Petang 15 hb aku dapat miscall dari satu no. aneh. Aku return call. Rupanya amoi dari Axces Ticket nak maklumkan kat aku yang Toto punya konsert kena delay pasal kargo barang2 dorang baru sampai dari Bandung petang tu. Dah hilang sikit keterujaan aku. Tapi memikirkan yang nak datang ni Toto, semangat tu datang balik..huhuuh


Petang 16 hb, aku keluar rumah pukul 5.30 pm. Bawak kereta dengan tenang melalui hiway KESAS, potong ikut Puchong terus menuju Cyberjaya. Sampai sana dalam pukul 6.30 pm. Sempat lepak dengan member aku yang kerja kat
EDS Cyberjaya cerita pasal politik pasca PRU 12..hahaha.

Pukul 8.30 pm, aku dah terpacak dekat lokasi konsert. Orang baru nak ramai. Maklumlah, hujan baru berhenti di Cyberjaya. Parking kereta agak becak dengan tanah merah. ada guest band dari Kuala Lumpur, cover unplugged lagu2 EWF, Toto & 2-3 band yang aku dah lupa. Sempat sambar t-shirt konsert untuk Tour 2008 ni. Agak frust pasal tulisan kat belakang untuk venue di Malaysia ni Stadium Negara. Apsal dorang tukar lokasi, teman pun tak boleh nak jawab..

Toto muncul pukul 9.20 pm, lewat 20 minit. Tapi tak kesah. Dorang band yang memang dah ada nama yang gah (satu dunia kenal tu). Aku pernah tunggu dekat 1 jam lebih untuk tengok konsert band tempatan (cerita lain). Kira kalau lewat bawah ½ jam tu, memang boleh dimaafkan sangat2 la..

Walaupun aku ni memamng minat dengan dorang, tapi aku ni bukan la dalam kategori kipas-susah-mati. Kira banyak lagu2 dorang yang aku tak tau @ tak der. Jadi tajuk openning song dorang memang aku tak tau. Tapi memang groove giler la..dah nama Toto kan? Lagu ketiga dorang baru dorang main lagu dalam album “Falling in Between”. Tak silap King Of The World. Kemudian Steve Lukather membebel @ buat lawak. Mamat tu memang bagus la. Pandai dia handle crowd (dah nama otai kan?). Kemudian terus masuk lagu “Falling In Between”...