Jumaat, 3 Julai 2009

Dunia batu..

Aku jenis orang yang susah nak menghampakan permintaan orang lain..hahaha (kalau harapan tu dah banyak kali menghampakan). Jadi atas permintaan brader-in-blog aku Portdy, aku akan cuba mengulas tentang VCD yang dilakonkan oleh awek aku (dulu, kini dan selamanya..) Nanako Matsushima yang bertajuk "The Ice World".

Plot cerita berkisar tentang pembunuhan bersiri yang dijalankan oleh seorang pembunuh misteri. Yang menjadikannya bertambah rumit, setiap mangsa pembunuhan adalah pembeli premium insurans nyawa dan menjadikan isteri mereka sebagai penerima pampasan. Dan Nanako Matsushima memegang watak sebagai Egi Toko, iaitu isteri-isteri kepada semua pembeli premium insurans ini. Egi Toko adalah guru di Sekolah Perempuan Eiwa dan mempunyai hobi yang agak pelik untuk seorang guru sepertinya iaitu suka mengkaji batu-batuan...

Hero dalam cerita ini Yutaka Takenochi memegang watak sebagai Hirokawa Eiki, iaitu seorang penyiasat dari syarikat insurans yang kerjanya ialah menyiasat semua tuntutan-tuntutan pampasan akibat kemalangan atau kematian pemegang premium. Jadi dalam beliau menyiasat kes kematian mangsa pembunuh bersiri inilah saat dimana beliau juga menyiasat mengenai Eigi Toko dan kaitannya dengan pembunuhan tersebut.

Kalau lu orang tengok GTO, poster mamat ni ada tergantung dalam bilik Fuyutsuki sensei..

Cerita ini menggunakan lagu Celine Dion - Just Walk Away sebagai lagu latar dalam hampir kesemua adegan. Hampir keseluruhan jalan cerita ini membawa mood gelap dan suram dan bertepatanlah dengan tajuk "The Ice World". Antara pelakon-pelakon yang juga membantu menguatkan cerita ini ialah Katase Nana (GTO The Movie), Matsuo Reiko dan ramai lagi.

VCD yang aku ada mempunyai 8 keping cd yang yang terbahagi kepada 10 episod. Serius memang menjadi tabiat aku semenjak dari aku membeli VCD cerita ini sampailah sekarang, aku akan mengulang VCD ini bersama-sama dengan GTO (Great Teacher Onizuka) dan Young & Dangerous I-IV pada tiap-tiap bulan puasa...hahahaha. Giler tak? Memang cerita-cerita ini tak pernah membosankan aku untuk tengok ulang-ulang. Tu belum lagi The Godfather Trilogy, Shawshank Redemption & The Great Expectation yang aku tengok ulang-ulang jugak (tapi yang ni tak kira masa). Memang sangat-sangat best.

Sweet tak ingat punya kan? Bertuah Sorimachi..

Aku tak nak review habis, nanti dikatakan "spoiler" pulak jadi kalau korang nak tau apa sebenarnya misteri cerita ni dan penamatnya, sudi-sudikanlah mencarinya di pasaran..hahaha. Support la Nanako aku kan?

10 ulasan:

Portdy berkata...

hehehe gud review...

Domo Arigato Gozaimasu zan-san,

betul betul ada poster yutaka kaneuchi yang besar tak ingat kat dinding cikgu fuyuzuku(nanako matsushima).

Si Onizuka tengok poster tu daring semacam jek...

tu sebenarnya related ngan drama "Beach Boys", sebelum drama GTO - lakonan Takashi Sorimachi , yutaka Kaneuchi ngan Ryoko Hirosue kalau tak silap, dalam drama tu diorang dua kawan baik yang jadik love rival berebut awek .....

..satu lagi, OST Beach Boys yang bertajuk "Forever" adalah nyanyian Takashi Sorimachi feat Ritchie Sambora.....rock jugak mamat ni.

speedrider berkata...

fuh, panjang kali ni!!!!

zan berkata...

Portdy..
Mana ada dorang rebut awek dalam BeachBoys. Lu nak wa review BeachBoys lak ke? Penuh lak entry wa lepas ni ngan drama2 jepun..hahaha

Mus..
Biasa beb. Ni pun aku dah limitkan taknak tulis lebih dari 5 perenggan. Tapi terbabas gak..

matakucing berkata...

aisey..aku tak follow citer jepun ni huhuhu tp nice review beb..apsal ko tak tampal nanako ko versi m'sia ;p..jujuko. Jgn mare haaaaa

berteromber berkata...

aku citer jepun mmg fail...kenapa aku cuma kenal Maria Ozawa ajer?..huhu

eddie dewanaga berkata...

sama mcm berteromber... cerita Jepun Korea gua failed!!

last sekali tengok ialah Battle Royale kot... tapi Ultraman tu biasa beb.

Saudagar Mimpi berkata...

Layan drama Jepun mcm Beach Boy, GTO dan Power Office Girl masa drama-drama ni dimainkan hari sabtu & Ahad di TV3 dulu. GTO tetap menjadi fav. sampai hari ni.

deaf-angel berkata...

aku suka tengok ceta jepun yang kelakar2 nye.
dulu tu ceta apa tu yang dia anak gengster besar, bapak dia suruh dia masuk sekolah balik.
kat sekolah dia suka makan puding ke hapa ntah sampai terbang2 nak dapatkan puding makcik kantin jual.

ntah la apa ntah cerita dia.

Portdy berkata...

aiseh aku dah lupa dah zan hehehehe
not old, just older

yang aku ingat ada pantai , ada motel tepi pantai , ada lagu Forever....

yang cinta 3 dimensi mungkin drama OverTime kot?

eh zan, aku nak order vcd sweetcharity tu ada lagi ke?

zan berkata...

Berteromber..
Selain Maria "Miyabi" Ozawa, Nao Oikawa jangan dilupa..hehehe

Wa beli citer-citer ni pasal hasutan jahat Nanako..hahaha. Tak puas tengok dalam tv. Banyak siri tertinggal, siap potong lagi.

Portdy..
Ada. Berapa nak? Baju pun ada..hehehe

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...