Isnin, 23 Februari 2009
Konsert Jelajah Perpisahan..
Rasanya ramai yang dah tahu rumors yang tengah hangat berpusing di antero dunia hiburan sekarang ni. Kumpulan lagenda tanahair, Search akan mengumumkan konsert terakhir mereka yang dinamakan "Search Farewell Tour" melibatkan 10 lokasi di seluruh negara. Farewell? Ya, farewell yang bermaksud mereka akan membubarkan band selepas habis konsert itu nanti.
Apa sebab mereka nak bubar? Itu aku kurang pasti. Mungkin hanya mereka yang boleh memberikan jawapan. Tetapi melihatkan daripada penglibatan mereka akhir-akhir ini di dalam arena muzik, rasanya tindakan mereka ini boleh dipersetujui. Dengan kelembapan pertunjukan pentas, konsert ulang tahun yang tiada sponsor dan juga jualan album terbaru "Gothik Malam Edan (GME)" yang lembab, tidak melambangkan langsung yang mereka ini adalah sebahagian daripada sejarah muzik negara dan sepatutnya mereka lebih layak untuk menerima penghargaan yang tinggi berbanding apa yang mereka dapat sekarang.
Kebetulan dapat sms dari salah seorang daripada orang kuat di dalam DuniaSearch berkenaan tarikh konsert dan lokasi. Maka di sini aku lampirkan jadual dan lokasi. Juga mendapat perkhabaran bahawa hampir semua bekas ahli yang pernah menganggotai Search akan dipanggil untuk turut serta dalam konsert tersebut. Nama-nama seperti Man Keedal (Cinta Buatan malaysia), Yan (Cinta Buatan Malaysia, Rampage, Double Trouble) dan Kid (semua album kecuali 3 yang terdahulu dan GME)akan turut serta dalam jelajah konsert ini.
25 April 2009 - Terengganu (Stadium Terengganu)
2 Mei 2009 - Melaka (Stadium Hang Tuah)
9 Mei 2009 - Jengka, Pahang (Stadium Jengka)
16 Mei 2009 - Ipoh (Padang Perbandaran Ipoh)
23 Mei 2009 - Kluang (Stadium Kluang)
30 Mei 2009 - Penang (PISA)
13 Jun 2009 - Kota Bharu (Stadium Sultan Mahmud)
27 Jun 2009 - Kuching
4 Julai 2009 - Tawau
1 Ogos 2009 - Shah Alam (Stadium Melawati)
p/s: Aku tak dapat mengesahkan ketepatan jadual ini. Anggap saja sebagai rujukan untuk mengetahui perjalanan konsert jelajah perpisahan dorang ni.
Farewell
Aimless soul where were you now
For the angels come by the dawn
I walked the earth don`t tell me how
For a new hope soon to be born
There`s a life and time i know
I said farewell to myself
Before i go
Farewell to my loneliness
Farewell to my happiness
Farewell to our trouble
I`m above me
Here we have to let it go
And leave it all behind
Our suferings will end
Nothing can stop me now
What may come and go
Hope we stay toghether
We can say
Our mind were lost
Somewhere
Searching for the answer of the pray
When will we see ourselves again
Maybe in another world i find you
I`ll take my hand
Each time i see you cry
I said
Farewell to my misery
Farewell to your history
Farewell to our trouble
(Cromok - Yours Truly)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022
Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...
-
Kehangatan Piala Dunia sudah masuk pusingan kedua. Rata-rata blog yang aku singgah kebanyakkannya semua update pasal bola. Tapi aku malas na...
-
Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...
-
(ULASAN INI TELAH DISIARKAN DI PORTAL MAJALAH 'ONLINE' NEON BERAPI PADA 9/11/2017) Pernah seorang kutu bersurah (aku tak dapa...
5 ulasan:
mintak2 dapat gi nengok ler tapi lokasi semua out of place lak..
kluang? takkan aku nak kena naik keretapi siak haha.
Classic ape..
Layan konsert naik keretapi..
Sampai Kluang station, layan roti bakar dulu..pergh..
Kalau nak layan yang kat Shah Alam, kasi tau aku Deaf.
Nanti boleh aku amik. Maybe untuk last show tu, Man Keedal, Kid & Yan akan join sekali.
tu ah..kalo boleh aku nak cuba hadirkan diri..
aku dah cek out lrt sistem pegi sana. jauh jugak kot? 2km away dari stadium tu.
So kalo aku tak larat menapak nanti, aku calling2 ko la hahahah
apa pun, slamat menonton show M Nasir.
Untuk ke stadium ni, better ko naik komuter / bas instead of LRT. Nak senang, naik LRT sampai stesen KL Central, then tukar naik komuter ke Shah Alam n berhenti kat stesen Batu Tiga..
Thanks for the wish. Terasa seram lak nak tengok konsert kat "Istana" ni..hehehe
review beb review m nasir.
anyway, aku tunggu dulu Search nye presh konperen masa farewell ni.
nak beli tiket dulu heheh
Catat Ulasan