Khamis, 29 Mei 2008

Kuat tak Merah?

p/s: Entri bakar darah..haha

Masa aku sekolah rendah dulu, rumah sukan dibahagikan mengikut kelas. Kuning untuk kelas Anggerik, Hijau untuk kelas Mawar, Biru untuk kelas Cempaka dan Merah untuk kelas Dahlia. Oleh kerana aku didalam kelas Dahlia, secara automatik aku dimasukkan dalam rumah sukan "Merah". Rumah sukan aku pada masa tu tak la kuat sangat. Masa aku darjah 4, budak-budak darjah 6 yang banyak menonjolkan rumah Merah ni dalam BolaSepak. Cuma masa aku darjah 6, kami menjadi johan dalam acara tarik tali. Kuat tak Merah?

Masa aku sekolah menengah, aku ada 3 sesi sekolah. Mula2 form 1-form 2, aku di Kajang. Masa ni aku dimasukkan ke rumah Hijau. Tukar rumah sukan la pulak. Tak cool..haha. Rumah Merah masa ni dekat sekolah aku tersangat kuat sehinggakan rumah-rumah sukan yang lain terpaksa membuat satu "pakatan" untuk menjatuhkan rumah Merah ketika hari sukan tetapi gagal. Kuat tak Merah?

Kenangan aku masa kecik bila tengok tv ialah bila tengok siaran sukan pasal bola. Masa tu aku cukup suka dengan 2 team. Satu team pakai baju belang biru putih dekat Itali (Napoli FC) dan satu lagi pakai jersi merah, striker mamat negro tinggi dengan sorang lagi misai tebal. Memang aku cukup taksub dengan dua team tu lebih-lebih lagi yang pakai jersi merah. Kuat tak Merah?

Masa aku form 4 ('96), aku dapat sekolah asrama penuh (SBP). Masa tu final F.A Cup dan masa tu blok kami dipecah 2. Yang sokong team "Merah" pergi blok A dan yang sokong team "setan" blok B. Tak payah kasi tau la aku blok mana dan untuk pertama kali aku dapat tengom aksi2 "poyo" penyokong pasukan "setan" bila dorang menang waktu tu.

Sampai sekarang aku masih lagi menyokong pasukan "Merah" yang aku cukup suka masa aku kecik dulu dan sehingga sekarang aku sentiasa dikelilingi penyokong poyo "setan" dan "meriam". Tapi seingat aku dulu tak pernah aku dengar ada antara orang yang aku kenal yang sokong "Biru Betul", cuma bila tokey itik plastik datang kasi duit untung berniaga itik kat dorang, baru la aku nampak ramai yang sokong pasukan ni. Tak boleh ke dorang ni pun di cop "poyo"?..haha

Apa-apa pun, aku sentiasa menyokong pasukan "Merah" aku walaupun dorang tak pernah menang EPL lagi. One sweet day baby..one sweet day...

When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
Is a golden sky
And the sweet silver song of a lark

Walk on through the wind
Walk on through the rain
Tho' your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone


Selasa, 27 Mei 2008

Wings Live @ PH 25/05/2008 - The Journey Continued

1. Setlist Wings hampir sama macam minggu lepas (18/05/2008) kecuali tambahan lagu "gemala saktiku" dan "ranggi metropolis"

2. Mus dikhabarkan demam setelah pulang dari Kuching. jadi sesi Mus malam tu terpaksa ditiadakan.

3. Jojet kelihatan lebih "segar" malam tu tapi terlalu banyak ad libs masa beliau memainkan lagu-lagu Wings hinggakan Awie boleh "terkedu" ketika lagu "Bazooka Penaka".

4. Sesi malam ni dikhabarkan akan diabadikan dalam bentuk vcd / dvd (seperti mana yang diemelkan oleh Joe Wings kepada Ijan)

5. Keseluruhan Wings mengambil masa hampir 3 jam tanpa henti ketika mengadakan konsert. Lama tu.

6. Untuk gambar sekitar konsert dan video klip "unofficial", sila klik sini.


Khamis, 22 Mei 2008

Di sini dalam rumahku..

Dah lama aku tak dengar lagu dalam radio (dan youtube) yang boleh buatkan aku tertarik untuk mendengarnya lebih dari sekali dan memberi "rasa" dalam lagu tu. Satu lagu yang pada aku "kena" pada masanya disaat senario dalaman Bolehland ni yang agak "kucar" sekarang ni bak kata orang Kelantan. Lagi yang buatkan aku tak sangka, rupanya Awie boleh nyanyi dalam Inggeris dengan baik (walaupun part dia tak banyak). Not bad untuk permulaan album Inggeris Wings..I guess?

Rabu, 21 Mei 2008

Wings Live @ PH 18/05/2008 - The Journey


Aku rasa tak lama lagi nama Wings ni boleh diabadikan dekat papan-papan iklan dalam Planet Hollywood (PH) ni la. Pasal tak silap aku, masuk kali ni, dah lebih 5 kali rasa nyer Wings perform dekat PH dan menjadi antara penjana pendapatan terbesar untuk PH..hehehe

Untuk kesekian kalinya, Wings kembali lagi ke PH. Cuma bezanya konsert kali ni sempena 21 tahun penglibatan dorang dalam arena muzik rock tempatan. Ya..dah 21 tahun tu. Kalau kat USA, dorang ni dah boleh jet peribadi sendiri kot..hm.

Macam biasa, aku pergi ke PH dengan jiran aku merangkap "Unofficial President" Wings FC @ Sayap2Wings, Ijan dan sorang lagi member kitorang. Sepanjang-panjang perjalanan, Ijan tak habis-habis menerima panggilan dan pesanan teks dari ahli-ahli sayap2wings untuk berjumpa di depan PH. Siap boleh bukak bil telefon la kalau mamat tu nak..haha. Claim kat sape ek?

Kami sampai PH dalam pukul 8.00pm. Manusia yang nak tengok konsert masih tak ramai lagi. Jalan pun belum sesak. Sempat jumpa beberapa ahli sayap2wings antaranya Leftback, Swat, Mastercomp, A.D Analogi, Lie Erock, Bob Dozo dan ramai lagi di tepi 7-11 depan PH sambil merancang strategi untuk menyusup air botol ke dalam PH. Malangnya aku punya Sprite kantoi dengan bonzer la pulak..huhuhu

Pukul 8.45pm kami dah ada kat dalam PH. Depan stage masih kosong. Berebut-rebut orang nak amik gambar dengan equipment Wings termasukla aku sekali..hehe. Sambil-sambil tu sempat berjumpa dan berborak dengan rowdie @ crew Wings antaranya Ayeep dan Usop sambil mencari spot terbaik untuk berdiri di depan konsert. DJ PH memainkan lagu yang aku rasa, dari cd yang sama tiap kali konsert rock dibuat di PH. Asyik-asyik Children Of The Damned, Master Of Puppet, Heavy Chain.hehehe

9.30pm, satu demi satu line-up Wings masuk ikut pintu belakang. Yang aku perasan masing-masing bawak bini malam tu kecuali Awie. Apa yang aku boleh kata, bagus dorang ni. Maintain dengan yang satu (kecuali Awie..heh). Linda Rasul macam anak dara malam tu. Agaknya model memang tak makan usia kot..haha. Antara yang aku perasan masuk sekali dengan Wings malam tu Kit, Hattan, Ito & wife, Bandi Amuk, Bob Lokman & anak-anak (3 'bob'), dan Sham.

Tepat 10.35pm, sorang-sorang line-up Wings naik ke stage. Lagu pembukaan "Inspirasi Taming Sari". Untuk versi ni, JOe tak guna efek "flanger" macam dalam album. Mungkin nak maintain feel "Live" kot. Ending yang telah di"improvise" kemudian disambung dengan "Hukum Karma". Intro Joe main plucking tapi pasal Black dah kasi hint pedal drum, tak susah nak agak lagu ni. Awie mengarut skit pasal sejarah Wings dan kawan-kawan yang rapat denagn dorang sebelum memanggil Kit untuk "join the party". Black betul-betul menggila masa ni dengan double pad drum untuk intro lagu "Opera Hidup" dan Joe & Kit berbalas-balas gorengan.

Awie membebel lagi me"ngena"kan Kit dan bukak sejarah masa dia tinggalkan Wings sebelum panggil Mus May naik ke pentas. Bila Mus dah naik, ape lagu yang orang nak dengar? Dah tentu "Blues Ular Sawa". Suara mamat ni memang maintain. Ntah mana dia beli tekak spare..hehe. Kemudian sesi Mus disambung dengan lagu "BiruMata Hitamku". Masa ni Awie dah bergelek macam dalam filem "Cinta U-Turn". Crowd terkekeh-kekeh gelak.. Siot la Awie.

Malam tu Awie jadi tukang karut, menceritakan balik sejarah-sejarah Wings dan ahli-ahli yang keluar masuk. Lepas dia ceritakan pasal Black yang pernah keluar dari Wings, Jojet dijemput naik ke atas stage. Tapi serius, something not right with Jojet. Boleh dia bantai dok mencangkung tepi drum kan? Tapi bila dia dah pegang stick, "Jerangkung Dalam Almari" dah macam main dari kaset je..sejibik! Sesi bersama Jojet diteruskan dengan "Bazooka Penaka", "Kau Bukan Brader" "Rock n Roll Lu Punya Suka" (siap ada drum solo lagi) dan diakhiri dengan "Lipas Kudung".

Brader Ito Blues Gang dipanggil naik untuk sesi berduet dengan Awie. Tak sah Brader Ito nyanyi kalau tak pegang harmonika kan? "Bernafas Dalam Lumpur" duet bersama Awie dan solo harmonika ketika lagu "Midnight Blues". Masa ni Hattan dah dipanggil naik dan mengarut skit dengan Awie.."si manis dibelakang Kowloon rupanya sang khunsa.."haha. Kemudian Hattan sambung nyanyi lagu yang dimuatkan dalam album "Opera Dalam Kenangan"..lagu apa lagi kalau bukan "Dia". Part tengah-tengah lagu ni dikucilkan skit oleh Black yang feel sangat agaknya dengan lagu ni.

Dengan berbaju melayu ala-ala Raihan siap berkopiah, mel naik ke pentas untuk berduet dengan Awie. Insaf kejap PH malam tu masa Mel naik..haha. "Lena Diulit Intan" yang intro diubah ala "Get The Funky Music" dan "Semalam Yang Hangat" betul-betul membuatkan satu PH berpeluh.. Intro ghazal dimainkan oleh Joe menandakan satu lagu yang penuh keinsafan akan dimainkan.."Alam Barzakh" dinyanyikan Awie dengan pertolongan crowd. Memang meremang roma masa lntro lagu ni dimainkan. Dah la venue konsert ni bawah tanah bak kata Nad..huhu.

Wings memang ingat kawan-kawan lama dorang. Buktinya kemudian di panggil naik Sham, gitarist dorang ketika album "Belenggu Irama". Zaman Joe masih didalam kumpulan Scandals dan buat skandal kata Awie..haha. Tima ni Awie sempat mengucapkan terima kasih kepada bekas-bekas Manager dorang antaranya Ali Bakar & Bob Lokman. Sham menjadi lead guitar untuk "Belenggu Irama" dan "Biarkan Berlalu" sebelum Mus dan Mel dipanggil sekali lagi oleh Awie untuk sesi jamming lagu "Peronda Jaket Biru".

Lagu "Iron Man - Black Sabath" dimainkan DJ menandakan tamatnya sesi pertama konsert ulang tahun ke 21 Wings. Akan ada sesi kedua pada 25/05/2008 (ahad ni). Konsert tamat tepat jam 1.30am. Selepas amik air coke free, sesi beramah mesra antara ahli-ahli "sayap2wings" pula diadakan di depan 7-11 membawa ke sesi "makan pagi" di Pelita Nasi Kandar KLCC. Walaupun rentung malam tu, tapi keseronokan tu lebih bermakna bukan saja pasal dapat tengok Wings tapi dapat berjumpa dan bermanja dengan "sayap2wings"..haha. Teringat pulak zaman-zaman layan gig UG dulu. Lepas gig boleh lepak ramai-ramai...Those were the days..huh

Terima kasih kepada "sayap2wings" yang turun beramai-ramai memeriahkan konsert malam tu. Ni baru "Unofficial Fan Club". Macam mana kalau FC ni di"legal"kan? Boleh lantik Ijan jadi 1st President..hahaha




Untuk gambar, klik sini. Untuk video "Rock n Roll Lu Punya Suka", klik sini.

Jumaat, 16 Mei 2008

Hari-Hari Guru


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

p/s: kepada semua cikgu-cikgu di seluruh negara, Selamat Hari Guru!




Jumaat, 9 Mei 2008

Kugiran Muzik



Satu ketika dulu, takde satu band pun yang sudi nak amik aku sebagai line-up dorang..haha. Tapi tu dulu. Sekarang ni ada lebih kurang 3 band *full commitment & satu band *kawan-kawan Multiply yang aku "jahanam" kan muzik dorang..hehe.

3 band yang aku kena kasi komitmen penuh ni genre muzik dia lain-lain. Dan tiap-tiap band ni ada sasaran dan "mimpi" yang tersendiri.

Band #1 ialah band yang ditubuhkan untuk merakam muzik dan lagu sendiri. Buat masa ni band ni sedang dalam perancangan mengumpul material dan membuat persediaan untuk pertandingan muzik sekitar bulan Julai dan Ogos tahun ni. Band ni jugak pernah mencuba nasib untuk merebut RM 50,000.00 dalam pertandingan kugiran anjuran RTM tapi kandas ketika peringkat saringan..heheKira band #1 ni ala-ala indie band aku la.

Band #2 aku adalah band yang dianggotai oleh kawan-kawan disekeliling kejiranan aku. Band kami cuba untuk menjadi band yang "membayar penuh" untuk Wings. Lagu-lagu yang kami biasa mainkan adalah dalam genre rock kangkang dan semestinya lagu-lagu dari kumpulan Wings sementelah gitaris aku pun adalah seorang yang kidal seperti Joe Wings..hehe

Band #3 plak terjumpa hasil dari sesi jamming suka-suka antara kenalan dalam Multiply. Mula dari sesi cover lagu-lagu "Megadeth" dan lagu-lagu rock kangkang omputih terus kepada cita-cita untuk merakamkan satu album berkonsep "tribute to Megadeth and all classic rock band". Band yang memang unik kerana dianggotai oleh pasangan laki-bini dimana si bini bukan bertindak selaku vokalis sahaja, malah turut memukul drum..huhu. Bayangkan Nick Menza versi perempuan..tak terbayang yob.

Band suka-suka aku pulak band kawan-kawan dalam Multiply. Konsep band lebih kepada rock melayu. Tak kira rock ketat atau rock kuntum. Baru jamm sekali tapi ada ura-ura nak jamming lagi. Line up band berterabur seantero semenanjung (drummer aku kerja kat Kelantan tuh..). Belum ada arah tuju, mungkin sekadar suka-suka je kot. Ok gak tu. takkan semua benda nak serius je kan?

Khamis, 8 Mei 2008

...

Feel aku sekarang ni...cukup kena dengan lagu ini dan ini. Kenapa ek? *Sigh..


*Sekadar hiasan. Ini bukan aku...

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...