"A personal contribution, as of money, praise, service, etc., made in token of services rendered, or as that which is due or deserved; as, a tribute of affection".
Itu makna yang aku dapat dari link ini untuk makna tribute. Makna paling mudah ialah untuk menunjukkan penghargaan kepada seseorang dengan cara yang tersendiri. Tapi bukan semua orang atau kumpulan yang layak untuk mendapat penghargaan sebegini kan?
Encomium & Whole Lotta Zep adalah dua albm yang diterbitkan khusus sebagai album tribute untuk Led Zeppelin. Bezanya satu adalah dari artis-artis Malaysia manakala yang satu lagi dari luar Malaysia.
Whole Lotta Zep adalah album khas yang dirakamkan secara "live" di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Album ini telah diterbitkan pada tahun 1996 dan dibarisi oleh nama-nama besar dalam arena rock tanahair seperti Ramli Sarip, Amy Seacrh, Maman Teachers Pet, Arab dan Hattan serta dibarisi oleh pemuzik undangan seperti Hillary (gitar), Nan Saturnine (gitar & gitar akustik), Jay Jay (bass), Tom (drum) & Firdaus (keyboard).
Sebanyak sepuluh buah lagu telah dipilih untuk dimuatkan dalam album ini. Lagu-lagu tersebut adalah:
1. Whole Lotta Love - Ramli Sarip
2. Rock N Roll - Amy Search
3. Houses Of The Holy - Hattan
4. All My Love - Arab
5. Stairway To Heaven - Maman Teachers Pet
6. D'yer Ma'ker - Amy Search
7. Babe I'm Gonna Leave You - Hattan
8. Ramble On - Arab
9. Going To California - Maman Teachers Pet
10. Custard Pie - Ramli Sarip
Kalau ikut zaman sekarang, mutu rakaman "live" untuk album ini agak mendukacitakan. Sound gitar kedengaran tak seimbang pada sesetengah tempat. Solo gitar juga kadang-kadang tenggelam manakala bunyi bass pula yang kedepan.
Dari segi pemilihan lagu pula, ternyata seleksi lagu adalah lagu-lagu yang wajib diminati oleh peminat Led Zeppelin jadi tiada apa-apa yang luar biasa. Untuk album ini, aku suka cara Maman membawakan "Going To California" walaupun masa intro ada kedengaran bunyi "terkucil" masa plucking gitar..hahaha.
Untuk rujukan lebih lanjut mengenai album ni, klik sini.
Encomium pula adalah album tribute yang diterbitkan pada 1995 oleh pelbagai artis US dan UK yang merangkumi pelbagai genre rock. Sebanyak dua belas buah lagu telah dimasukkan kedalam album ini iaitu:
1. Misty Mountain Hop - 4 Non Blondes
2. Hey Hey What Can I Do - Hootie & The Blowfish
3. D'yer Mak'er - Sheryl Crow
4. Dancing Days - Stone Temple Pilot
5. Tangerine - Big Head and The Monsters
6. Thank You - Duran Duran
7. Out Of Tiles - Blind Melon
8. Good Times Bad Times - Cracker
9. Custard Pie - Helmet feat David Yow (Jesus Lizard)
10. Four Sticks - Rollins Band
11. Going To California - Never The Bride
12. Down By The Seaside - Tori Amos with Robert Plant
Agak tak adil kalau nak membandingkan kualiti rakaman antara dua album ni walaupun selang masa hanya setahun antara satu album dengan yang lain. Tapi pada aku, pemilihan lagu untuk Encomium adalah lebih menyeluruh malah lebih berani dengan memasukkan penyanyi perempuan untuk menyanyikan lagu-lagu Led Zeppelin.
Yang paling aku minat, Encomium membawakan erti "tribute" yang sebenar dimana artis-artis yang terlibat tidak terikat kepada cara penyanyi asal untuk membawakan lagu-lagu tersebut. Jadi dalam album ni memang tak dengar Robert Plant kedua atau Jimmy Page kedua (walaupun masa mula-mula aku dengar album ni, rasa kecewa pasal tak dapat dengar Led Zeppelin sebijik!). Teringat aku pada kes perbalahan antara Ahmad Nawab dengan Syafinaz suatu ketika dulu berkaitan "tribute" ni (cerita lain)..haha.
Track favourite aku dalam album ni sudah semestinya Thank You dari Duran Duran. Ada feel Ordinary World sikit-sikit masa dorang cover lagu ni..hehe.
Kedua-dua album ni dah masuk dalam kategori "rare item" dan mungkin dah menjadi "dead stock". Jadi kalau ada antara kalian yang terjumpa kaset ataupun cd album-album ni, jangan ragu-ragu untuk membelinya (tapi kalau korang minat dangdut, tak payah la nak beli lak kan..)
9 ulasan:
aku tak pernah nampak cd version yang artis melayu nyanyi tu.
feberet led zep tribute aku tu great white tu.
mungkin pasal sama giler, cam aku dengar ori gitu penyanyi dia hehe
KDG ORG KELIRU "TRIBUTE" NGAN "COVER"
bro depp, memang tak penah nampak pun cd nye huhuhuhu..
zan, aku hampir lupa pasal encomium!
ni dah kira terlampau rare!
my feveret STP cover Dancing Days, sama Shery merlis - Dyermaker....
yg lain haram tak penah dengar huhuhuhu
tenkiu zan!
aku ada versi kaset malaysia tribute tu...dan aku lebih suka D'yer Ma'ker Amy Search dari Sheryl Crow..huhu
dan betul deaf...great whitenya memang sebijik Led Zep
Semua2..
Aku rasa Great White bukan a tribute band tapi cover band.
Mark Wahlberg dah ulas panjang benda ni dalam "Rockstar". Cuba tengok balik..hehe
p/s: tapi pada aku, jadi cover band ni best kalau kita join dalam band tapi tak best kalau kita jadi pendengar..hehehe
Kalau tak silap aku rakaman Whole Lotta Zep dibuat dua malam di HC. Betul tak?
Apa pun album ni mmg rare la sekarang ni. Boleh masuk arkib rock Malaysia...hehehhe.
Going To California ni selalu jadi irama penenang jiwa...
berasap sebatang dua, semua masalah akan jadi mudah.
apa pun tapi kat cd tu dia taruk a tribute to led zep ler, dia tak taruk a cover to led zep cuma takde babe i'm gonna leave you lak, tapi kat mtv nye progrem ada lak lagu tu dorang bawak
Hm..betul gak tu..
Tapi tak dinafikan Great White main memang sebijik macam Zeppelin.
Yang penting niat dorang nak tunjukkan penghargaan dorang kat Led Zeppelin..
p/s: Aku cadangkan korang carik Stairway To Heaven versi Frank Zappa. Pada aku the best tribute song to Led Zepp..Versi Foo Fighter pun agak menarik, solo pakai mulut je..hahaha
Catat Ulasan