Aku pernah cerita kan aku dulu seorang lepasan "sekolah agama"? Sekolah kami dulu pernah mengeluarkan sebuah album nasyid (hehe) ala2 underground. Tak dijual di kedai2. Cara pengedaran adalah melalui jualan pelajar & ibu bapa. Recording pun dekat studio RTM. Tajuk album tu "Naungan Ilahi"

Dalam album tersebut, salah satu lagu "membunuh" ialah lagu Bonda nyanyian kawan aku.
Lagu ni menceritakan tentang kasihnya seorang anak terhadap ibunya yang sanggup berkorban apa saja untuk dia but at last, ibunya meninggal dunia masa anaknya further study dekat oversea. Lagu ni dulu dalam bentuk asalnya tak mempunyai alatan muzik sebagai iringan. Dinyanyikan beramai-ramai dalam bentuk acah2 "acapella" (tipikal nasyid arrangement).

Semalam member aku dah kasi satu url ni dekat You Tube, menunjukkan lagu ni telah dimainkan balik oleh mungkin salah seorang groupie nasyid sekolah aku ni. Cuma kali ni versi nyer telah dimasukkan gitar (acoustic nasyid??). Terharu jap aku bila tengok klip tu. Ye la...hampir 10 tahun aku tak dengar lagu tu, tetiba je dapat tengok lagu tu dimainkan balik oleh orang yang bukan satu sekolah dengan aku..isk2. Memang rare..Ape pun, kat bawah ni klip lagu tu siap dengan lirik lagi. Aku raser lepas korang dengar lagu ni, mesti korang terus nak carik mak korang nyer..hm. Sayangi mereka selagi ada..

p/s: Tolong maafkan sekiranya nyanyian dibawah ni ada sumbang2 or out of tune. Penyanyi adalah seorang amatur. Dan di hujung lagu akan kedengaran pengumuman dalam bahasa jepun.

p/s: Kredit untuk saudara huzil86



mega nan cerah
kelam tiba2
itu tandanya
ada bencana
saat itu ku sendirian di sisi
kubur bonda sunyi dan sepi
masih terngiang
kata2 nasihat
pedoman dan belaian kasih bonda
tapi kini bonda telah pergi
pergi nya tiada kembali

sewaktu mula ku
melankah dewasa mencari ilmu
tugas utama
ku merantau jauh meninggalkan bonda
akan ku tunaikan hajatmu bonda
tapi di dalam menghadapi cabaran
ku terlupa tugas ku di rantauan
apakah makan minum mu terjaga
adakah nasib mu terbela

oh tuhan ampunkan dosa ibuku
masukkan ia kedalam jannahmu
selamatkan ia dari nerakamu
terangi kuburnya dengan sinarmu
sedih nya hatiku
dibuai mimpi mu
hatiku di alun kecewa dan sengsara
dosaku ibarat air di lautan
hidupku sebagai anak durhaka

oh bonda ampukan kesalahanku
tak tersengaja
ku mengasarimu
hatiku kesal tiada terkira
kau pergi didalam kecewa
tidak ku tertahan
menanggung seksaan
setelah kau tiada
dugaan yg mendatang
ampuni dosaku
redha kan hidupku
kau lah mithali pedomanku

sayu mengenang
saat manis itu
tangan bonda
mengusap pipiku
terpancar senyuman di wajah bonda
agar anak nya beroleh jaya
didikan islam diberi sempurna
walaupun tanpa suami tercinta
yg telah terkorban kerna ilahi tabah menghadapi hidup yg sunyi..