Pagi esok, kelab aku akan ke Goodison Park untuk perlawanan timbal balik Piala F.A lawan Everton. Hm..giler kentang game ni. Dalam masa 16 hari, dah masuk 3 kali dorang jumpa. 2 kali berakhir dengan seri. Harap-harap malam ni ada la untung..hehehe

Bercerita pasal bola, last sekali aku merasa betapa scene bola sepak kat Malaysia ni best masa tahun2 95-97. Time tu 3 tahun berturut-turut Selangor masuk final Piala Malaysia. Dan macam biasa 3 tahun tu juga la Selangor jadi "champion" Piala Malaysia. Masa tu final kat Shah Alam pasal stadium Shah Alam la stadium yang paling besar masa tu sebelum digantikan dengan Stadium Bukit Jalil lepas Komanwel 98.

Masa tu memang happening. "Mexican Wave" sampai 20-30 kali berturut-turut. Suara jangan cerita la. Kalau jumpa kawan2 esok harinya yang bersuara serak, "confirm" dorang pun mesti ke stadium. Bersorak, maki-hamun pengadil, ejek2 penyokong lawan..memang giler best.

Tak silap aku, masa tahun 95, final Piala Malaysia antara Selangor vs Pahang. 96 antara Selangor vs Sabah & 97 jumpa Pahang balik. Time ni zaman2 David Mitchell, Christoper Mandla selain zaman Sharil Arsat, Ismail Ibrahim, Azman Adnan dan Zainal Abidin Hassan. Masa tu..fuh memang gamat stadium. Selain lagu "Merah Kuning", lagu yang ditunggu-tunggu lepas menang ialah lagu "Selangor menang lagi". Lagu yang berentak ala-ala joget. Masa tu memang crowd akan berdiri atas palang sambil berjoget..hehehe. Those were the days...

Imbas ke belakang lagi..masa tahun 1989. Final Sukan Sea antara Malaysia vs Singapura. Time tu aku dalam kereta dengan arwah bapa aku pasal menunggu mak aku pergi rumah makcik sedara. Dalam hati memang mengamuk pasal tak dapat nak tengok live kat tv. Nasib ada live dalam radio 1. Memang berdebar habis ditambah lagi dengan sifat keterujaan menyokong negara masa tu. Nama-nama yang aku masih ingat ialah Rashid Hassan, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh & K Gunalan..akhirnya bila Malaysia menang game malam tu, terasa macam nak melompat dari dalam kereta je. Nasib aku masa tu budak lagi..hahahaha

Tahun 1990 dah pandai pergi stadium. Cikgu sekolah merangkap "coach" bola aku buat rombongan ke Stadium Merdeka. Menggunakan tin minuman coke atau oren, aku simpan duit syiling belanja sekolah dalam tu. Bila dah penuh satu tin, pergi tukar dengan arwah bapak aku. Buat modal pergi stadium. Antara game yang memang tak akan aku lupakan, semi final Piala Malaysia lawan Pahang. Ala..yang Selangor menang 4-0 tu. Masa tu aku rasa satu stadium merdeka bersorak 90 minit lebih. "Mexican Wave", jangan cakap la. naik lenguh nak sambung tak nak kasi putus. Paling tak boleh lupa, burger kat stadium. Daging belah separuh jual RM 1.00 sebelum game. Lepas game jual lelong RM 1.00 dapat 3..hahaha.

Tapi sekarang? Last aku ingat pergi stadium dalam tahun 2003-2004. Tak ingat dah tarikh yang tepat. Masa tu game Saelangor lawan Perak. Game seri 1-1. Stadium pun hambar. Harapkan "fan club" je la yang meramaikan stadium. Lepas tu dah memang takde nafsu langsung nak ke stadium. Ada yang kata penyokong macam aku ni tak patriotik. Nak sokong masa menang je. Tapi pada aku, bola sepak "is not about patriotic". Penyokong akan tetap datang walaupun team tu kalah asalkan dorang boleh enjoy game tu. Tapi kalau pergi stadium semata-mata nak tengok game yang macam budak sekolah menengah punya game, baik layan game free petang-petang kat padang belakang rumah aku.

Mungkin aku banyak bercerita pasal team negeri aku. Tapi secara langsungnya ianya berkait rapat dengan team kebangsaan juga. Memang teringin nak pergi stadium tengok pasukan negara sendiri main. Nak bermegah-megah dengan orang luar pasal kehebatan pemain kebangsaan sendiri. Nak hafal nama-nama "national player". Macam zaman-zaman dulu. Tapi rasa-rasanya boleh ke nak buat dalam masa sekarang kalau team yang ada sekarang ni kita nak tengok dalam tv pun tak sanggup? Jangan la salahkan penyokong kalau dorang marah dengan team bolasepak Malaysia sekarang ni. Mereka yang marah-marah ni juga la yang suatu ketika dulu tak pernah "miss" melanggan majalah bolasepak tempatan seperti "BolaSepak", "Jaguh" dan juga pernah menggantung poster "Azizul Abu Haniffa" atau "Matlan Marjan" dalam bilik mereka sebelum digantikan dengan poster Steven Gerrard atau Kaka.

Untuk ulasan yang lebih panjang, boleh bukak posting ni..

Merah Kuning lambang kebanggaan
Selangor merancang kejayaan
Gemuruh sorakan menggegarkan
Cabaran disambut dengan kesungguhan

Kecemerlangan..kecemerlangan
Kecemerlangan jadi kenyataan

Merah Kuning keberanian
Merempuh segala halangan
Sekali melangkah buktikan kemampuan..

Merah Kuning keberanian
Merempuh segala halangan
Sekali melangkah buktikan kemampuan
Selangor Darul Ehsan..

Selangor...Darul Ehsan...