Semalam aku dan mata kucing yang boleh berjalan telah ke Amcorp Mall. Selain daripada menambahkan lagi koleksi cd kitorang (dan juga menipiskan kocek masing-masing) antara acara wajib ialah melepak di mamak bawah tepi escalator. Kebetulan semalam ramai pulak ahli-ahli mesyuarat tingkap dan topik yang disembangkan pun juga menarik. Secara tak langsung aku mendapat satu lagi ilmu baru (walaupun ilmu dunia, masih tetap ilmu bukan) dan aku rasa nak berkongsi disini.
Selalu kedengaran yang negara kita ketandusan konsert artis luar (lebih tepat konsert rock artis luar). Ramai yang mengharapkan band2 terunggul dan lagenda macam Metallica, Iron Maiden, Loudness dan lain untuk datang mengadakan persembahan disini. Tapi mungkin kita tidak pernah nak amik tahu kenapa band2 ni tak nak datang Malaysia. Selain dari kekangan dari pihak kerajaan, ada juga sebab2 lain yang membantutkan hasrat kita untuk melihat mereka beraksi di depan mata.
Faktor utama ialah DUIT. Band2 ini mengenakan charge ikut kepada rate negara mereka, bukan negara kita. Amik contoh Scorpions. Mereka mengenakan charge sekitar Euro 150,000 ke Euro 250,000 untuk satu kumpulan. Ini baru harga kumpulan ok, belum masuk harga krew dan peralatan dorang. Katakan lah harga untuk krew dan peralatan adalah Euro 100,000. Jadi disini sahaja sudah Euro 300,000 (amik rate band Euro 200,000).
Kemudian masuk bab kemudahan. Penganjur perlu sediakan pengangkutan di sini dan juga tiket kapal terbang mereka beserta krew. Demand untuk rockstar seperti yang kita tahu...hahaha. Untuk Scorpions dipahamkan mereka mahukan kereta bertaraf limosin sorang sebijik sebagai pengangkutan mereka di sini. Jadi agak2 berapa kos untuk pengangkutan sahaja?
Kemudian masuk pula bab penginapan. Untuk artis sebesar Scorpions, takkan penganjur nak letakkan di hotel Sri Malaysia kan? Sekurang-kurangnya hotel seperti Mandarin Oriental atau setaraf dengannya yang terpaksa pihak penganjur sediakan. Untuk satu bilik suite boleh mencecah RM 300 - RM 500 semalam. Rockstar takkan nak berkongsi bilik bukan? jadi boleh kira berapa banyak bilik yang perlu disediakan oleh penganjur? hehehe
Kemudian penyediaan untuk permit bekerja. Dipahamkan permit bekerja untuk warga asing mencecah RM 2,500 satu kepala. Seperti sedia maklum band2 rock luar akan membawa team mereka sendiri yang terdiri dari guitar tech, drum tech, sound engineer, monitor engineer, lighting engineer, rowdy dan krew2 lain. Katakanlah kekuatan team ni ialah 20 orang. Maka RM 50,000 perlu dikeluarkan oleh pihak penganjur untuk permit kerja sahaja. Ini belum masuk PUSPAL lagi. Bond jaminan bank perlu disediakan mengikut rate ini.
Tiba untuk part venue. Band besar seperti Scorpions tentunya perlukan venue yang besar dan open air (kecuali dah memang konsert unplugged / orkestra). Sewa untuk stadium (disini ambil contoh Stadium Merdeka) menjangkau RM 200,000 untuk sehari. Stadium perlu disewa sekurang-kurangnya 4 hari ke seminggu untuk persiapan pentas dan sebagainya. Sewa stadium saja dah menjangkau RM 800,000 ke RM 1 juta...banyak bukan? Jangan lupa yang pihak penganjur juga terpaksa menanggung 15% cukai hiburan dan cukai perkhidmatan. Tu belum masuk income tax, insurans..bla..bla..
Ini kos2 yang memang nyata. Belum dicampur kos2 yang terlindung (promosi radio & tv, tiket, security, makan krew etc..etc..). Kalau kita campur kos dari awal tadi boleh mencecah RM 5juta (dan mungkin lebih!) untuk kos penganjuran sahaja. Pihak penganjur akan estimate berapa jumlah pengunjung yang datang untuk mendapat break even. Katakanlah target audience adalah 20,000 penonton maka harga tiket mungkin diparas RM 250 (plus minus). Dan standard orang Malaysia akan kata yang harga tiket adalah mahal!
Pernah tak kita terfikir kenapa konsert2 di Singapura harga tiket semua mahal? Tak payah convert currency pun dah cecah SGD 100++ bukan? Kalau diambil kira kos nak anjurkan konsert artis rockstar ni, rasanya takkan ada promoter yang sanggup...huhuhu
bersambung...
p/s: Sebelum tu, aku nak kasi kira-kira sikit seandainya nak bawak masuk IRON Maiden ke Malaysia...
Bayaran untuk SETIAP ahli = RM 1juta (Maiden ada 6 orang bukan?)
Rate parking kapal terbang kat KLIA = RM 200,000 sehari
Boleh agak berapa kos nak bawak masuk Iron Maiden? hehehe
p/s: kira-kira yang aku gunakan didapati dari seseorang yang biasa berurusan dengan artis luar / agent mereka. Angka2 yang diberikan mungkin tidak 100% tepat tapi boleh digunakan sebagai rujukan.

6 ulasan:
thanx for sharing ilmu ni zan...
kalau ada info cam ni untuk local concert / Singapore's Artis macam Ramli Sarip / Sweet Charity pun ok jugek...
Ni petikan yang aku dengar dri seorang yang berpengalaman terlibat dalam penganjuran konsert-konsert ni.
Kata dia, memang mustahil la sesebuah konsert tu dapat dianjurkan kalau pulangannya diharapkan dari kutipan tiket.
Di sini peranan penajaan begitu penting. Amalan praktik yang telah biasa digunakan.
Dia kata tak mustahil untuk konsert-konsert mega, cuma perlu team yang baik untuk menarik penaja.
Itu yang aku borak-borakkan, aku tak terlibat dalam industri ni, so tak tau sangat.
anonymous kat atas tu aku, silap tekan la plak, hehe
vovin
Portdy..
Ada bahagian kedua..heheh
Vovin..
Yup..benda2 tu akan aku ulas pada bahagian kedua nanti..
bro aku setuju and well done on the info. (bila kita nak jammin ni???)
anyway, kalau pada sponsor pulak, they wanna see Return On Investment (ROI) for their sponsorship. Normally they are expecting a RM1 = RM1 return which is mustahil. Paling tidak pun RM0.40 to RM0.45 based on their sales of product in conjunction with the event / concert.
Paling tidak pun, Axiata, among the biggest company that may sponsor such big event. Others? Genting pun ok sbb depa ada capability to sponsor. Then again, they will go back to niche market, whether those groups selari dengan target market depa. Susah bro nak cari sponsor kat Malaysia ni.
Bro Hazrey...
jamming eh? Boleh saja..hahaha
Sentuh pasal ROI..ingat nak sambung untuk part 2 nanti.. Tapi boleh la sentuh sikit..
Ikut pengalaman member tu, company yang berani nak kasi sponsor dalam amaun yang tinggi (RM 1 juta) ialah Carlsberg. Tapi kompom promoter2 kita (lebih2 lagi melayu) takut nak amik kan? ROI yang dorang demand lak ialah bukak bboth untuk jual "air". Orang kita berani? hahaha
Kes "Berbaloi-baloi" adalah contoh klasik untuk ROI. Pihak telco (tak yah sebut nama ek) menjanjikan 2 jenis sponsorship..cash n promotion. Dalam deal disebut budget unlimited. Di sini kesilapan management artist kerana menjanjikan bulan & bintang bila dengar budget unlimited. Padahal budget unlimited adalah untuk promotion (media, air-time etc..). Untuk cash hanya RM 400,000. Apa yang jadi, dari 1st konsert sampai K. Terengganu konsert tu mengalami defisit. Even kat JB yang sold out pun still defisit RM 8,000
The rest then become a history...
Catat Ulasan