Satu ketika dulu, takde satu band pun yang sudi nak amik aku sebagai line-up dorang..haha. Tapi tu dulu. Sekarang ni ada lebih kurang 3 band *full commitment & satu band *kawan-kawan Multiply yang aku "jahanam" kan muzik dorang..hehe.

3 band yang aku kena kasi komitmen penuh ni genre muzik dia lain-lain. Dan tiap-tiap band ni ada sasaran dan "mimpi" yang tersendiri.

Band #1 ialah band yang ditubuhkan untuk merakam muzik dan lagu sendiri. Buat masa ni band ni sedang dalam perancangan mengumpul material dan membuat persediaan untuk pertandingan muzik sekitar bulan Julai dan Ogos tahun ni. Band ni jugak pernah mencuba nasib untuk merebut RM 50,000.00 dalam pertandingan kugiran anjuran RTM tapi kandas ketika peringkat saringan..heheKira band #1 ni ala-ala indie band aku la.

Band #2 aku adalah band yang dianggotai oleh kawan-kawan disekeliling kejiranan aku. Band kami cuba untuk menjadi band yang "membayar penuh" untuk Wings. Lagu-lagu yang kami biasa mainkan adalah dalam genre rock kangkang dan semestinya lagu-lagu dari kumpulan Wings sementelah gitaris aku pun adalah seorang yang kidal seperti Joe Wings..hehe

Band #3 plak terjumpa hasil dari sesi jamming suka-suka antara kenalan dalam Multiply. Mula dari sesi cover lagu-lagu "Megadeth" dan lagu-lagu rock kangkang omputih terus kepada cita-cita untuk merakamkan satu album berkonsep "tribute to Megadeth and all classic rock band". Band yang memang unik kerana dianggotai oleh pasangan laki-bini dimana si bini bukan bertindak selaku vokalis sahaja, malah turut memukul drum..huhu. Bayangkan Nick Menza versi perempuan..tak terbayang yob.

Band suka-suka aku pulak band kawan-kawan dalam Multiply. Konsep band lebih kepada rock melayu. Tak kira rock ketat atau rock kuntum. Baru jamm sekali tapi ada ura-ura nak jamming lagi. Line up band berterabur seantero semenanjung (drummer aku kerja kat Kelantan tuh..). Belum ada arah tuju, mungkin sekadar suka-suka je kot. Ok gak tu. takkan semua benda nak serius je kan?