muka dorang cukup hensem tak untuk dijual? hahaha

Track list:

1. sungguh!!!

2. cuma dia (favourite radio airplay)

3. ritual penyerahan jiwa

4. dia adalah kecantikan

5. gian untuk bersamamu

6. sianida (funky tune)

7. indah

8. suara tanah (lagu patriotik..bagus!)

9. september berdarah

10. derita berwajah pesona

p/s: Ini adalah pendapat peribadi aku saja. Kalau korang rasa tak ngam, pergi beli album ni dan dengar sendiri pastu komen dalam blog korang. Boleh gak kita kongsi ilmu kan?

Pautan untuk belian secara online di sini:-

8 ulasan:

PASlu berkata...

sHe pHa dijo...

berkata beliau bukan sengaja membuat dakwaan itu tetapi berdasarkan jawapan pelajar universiti di Melaka sendiri, hasil perjumpaan mereka baru-baru ini.

universiti di melaka?
oh.berapa banyak sangat U kat melaka?
yg penting aku takde masa diorg buat soalselidik tersebut haha
(tetiba terasa sbb belajar di melaka hehe)

Buang je pensyarah sial macam tu. Tahu nak kondem saje padahal dia makan gaji buta je penuh iri hati..

deaf-angel berkata...

baru aku tahu ada group nama Sonar baca blog ko

zan berkata...

Vox dia ni ex-schoolmate aku dulu Deaf.

Kira promote member sendiri gak la ni..hehehe

deaf-angel berkata...

kira kawan sekolah ko glamer2 jugak eh.
Sonar, Saujana.

matakucing berkata...

seattle sound ker

zan berkata...

Tak berapa nak seattle sangat MK pasal sound engineer edit jadi lain (kata vocalist dia la kat aku)

Dorang prefer sound2 ala SP early days..siamese dream, mellon collie..sound garage.

Deaf..
Kawan sekolah yang glamer. Wa macam ni gak..hahaha

ajie berkata...

aku ingat poster jibam tu cover album diorg...haha

zan berkata...

Menarik gak idea tu..hahaha

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...