Khamis, 2 Julai 2009

Berbaloi-baloi..berbaloi ke?

Agak penat jugak mengharungi minggu ni. Walaupun masih dalam mood "berkabung", tapi bak kata Uncle Freddie.."Show must go on". Jadi kena teruskan juga la hidup.


Minggu ni aku dah menjawat satu jawatan baru. Despatch tak bergaji untuk pembeli tiket "burung pagi" "berbaloi-baloi" untuk konsert di KL nanti. Penat beb..huhu. Merata aku merempit nak menghantar tiket yang orang pesan. Ni kalau Amy tau pasal aku ni, mau dia ajak aku jadi share partner "Cheng Ho" pulak kan?


Selain "berbaloi-baloi", aku pun dengan rela hati menawarkan diri untuk menjadi runner "Satu Wajah". Cuma yang ni rilek-rilek je la. Buka internet, bank in duit pastu tunggu masa nak kutip tiket. Tempahan pun tak ambil banyak. Modal tak berapa nak ada kan?


Datang pula panggilan "puaka" dari kawan aku.."VCD Sweet Charity untuk konsert Hari Bapa @ PWTC dah keluar. Siap dengan t-shirt konsert masa kat Singapore itu hari. Ko nak tak?". Panggilan yang betul-betul membuatkan aku terpikir..kenapalah masa-masa ni semua benda best nak keluar? huhuhu. So, jadi runner lagi untuk barang-barang ni. Tolong kawan-kawan yang tak tau nak carik kat mana. Dapat gak pahala kan? hahaha.


Jadi aku buka juga la di sini kalau-kalau ada yang nak beli t-shirt & vcd ni. Link asal di sini dan mamat ni adalah kawan aku. jadi korang boleh beli melalui aku jugak.


p/s: Kasi entry ringan-ringan dulu la kan? Malas nak pikir sambil menulis ni. Selamba je ko tuduh aku tengah "jiwa" ye MK? Jiwa-Jiwa Luka ke apa?

5 ulasan:

matakucing berkata...

ni nak kasi perabih duit aku jer

speedrider berkata...

mau order VCD and baju sweet Charity bro.. hehehehehehehehehe. Boleh ke pass siap2 kat Shafalizan nanti?

zan berkata...

Mus..

Saiz ape? Nanti sms aku..

deaf-angel berkata...

tak boleh bayangkan aku si zan ni sibuk buat macam2 ni.

anyway nice tshirts.

dan, vcd tu tak jual kat kedai ke apa?
zan ko dah nengok? ada tak muka ko

zan berkata...

Deaf..
Ala..benda ni buat aku seronok beb. Dapat jumpa orang, takde la kenal dalam internet je..hehehe

VCD belum tengok lagi. Baru balik dari amik stok ngan MataKucing. nanti dah lapang baru boleh layan..hehehe

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...