Khamis, 13 Mei 2010

Tafsiran Budiman Ramli Sarip..Satu Ulasan


Tafsiran Budiman..Tafsiran Alam..Aku pun tak pasti apa sebenarnya tajuk konsert ini. Kalau ikut promo dalam suratkhabar dan atas tiket konsert tulis Tafsiran Budiman. Tapi dekat buku program pula tulis Tafsiran Alam. Pandai-pandai la korang tafsirkan sendiri ye yang mana Tafsiran yang lebih sesuai..hehehe


Konsert ini telah berlangsung untuk dua malam berturut-turut. Aku ambil keputusan untuk pergi pada malam kedua (11 Mei 2010). Rasa hati aku lebih "happening" berbanding malam pertama (10 Mei 2010) mengambil kira pengalaman ketika k0nsert M.Nasir di Istana Budaya tahun lepas. Tiket mula dijual ketika aku tengah busy dengan "Double Trouble". Mula-mula ingat memang tak nak pergi, tapi memikirkan bila lagi nak masuk Dewan Filharmonik ni maka aku dengan selamba menghubungi pengurus Ramli Sarip (RS), kak Juriah untuk menempah tiket. Setelah panggilan rawak dibuat, akhirnya MK setuju untuk menjadi partner aku malam tu..ahaks!


Kami sampai malam tu jam 7.30. Itu pun setelah puas pusing-pusing sekitar KLCC nak carik parking murah. Akhirnya belasah je la parking bawah KLCC sambil menyediakan "leher" untuk disembelih. Naik-naik atas terus pergi ke kaunter maklumat Suria KLCC untuk bertanyakan lokasi konsert. Dalam perjalanan ke venue, terserempak dengan Ramli M.S yang baru keluar dari Butik Bally. Tinggi jugak mamat ni kan? hahaha.

Lepas puas pusing-pusing untuk "kill the time" sambil bersembang dengan member-member aku yang datang, akhirnya pintu masuk ke dewan dibuka. Tepat jam 8.00pm aku masuk ke dalam dewan. Disini satu lagi kejutan untuk aku. Aku yang memegang tiket paling murah disuruh duduk dihadapan pentas! Jarak antara aku dengan pentas hanya lebih kurang 10 meter. Giler ah. Aku ingat format tempat duduk macam Istana Budaya. tiket murah darjatnya di atas, bukan di depan stage. Tapi apabila konsert bermula baru aku paham kenapa...

Tepat jam 8.25pm kelihatan ahli-ahli band pengiring RS mula mengambil tempat. kemudian diikuti dengan pemain strings. Akhir sekali RS masuk ke pentas diiringi dengan muzik prelude / Tersendiri. Suasana dalam dewan aku lihat sudah penuh tapi tak sesak (pasal semua orang duduk di tempat masing-masing..hehehe). Selepas 3 lagu baru RS berkomunikasi dengan penonton sambil membuat lawak..

Intro berat kedengaran menandakan lagu Keliru dimainkan. Penonton sudah mula bersorak kegirangan. Aku pun dah mula teruja seawal lagu pertama lagi. Lontaran suara RS kedengaran hampir sempurna. Tapi sound gitar agak bingit sikit dari Rafi (disini tiada gitar pertama atau kedua. Kedua-dua gitarist mengambil part yang sama). Takkan bunyi Gibson sebingit ini? Akhirnya baru aku sedar yang sound bingit tu datang dari bunyi monitor. Ya, kerana kedudukan aku yang hampir dengan pentas maka aku dapat dengar sound monitor, bukan sound house untuk konsert tersebut. Patutla tiket murah duduk depan!


Misha Omar menjadi artis jemputan pada malam itu. Lawa sungguh beliau dengan baju warna merah..pergh! hahaha. Suara beliau pun sedap! Misha berduet dengan RS lagu Zapin Berperi sebelum muncul solo mendendangkan lagu Istilah Bercinta dengan arrangement muzik yang jauh berlainan dari muzik asal hasil gubahan Haji Ismail Marzuki @ Eddie Marzuki. Disini benak ku terbuka lagi bahawa sesungguhnya bukan Ramli M.S sorang je yang boleh mengggubah lagu atau menjadi konduktor muzik. Pak haji ni pun boleh! Dan Istilah Bercinta versi Misha Omar benar-benar menghanyutkan aku ibarat melihat Celine Dion menyanyikan "I Love You" secara live! Dengan permainan saxophone dari Jimmy dan juga iringan strings, lagu ini benar-benar berbeza! (banyak sungguh tanda seruan kan?)

Syair Laila Majnun mengambil tempat dengan iringan tiupan seruling Mohar. Part tengah lagu ni betul-betul "berat" pada aku. Dengan bunyi distorion dari Man Keedal dan Rafi serta alunan keyboard dari Kudin (ex-Headwind). Kemudian disambung dengan Adam dan Hawa. Feel yang sama, berat! itu yang aku boleh cakap.

Intro lagu ni RS bercerita pengalaman lebih 25 tahun dulu. Katanya lagu ni dicipta pada jam 3 pagi kerana desakan dari syarikat rakaman untuk mengeluarkan album. Kata beliau ketika itu kalau 1st album artis solo atau berkumpulan meletup, maka syarikat rakaman akan "memerah" betul-betul artis tersebut untuk mengeluarkan album seterusnya. Dan "perahan" tersebut datang dalam berbagai cara antaranya wang! Ku Di Halaman Rindu akhirnya berkumandang. Memang meremang dengar RS menyanyikan lagu ni. Dengan suara serak-serak beliau..huhuhu.

Latar belakang pentas bertukar menjadi merah! Lampu mula berkerlip-kerlip tanda lagu "berat" akan menyusul. Dengan intro berhantu dari Man Keedal, Seruan mula kedengaran. Versi album menjadi pilihan RS untuk dinyanyikan walaupun aku lebih suka versi live dari album Nafas. Habis lagu ni RS menyambung cerita beliau tentang asal lagu ni ketika beliau bersama band Lefthanded sedang giat memerah otak disebuah rumah di puncak bukit. Ketika itu kedengaran laungan azan dan seperti kata beliau" time tu kita tak rasa takut, tapi rasa syahdu yang amat sangat.."

Memperkenalkan lagu ini dengan"lagu dari kumpulan yang sangat terkenal dalam mengambil lagu orang" cukup untuk membuatkan penonton dapat mengagak bahawa Kamelia akan di mainkan. Gamat dewan dengan suara penonton menyanyikan bersama-sama beliau sebelum disambung dengan Teratai. Habis lagu Teratai semua pemuzik iringan telah ke depan untuk tunduk hormat namun jeritan "we want more" mula kedengaran diikuti dengan jeritan "jalan malam!" hehehe. Akhirnya bagai akur dengan kehendak penonton maka persembahan encore dimulakan.


Doa Buat Kekasih dinyanyikan secara duet dengan Misha Omar. Berangan lagi aku tengok Misha ni..hehehe. Dengan sesi "sing-a-long" bersama penonton, tiada apa lagi nak dikata untuk lagu ini. kemudian lagu terakhir untuk malam itu, Jalan Malam yang dimainkan secara "jamming". memang dorang tak prektis pun untuk lagu ni tapi nasib baik tak kedengaran kantoi di sana-sini..hahaha.


Selepas konsert ada sesi sign autograf. Tak berminat aku nak sign autograf kat sini pasal orang ramai sangat dan aku boleh je mintak terus kalau nak kat manager abang Ramli sendiri..hahaha. Kemudian bersama geng-geng Ramli Sarip FC aku terus ke Kunang-Kunang untuk sesi makan-makan yang ditaja oleh Ramli Sarip sendiri..makan free weh! Belasah cukup...



(line-up band pengiring)

Man Keedal - Fender Stratocaster

Mohd. Rafi - Gibson Les Paul, Acoustic guitar

Din Safari (Bobo) - Ibanez 1979 bass

Kudin Headwind - Korg Keyboard

Tom - DW Drum

Eddie Marzuki - Musical Director / Strings Conductor / Acoustic Guitar

Mohar - Bamboo flute

Kamrul - Malay percussion

Mohd. Noor - Latin percussion

Izzad, Baby, Eja (Anugerah) - Backing Vocals

Strings:

Aksana Yusupova
Alla Yanisheva
Azlan Che Othman
Lau Chai Hong
Aidil Khaizir Kamaruddin
Tengku Mohd Shahid Tengku Sachel

Setlist konsert (malam kedua)

Prelude / Tersendiri
Layarkan
Fantasi Tapi Kenyataan
Keliru
Bukan Kerana Nama
Sejuta Wajah
Zapin Berperi (duet dengan Misha Omar)
Istilah Bercinta (Misha Omar)
Qasidah Kekampungan
Syair Laila Majnun
Adam Hawa
Ku Di Halaman Rindu
Kekasihku
Seruan
Jikalau Berkasih
Ziarah
Kamelia
Teratai
Doa Buat Kekasih (duet dengan Misha Omar) - encore
Jalan Malam - encore

*Semua gambar diambil dari buku program Ramli Sarip: Tafsiran Alam yang berharga RM 10.00

**Semua hasil jualan buku program, baju dan beg pada malam itu sebahagiannya akan disumbangkan kepada Yayasan Muslim Aid, yang telah melantik Ramli Sarip sebagai duta bermula Januari 2010

***Masa sesi makan-makan di Kunang-Kunang ada sesi cabutan bertuah dan pagi tersebut adalah pagi bertuah aku..hahaha.

14 ulasan:

matakucing berkata...

keseluruhannya konsert yang berbaloi..gua dpt tgk figura rock melayu secara dekat..terserlah karismatik RS..cara dia deliver lagu, setiap bait perkataan dia, "soul" dia tu..meresap dlm kalbu beb..superb.. tp pada gua ADAM & HAWA paling heavy..paling menyentap emosi lagu ZIARAH.. Misha omar pon makin cantik hahaha..dia la hawa yang berjaya membawakan lagu berhantu RS dengan baik sekali..ko dah review kan..hehe aku takyah la review

zan berkata...

Eh..review aku lain..review dari mata manusia..

nak tau gak camne review dari mata kucing..hahaha

deaf-angel berkata...

great report zan

aku suka tengok show ni ada programme book dia

berteromber berkata...

mungkin pasal buat kat tempat grand tu yg ada programme book kot..

btw...apa hadiah cabutan bertuahnya...dating ngan Misha Omar?...heheh..

zan berkata...

Deaf..
Thanks dude. Aku tunggu Sweet Charity "Bagaikan Bermimpi" Live in Malaysia pulak ni..

Berteromber..
Yup. Dah 3 show yang aku pergi ala-ala eksklusif macam ni (sweet charity "hari bapa" konsert @ PWTC, M. Nasir @ IB & RS @ Filharmonik) memang dorang semua ada buku program. Tak tau la camne nak handle kalau konsert DT @ Larkin nanti pun ada buku program..hahaha

Lucky draw? Kalau dapat dating ngan Misha, wa tak tulis kat sini bro. Nanti reporter serang blog wa pulak..hahaha. Dapat beg sandang RS & t-shirt konsert je (kalau beli RM 25 beg & RM 40 t-shirt).

Saudagar Mimpi berkata...

Wow. Great review Zan!
Kenapa la agaknya RS buat konsert grand macam pada hari Isnin dan Selasa?.
Kalau hujung minggu mahu juga aku turun KL!

zan berkata...

SM..

2 sebab 9seperti mana yang diceritakan oleh RS sendiri)

1. Sewa dewan filharmonik untuk hari Isnin & selasa lebih murah berbanding hujung minggu.

2. mMmudahkan penonton membuat pilihan. Kalau buat konsert hujung minggu, pasti akan ada banyak agenda2 lain selain konsert cth. nak ke kelab la, jumpa kawan la, ape la.

Kalau hari isnin & selasa, hanya ada satu sebab, tengok konsert! hahaha

ahlilnujums berkata...

Nice report bro..gua pon pegi slasa tu..tapi duduk baris G je..tapi gua mmg tertunggu2 bila la RS nak bawak lagu ikrarku pada ruzana scara live..kempunan bro..hehe..kseluruhan mmg sangat baik malam tu..cuma penonton kurang menyengat..suma duduk je..nyanyi pun slow je..brader RS pun macam tak di 'bakar' untuk trus menyalakan ROCK..hehe..tu pendapat gua la..sori kalau kurang tepat..

zan berkata...

ahlilnujums..

Ikrarku Pada Rozanna ek? huh..Kalaulah RS bawak lagu tu malam tu..

Wa rasa RS dah terbakar dah malam tu. Tapi suasana tempat tak mengizinkan beliau nak rockin lebih2..hehehe Dewan Filharmonik tu bro. Tempat "orang kaya-kaya" kata beliau masa sesi makan2 lepas konsert tu..hehehe

ahlilnujums berkata...

betul jugak kan..tempat prestij macam tu..malahan ramai yg tak dibenarkan masuk sbb pakai jeans..haha..kena tukar slack dulu baru bleh masuk..member gua siap turun parkson beli slack..abis je konsert, memang slack tu bagi brader RS autograf..hehe..

miSs dee 4 dino berkata...

salam,
tumpang tnya, macam mana nak join fan club ramli sarip yea..suka sgt ngan dia..my mom pun sgt suka dengan abg RS..

zan berkata...

miSs dee 4 dino

Setahu saya Ramli Sarip takde official fan club. Yang saya ikut ni kebetulan pasal dah kenal dengan manager abang Ramli Sarip kat sini, Kak Juriah Banding. Kalau nak saya boleh forward no. phone dia...

miSs dee 4 dino berkata...

thanks 4 da reply,
nak2..
boleh ke?
tqvm!

zan berkata...

miSs dee 4 dino..

Tolong emel saya = clashead@gmail.com

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...