Tiap2 konsert mesti ader part medley kan? Toto punyer part medley tak perform full band. Dorang cuma hantar Greg Phillinganes untuk perform lagu2 dorang. Memang sebelum tu Steve Lukather ada janji akan main semua lagu2 top dorang. Tapi aku memang tak bajet dorang cuma perform guna keyboard je..huhu. Antara lagu yang dorang cover ialah Georgy Porgy, Child’s anthem, 99, Lion, I’ll be over you (frust betul aku pasal dorang tak perform lagu ni full band).
Lepas je habis part medley tu, semua ahli band masuk. Dorang nyanyi intro satu lagu ala2 ballad sket..nyanyi lak ramai2. aku memula memang tak dapat nak cam, pastu terus excited pasal dorang perform “Rosanna”. Terus aku buat video guna Cybershots aku..huhu. memang gempak la dorang. Pastu show dorang bersambung dengan lagu Pamela, Gift of Faith, Hold The Line, I Supply The Love dan banyak lagi lagu (aku lupa tajuk..huhu)
Masa lagu Hydra, dorang buat long arrangemnet. Kasi can kat Simon Philips bantai drum dia..huhu. memang mamat tu tua kutuk tak sedar diri. Tepat giler timing dia rolling drum dia. Memang tak der miss la..
Habis solo drum, dorang perform 2 lagu lagi sebelum semua orang hilang. Crowd dah jerit “encore”..aku tau tu semua taktik je.. Kemudian dorang semua masuk & Simon Philip ketuk drum untuk intro lagu berjantu dorang. Ape lagi..”Africa” la..
Penonton tak kira bangsa berjoget & menyanyi sama2 dorang. Cuma yang tak ngam, bukan David Paitch yang bawak lagu tu. Tapi Greg Phillinganes sampai kantoi2 main. Lukather jeling semacam je..hehehe. Ending lagu tu pun sempoi. Memula Bobby Kimball keluar, kemudian Tony Spinner, kemudian Leland Sklar, pastu Lukather, Greg Phillinganes & last skali, Simon.. Lukather sempat menjerit “Thanks for tonight, see you in Japan”..huhu..Jauh tu..Show habis pukul 11.20 pm. Memang terasa syok sangat dapat tengok band pujaan perform depan mata. Tapi kesimpulan yang aku dapat, dorang tak buat konsert malam tu. Dorang Cuma jamming je. Ye la... maybe dengan line-up yang x cukup, dorang malas nak bersungguh-sungguh sangat. Tapi itu pun dah cukup gempak. Ape lagi kalau dorang henjut full-blast. Sound jangan cerita la. Dah nama orang putih, sound macam depan muka je keluar. Benda ni aku rasa orang Malaysia kena kaji. Sound artis Malaysia tak macam sound dorang2 ni la..
Antara artis2 yang aku perasan sebelum, semasa & sesudah konsert, Yazid Search & his family, Faizal Tahir (tak habis2 dengan Queen dia), Dada (percussionist n Sessionist), Mustafa Kamal (??) pelakon tu..Joey BPR (kalau tak silap la). Ni je yang aku perasan. Maybe ader lagi cuma aku tak nampak @ jumpa.
Toto meninggalkan Malaysia dengan seribu satu pengalaman yang best (pada aku la, orang lain aku tak tau). Tak rugi aku beli tiket RM 150.00. Walaupun mahal, tapi memang puas sangat. Cuma lagi puas kalau dorang dapat main I’ll be Over You, I Won’t Hold You Back, While My Guitar Gently Wheeps..huhu. Giler lah..
p/s: Kepada Deaf.. Sori la kalau ulasan aku ni tak memenuhi kriteria ko. Aku kena menuntut dengan ko ni cara2 nak buat ulasan konsert yang dahsyat macam ko selalu buat tu..huhuhu
p/s1: Untuk tengok gambar2 sekitar konsert klik sini.
3 ulasan:
Untuk mengelak tragedi sama berulang kembali, dan demi keselamatan anak-anak kita, kami sedang menganjurkan kempen ke seluruh dunia, memaparkan gambar NURIN JAZLIN JAZIMIN di blog-blog di seluruh dunia pada 25 April 2008. Janganlah kita melupakan NURIN JAZLIN.
David Santos
best ah!!
walau aku tak pegi pun hahaha.
'll be over you takde ah?
'i wont hold you back takde ah?
aku nengok setlist indon, takde lagu "i'll remember" pun..
Toto banyak sangat lagu gerek tu pasal kalo tak mau 4 jam kat stage.
Tapi dorang pro kan? Dah dengar sound dan persembahan cam dorang, nengok dorang relaks je best eh.
Experience ler kira.
nanti aku ada time nak gi godeh2 apa ko dah link2 tu semua hahaha.
"I'll be over you" dorang bantai medley guna keyboard..
"I wont hold you back" dorang tak main..
"Bothisatva" & "while my guitar.." pun diorang tak main..
Aku terpengaruh dengan setlis 25th years anniversary.. Tu yang agak upset sket..Padahal konsert ni promosi untuk "Falling in Between"..memang la dorang tak bawak lagu2 tu..
Plus keyboardist yang ternyata tak boleh nak ikut sebijik macam David Paitch nyer main (walaupun dalam resume dia penuh dengan kerja2 session artist2 hollywood)..
Sori lagi skali Deaf pasal aku tak dapat nak tangkap semua setlist lagu yang dia main. Next time kalo ade rezki kena beli recorder gak la..wat macam kau..heheh
Catat Ulasan