Fuh..tajuk dah macam wartawan nyer headline..hahaha. Macam best je nak review konsert orang kan? Tapi oleh kerana aku dah beli tiket & aku dah pergi tengok, maka terasa macam nak ulas gak sket. Lagipun Deaf dah sound awal-awal suruh aku review..hahaha. Ulasan ini hanya untuk malam pertama sahaja (27/02/2009) pasal aku tak mampu nak pergi tiap-tiap malam..
8.15 pm aku dah terpacak kat tingkat atas Istana Budaya. Maklumlah, beli tiket 2nd paling murah kan. Ikut tentatif, pintu buka pukul 8.15 pm tapi kira-kira pukul 8.25 pm baru pintu dibuka. Kira ok la kot lewat sikit-sikit. Masuk je dalam dewan tu dah terasa macam kat dalam dewan teater zaman-zaman Eropah lama dulu. Ala, yang ada balkoni-balkoni untuk bangsawan kat tepi-tepi tu. Tapi tak nampak lak ada orang duduk kat situ. Mungkin dorang datang hari lain kot..
Konsert dimulakan dengan alu-aluan pengacara dan nyanyian lagu "Negaraku"! Pergh..lagi satu benda yang terasa pelik, tengok konsert kena nyanyi lagu Negaraku. Tapi yang aku nampak semua audiens bangun walaupun terdengar keluh kesah dan semua menyanyikan lagu Negaraku dengan jayanya. Siap tepuk tangan lagi lepas habis nyanyi..hahaha. Patriotik gak crowd M.Nasir yang datang malam tu. Tepat 8.45 pm, alunan suara M.nasir mula kedengaran menyanyikan "Cermin Mimpi" dengan iringan gitar akustik Nan. Meremang gak la bulu roma..
Kemudian disambung pula dengan "Gong Impian" dan semua alat muzik mula kedengaran.
Intro ala Sitar oleh Nan mengundang tanggapan bahawa "Ekspress Rakyat" akan dimainkan. Namun Jay Jay dengan selamba memainkan bassline keramat selepas intro pendek "Ekspress Rakyat" dan "Hati Emas" kemudiannya dinyanyikan. "Rajawali" kemudiannya menyusul diikuti dengan "Melawan Arus" dan lagu jiwang "Falsafah Cinta".
"Oh Anak" dan "Dah Lagu Tu" kemudiannya menyusul untuk membuka tirai irama keroncong dan jaipong. Siap ada back up dancer Beyonce, Rihanna & Britney Spears lagi..hahaha. Kemudian lagu "Keroncong Untuk Ana" dimainkan diikuti dengan "Buka Hatimu".
Konsert ni siap ada "intermission" lagi selama 15 minit sebelum M.Nasir muncul untuk set kedua dengan "Balada Seorang Teman" dan "Masirah". Intro serunai Kelantan bergema menandakan "Mentera Semerah Padi" akan dinyanyikan diikuti dengan "Raikan Cinta" & "Phoenix Bangkit".
Pembantu pentas masuk menghulurkan gitar akustik. Seluruh pemuzik hanya diam sambil M.Nasir memetik dan mendendangkan "Langgam Pak Dogo" secara akustik. Baru nak carik key suara time tu..hahaha. Ada la terkucil-kucil sikit. Kemudiannya sambil berlawak mengatakan kalau dia tak nyanyi lagu ni, penonton akan merajuk maka kedengaran pula "Suatu Masa" versi akustik. Memang emo la part ni. Siap crowd sing-a-long lagi.. Ada juga part "tribute To P.Ramlee" dimana sifu mendendangkan "Getaran Jiwa" juga secara solo.
Pentas kembali kepada asal dimana “Keroncong Nostradamus” pula dimainkan diikuti dengan "Sahabat Gua". Satu lagi segmen tribute kali ini untuk sahabat baik beliau, allahyarham Loloq sambil berpesan walaupun ini dinamakan tribute, tapi bukan waktu untuk bersedih-sedihan. "Ada" pun berkumandang dan kali ini pentas nampak begitu happening dimana Nan, Napie dan Eddie Slam dah berjoget dengan M.Nasir. Yang lain-lain pun layan joget gak kat tempat masing-masing sebelum diakhiri dengan "Apokalips".
Kesimpulannya, konsert memang happening. Cuma 1-2 lagu je yang aku terkial-kial nak ingat tajuk. Ada 2-3 lagu yang aku harapkan dimainkan pada malam tu tak ada. Mungkin malam kedua & ketiga ada dimainkan kot. Ye la, kalau semua lagu nak dihenjut malam tu pukul berapa lak konsert nak habis kan?
Senarai setlist 27/02/2009
--------------------------
Cermin Mimpi
Gong Impian
Hati Emas
Rajawali
Melawan Arus
Falsafah Cinta
Oh Anak
Dah Lagu Tu
Keroncong Untuk Ana
Buka Hatimu
Balada Seorang Teman
Masirah
Mentera Semerah Padi
Raikan Cinta
Phoenix Bangkit
Langgam Pak Dogo
Suatu Masa
Getaran Jiwa
Keroncong Nostradamus
Sahabat Gua
Ada
Apokalips
Senarai Pemuzik
---------------
Nan (Pengarah Muzik), Napie Spider, Zul Mahat, Firdaus, Eddie Slam, Pa'ang, Jay Jay. Ujang, Mohar
p/s: Entri ni takde gambar pasal kamera diharamkan dibawa masuk. Aku nak keluar phone nak taip setlist lagu pun dah kena suluh ngan laser..huhuu
10 ulasan:
review peminat, yang siap beli tiket sendiri, takkan sama ngan review reporter2 sokkabar.
zan, dua tiga lagu yang ko harap nak dengar tu lagu apa?
apa pun, wah best ko dah gi tempat ni eh.
Lain kali, senang sikit nak tunjuk ajar aku hahaha
Aku harap dapat dengar "Sentuhan Listrikmu" dan "Hijab Kekasih". Tapi aku ada baca kat blog orang lain yang "Hijab Kekasih" sifu bawak masa malam kedua..
Totally aku enjoy tengok konsert ni. Cuma ada sikit ralat ngan IB. Kalau tak kerana dorang salah kasi info kat aku, dah tentu aku duduk kat level bawah depan stage. Tak la dekat tingkat 3 IB ni..huhuhu
lagu yang kau suka..ada pada hari ketiga..
aku pula terkilan, lagu melawan arus,keroncon untuk ana,gurindam gunung tahan tak ada...
apa2 pun, aku dapat rasakan kemeriahan hari pertama, melalui ulasan kau..
Thanks sudi singgah bro.
Bila dengar lagu Keroncong Untuk Ana, memang terasa sebak sendiri bro. Pasal ada dengar cerita yang semenjak arwah Nana dah meninggal dunia, sifu dah tak nyanyi lagu ni.. Tak tau la sejauh mana kesahihan cerita tu..
Wow. review show malam pertama yg menarik. Sememangnya kalau boleh mau pergi tiga-tiga malam.
elok ler tu
lagakepala blogspot 1st nite
mata-kucing blogspot 2nd nite
saudagar mimpi 3rd nite
( or is it terbalik? )
smua review best2..
zan ooo zan, ada konsert best ko mesti suka nye..
Liverpool live tapi kat Singapore. ko minat ni band kan?
pegi la, pegi la...
bulan 7 haha.
oh nampaknya "Keroncong Untuk Ana" main malam pertama..cuma tak de encore eh. Review yang menarik..Tp tulah IB pantang nampak cahaya jer terus kene laser merah hahaha.
Wa rasa setlist wa ada silap la.
Gurindam gunung tahan tu takde kot. Keroncong Nostradamus.
Wa tak sure masa tu so tu yang wa main hentam je taruk tajuk..hehehe
Pukimak ko Zan aku ingatkan penyokong PAS rupanya penyokong muzik haram jadah mat salleh...kurang asam
Ni apasal lak ni?
Dah la aku tak kenal ko, yang nak citer pasal politik ni kenapa?
Dah bengong ke?
Catat Ulasan