"ada org nk pukul aku ni. psl aku beli bihun utk opisnye function dgn awek dia. bodoh ke ape. awek dia bhgn akaun. mestila dia kena ikut sekali. bengap tol la."
Mesej teks ni masuk ke phone aku pukul 11.0 am semalam (23/07/2007). Dalam keadaan aku tengah rilek dan tenang menyiapkan kerja, terus aku call member aku ni nak tau cerita sebenar.
Menurut empunya cerita, kejadian berlaku pada hari ahad (22/07/2007). Opis member aku ni (digelar "N" lepas ni) berdekatan dengan stadium shah alam. Hari ahad tu opis N mengadakan majlis keraian yang membuatkan N ni terpaksa menjadi "runner" untuk membeli bihun goreng. Oleh kerana si perempuan ni tadi (kita gelar sebagai "A" untuk awek) bekerja dibahagian akaun/kewangan, maka A pun terpaksa mengikut sekali N membeli bihun kerana duit dipegang oleh A. Dan oleh kerana N ni ada kereta, maka si A pun tumpang la kereta N ni untuk membeli bihun tadi. Begitulah serba sedikit fakta kes (haha..)
Uish..tak pernah terlintas dalam benak aku ni yang bihun pun boleh membuatkan adrenalin seseorang bergerak laju untuk memukul orang lain. Giler kentang! Apa tak ada point lain ke nak cari gaduh. Carik la point yang kuat sikit ke. Aku risau gak kot2 si N ni teraba ke, terpegang kemaluan si A ni ke. Tapi N memang kata takde ape2 yang jadi pun.
Nak dipendekkan cerita, sehingga pukul 6.00 petang semalam, aku call lagi si N. N kasi tau takde aper2 yang berlaku. Hmm..satu lagi kes "cerita-gempak-je-lebih-konon2-awek-lawa-cam-angelina-jolie". macam ni punya manusia pun ada ke..Patut orang macam ni di"kasi" je. Biar dia tau bukan dia sorang je ader "tuut"..hahaha
One day i'm walking down the street
And i saw this guy his pant so big
Even a barrel can be fit..
He thinks that's he so cool
The way he walk nothing but like a bull
So i told him "Hey mister you look so fool"
You so harm that no one ever wanna play with you
You so smelly worst than a doggy...
EVEN MY BABY DON'T WANNA PLAY WITH YOU..
*words by subculture
Moral cerita: Kalau nak pukul orang pun, tolong jangan gunakan makanan sebagai point..haha
4 ulasan:
hahahahahahaha... mmg lawak kisah cinta alaf baru ni... ;p
Tu la pasal..
Susah kalau terasa diri tu kuat.
Patut di bom je dengan C4 baru dia tau..hehe.
Boleh kasi kat Mamat Khalid ni, buat sequel "Man Laksa", kali ni "Man Bihun" lak..
Anyway, welcome aboard sis zizie..
Moral cerita: Kalau nak pukul orang pun, tolong jangan gunakan makanan sebagai point..haha
stuju, stuju!
hahaha. nie aper kes nie. jeles tahap cipan betul!
bihun yg tak berdosa...mende lah...
Catat Ulasan