Salam. Kembali lagi untuk bersiaran..ceh. Dah macam pembaca berita la pulak. Aku tengah boring tak tau nak buat apa ni. Dok sorang-sorang kat opis..konon nak buat assignment tapi haram. Baru bukak soalan dah 'blur'. Kena jugak turun KL jumpa mereka-mereka yang sealiran dengan aku..kawan-kawan sekelas..haha

Cerita pasal kawan sekelas ni, bebudak sekolah aku dulu tengah merancang nak buat perjumpaan semula ala-ala "picnic" dalam rimba gitu. Lokasi cadangan dah ada. Chalet dekat Kg. Kemensah, Hulu Klang. Ala, kat belakang Zoo Negara tu. Aku kena lak jadi antara urusetia benda ni. Boring betul. Dah takde orang lain gamaknya.

Pada sesetengah orang, perjumpaan bekas pelajar "lama" atau "tua" ni buang masa je. Ye la, masa sekolah dulu kawan dibuatnya bergaduh. Mana tak didendam nya orang tu. Tapi pada sesetengah yang lain, zaman sekolah ni la antara zaman yang paling best pada diorang. Zaman ni la ada yang mula-mula belajar nak jadi nakal (yang lebih advance pun ada..haha), ada yang belajar nak bercinta (sampai beranak-pinak bila lepas sekolah tu..kawin la maksud aku!), ada yang concentrate giler nak belajar dengan harapan dapat jadi "best student"..macam-macam la kenangan. Dan ada manusia ni yang hidup dengan kenangan. Ye la, apa lagi kita nak bualkan kalau jumpa kawan lama atau kawan sepermainan dari kecik kalau tak "kenakalan" yang kita buat ataupun pengalaman-pengalaman masa dulu-dulu.

Aku memang exited kalau ada rancangan nak jumpa kawan-kawan lama ni. Nak tau perkembangan samada yang dah jadi Dato' ke, yang dah kawin ke (ramai) atau yang dah tak de. Ye la, memasing sekarang dah besar, dah banyak tanggungjawab yang dipegang. Memang susah la kalau nak jumpa-jumpa sekadar nak tanya khabar. Jadi aku harap-harap sangat "reunion" kali ni berjaya..hm...

Boo Hoo Clapping Song

-carburetor dung-

I walk alone, I'm lonely
Why should we hear your problems?
I sit at home, I'm crying
Don't wanna know, we don't care
My baby's gone, she left me
Suits you right boy, you now it
My world gone wrong, please help me
We have no time, no beat it!


And everyday, we share our dreams
And everynight, we laugh at things
Now you don't care, now you don't feel
So many friends, now where they'll be?
Now you tell me...

Photobucket - Video and Image Hosting