Isnin, 3 Mei 2010

Double Trouble / Masalah Berganda..satu ulasan..

Perhatikan point dibawah. Ianya berkait rapat dengan entry ini.

1. Badan Awie susut tapi lengan "maintain" besar.

2. Din sampai ke venue konsert untuk 2nd sound check ketika semua artis dah balik ke hotel / rumah.

Intro:

Akhirnya "bala" semenjak 22/4 yang lepas dah selesai. Kalau nak tau, mulai 22 April tu lah tiket konsert Double Trouble ni siap dicetak dan dari saat itulah aku dan komiti S2W memulakan langkah seterusnya untuk menjual tiket (langkah awal dah dibuat seawal Press Conference pertama di laman web S2W). Boleh kata tiap-tiap hari aku dan geng-geng aku balik rumah pukul 2-3 pagi. Sampai ada hari yang terpaksa aku EL pasal dah tak larat nak buka mata..hahaha. Tapi apa ada hal, demi nak menjayakan konsert ni dan juga nak mengelakkan dari alasan orang "eh, payahnya nak dapatkan tiket.." maka kami pun menyediakan khidmat kami..ceh!

Pra-Konsert:

Dari hari pertama tiket siap di cetak & dijual dengan rupa bentuk sebenar (sebelum tu tiket dijual oleh ajen melalui resit ala-ala resit topup kat 7-11), boleh kata tiap malam aku ke Cheng Ho Wangsa Maju. Lebih tepat Mamak NZ belakang Cheng Ho tu untuk menghantar tiket dan collect duit tiket. Tipulah kalau aku kata aku tak tau setlist apa lagu-lagu yang nak main kan.. Cuma tak la secara full-version. Tapi pasal dah diamanahkan untuk tidak menghebahkan senarai lagu, maka macam biasa, "silent mode activate"..hahaha.

Apa yang aku nampak, boleh kata tiap2 malam production team untuk konsert ni akan duduk bermesyuarat di situ. Kebetulan juga studio latihan bersama Search & Wings juga berada berdekatan (Wings dah mula berlatih sendiri untuk konsert ni selepas saja tamat show ABP tempoh hari). Agak mengecewakan studio latihan yang disediakan oleh pengajur konsert untuk sesi latihan bersama ini boleh dikatakan di bawah par. Dengan soundproof yang totally out, tak payah masuk studio. Lepak bawah pun dah boleh dengar & tau apa senarai lagu yang bakal dorang bawak untuk konsert nanti. Aku dapat tau yang sebenarnya dorang dah arrange satu studio yang baik dan jauh lebih bagus dari studio yang ada tapi ada yang tak nak atas alasan jauh.. Tak nak sebut siapa la tapi bukan dari Wings...ops!

Disamping sibuk menjual tiket, kami juga pening untuk menyiapkan design & baju baru untuk keahlian S2W. Dengan masalah designer, masalah duit, masalah printer..memang betul-betul mencabar kesabaran. Ialah..mana nak pikir tiket, nak pikir baju..aduss...

Sesi soundcheck:

Jumaat 30/4 aku dah siap-siap amik cuti. Untuk buat last preparation untuk konsert ni (ayat macam konsert aku kan? hahaha). Lepas solat Jumaat, kami bergerak ke venue konsert untuk menghantar barang-barang, amik pass dan buat kerja-kerja akhir untuk booth. Time ni aku dah dapat kesan sikit problem yang berkaitan dengan sound.

Indoor arena ni walaupun namanya tertutup tapi ianya bukan tertutup sepenuhnya. Misalan yang aku boleh bagi ialah kanopi kawin yang dililit dengan kain selebar 1 meter sebagai dinding. Lebih kurang macam tu la rupanya. Jadi di sini masalah yang timbul ialah berlaku "sound leakage" dimana sound yang terhasil tak terpantul sepenuhnya. Ada yang "keluar" kerana ruang yang terdapat di antara bumbung venue dan dinding. Masa soundcheck lagi aku sempat kasitau brader Eddie yang sound bass beliau agak tenggelam dan sound gitar brader Joe "bouncing". Suasana ketika sesi soundcheck pun dah panas walaupun venue tu semi-open (macam gitar semi acoustic pulak..). Satu lagi problem. Sistem pengudaraan yang boleh dianggap fail.

Hari konsert:

Aku sampai ke venue dalam jam 11.00 pagi. Sampai-sampai je terus siap keluarkan barang-barang untuk booth S2W. Lebih kurang jam 4.00pm, siap kerja-kerja dan terus standby menunggu gate utama yang dikhabarkan akan dibuka mulai jam 5.00.

Jam 5.15 petang, penonton dah berduyun masuk. Tiba-tiba cuaca yang dari pagi panas bertukar dengan tiupan angin yang macam ribut diikuti dengan hujan lebat. Pinjam kata-kata kawan aku "sejarah 1993 berulang.." dimana menurut beliau ketika konsert Double Trouble yang pertama dulu, juga ketika hujan (Stadium Negara). Masa ni dah nampak mat-mat rock tak kira hujan selamba je berjalan didalam hujan (macam lirik Taman Rashidah Utama daa..). Dengan makwe-makwe rock, ibu-ibu rock dan anak-anak rock, boleh dikatakan dah macam hari keluarga pun ada.

Tepat jam 8.30 malam, brader Ismahalil Hamzah mengambil mikrofon dan menghangatkan suasana di dalam venue. Aku pulak dengan team S2W sibuk melayan members S2W dan juga pengunjung yang berminat untuk menjadi ahli. Sempat usha jam kat tangan ketika jam 8.45 malam. Ismahalil hamzah masih membebel lagi. Macam biasa, konsert rock kat Malaysia mana pernah mula on time kan?

8.55 malam, intro keyboard kedengaran dikuti dengan bunyi gitar menandakan konsert sudah bermula. Ketika ini, jumlah penonton yang baru lepas dari gate utama masih berduyun-duyun walaupun suasana di dalam venue dah "totally cramp". Intro "Gemuruh" kedengaran dan aku hanya mampu mendengar dari luar venue kerana menjaga booth sambil bulu roma yang ada tegak berdiri...

Antara benda yang aku risaukan kalau-kalau suara brader Awie tak keluar malam tu. Memang kalau ikut pengalaman lepas, lagu pertama boleh diambil untuk mengukur sejauh mana "rabak"nya suara Awie. Tapi ketika Gemuruh berkumandang, aku gagal untuk mengesan sebarang cela pada suara Awie..Damn! mamat ni fit habis nak tarik ni. Memang superb suara Awie malam tu. Lagu-lagu yang menjadi "benchmark" aku untuk mengukur tahap vokal Awie seperti Gema Di Inderaloka, Puisi Merdeka, Mabuk "Seven Seas", Alam Barzakh semuanya kedengaran jelas tanpa cela (aku mendengar dari luar venue).

Akhirnya peluang aku nak masuk dalam tiba tanpa disangka-sangka. Aku diminta untuk "menyembur" air ke penonton. Ini kerana suhu didalam venue yang terlalu panas sehinggakan ramai yang pitam (dikatakan ramai yang pitam ketika konsert ini berlangsung adalah wanita bertudung. Bukan aku nak katakan yang bertudung tak boleh layan konsert tapi aku syak yang pitam ni akibat jarang layan konsert rock. Senang cerita takde daya ketahanan untuk berhimpit..hahaha). Nasib baik hos getah yang aku pegang untuk sembur air tu terkoyak. Dapat la sembur sekejap je. Itupun ketika Search mengambil alih stage dari Wings dengan lagu-lagu Isi dan Kulit, Isabela, Emmanuel sebelum Wings naik kepentas untuk sesi medley bergilir-gilir.

Tepat jam 11.45 malam lagu terakhir berkumandang iaitu Pasti. Tanpa jeritan "last song" atau "encore" konsert terus ditamatkan. Masa ni aku dah keluar dari venue untuk siap-siap menghadapi serbuan di booth pula. Lupa nak cerita sepanjang konsert berlansung, jumlah penonton yang lepak di luar venue aku rasa kalau nak sumbat Planet Hollywood KL, senang-senang boleh full house (kapasiti full house Planet Hollywood KL = 1000 pax). Ramai yang tak tahan nak berhimpit lagi-lagi bagi mereka yang dah lama tak layan konsert. Yang dah lencun pasal berpeluh pun ada..hahaha. Akhirnya jam 1.00 pagi aku tinggalkan Bukit Kiara dan beramai-ramai bersama team S2W & members untuk supper..

Kesimpulan aku..

1. Tempat ni memang tak sesuai langsung untuk diadakan konsert tapi apa boleh buat. Pihak penganjur dah cuba usahakan Stadium Merdeka tapi gagal atas alasan kerja-kerja renovation masih dijalankan manakala Stadium Bukit Jalil pula telah ditempah lebih awal untuk konsert Ungu.

2. Sekalung tahniah kepada penganjur kerana berjaya merealisasikan konsert ni walaupun tanpa mendapat tajaan dari syarikat korporat. Untuk makluman, konsert Kelly Clarkson minggu lepas ditaja oleh Hotlink, konsert Tokio Hotel di One Utama pada malam yang sama ditaja oleh TM manakala konsert Ungu pula mendapat kerjasama TV3 & radio Era sebagai rakan strategik.

3. Kedengaran ada komen dari penonton mengenai mutu sound. Pada aku, tak boleh salahkan sistem bunyi 100%. Kedudukan kita dengan pentas juga perlu diambil kira. Jarak yang paling sedap untuk konsert ni pada aku ialah kira-kira 20 meter dari pentas. Ini berkait rapat dengan hukum fizik mengenai bunyi & frekuensi (akan cerita dalam tajuk lain kalau rajin). Info tambahan: Joe & Din menggunakan amp Marshall Mob Four manakala Kid menggunakan amp Mesa Boogie (aku agak Dual Rectifier).

4. Search nampak macam kurang persediaan untuk konsert ini. Solo Paranoid betul-betul hancur walaupun Din cuba nak "free-run" sampai Amy pun tak dapat nak masuk balik ke part vokal dan muzik hampir-hampir berhenti! (Untuk makluman lagu Paranoid ketika rakaman pun memang dimainkan oleh Din untuk part solo). Solo Kid time lagu Isabela juga tak dengar walaupun time ni aku berada didalam venue sambil memegang hos getah..hahaha

5. Walaupun Awie ada tersilap lirik masa lagu Gema Di Inderaloka (padahal depan mata baik punya flat screen 42 inci sebagai "prompter") tapi secara overall malam tu Awie punya performance memang terbaik. Tak sia-sia beliau masuk gym balik untuk dapatkan fitness disamping kerja-keras Wings yang mula berlatih untuk konsert ni seawal habisnya ABP 2009 yang lalu.

Setlist lagu (ambil dari blog Deaf)

Intro / Ides Of March (Instrumental Iron Maiden album Killers)
Gemuruh
Paranoid
Analogi 0.1
Puisi Merdeka
Gema Di Inderaloka

Balada Pemuzik Jalanan (Amy + Wings)
Opera Hidup (Awie + Search)
Alam Barzakh
Mabuk Tujuh Lautan
Sejati
Kau Masih Berdegil

Drum solo
Isi dan Kulit
Isabella
Emmanuelle
Cakap Memang Murah

Medley:
Rozana
Semalam Yang Hangat
Gadisku
Taman Rashidah Utama
Meniti Titian Usang
Mimpi Misteri Syakila (intro solo Intan Ku Kesepian)

Nur Nilam Sari
Guitar solo
Rock n Roll Lu Punya Suka
Pasti

Wings:

Awie
Joe - Gibson Les Paul Custom
Eddie - Musicman StingRay
Black - DW Drum

Search:

Amy
Kid - Musicman, Peavey Wolfgang
Din - Jackson
Nasir - Gibson Explorer (dari zaman Isabela gitar ni)
Yazit - DW Drum

Additional musician:

Roza on keyboardist

p/s: Sori. Entry ni takde gambar pasal aku malas nak cilok dari blog / fb orang lain...hahaha


10 ulasan:

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Cilakak. Lu kasi hukum fizik pulak. Gua bukan apa, Tiket satu harga. Tapi bila gua pergi port belakang sekali bunyi macam dengar konsert dari luar stadium. Muka tak berapa manis je orang kat belakang.

Gua kalau Search sama Wings main, memang gua harapkan tahap sound paling power. Itu pasal gua tak pernah serik datang.

Tanpa Nama berkata...

uiittt...gambo xd ke...

berteromber berkata...

nice review...selalu baca review dari orang luar...kali ni dari orang dalam...

harap2 dapat jumpa kat larkin nanti...

sinaganaga berkata...

gua dah cakap lama dah - tempat tu memang tak sesuai, bai!

Basuh Baju berkata...

bro- tq kerana betulkan maklumat gua. terasa betapa kerdilnya tahap fanatik gua kat wings dan search..haha

nice review.

bagi gua yg tak pernah ke konsert rock ni, gua rasa sound tu ok dah. part dgr tak dgr suara tu, gua tak berani ckpla. sbbpa yg gua rasa, suara penonton pun dah cukup kuat.haha

apapun, gua agak bengan bila tau takde syarikat2 korporat nak taja. konsert ungu dan tokio hotel bukan main.

padan muka kerana tak amek peluang utk support band otai yg terbukti berjaya tarik lagi ramai penonton.

yg ptg masa konsert tu gua berjaya kekalkan stamina wlpn tanpa bawak air mineral dgn tuala basah. peh- pglmn mengajar kita.hehe

tq!

ps: gua akan link kan tulisan ini kat posting gua.

speedrider berkata...

"free-run" tu macam perli aku tu.. hahahahah
Zan, harap dapat bertemu di Larkin!

zan berkata...

Pipi..
Banyak benda aku nak cerita pasal sound beb. Ari soundcheck lagi aku dah dapat detect bunyi bergaung tu..tapi tak boleh buat apa. Dah ambient venue tu tak menyokong langsung..

Emy..
Jangan malas..Pegi google..

Berteromber..
Insyaallah..Jangan lupa ke booth nanti ye..hehehe

Naga..
Nak buat camne bai, stadium merdeka tak siap renovate lagi. Stadium Bukit Jalil pulak dah kena booking ngan Wak Kang. Nak pergi stadium Shah Ala takut orang buat mogok pegang sepanduk luar stadium pulak..hahaha

BasuhBaju
Takde hal bro. Kira ok gak la lu punya knowledge pasal lu bukan totally membesar dengan lagu2 dorang. Wa bajet batch2 lu malam tu mesti pegi layan Tokio Hotel takpun layan Frinjan kan? hahaha Scene bebudak skarang ni mana mau bayar mahal2 tapi nak show best2..

Mus..
Lagu Paranoid tu memang antara lagu yang senang nak free run. Pasal solo dalam album pun memang dah berserabut. Tapi kalau dah sampai scale berterabur, muzik hampir2 nak berhenti bai! Isk..kesian Amy tak dapat nak cover masuk balik dalam lagu..

Tanpa Nama berkata...

Nice review.

beberapa soalan

1) mana hillary? kena pecat atau keluar

2) Kid macam tak bersedia? kena kena pecat lagi ke mamat ni?

3) stadium negara pun tak available ke?

zan berkata...

Anon..

1. Hillary dah di set keluar sejak konsert terakhir Awan Biru tahun lepas. Digantikan dengan Kid. Alasan? Tak nak campur masalah rumah tangga dorang..hahaha

2. Kid tak bersedia? hahahaha..no komen.

3. Stadium Negara full capacity baru 8000 - 10000 crowd je. Dengan sewa yang mahal (aircond sewa kira jam, bukan hari tau) promoter memang nak carik tempat yang boleh muat maksimum crowd. Tapi tu la...

amira karmila berkata...

Check out these Double Trouble T-shirts!
No joke!
theyre awesome dudes

http://www.amirakarmila.com/2010/04/pre-order-double-trouble.html

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...