Jumaat, 24 Ogos 2007

Aku & Merdeka..


Dah lama aku tak update blog ni. Bukan tak nak update tapi banyak benda yang nak kena buat a.k.a aku busy..hehehe. Sempena acara nak menjerit "Merdeka" untuk kali yang ke 50 dekat depan Dataran Merdeka secara beramai-ramai dan juga sempena ulang tahun kelahiran aku (hehe) yang sama dengan Mawi (tapi aku tak berapa suka kat dia..), aku tampalkan sajak yang pertama kali aku baca dalam buku "Mat Som" karya Dato' Lat hampir 15 tahun lepas..


"Aku"

Aku warganegara merdeka
Kemerdekaan negara, kemerdekaanku
Kebebasan kepadaku,
Hanya satu beban
Apa pemimpin kata,
Aku ikut sahaja
Akal yang diberi tuhan,
Tak payah digunakan,
Kecuali untuk cari makan
Keraguan dan kerinduan jiwa (jika ada),
Ku bawa berlari,
Berlari dari rumah ke pejabat
Dari pejabat ke rumah
Hingga hilang segala sangsi
Dalam bunyi lantang peti tv
Tiap-tiap malam hari
Sambil ternganga tengok tv
Aku menjilat jari
Begitu sedapnya ayam KFC
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mahu hidup begini
Seribu tahun lagi

(Saleh bin Joned, 1987)

Untuk Virgorean (betul ke ejaan ni?)..Terimalah..




Tiada ulasan:

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...