Isnin, 3 November 2008

Maskara Shorties bersama kawan-kawan yang kita suka





Pada sabtu 1 November yang lepas, aku berjaya menghadirkan diri bersama kawan aku untuk melayan tayangan filem pendek di Rumah Pena yang dianjurkan oleh sebuah "sindiket" yang dinamakan "sindiket soljah". Aku sampai time orang tak berapa ramai, so sempat la solat dulu dalam Rumah Pena tu. Kira berjaya gak la aku jejakkan kaki ke Rumah Pena..hehehe



Ikut jadual tayangan mula pukul 8 malam tapi seperti biasa yang berlaku di Malaysia ni, tayangan dimulakan kira-kira jam 8.30 malam. Naik letih aku melayan lagu "Bikin Filem" nyanyian M.Nasir yang diputarkan berulang-ulang demi untuk memberikan mood filem pendek..





Awal-awal lagi dah ditekankan didalam blog mereka ketika promosi filem ini bahawa tiada unsur-unsur komen atau kritik sepanjang tayangan dijalankan. Hanya tayangan semata-mata. Jadi, aku pun layan je la kesemua filem yang ditayangkan. Purata filem durasinya 10 minit je (nama pun filem pendek). Ada yang menyeronokkan dan ada jugak yang "kureng" (biasa la tu).



Yang membuat aku agak kagum ialah mengenai bilangan penonton yang hadir. Pernah gak la aku layari blog penganjur ketika MASKARA yang lepas2 tapi tak de la sebanyak malam minggu tu. Memang kagum aku walaupun promosi hanya melalui internet. Dahsyat giler (bak kata Awie dalam Zombie Kampung Pisang). Ketika di pertengahan majlis, acara diberhentikan untuk memberi ruang kepada pelancaran buku terbaru terbitan mereka iaitu "Romlah: The Untold Story" yang disempurnakan oleh sutradara terkenal seantero Kampung Pisang, Mamat Khalid. Pyan Habib juga ada untuk mengiringi Mamat Khalid. Acara kemudiannya disambung sehingga kira-kira 15 minit sebelum jam 12.00.



Secara keseluruhan, majlis tersebut kira berjaya pada aku yang baru pertama kali menjinakkan diri dalam MASKARA ni. Kalau betul bajet dorang, aku mungkin dapat merasa mee goreng malam tu..hehehe. Tapi, kira penganjur boleh berbangga atas kejayaan mereka malam tersebut. Syabas mere bette..

10 ulasan:

Sindiket Soljah berkata...

"Ikut jadual tayangan mula pukul 8 malam tapi seperti biasa yang berlaku di Malaysia ni, tayangan dimulakan kira-kira jam 8.30 malam."

tak betul ni. memang ikut jadual, tayangan mula pukul 8:30. tak percaya tengok poster (yang ada kat blog ni).

http://1.bp.blogspot.com/_JHasYZRLyvw/SQ7kYzP5ObI/AAAAAAAAASg/aRZ5gJ0x57Q/s1600-h/maskara+shorties+011108+(3).JPG

terima kasih kerana hadir.

spyz berkata...

ohh.. bro pun ada..
ada nmpk semalam, tapi tak tau plak itu lu...

sbg wakil penganjur, wa mintak maaf la atas bbrp kekurangan.. bajet yg dtg maksimum pun 100 org.. sekali tgk, amibik kau..

p/s wa sekali-sekala singgah jugak blog ni. saja nak tau perkembangan muzik

zan berkata...

Hahaha..
Kira memang on schedule la ek? Silap la plak..sori en. penganjur..

Spyz..
Wa tak berapa nak perasan lu..
Celebrity2 yang lain wa ada gak perasan macam tok rimau (sembahyang sebelah dia), vovin, pipi, op (sempat tegur lagi)..lain kali celebrity soljah kena pakai tag khas kot..hehehe

Thanks kerana datang melawat..

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

apsal lu tak cakap nak mee goreng..?? kuasa pembahagian mee goreng di tangan gua malam tu..

jiGOMorrison berkata...

Pipi,
Patut la wa tak dapat makan mee goreng malam tu, rupanya lu yang tukang bahaginya. Chais!

Zan,
Terima kasih datang memeriahkan majlis. Semua Sol-Jah semua pakai tag la malam tu. Wa perasan lu kejap ke depan kejap ke belakang, tapi sikit pun lu tak sudi nak singgah belek-belek buku kitorang ya? Anyway, harap sudi datang lagi ke MASKARA yang lain juga. Heh!

zan berkata...

Pipi..
Wa tak kisah pasal malam tu dah plan nak pekena Soft Crab" kat william..haha

Jigo..
Pergh..pedih tu beb. Wa habis RM 50 beli buku soljah malam tu. Nasib Mat Jan tak keluarkan resit la. Kalau tak wa dah paste kat sini..hahaha

deaf-angel berkata...

menarikkkkk
something different eh

Sindiket Soljah berkata...

Arramak! Ya, ke? Hehehe.. Sori bro, salah tembak! Jumpa lagi di MASKARA lain. Jangan serik!

Rgds,
JIGO

Tanpa Nama berkata...

oit...bukan aku pegi ngn ko ke malam tu...hehehehe

zan berkata...

ye la..ye la..dah letak link dah..hehehe

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...