Selasa, 27 Mei 2008

Wings Live @ PH 25/05/2008 - The Journey Continued

1. Setlist Wings hampir sama macam minggu lepas (18/05/2008) kecuali tambahan lagu "gemala saktiku" dan "ranggi metropolis"

2. Mus dikhabarkan demam setelah pulang dari Kuching. jadi sesi Mus malam tu terpaksa ditiadakan.

3. Jojet kelihatan lebih "segar" malam tu tapi terlalu banyak ad libs masa beliau memainkan lagu-lagu Wings hinggakan Awie boleh "terkedu" ketika lagu "Bazooka Penaka".

4. Sesi malam ni dikhabarkan akan diabadikan dalam bentuk vcd / dvd (seperti mana yang diemelkan oleh Joe Wings kepada Ijan)

5. Keseluruhan Wings mengambil masa hampir 3 jam tanpa henti ketika mengadakan konsert. Lama tu.

6. Untuk gambar sekitar konsert dan video klip "unofficial", sila klik sini.


5 ulasan:

carvedijan berkata...

3. Man Greng kelihatan lebih "segar" malam tu tapi terlalu banyak ad libs masa beliau memainkan lagu-lagu Wings hinggakan Awie boleh "terkedu" ketika lagu "Bazooka Penaka".

Jojet le bang

zan berkata...

Apsal aku boleh tersebut Man Greng ni? Memang nak kena jam kat studio dia ni.

Pembetulan telah dilakukan.

deaf-angel berkata...

jadi live recording is 2nd nite la ye? 1st nite takde?

carvedijan berkata...

takde....Bro Joe Wings kata gambar ngan sound kurang cantik

zan berkata...

Aku masih mengatakan suasaan di PH memang tak sesuai untuk buat recording live berbanding dengan Orange pasal keluasan PH yang..alahai..

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...