Khamis, 25 Jun 2009

Pergi tak kembali..

Post ini aku dedikasikan kepada gitarist merangkap sahabat merangkap president sayap2wings merangkap jiran aku dari kecik...Roshizal bin Ibrahim.

Arwah telah pergi meninggalkan kita semua pada tanggal 25 Jun 2009 jam 7.15 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Arwah pergi meninggalkan seorang balu dan dua orang anak perempuan yang berumur 9 dan 7 tahun. Punca kematian beliau seperti tertera di permit menguburkan adalah "acute myocardial infarction" ataupun "kegagalan tisu jantung berfungsi"

Aku berkongsi banyak benda dengan arwah. Beliau gitarist band kami, "panca sukma" yang nama band ni cukup tak berkenan oleh abang Eddie Wings. "Tukar la nama band tu"..tu antara kata-kata abang Eddie kepada aku & arwah. Akhirnya arwah membawa bersama nama "panca sukma" tu ke liang lahad.

Arwah adalah pengasas "sayap2wings" ketika di Multiply dulu. http://sayap2wings.multiply.com adalah hasil usaha arwah seorang yang bertujuan untuk menyatukan seluruh peminat Wings untuk sama-sama berkongsi info tentang band kesayangan mereka.

Setelah melihat perjumpaan "tidak rasmi" sayap2wings ketika showcase "21st anniversary wings @ Planet Hollywood" pada 18 Mei 2008, dengan idea beberapa orang kawan termasuk aku, akhirnya tertubuhlah satu kelab peminat yang rasmi yang siap dengan ROC yang diberi nama "sayap-sayap wings" dan beliau telah dilantik sebagai president kelab.

Arwah juga mempunyai blog, mari merepek bersama ijan tapi tak la selalu update. Mungkin kekangan kerja dan tugas selaku president kelab yang mengekang beliau untuk serius dalam dunia blog.

Hari ni, aku kehilangan seorang gitarist, seorang president, seorang sahabat dan juga seorang jiran yang memang banyak jasa dan budi terhadap aku. Semoga damailah kau di sana, di sisi Tuhan..


7 ulasan:

matakucing berkata...

tak sangka pertemuan kat amcorp last 2 week adalah pertemuan pertama & terakhir aku ngan dia. teringang lagi dialog dia " ko matakucing eh". semoga bersemadi dengan aman. Alfatihah.

speedrider berkata...

Zan, Al-Fatihah untuk Ijan.

Arwah adalah orang pertama yang akan aku panggil bila aku nak beli barang Wings - tshirt.

Arwah adalah antara orang yang aku kenal melalui internet yang paling ramah sekali pernah aku jumpa.

Arwah jugak pernah menyatakan, "kalau hang nak tau, tulah bassist kesayangan aku.." - hang la tu Zan..

Last aku bersembang dengan arwah, malam konsert Inspirasi TV3 - daripada show Wings malam tu, sampailah set-up nak ke KL tengok SEARCH 1 Ogos 2009 ni. Siap plan nak pi CM beli apa ntah, nak taruh kat gitar aku tu.

Allah lebih sayangkan dia.
Al-Fatihah.

eddie dewanaga berkata...

Allah lebih mengasihi dia...

Al-Fatihah.

deaf-angel berkata...

semoga Arwah tergolong dalam golongan mereka yang beriman dan sentiasa dilindungi Allah di sana. Amin.

berteromber berkata...

Al-Fatihah

medihebat berkata...

adakah kau tapir...? aku medi...jr ko kt kajang...ni pon membe aku "En Irwan Johnson" pemain akordion Dewangga Sakti yg bagi tau...

Portdy berkata...

Al-Fatihah untuk bro Ijan@Roshizal bin Ibrahim.


sigh, lambat dapat tahu...
dah lama lawat ke blog arwah tapi tak sempat nak berkenalan di alam cyber....



hmmm...
The last gig in the sky...

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...