Agak penat jugak mengharungi minggu ni. Walaupun masih dalam mood "berkabung", tapi bak kata Uncle Freddie.."Show must go on". Jadi kena teruskan juga la hidup.


Minggu ni aku dah menjawat satu jawatan baru. Despatch tak bergaji untuk pembeli tiket "burung pagi" "berbaloi-baloi" untuk konsert di KL nanti. Penat beb..huhu. Merata aku merempit nak menghantar tiket yang orang pesan. Ni kalau Amy tau pasal aku ni, mau dia ajak aku jadi share partner "Cheng Ho" pulak kan?


Selain "berbaloi-baloi", aku pun dengan rela hati menawarkan diri untuk menjadi runner "Satu Wajah". Cuma yang ni rilek-rilek je la. Buka internet, bank in duit pastu tunggu masa nak kutip tiket. Tempahan pun tak ambil banyak. Modal tak berapa nak ada kan?


Datang pula panggilan "puaka" dari kawan aku.."VCD Sweet Charity untuk konsert Hari Bapa @ PWTC dah keluar. Siap dengan t-shirt konsert masa kat Singapore itu hari. Ko nak tak?". Panggilan yang betul-betul membuatkan aku terpikir..kenapalah masa-masa ni semua benda best nak keluar? huhuhu. So, jadi runner lagi untuk barang-barang ni. Tolong kawan-kawan yang tak tau nak carik kat mana. Dapat gak pahala kan? hahaha.


Jadi aku buka juga la di sini kalau-kalau ada yang nak beli t-shirt & vcd ni. Link asal di sini dan mamat ni adalah kawan aku. jadi korang boleh beli melalui aku jugak.


p/s: Kasi entry ringan-ringan dulu la kan? Malas nak pikir sambil menulis ni. Selamba je ko tuduh aku tengah "jiwa" ye MK? Jiwa-Jiwa Luka ke apa?